Bee Gees

Sunday 28 March 2010

Sepanjang Minggu Yang Berlalu

Sudah seminggu persekolahan bermula, maknanya semua aktiviti kembali keasalnya. Saya pun kurang berkayuh, lebih kepada tumpuan ditempat kerja. Seperti yang dijanjikan , ini serba sedikit foto Le Tour De Lenggong yang saya terima dari Rasyi, yang tiada dalam simpanan saya.

Faizal , kira senior 3 tahun dari saya, anak kepada Pakcik Lasah, jiran kedai/rumah kami di Simpang Pokok Jerai dulu. Selain dari beliau adik adiknya yang saya ingat Akbar dan Basirah, yang lain lain tu dah ingat ingat lupa. Yang pasti ingat, Abu Bakar, sebab nama adik Faizal ni arwah Bapak yang beri, sebabnya Pakcik Lasah beria ria sangat hendak Bapak yang namakan anak yang saorang ini.



Bertandang disebelah malamnya di rumah Faizal



Ramli sempat datang Flag-Off kami


Kalau yang kaki Superbike terasa bebas dijalanraya, begitulah perasaannya bila bebas berkayuh ke arah Labit


Wajah ceria anak anak di Pulau Chery


Pak Hassan dan Makcik Jamiah




Tahun 1972 , jambatan kecil ini masih berkayu dan hanya selorong, dan berbunyi bising bila basikal melepasinya, apakan lagi motosikal, tapi, kini kereta dah boleh lalui. Ini laluannya yang saya , Rahman dan arwah Bapak guna setiap kali ke Pulau Chery.


20032010 . Petangnya, seperti biasa, aktiviti berkayuh, jaraknya pulang-alik hampir 30km. Sungai Layar-Merbok-Sungai Layar. Tiada foto yang saya ambil , sekadar catatan.
Merbok ni pekan kecil, mcm Lenggong tahun 60anlah.


Gunung Jerai


Selalunya , hmm, kadang kadang paling sesuai, saya jengok jengok jugak hutan simpanan kami ni, adalah setandan dua pisang Awak, jantung pisang, kira jimatlah belanja dapur , makan pisang berulamkan jantung setiap hari.



Nangka adalah sebiji dua buat tangan bergetah bila nak makan. Tangan aje, body tak bergetah pun!



Cempedak ni saya jenguk tiap tiap hari, sebab tepi parkir kereta kat rumah aje.

28032010
Hari minggu adakalanya membosankan. Rutinnya sama, ke pasar, gebang dengan peniaga Pasar Tani yang isunya tak lain tak bukan, politik. Saya jadi tukang perangat(kira mcm curah minyak kat api lah). Seronok kalau ada sorang yang atas pagar jadi tukang jolok mana yang tak kena, dan yang berparti ni, akan melenting, tapi pada dasarnya, menghentam puak puak DK & S lah apa lagi. Kadang kadang pengetahuan mereka tak boleh dipandang rendah, saya sendiri adakalanya tak sampai ketahap itu.

Selesai, baca Suratkhabar, hingga jam 11 pagi, then on-line lah , apa lagi. Adakalanya lupa nak makan tengahari.

Petang ni, Si Wan datang bertandang, ajak saya bersiar ke arah Tanjung Dawai/Yan. Dan terjumpa Jambatan Misteri ni. Hmmm, Jambatan ni yang mereka kata nak buat melintasi Selat Melaka ke Sumatera agaknya, baru siap sedikit, tapi, mcm terbengkalai aje. Tengok kat kotak GPRS Viva Wan ni, betul, saya berada di Yan, bukan Melaka, dan bukan sempadan. Siam Nantilah saya cek dengan Pejabat Daerah Yan, mereka lebih arif tentang Jambatan ini


Sayup dari jauh, mcm dah sampai ke Pulau tu, hm, itu pulau Indonesiakah?


Haaa, ada pagar berkawat lagi. Sah! supaya tiada warga Indonesia yang menyelinap masuk ke Malaysia


Hmm, ada pintu pagar lagi. Tapi, dimana saya nak cop Paspot saya ni, mana Pegawai SPRM, eh, silap, Imigresen ni?


Jangan jangan itu Pulau Phuket


Sawah yang dah di airi(betul ke Bahasa aku ni?)

Nelayan yang mencari kerangan/siput di laut cetek sepanjang pantai Yan

Sebenarnya banyak yang menarik untuk saya selusuri sepanjang pantai negeri Kedah, tunggu ajelah minggu minggu mendatang, akan saya ketengahkan keindahan Kedah dan kerakusan 'kita' dalam mengejar pembangunan dan mengabaikan tanggungjawab kita sebagai wakil yang dipilih menerajui Negeri Kedah ni.

Sabar aje la...., bukan sabar kena tunggu tulisan saya, lebih kepada 'penyelewengan' yang berlaku.......


Latiff Hariri
2020 28032010
Sungai Petani

Friday 26 March 2010

Sepatu Dari Kulit Rusa-Ria Resty Fauzi




Ria Resty Fauzy ni, populariti beliau di Malaysia diawal 80an gitu gitu aje, kira boleh diterimalah jugak . Saya ingat ingat lupa aje lagu lagunya, tapi, bila menonton kensert beliau, baru saya ingat Tajuk tajuk lagu yang agak lain dari kebiasaanya:-

Cintaku Sedalam Lautan Atlantiklah, Sepatu dari Kulit Rusalah, Sinar matamu bagai Besi Sembranilah, pelik sungguh cinta dia ni.

Dengarlah dulu selingan lagu beliau sementara menunggu penulisan saya selanjutnya, payah jugak nak cari idea ni.


Umur agak sebaya, anak pun sama, dah tiga orang seperti saya, tapi 'abang yang ganteng' seperti yang dipanggil Ria Resty kepada saya, kelihatanya jauh lebih 'tua' dari Penyanyi tu, kenapa agaknya? Hehehe.


Latiff Hariri
2130 26032010
Sungai Petani

Sunday 21 March 2010

RISIKO MENCARI KAWAN/AZWAN MAT TARIDI

Adat berkawan ni, ada pasang surutnya. Ada kawan yang boleh dibawa kemati, ada kawan sekadar didunia aje, ada kawan yang kedua duanya, ada yang sat kawan, sat lawan. Pendekatalah, Hang Tuah dan Hang Jebat pun berkawan, tapi, akhirnya siapa jadi lawan, dan siapa kawan sehidup semati, fikirkan sendirilah. Kat Kedah ni ramai jugak yang macam Hang Tuah dan Hang Jebat, tapi saya duk panggil mereka Hang, pada kawan kawan disinilah.

Ini pengalaman saya sepanjang mencari hang hang di King Edward dan sedikit pengalaman di SRJK(I) LGG, (sebab tak ramai pun yg saya dapat dr Lenggong ni).
Mencari King Edward - 7 kelas, sedangkan SRJK(i) cari 1 kelas tahun 71-72 aje.

Memang seronok/bengkak bila mencari kawan kawan lama ni. Tambahan pulak kalau kita tak popular atau selalu buat kontroversi, hahaha. Jadi saya nak kategorikan kawan kawan ni seperti berikut bila kita buat pertamakali menalipon mrk:-

1) Buat Buat Lupa- Ni yang paling mencabar
2) Teramat Sibuk - ni kita kena kata,ok bye
3) Ingat Ingat Lupa- tapi, akhirnya jerit nama saya selepangkapnya, selalunya kawan2
ingat nama Hariri dibelakang (ini yang paling best)
4) Lupa terus - ada yang jujur lupa terus kita, tapi, sekurangnya nada suara tu ikhlas

Ini pengalaman saya, tentang kawan kawan yang sengaja buat buat lupa, atau masa kita call mereka teramat sibuk memikirkan masaalah negara, jadi saya lupakan mereka terus. Kepada rakan rakan yang sedang mencari di SRJK/SMDA/King Edward ni, adatlah,
kita cari aje mereka yang mahu bersama kita sahaja, yang sengaja mengelak tu, mungkin mereka ada masaalah tersendiri, yang kita pun tak dapat nak membantu, kita letakkan ketepi sekejap. Salurkan kepada rakan rakan kita yang lain, yang lebih ariff dengan 'peel' kawan kita ni. Dan jangan ambil hati.

Saya dah berjumpa dengan saorang rakan yang berpisah lepas darjah 6 iaitu saudara Azwan Mat Taridi, dia menetap di US , dan yang lagi saorang ni, Azman Abdul Wahab Fenner, dah dapat berborak dengan beliau .Nanti saya akan 'terjah' pejabat dia dalam masa terdekat. Ternyata mereka berdua sebut nama saya lengkap dgn nama Bapa saya sekali. Tak ada yang lebih membara rasa persahabatan bila rakan rakan dapat menyebut nama penuh kita!!!

Untungnya dgn Azwan ni, Cikgu Mat Taridi memainkan peranan aktif, saya sanjung sangat kemesraaan yang ditunjukkan. Bila Saya terima panggilan dari Cikgu mengatakan yang Azwan akan balik ke Malaysia dlm masa 2 minggu, saya pun aturkan perjalanan ke KL. Dan syukur, saya disambut oleh Cikgu, emak Azwan, adik Azwan, anak anaknya. Mcm kawan lama yang baru berjumpa, tak rasa kekok atau segan segan langsung.Apa yang saya ingat Azwan dulu menetap di depan Masjid Aulong(masa tu suraulah) , dan selalu bertandang kerumahnya, masa tu saya pun menetap di Aulong jugak. Dan emak Azwan pun mengajar di SRK Convent Kota, jadi Roziah pun pernah terjumpa emaknya sebab masa tu Roziah di Tingkatan 1 SM Convent, dan sekolahnya bersebelahan.

Kami berpelukan mesra tanda persahabatan masih utuh. Azwan meninggalkan King Edward lepas tamat Darjah 6, dan beliau menyambung pelajaran ke MRSM rasanya. Dia punya 3 permata hati sekarang ni. Beliau juga boleh ditemui di FB. Ada menyebut nama nama spt Raja Sukarno.....

BiLa tengok wajah dua sahabat ni, yang pakai baju merah tu awet muda rasanya, hahaha, Azwan macam diawal 30an aje. Mungkin banyak makan ulam kat US tu


Saya masih belum bertemu Mahathir , walaupun dah berbual melalui talipon, masih mencari Badrul Hisham Dahlan, Nor Azrin Ramli, dan ramai lagi. Kalau ada info tentang mereka beritahulah, atau mereka saja yang hubungi saya jika terbaca tulisan ini.

Jadi, tak ada yang saya ambil hati kepada rakan rakan yang buat buat lupa, cuma saya serahkan kepadaNya untuk menilai hati budi saorang kawan didalam persahabatan yang teramat pendek ini.

Salam Hormat buat semua sahabat!


Latiff Hariri
1320 21032010
Sungai Petani

Sunday 14 March 2010

PERKAHWINAN FARIMY-WANIE 14032010-15032010

Ini perkahwinan anak Abang Fauzi dan Kak Norliya, jiran dibelakang rumah kami, kira bertentangan dapurlah jugak. Hari pertama Ahad, kami bertandang ke rumah pengantin perempuan di Pekan Merbok. Dah bernikah pada 13032010, dihari saya berkembara di Lenggong tu. Nasib baik tak dijemput, kalau tidak tergendala Kembara di Lenggong.

Ini putera sulong mereka, akan menyusul putera dan 2 puteri ditahun tahun mendatang.




Hantaran dari pihak lelaki


Di umumkan, yang tengah tu bukan pengantin lelaki


Yang tengah ni pengantin lelaki sebenar!
Aziz, Najib, Farimy, abang Fauzi, Cikgu Azizi. Kami jiran rapat di Teratai Indah.


Isteri isteri jiran yang tumpang gembira dihari bersejarah ini


Keluarga Abang Fauzi dan Kak Norliya di no 6 Taman Teratai Indah




Farimy dah tak sabag nak jumpa Wanie


Kan saya dah kata , yang baju biru tu bukan pengantin, dan yang sebelah ala ala ShahRukh Khan tu, bodyguard mempelai lelaki aje


Sat depa bawak laju, mcm depa yang nak kawin. Sat bawak pelan.


Tunggu pengantin perempuan keluar rumah


Kompang dah bertalu talu beritahu pengantin lelaki duk menunggu ni


Ok, dah mai dah, abang jadi 'penyerah'.....


Salaman kedua lepas 'batal air sembahyang' semalam


Raja sehari dihari pertama


Kami tumpang gembira bersama abang Fauzi


Apa yang asyik sangat tu?


Ohh, pengantin potong kek


Santapan DiRaja


Pertama kali agaknya menantu dan mertua duduk semeja, tertib la ye.


Mungkin juga, si ayah memikirkan , yang nombor dua ni bila pulak?
Dan si anak memikirkkan, bilalah pulak hari bahagia aku ni?


15032010 Taman Laguna Merbok, Sungai Petani.

Kami menjemput pengantin perempuan jam 1215 dari pekan Merbok untuk bertandang kerumah pengantin lelaki di Laguna Merbuk, Sungai Petani.




Marhabban dari kumpulan Masjid Al-Amin , Sungai Layar.


3 teruna mengapit pengantin


Selesai sudah tanggungjawab saorang ayah.......




Konvoi 10 kereta dari Pekan Merbok


Dah sampai........









Ternyata ramai tetamu yang hadir, ada dalam 10 khemah. Tetamu terutamanya dari Pejabat JKR SP/Kedah, Pejabat Daerah dan Tanah SP, AADK Sungai Petani, rakan rakan PDRM, rakan taulan di Sungai Layar, Guru guru, Pejabat Perangkaan. Yang seronoknya di Kedah ni, kalau jemputan kenduri pada hari bekerja, majikan memang galakkan kita bertandang.

Tahniah abang Fauzi dan Kak Norliya.


Latiff Hariri
2100 15032010
Sungai Petani