Bee Gees

Friday 30 April 2010

Selamat Hari Pekerja

>

Sepanjang minggu ni, Sungai Petani dilanda hujan dan ribut. Petang Rabu 28042010, dalam perjalanan pulang memasuki bandar Sungai Petani, banyak dahan dan pokok yang tumbang menghalang lalu-lintas. Ternyata Bomba dan MPSPK begitu segera menjalankan tugas masing masing.

Risau juga bila memikir ribut ni, takut tercabut bumbung letak kereta di luar rumah, kerana selang 6 rumah jiran, keretanya ditimpa bumbung sewaktu kejadian hari tersebut. Tapi, kita berserah dan berdoa ajelah. Dugaan semua ni. Yang pasti air semakin banyak di Kedah, tidak seperti di Batu Pahat , Johor yang sering dicatu airnya.



Bunga bunga berguguran. Ya, bunga tu, bukan daun kering. Taman Jubilee berhampiran rumah saya , tak sampai 1km.


Petang Jumaat hujung bulan ni,saya hanya berjoging di Taman Jubilee Sungai Petani, yang mana foto tempohari diambil dengan kamera talipon bimbit sahaja. Harap yang ini memuaskan mata memandang.

Satu pusingan biasa Taman Jubilee ni, saya anggar dalam 900meter, tapi sekiranya mahu lebihan meter, dengan mengelilingi Masjid Muazaffar (Masjid SP) dan Taman, boleh mencecah 1300 meter atau lebih. Saya hanya lakukan 4 pusingan sambil mengambil foto sekitar Taman. Hari ni hari minggu di Negeri Kedah, jadi taman kelihatan ceria dengan tetamu yang beriadah.

Satu satunya kolam buatan, tak ada bijih timah kat sini.

Sesuai untuk riadah keluarga




Di lorong ini track saya berjoging
Aman damai petang ini




Saya tak pasti nama burung burung ni, seakan burng bayan pada saya, tapi yang pasti dari spesis Bangau jugak. Memang ini sarang mereka didalam Taman Jubilee

++++

'Nah, ambil sorang satu' .Abang Nal melakukan pusingan dari meja kemeja sambil menghulur kopi '3 dalam 1' berjenama kepada semua rakan rakan yang sering disakat beliau.

Begitulah abang Nal ni yang hobi utama beliau selain dari memancing di laut, dan bermain golf, suka makan makan tanpa had....hmmm. Sebut aje ceruk mana pasti dia dapat menghidu lokasi gerai/restoran yang enak disekitar Pulau Pinang Ni.

'Eh, tak kan satu aje?' Maz mula bersuara bila Abang Nal meletakkan sepaket kopi diatas meja Maz.

'Ok lah tu, cuba dulu, elok untuk sarapan atau 'lunch', banyak serat tu.' Abang Nal menenyit matanya kepada Zam.

Rupanya saya silap, bukan kopi, tapi nestum 3 dalam 1.

'Tak kan menang Hulu Selangor dapat sepaket ni aje, mana beras dan kain pelekatnya?
Maz dah mulakan.

'Ha ah' serentak yang lain mencelah.

'Macam tu lah depa, bagi sekampit beras dan kain pelekat, tahan 5 tahun. Pilihanraya yang baru, hantar lagi beras dan kain pelekat, tahan 3 tahun....' Maz teruskan usikan.

' Ni sepeket Nestum ni, tahan 3 tahun abang Nal? Zar mencelah.

Yang lain dah mula ketawa. Abang Nal menunjukkan reaksi 'sporting'nya.

"Orang bagi banyak cerita pulak', 'marah' abang Nal.

'Yang ini jenama Ory ke bang? Saya baca dalam 'paper ' , banyak yang tiruan ni.'
Maz masih belum menunjukkan tanda tanda berhenti dari menyakat abang Nal.

'Tolong ya, ni beli kat Pengedar yang sah tau, harga sepeket ni hampir RM2.00 tau'
Abang Nal mula memberi reaksi bila jenama Nestumnya dipersoal.

' Ya la bang, terima kasih, belanja juta juta kat Hulu Selangor, dapat sepekat Nestum aje ek?'

Memang masih hangat isu Pilihanraya di pejabat ni. Saya dah seminggu tak menonton Berita TV, cuma dari perbualan rakan rakan, semuanya masih mempersoal dari mana datangnya majoriti 1700 milik mereka, dan mengapa masyarakat Cina masih menyepi dari mereka.

'Nak undi Cina senang aje' , Ah Seng mencelah. 'Lakukan siasatan telus kematian Teoh Beng Hock'.

Hmmm, senang macam tu ke? Tapi, ini adalah yang benar dari mulut rakan rakan Cina saya. Saya setuju, tapi bukan itu sahaja, banyak isu lain, Kapal Tak Selam, Enjin Kapalterbang tu, dan yang terkini pembelian kapalterbang tanpa enjin . Semua ini tidak boleh disorok dari mata dan hati Rakyat.

Petang Khamis 29042010 saya berkesempatan melawat kawasan bersama abang Nal . Ini yang berjaya kami rakamkan dari atas Mountain View Golf Resort, kelihatan pemandangan Pekan Sungai Bakap.




Mungkinkah ini enjin yang dicari cari tu? Ada anjing jaga lagi tu.!!




Selamat Hari Pekerja!!


Latiff Hariri
1624 01052010
Sungai Petani

Tuesday 27 April 2010

Anggur dari Sik, Gula-Gula di Hulu Selangor

Sebahagian dari Pekan Kecil Sik
Gunung Jerai dari arah Sik/Jeniang, yang mahalnya kat sticker KE tu...
Sebut nama Sik, saya akan terkenang Dato' Shahnon Ahmad, mungkin juga bukunya yang terkenal itu seakan akan nama pekan ni. Yang tak tahu Sik dimana, ini petanya. Dari susur keluar lebuhraya Plus Gurun, terus ke pekan Sik , kira kira 45km dari Tol Gurun. Saya ke sini Ahad lepas, kerana jemputan kahwin, anak buah kepada Abang Mat. Di Kedah , resepi utama kenduri kahwin ni, Dging rebus air asamlah, saya pulak kurang berkenan menu ni, tapi bedal ajelah. Tak ada foto yang saya ambil di majlis ni.


View Larger Map


Ya, ini keluaran Daerah Sik, Kedah Darul Sejahtera.
Insyaallah, akan saya lakukan lawatan secara rasmi dan fotokan ladangnya untuk tatapan semua.


'Kami kaya, duit banyak, apa saja yang Rakyat nak kami boleh beri' jelas penyokong kuat saorang ni.

'Tapi bang, itu bukan duit korang , itu duit rakyat', Maz mencelah dan menyambung, 'itu rasuah pilihanraya namanya'

'Siapa kata rasuah? Ini pemberian ikhlas, tak boleh samakan dengan Rasuah.'Abang Nal terus memberi hujahnya.

Yang lain memasang telinga dengan senyum menyampah, ternyata sorang dua aje yang senyum bangga dengan hujah Abang Nal ni. Menyampah bukan kepada Nal, lebih kepada keputusan berat sebelah di Hulu Selangor tu.

'Kita anak Melayu patutnya bersyukur , dengan kerajaan inilah kita dapat bekerja dengan majikan kita ni' Dah lain pulak topik abang Nal ni.

'Tengok dulu, kerajaan tetapkan 30% Melayu mesti bekerja dalam syarikat ni, sekarang mana ada lagi?'

Maz tak nak mengalah, selamba je herdikkannya kepada abang Nal, 'betul tu bang, nasib kita baik dapat kerja dalam syarikat ni, kalau kita kerja dengan syarikat tu, yang dulu nama Bumiputeranya cukup gah, dah lama kita kena VSS, dan kerja bawah adik N++++ yang dot dot dot tu'.
Abang Nal terus kemeja kerjanya, buat buat sibuk tanpa menjawab.

Suasana aman, mungkin sibuk semua agaknya, tapi, bila senyap , suasana jadi tak menarik. Seperti biasa, abang Nal yang terkenal dengan lawak nakalnya datang lagi merapati meja Maz, yang memang menunggu usikan abang Nal sorang ni.

'Korang kena ingat, kita berjaya sekarang ni atas dasar Kerajaan yang sedia ada', abang Nal memulakan topik barunya sambil mengunyah kerepek yang terletak diatas meja Raz.
'Tengok abang Latif kita ni, dah berjaya, masa belajar dapat biasiswa kerajaan, sekarang lupa diri, asyik hentam kerajaan aje dia.'

Eh, aku pulak yang dia tegur, ini sudah lebih.
'Minta maaf bang Nal, saya dari darjah 1 hingga Tingkatan 5 hanya dapat biasiswa FAMA aje tau. Biasiswa kerajaan tak main tau, buku teks pun beli sendiri tau.'

Marah lah ni. Hehehe, dengan abang Nal ni boleh serius dan boleh melawak.
Melihat saya menjawab serius, Maz yang pandai mematikan hujah abang Nal, terus menceriakan suasana yang mana , akhirnya abang Nal pulang ke meja kerjanya tanpa menjawab.
'Abang Nal, yang mamat ni betul dapat biasiswa kerajaan hingga Tingkatan 5', terus Maz menepuk bahu Zar, rakan disebelahnya, dan menyambung.

'Dulu, sekolah, Zar ni pandai, anak orang susah, jadi dia dapat biasiswa, abang Nal, tapi, sebab punca duit biasiswa tu datang dari hasil cukai judi dan arak agaknya, dia gagal SPM, itulah tak berkat, sekarang jadi Tukang Sapu ajelah'

Ketawa satu pejabat mendengar usikan Maz.

Ini yang saya cemburu setiap kali bertembung dengan mereka ni!!

Tak dapat kemana petang Ahad ni gara gara hujan ribut di Sungai Petani.
Tengok langit ajelah......

Latiff Hariri
2142 27042010
Sungai Petani


Sunday 25 April 2010

Senaman Hujung Minggu

Sudah 2 minggu berturut turut saya berjoging di sekitar Taman Jubilee Sungai Petani. Kalau di Taiping , kira Taman Tasik Taiping lah. Dalam 1km dari rumah saya, dan suasana pokok rendang yang besar besar adalah seakan Taman Tasik Taiping, cuma ini taman mini, di Taiping , boleh dikatakan 50 kali ganda lebih besar dari Taman Jubilee ni.

Saya mulakan acara berjoging ini jam 640 pagi dan tamat jam 715 pagi. Selalunya waktu ini ada dalam 30-40 orang yang bejoging dan lebih 20 orang ber'taichi'. Maaf, saya guna kamera handphone sahaja, nak bawa kamera sebenar, nanti jadi perhatian pulak, dia ni nak joging ke, nak ambil foto ......



Ini jam 640 pagi, lampu masih terpasang, dan tak ramai orang.


Ini foto petama jam 642,kumpulan Taichi pun dalam 25 orang, termasuk 3 makcik Melayu.


Ini foto kedua kumpulan Taichi, dah agak terang , jam 650 pagi, peserta dah bertambah.


Keadaan semakin terang, dan peserta makin bertambah.


Burung Bayan berselerak diatas dahan pokok ini. Sayangnya kamera 'koman', tak dapat nak fokus yang jelas.

Ini Taman Permainan Kanak Kanak di Taman Jubilee.

Saya akhiri dengan senaman ringan, sebelum ke Pasar Tani di tengah tengah Bandar SP, kira kira 2km dari Taman Jubilee. Tiada yang lebih seronok bila badan terasa segar setiap kali peluh mencurah.


Latiff Hariri
1552 25042010
Sungai Petani

Seminggu Tak Perlu Baca Surat Khabar/ Tengok TV


Jambatan sungai Sungai Petani , kira kira 2km dari rumah saya. Memang berangan nak ada bot sendiri, bila dah pencen lah....hehhehe

Menuruni jambatan sungai Sungai Petani, ini jalan lingkaran barat, kearah selatan, menuju ke Tol SP Selatan. Dari Kg Teroi-Jln Penghulu Him-Taman Sejati Indah(Disini Tol SP Selatan). Kami menyusuri kampung Melayu disepanjang laluan keretapi dan di pinggir lebuhraya Plus sebelum memasuki Taman Berangan dan Jalan Kuala Ketil dimana terletaknya Masjid Kampung Raja, dan masuk ke Bandar SP.


View Larger Map



Mengarah Tol SP Selatan, dah 7km kayuhan kami


Ha ah, kalau Hulu Selangor beri kata putus malam ni, kita pakat pakat tak payah beli surat khabar dan tengok TV sepanjang minggu ni. Tak kira siapa yang menang, tapi lebih kepada kalau dia menanglah. Tapi surat khabar dan on-line alternatif tetap dibaca.

Petang Jumaat agak kelam, macam nak hujan, tapi tak hujan, akhirnya tak kemana, duduk dirumah aje. Pagi Sabtu, seperti biasa , kerja sekerat hari. Suasana pejabat kebelakangan ini makin ceria, ya lah, dari 2 wakil DK&S, dah bertambah jadi 3. Tapi , mcm dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang jugaklah, Pakatan lebih ramai. jadi suara mereka tenggelam. Kalau dah memang jadi penyokong puak DK&S ni, apa saja aktiviti Kerajaan Negeri, semuanya salah. Ternyata bantuan RM100 kepada warga tua dari kerajaan Negeri ditafsir sama seperti waktu mereke memerintah. Nak dapat RM100 tu, kena sign borang dulu jadi ahli Paktan Rakyat. Ini semua fitnah, kerana memamg budaya DK&S , nak dapat bantuan rumah PPRT ke, bantuan dari JKKK ke, kena isi borang DK*S dulu. Ini suasana pejabat saya, yang wakil Pakatan melebihi 27 orang berbanding 3 dari DK&S.

Petang ni hanya kayuhan santai memasuki kampung disekitar bandar Sungai Petani



Mula mula tengok anak anak ni, ingatkan mereka bersendirian, bila berpatah balik untuk ambil foto ni, rupanya, mereka menemani emak emak mereka yang memancing di tepi anak sungai ni. Siap mengusik, 'pinjam boleh?'
Saya mengusik jugak, 'boleh, tapi kena bayar balik'
Aman suasana kampung ni


Dari atas jambatan berfotokan hi-way PLUS mengarah Alor Setar.


Jambatan PLUS , dibawah rel berkembar/dubel pelacakan(bahasa seberang) atau double tracking' (dengan izin) sedang dalam pembinaan, macam hidup segan aje projek ni, tak ada 'masyuk' kut? Ong Tee Kiat dah tak teraju lagi, selamatlah mereka, tak ada lagi rahsia yang akan terbongkar lepas ni.


Masjid Taman Keladi. Taman ni pernah terjadi isu hangat perkauman antara India dan Melayu, gara gara pemerintahan merekalah....


Masjid Kg Raja


Ditengah bandar SP, kira 35km ke Butterworth. Didepan tu bangunan SP Central Square, satu satumya kompleks membeli belah yang ada Bowling Centre dan pawagam.


Kompleks Cayman. Ini sebahagian dari bekas tapak perkampungan anak bangsa yang di ambil alih oleh towkay dan MB yang itu........

Jarak kayuhan 25km, lebih banyak santai dari mengejar masa. Kami ke Hussain Nasi Kandar pekena capati sorang sekeping sebelum balik rumah. Lega bila setiap kali habis kayuhan. Malam minggu ni tak kemana, tengok siling bilik aje kut sebelum nak lena.


Latiff Hariri
1032 25042010
Sungai Petani

Sunday 18 April 2010

KAKI GUNUNG JERAI

Bila dah mula mengayuh petang Jumaat semalam, pagi Sabtu ni saya rehat . Dah kira hampir Asar, baru buat keputusan. Naikkan basikal , terus ke kaki Gunung Jerai. Selepas Asar, baru mulakan kayuhan. Seronok masuk kampung kampung ni, bendang, tali air, rumah kampung, anak anak berlumba basikal, aman dan nyaman. Mula jam 1705 , cuaca elok terang.Mula di Jalan Negeri K159, dlm peta tulis Guar Chempedak, sebenar pusat pekan Guar Chempedak terletak di simpang empat yang ada tulis Taman Yan Jalan Negeri 1 tu. Disini kami panggil pekan Guak aje. Jalan Kampung tidak terdapat dalam peta, tapi nama kampung Titi Teras jelas , sekiranya anda 'klik' ZOOM IN + peta ni.


View Larger Map
Dari hadapan surau, ke kiri jalan Negeri 1 menuju ke Guar Chempedak. Disini banyak jagung manis taiwan.


Surau Kampung Kepala Bukit





Pejabat kecil Hotel Regency Gunung Jerai, harga bilik bermula dari RM200++ hingga RM500+++..... lain kali ajelah....hehehe.


Taman Perumahan dibelakang surau Kampung Kepala Bukit, berpemandangan Gunung Jerai. 8km untuk sampai ke puncak.


Masjid Kampung Titi Teras, Guar Chempedak, daerah Yan.


Melintasi perkampungan Titi Teras menuju ke Kampung Teroi


Masjid Pekan Teroi, Jalan Negeri K146.


Pemandangan dekat Kubota sedang bekerja


Dihadapan Gunung Jerai mengarah ke pekan Guar Chempedak. Hantar repot sekejap.


Bendang yang sudah diairi serta sedang dibajak.


Saya ingat masa 'kecik kecik' dulu, di Lenggong masih digunakan Kerbau untuk membajak, tapi bila ada yang guna mesin ni, ingat sampai sekarang, orang kampung panggil Kubota masa tu. Kalau di Bukit Tinggi , Sumatera serta Jawa, tak akan jumpa kubota ni, sebab akan merosakkan sistem ekonomi yang mana, lebih mengutamakan kederat Sapi atau Kerbau.


Di simpang empat, tengah tengah pekan Guar Chempedak. Pekan kecil, seronoknya di Kedah ni ramai anak bangsa yang berniaga di sepanjang pekan minggu di persimpangan ini.

Jarak perjalanan sekitar 10km sahaja, masa 55 minit, kira melepaskan lelahlah.
Setiba di kaki Gunung Jerai, ada 3 brothers chinese tengah pack basikal MTB mereka masuk ke dalam pacuan 4 roda. Seperti biasa saya menegur mereka yang 'kaki kayuh' ni.
Mereka baru turun dari Gunung Jerai, jarak dalam 8 km, kalau tak silap lah, masa kayuhan hingga kepuncak 1 jam 30 min!! Oh Mak! Nasib baik saya buat keptusan kayuh disekitar kaki Gunung, kalau tidak harus, 2 jam 30 minin dengan basikal ni!

Pulang ke Sungai Petani dalam jarak 30 km, perjalanan ditemani hujan dan angin. Rupanya, malam di berita TV, sudah tersiar kisah bumbung berterbangan di Baling gara gara ribut kuat. Di Kedah ni, kalau angin ribut, memang menakutkan, termasuk disekitar perumahan saya ni.

Latiff Hariri
1850 18042010
Sungai Petani

Saturday 17 April 2010

Tikam Batu, Sungai Petani

Tak sangka pulak, rupanya saya tidak bersendirian dalam mempertahankan isu air di Negeri Kedah Sejahtera ni. Ramai yang bersetuju dgn saya walaupun saya bukanlah ahli dalam pentadbiran negeri ni. Yang saya tergelak sendirian bila terbaca sindiran Datuk Ismail Kamus terhadap Shafie Apdal Pengerusi Perhubungan DK&S Kedah, bila Shafie Apdal membuat komen isu Air Kedah . Begini bunyinya , 'bila buka mulut nak bercakap, nampaknya macam tak tau apa-apa, tapi bila bercakap, confirm bangang'.

Berita benar lagi tepat tentang Air dan Negeri Kedah ni, boleh dibaca melalui
Warta Kedah.com

Yang pasti, warga Negeri Kedah memang tiada yang layak menjadi ketua Perhubungan DK & S, sebab, majoritinya orang orang Pakatan Rakyat. Nak lantik DR M, dia dah ......lama dah.Terpaksa diimpot wakil dari Semporna, Sabah. Mungkin jugak sebab 'bapak mertuaku' orang Sungai Petani Kedah. Tengok Semporna dan Sungai Petani, macam pekan Changlun nak dibandingkan dengan bandar Sungai Petani.

Sekarang kita bersiar di persekitaran Bandar Sungai Petani, dengan keindahan, kekurangan dan kelebihannya. Minta kita renungkan apa yang baik dan tidak baiknya.

Ini peta sekitar kayuhan saya jam 1810 16042010 . Setiap Jumaat , saya akan cuba pulang kerumah awal hanya gara gara mahu berkayuh. Apa yang saya rasa, saya semakin sihat, walaupun berat badan agak perlahan untuk menurun, tapi tanda tanda positif sudah ada.


Bermula dari kampung Teroi, terus melintasi sekitar Taman Perumahan di Bandar Sp menuju ke simpang Sungai Pasir/Batu Lintang-Berapit-Tikam Batu-Padang Temusu-SP.
Kami guna laluan K160 kearah Kg Telok Wang Kechil/Wang Besar. Di Kg Telok Wang Besar ada jalan kecil, bukan warna kuning tu, mengarah ke Berapit/Tikam Batu. Kira jalan pintas, selain dari ke arah Batu Lintang seperti dalam peta ni.Masuk jalan K175 mengarah Tikam Batu dan terus ke arah jalan 1 menuju bandar Sungai Petani.






View Larger Map
Inilah salah satu jambatan dibina , kalau tak silap perancangan time Wakil Rakyat yang asalnya saorang pemandu , tapi, akhirnya jadi MB Kedah.


Bila line clear setiap malam, kaki dadah akan cungkil skru dan tarik keluar besi penghadang jambatan, dah lopong pun. Tunggu ada yang terjun, baru tindakan akan diambil. MPSP, apa lagi, turun padanglah, tengok tengok apa yang patut.


Dulu ini kawasan setinggan , rata rata anak bangsa yang menginap, tapi MB tu berpakat dengan towkay , halau orang kampung, bagi rumah PPRT kat Paya Nahu tu.

Sebaiknya , untuk menjadi Wakil Rakyat ni, biarlah berijazah, bukan bekas Posmen seperti yang terjadi kat satu Negeri tu.







Simpang kiri kearah Berapit/Tikam Batu. Ini jalan pintas seperti tertera dlm peta tu.


Bendang dah mula ditajak, siapa kata Kedah tak ada air?


Masjid Pekan Tikam Batu, walaupun sudah melebehi usia 30 tahun, masih utuh dan cantik.


Masjid Padang Temusu yang baru siap dibina. Saya rasa satu satunya Masjid yang cepat binaannya, serta cantik rekabentuknya.


Simpang 4 Giant. Kanan ke arah Tol SP Selatan, terus, ke bandar Sungai Petani.


Kayuhan hari ni bersama Zulkifli Omar, 1 jam 20 minit, jarak 30km. Seperti yang saya jangka, sampai rumah didepan pagar, azan Maghrib pun berkumandang. Kalau saya kayuh saorang, bercinta dibuatnya, bila ada gang, baru semangat. Ada yang ajak saya bersama group cyclist SP ni, berminat jugak, terutamanya dengan abang Ramli SP. Dia ada blog sendiri - Ramli SP - blognya. Memang kagum dengan stamina yang dimiliki abang Ramli ni.Tengok blog beliau di ramlidirtcorner.blogspot.com . 'Jealous' tengok tubuh sasa/usia abang Ramli tu.


Latiff Hariri
1730 18042010
Sungai Petani