Bee Gees

Sunday 27 June 2010

KAYUHAN PERTAMA

Tengahari Sabtu, selesai di tempat kerja, saya berhenti minum tengahari di Kepala Batas bersama Wan dan Fazrin. Sesekali berjumpa seronok jugak bercerita. Wan dan Fazrin ni, junior saya kira kira 14 dan 16 tahun. Saya sengaja beritahu perbezaan umur, yang sebenarnya, saya 'awet muda' sebab berkawan dengan orang orang muda ni lah!.

Rupanya Fazrin pun baru saja menderma duit lebihan gajinya, dengan membeli basikal untuk kayuhan bersama gang vateran seperti saya ni. Kata janji diputuskan, Wan harus beli basikal jugak, tapi yang ada handle satu belah kanan sahaja!! Ini lawak bodoh dengan Wan dan Fazrin. Hahaha , ketawa satu meja kat restoran Mamak tu.

@@@@@

Khutbah Jumaat kali ni agak biasa , lebih kepada keistimewaan bulan Rejab, dan tak lama lagi dah nak Ramadhan. Saya terkenangkan Raya tahun ni, ada re-union lagi tak?

" Agaknya, MTD tu bagus tak, kalau anak anak kita masuk?"

Itu pertanyaan rakan rakan muda, kepada saya yang mereka bahasakan abang Latiff.

Terus terang, saya memang 'envy' kepada rakan rakan yang dapat memasuki MTD 30 tahun lalu. Bukan apa, lebih kepada teruja dengan 'uniform ' tentera yang mereka pakai, serta , sudah pasti terjamin kerjaya mereka selepas tamat SPM.

Tapi kini, bila meningkat matang, saya jawab. " Tak payah la. Tak ada isitimewanya menghentak hentak kaki di bumi Allah ni. Belum tentu jadi pahlawan negara. Silap silap jadi 'pembunuh tak sengaja' kepada rakan rakan sendiri.

Lagipun dengan skandal yang terpalit sepertimana yang PDRM lalui, tak ada istimewanya berjawatan tentera baik berpangkat rendah mahupun tinggi, kerana, rata rata tiada kesedaran Islam didalam diri mereka.

'Tu, yang Ulamak Muda dari Universiti yang masuk kedalam DK&S tu, bang Latif?"

Hmmm, Ulamak muda pun ada ek? Ini istilah baru ni. Jawapan saya, sejak bila pulak pensyarah atau guru, atau siswa yang cenderung pada agama ni dipanggil Ulamak?

" Yang aku tahu, Ulamak hanya kepada yang kita pasti keteguhan Imannya terhadap hukum Allah. Kalau Mufti atau 'Ulamak' disana, yang tak berani kata yang Judi itu haram kepada pemerintah yang zalim, itu pun bukan Ulamak. Itu Ular dalam Semak"

Hehehe, Pak Nal menjeling 'sumbing ' kearah saya.

" Abang Nal, kenal tak Ularmamak?" Maz cuba mengubah suasana serius kepada jenaka.

"Kenal..." balas abang Nal.

"Kenal tak pa, kalau tak, kami nak cerita lanjut."


Tapi , tetiba je , bila dicanang JI kepada rakyat, berpuloh puloh kakitangan Universiti masuk DK&S, macam ada perjanjian dengan PDRM aje ni. Tak nak kena ISA kut?
#####

Kadang kadang rencana pagi Ahad ni , tak menentu. Yang pasti ,selesai di pasar tani agak awal dari biasa. Tapi, dah bertembung dengan abang pupu ni pulak di restoran Barkat, bersembanglah pulak. Lepas bayar bil TNB yang saya selesaikan 2 bulan sekali, bertembung pulak dengan 2 pupu lagi sorang ni, sambung pulak minum teh o di restoran Hussain Nasi Kandar. Nasib baik yang pertemuan pertama hanya bualan kosong tanpa menjamu selera. Semuanya kisah 'hutan simpanan' saya yang terbiar kosong, dan pertanyaan dari mereka, tak nak bangunkan ke?

Jam 925 si Wan dan Fazrin pun sampai, oooo, mahu test power basikal baru rupanya budak Fazrin ni, Jom! Saya On aje. Bermula jam 930 mengarah ke jambatan Semeling- Pekan Semeling. Baru 6km, Fazrin dah mengeluh " Bang dah pancit bang"

Aik , baru 6 km!! Koman sungguh!!

















Di atas Jambatan Semeling















Wan berfoto dulu di depan UiTM Merbok, Fazrin ketinggalan 600m dibelakang.















Fazrin baru sampai. Baru 12km, kata saya. Tapi Fazrin dah mengeluh. saya rencana nak ke rekreasi Tupah, mandi dahulu, lepas tu makan tengahari, dalam jam 1300 atau 1400 baru sampai semula ke rumah. Dari Uitm ke Tupah adalah lagi dalam 5 km.

Saya menghormati 'ketidakmampuan' orang orang muda ni dalam mengekori orang veteran berkayuh. Kami berpusing balik mengarah ke MRSM Merbok, dibelakang Uitm. Masa ni menuruni bukit, kelajuan maksima yang kami capai adalah 49.7km per/jam .

Berhenti pekena sarapan roti canai untuk tambah kolestrol yang baru dibakar sepanjang
12km tadi.
















Di sisi MRSM Merbok. Terpesona dengan tumbuhan ini yang lagenda/dongengnya berkenaan orang bunian/kerdil yang sering kita baca masa 'kecik kecik' dulu.
















Sebaik sahaja foto ini dirakam, Pak Syed pulak lalu bersama keluarganya . Apa lagi, Fazrin pun talipon lah suruh tunggu ditepi jalan.















Pak Syed menunggu kami .















Fazrin , Wan dan Pak Syed ni, memang pangkat adik adik dengan saya


.












Ini burung sebenar yang dalam genggaman saya , sepertimana usikan saya terhadap Pernikahan Azli-Fuadiah didalam penulisan terdahulu. Burung ni 'terlanggar' kenderaan. Masih pening lalat, adalah dalam 3km dalam genggaman saya, bila dia mula menggerak gerakkan kaki minta dibebaskan.







































Kami di perkarangan rumah saya, dalam jam 1130 pagi. Maknanya dalam 2 jam kayuhan, ditolak, makan minum, bergebang dengan Pak Syed, pukul rata dalam 1 jam 25 minit lah.

Memang ini kayuhan pertama Fazrin. Bukan niat mempersoal stamina orang muda, tapi, lebih kepada mengusik. Ini permulaan yang baik. Kayuhan pertama saya adalah melebihi 40km. Dari SP-Gurun, patah balik ke Bedong, dan Roziah ambil kami berdua ditepi jalan, bukan pancit, tetapi ada tetamu datang dari KL pada petang tu.

Sebelum Wan dan Fazrin pulang, Yazid, Sarjan tentera , jiran setaman pun bertandang.

"La, kenapa tak beritahu nak berkayuh, saya tak kemana hari ni." Yazid mengeluh kesal.

Ya, Yazid pun kaki kayuh jugak, dia dah ada 8 rakan tentera seangkatan dengannya, dalam hal berkayuh ni. Saya kata aje, insyaallah. Tapi, segan jugak, gang tentera ni stamina kuat.

'Tak ada la bang Latiff, setakat 20km pun ada yang dah pancit, tengok basikal memang takut, harga ribu ribu, kayuh tak kemana." Itu jawapan merendah diri Yazid.(?) .

Tak percayalah saya kalau tentera tiada stamina.

Jadi, begitulah hujung minggu, minggu ini. Minggu depan , belum pasti. Mahu ke KL atau memerap dirumah aje.

Jom makan, dah lapar ni. Hujan pulak tengahari ni


Latiff Hariri
1402 27062010
Sungai Petani

Sunday 20 June 2010

PERNIKAHAN KHAIRUL AZLI DAN NUR FUADIAH

Azli dah beritahu saya seawal bulan May, itu pun melalui Wan. Saya biasa aje, tengok jadual, kalau kena, saya akan hadir.

Masa berkayuh pada 6 Jun 2010 ke arah Taman Seri Bayu, saya pun singgah ke rumah beliau, dan dibekalkan kad jemputan secara rasmi. Terkejut besar dia, saya hanya berbasikal ke rumahnya. Kata setuju saya beri, yang saya akan ambil cuti semata mata nak raikan majlis pernikahannya.

Pagi Jumaat 18 Jun, Wan pun hadir ke rumah saya, dan kami empat beranak menuju ke rumah Azli. Ternyata semua menanti kami . Hm, saya sengaja lewatkan supaya Azli terkedu menanti.

Bergerak dari Taman Bandar Baru , Sungai Lalang mengarah ke Masjid Guar Chempedak. Alah, ciput aje, bawa laju, dalam 20 minit boleh sampai, bawa perlahan, kami jugak yang sampai duhalu dari Tok Kadhi dan Pengantin perempuan. Apa nak terburu kan? Burung dah dalam tangan, hehehehe.

Tapi, pengalaman memang begitu, Pengantin yang tak sabar sabar.















Dari rumah abang kepada Azli
















Wan dan Azli

Sebelum tu dah tanya Azli, hang pakai baju warna apa? Dia kata warna cerah metalic.
Ok, jawab saya. Jangan saya yang jadi perhatian pulak nanti.

















Sebelum Solat Sunat Tahyattul Masjid

Saya terpesona melihat kebersihan dan kecantikan Masjid ini. Pertamakali memasukinya.















Pengatin perempuan memasuki Masjid tepat 1102 pagi, sedangkan Tok Imam mamasuki jam 1040 . Jadi, barulah Azli senyum sampai ketelinga















Salam Azli. Senafas je.















Sign Agreement tu















Gelang pun dikancing tanda ikatan terjalin secara rasmi















Mas Kawin















Selesai acara pernikahan, kami dijemput bapa kepada Pengantin perempuan untuk ke Gerai Hijau Kuning di depan masjid untuk jamuan kecil.


Selesai sudah.






















2 Keluarga ditemukan, jodoh anak anak.


Kami meninggalkan pengantin di Gerai, untuk pulang berJumaat.

Majlis Perkahwinan akan diadakan di rumah Pengantin Perempuan pada Sabtu 26 Jun 2010. Kalau di ikutkan, tak perlu lagi saya menghadirkan diri, sebab memadai dengan kehadiran pada hari ini. Tapi, tengoklah macam mana kawan kawan kata.

Bila pulak cuti sekolah mendatang ni?


Latiff Hariri
2020 24062010
Sungai Petani

Monday 14 June 2010

SEBULAN SEKALI

Pagi Ahad 6 Jun 2010, saya tetap setia bertamu di Pasar Tani .

Agak lewat pagi ni gara gara keletihan semalaman di Ipoh dan Lenggong.
Fikir punya fikir, dah menghampiri sebulan lamanya saya tidak berkayuh, dan mengejutkan bila berat badan saya bertambah!!

Tak boleh jadi ni, sebaik selepas Asar, saya dan Izzuddin pun mulakan kayuhan petang. Bermula jam 1725 dan berakhir jam 1850. Izzuddin pun kata, " Abah, kita pi jauh sikit hari ni."

Memang rencana begitu. Memasuki bandar SP mengarah ke Taman Ria, melewati Kelab Cinta Sayang , Water Carnival, terus ke kawasan Hospital Sultan Abdul Halim dan Mahkamah, langsung ke Tmn Seri Bayu. Kelihatan didalam peta ni, jalan pintas yang berwarna hitam, belum diwartakan lagi.

Dari situ mengarah ke kiri ke Jalan 1 mengarah ke Kg Che Bema, dan memasuki semula ke Kg Teroi, kawasan taman perumahan saya ni. Jarak dalam 30km aje.









View Larger Map




Kelab Cinta Sayang , Sungai Petani














Pintu Gerbang Water Carnival

















Kompleks Mahkamah Sungai Petani.




























Mengarah ke Taman Seri Bayu, Sungai Lalang. Dari sini Izzuddin dah merungut,"Jauhnya... Orang bukan nak kayuh sejauh ini."

"Eh, tadi kata nak kayuh jauh ." Saya membalas . Ternyata Izzuddin dah marah!!













Tapi, dalam foto senyumlah.














Ini tiga jenis basikal termurah yang saya simpan. Belum merancang untuk membeli yang berharga sebiji motor Honda tu, pelan pelan lah. Lagi pun tiada kesempatan, nanti dah beli, tersadai didalam bilik setor didepan rumah, rugi pulak.

Yang satu tu jenis Le Run , dapat percuma, masa tu harganya RM530, dah kira mahal tu, la ni, orang dah tak pakai dah jenis ni. Tapi simpan buat muzium, dah melebihi 13tahun umurnya.

Lepas kayuh, selalunya makan bertambah selera.


Latiff Hariri
2010 23062010
Sungai Petani

NIKMATNYA BERTAMU II

Ahad malam tu, jam 2200 lebih sedikit, Faridah menalipon Roziah, katanya masih di Changlun, tapi berencana untuk singgah kerumah kami. Kami OK selalu.

Sebelum tu, petang Sabtu , semalam, Faridah ada bersms mengatakan baru bertolak dari Ipoh ke Padang Besar, nak join sama tak? Itu pertanyaan beliau kepada saya. Apakan daya, saya boleh merancang , tetapi, Dia yang menentukan. Bukan tak mahu, memang dah ada dalam rencana, tapi, dah ada tetamu bertandang, terpaksa meminta maaf dari Faridah sekeluarga.

Rupanya, Faridah masih berminat untuk singgah kerumah kami. Kecil rumah kami, SP Inn pun boleh kami aturkan. Dan mereka tiba dirumah kami menghampiri 0000 tengah malam. Saya terus 'menghadang' kereta mereka di parkir rumah. Bukan niat menghalang, lebih kepada, memang dah malam, tak kan nak jalan jugak!!

Itulah, orang dah letih, macam macam lah. Abg Man kata, masa talipon tadi, mereka ingat baru pukul 2000 mlm, jadi masih ok untuk bertandang kerumah orang. Tapi tersilap tengok jam, sebenarnya dah melebihi jam 2200. Itulah, orang dah letih, tengok jam pun dah bercelaru jarumnya.

Itu yang jadi terang mata saya ni, menanti Faridah dan Abang Man sekeluarga. Tertanya tanya, dah makan malam ke mereka ni?

Jam 2345 baru Abang Man menalipon , sudah keluar Tol SP Utara, dan saya berdua dengan Izzudin terus menjemput mereka di tepi jalanraya. Tepas jam 0000 14062010, mereka memasuki rumah kami.

Hm, sempat pulak Faridah ni bawa keluar 2 bungkus bubur kacang dan 2 bungkus laksa Perlis. Aik, kata dah makan, ada bungkus lagi. walaupun mereka berkeras mengatakan mereka dah makan, tapi, kenalah hidang jugak. Kira 'supper'lah.
sambil berborak didapur, saya menggoreng cempedak, sebab dah semerbak baunya didapur ini.
















Ni makan tengah malam , nak tunggu Bola WorldCup lambat lagi. Yang berbungkus dah siap terhidang, kena tunggu pcik Latiff menggoreng cempedak sekejap.


















Sambil makan, bersembang majlis perkahwinan di Padang Besar,bertandang dirumah Amran, tidur hingga ke maghrib sebab terlalu letih. Itu yang ceria sangat sangat hinggakan terlupa jam dah melepasi 2200 .

Jam 0200 baru semua masuk kebilik. Itu pun dua anak 'teruna' mereka tidur depan tv, kununnya nak tengok bola, tapi, bola yang tengok mereka. Hahaha.

Seperti pagi Sabtu lalu, saya terpa pokok cempedak dahulu, dapat lagi 2 biji, jadilah buat sarapan. Sementara tu Roziah dah siapkan nasi lemak untuk sarapan. Kira nak tunjukkan 'skill' kepada 2 orang tukang masak dari Ipoh ni. Siap diberi petua lagi macam mana nak lemakkan nasi lemak tanpa santan kelapa yang banyak.















Kami bertiga sarapan dahulu, sementara menanti yang lain bersiap. sempatlah Faridah melihat foto foto lama simpanan kami.
































Selesai sarapan pun dah menghampiri jam 1100, Faridah dan Roziah masih didapur. Abang Man macam lelaki yang lain, ambil oksigen bila kekenyangan. Melepak kami di buaian luar. Barulah saya buka cerita aktiviti saya semenjak bermastautin di Sungai Petani ni. Terus dia masuk semula kerumah, tengok yang itu, tengok yang ini, kedapur, tengok lagi. Faridah pun sama, terus keluar, bilik setor diluar yang berserabut tu mereka masuk, lihat lihat apa yang berbaki.

" Patutlah pun, saya ingatkan Latif peminat Jati. Hinggakan bilik air pun ada kayu jati, rupanya....." Itu kata kata abang Man.

Faridah dah mula 'merengek ' nak yang itu, , yang ini. Hahaha, tiada niat ya, sekadar nak habiskan stok didalam rumah ni aje. Kalau nak sesama kita ke Jawa untuk belajar dengan saya , memang saya sudi sangat sangat.

Hampir jam 1200 baru Abang Man dan Faridah bergerak meninggalkan Taman Teratai Indah . Kami memang gembira dengan kehadiran Faridah sekeluarga ni. Begitu jua seterusnya kepada rakan rakan yang lain. Rumah kami sentiasa terbuka untuk semua, terutamanya kalau ada anak anak yang akan sambung belajar diUiTM Merbok, tak pun yang bercuti. Sudi sudikan lah.




















Kami yang sepatutnya berterima kasih kepada Abang Man dan Faridah, yang sudi membawa 'rezeki' memasuki rumah kami ni.

Tak terucap rasanya kepuasan bila ramai tetamu yang bertandang kerumah kami sepanjang percutian ini. Letih?! Adalah sikit, tapi, bukannya selalu, memang dah 'standby' dengan setiap kali percutian sekolah.

Jangan serik tau, datanglah lagi.


Latiff Hariri
2100 14062010
Sungai Petani

NIKMATNYA BERTAMU I




Bila Kak Yus menalipon saya dari Padang , memberitahu yang beliau akan tiba di Kuala Lumpur pada 2 Jun 2010, saya tak ambil kisah sangat. Kerana, tujuan asal Kak Yus adalah untuk ke majlis pertunangan anak saudaranya di sungai Penchala. Saya tak mahu mengganggu aturcara Kak Yus di sana nanti.


Jadual cuti sekolah pun padat, terutamanya dihujung minggu , yang bertindan majlis perkahwinan.
Selesai Sabtu pertama dirumah Faridah, Ahadnya lebih kepada rehat di rumah. Isninnya kerja seperti biasa, tapi , tetiba Kak Yus talipon, menanya , bila boleh saya mengambilnya untuk bertandang ke Sungai Petani. Kepala saya ligat mengatur perjalanan supaya tumpuan kerja tidak terganggu

Petang Rabu , saya ke rumah abang di Cheras, untuk menjemput Kak Yus. Perjalanan agak lewat, jam 1900 baru mengarah ke Hi-way Plus, bertemankan anak teruna saya.
Hanya berbekal 3 bun roti dan air mineral. Kami tiba di Pandan Jaya jam 2230, setelah pasti kawan baik saya ni belum ber'dinner' lagi.

Dia teman serumah saya di akhir 1999 hingga awal 2001, semasa saya membujang selama setahun sebelum berpindah ke Sungai Petani. Dia OCBC, Orang Cina Bukan Cina. Tak reti berbahasa Mandarin langsung, tapi petah berbahasa Melayu. Baba Melaka lah katakan.















David Koh namanya. Kawan baik dari 1997 hingga sekarang.

Kami makan nasi berlaukkan Tomyam aje malam tu. Terkejut besar David melihat Izzudin yang sama tinggi dengan saya. Dia teringat semasa Izzudin berumur 4 tahun, kecil sangat sangat, sekarang dah mengalahkan bapaknya.

Kami bergerak ke Cheras, dan tiba di rumah abang jam 1145 malam. Tidur diruang tamu aje malam tu, senang nak bangun pagi nanti. Jam 0515 saya dah bangun dan bersiap . Selesai sarapan kopi 'O' jam 0645 ,kami pun berangkat meninggalkan Cheras.















Berfoto dengan emak sebelum berpisah. Emak Kurang sihat. Kak Yus bersama abang kandungnya, Pak Andang, dan adik sepupunya Nom.

Kami ke arah Sungai Buloh, menuju ke rumah Pcik Rosli untuk sarapan sebenar. Pcik Rosli pun dah beria menanti kehadiran Kak Yus ni. Sarapan mee goreng dan dua jenis kueh. Siap ada ole ole lagi untuk Kak Yus. Pcik Rosli pernah ke Padang bersama saya di tahun 2008, berIdul Adha disana, dan menetap dirumah Kak Yus.















Bersama Pcik Rosli dan Mcik Maznah serta cucunya.

Selesai sarapan , jam 0820 kami pun bergerak ke Hi-way Guthrie menuju utara.

Saya sudah berkira, boleh sampai Pulau Pinang sebelum jam 12 ni. Jalan agak sibuk, dan semua seakan berlumba, saya hanya tersedar kelajuan saya, bila ada kenderaan di arah bertentangan memberi lampu amaran supaya perlahan , kerana ada operasi Trafik di depan. Habislah saya kali ni, mesti dapat surat cinta ni.

Agak melebihi 20km, baru ada sekatan Traffic, sah lah, mesti kena ni, sambil berdoalah juga. Syukur, tiada apa apa. Lepas tu baru pandu ikut had laju.

Tiba di Jambatan Pulau Pinang jam 1140, langsung saya ke Gurney Drive dan sekitarnya untuk berfoto, tanda kenangan Kak Yus, Pak Andang dan Nom .

































Padang Kota
















Kota Conwallis


















Dalam Ferry balik ke Butterworth
















Dari Butterworth , saya menggunakan jalan lama.Perut pun dah berkeroncong. Kami tiba di rumah jam 1330 , dan sudah terhidang nasi dan lauk tunjuk, yang anak saya beli , untuk sambut tetamu jauh ni. Nak buat macam mana Kak Yus, semua kerja, makan malam yang sempurna dirumah ni. Kalau siang hari, pandai pandailah mencari.

Saya tahu mereka keletihan. Lena sementara menanti Asar, dan kami bergerak ke 'Hutan' simpanan kami,mencari pucuk ubi dan jantung pisang untuk dilaukkan malam nanti. Tahun ni durian saya tak menjadi, sebab gangguan monyet dan kera.

Rupanya Kak Yus ada membawa ole ole rendang Padang untuk kami malam tu. Kami tak malu lagi, masak sambal ikan kurung, rebus jantung pisang buat tambahan lauk rendang. Ternyata makan malam , malam ini pun kurang sempurna dari kaca mata saya, sebab lauknya hanya ikan sardin.































Sepanjang malam bercerita tentang anak anak Kak Yus. Si Zul sudah berpindah ke arah Bukit Tinggi, isterinya di Batu sangkar , menanti saat kelahiran anak kedua Zul. Si Des masih di Lubuk Basung. Si Mul di Pekan Baru.
Jumaat

Untungnya di Kedah ni, hujung minggunya hari Jumaat, jadi hari ni agak sempurna makan tengaharinya, sebab Bie pun becuti. Tak mahu menghampakan percutian mereka, saya membawa Kak Yus ke Merbok melihat lihat persekitaran, manalah tahu ada rezeki durian kat kebun orang. sebelum tu singgah ke UiTM buat kenang.

















Sementara menanti Jumaat, saya memasuki kebun Abang Shuib ni, tengok tengok apa yang boleh 'dibalas' untuk melapik perut. Hahaha .

Keluasan kebun melebihi 7 ekar, berpuloh pokok durian, manggis, cempedak, petai, nangka. Rumah Banglo satu bilik, serta ada jeram kecil di tepi banglo comel ni.

Menuju ke atas bukit, ada 'homestay' yang dihuni beberapa 'mat salleh' yang begitu teruja dengan suasana hutan di kaki Gunung Jerai ni.

Tengoklah buan durian ni!!
































Sayangnya, masih terlalu awal untuk kenduri durian disini. Buah buah ni akan mula luruh selewat lewatnya akhir Jun ni, atau Julai mendatang.

Tapi, oklah, dapat jugak sebiji dua buat basahkan tekak kami,
















Selesai di kebun Bang Shuib, kami balik kerumah untuk berJumaaat di Masjid Al-Amin.
Abang Shuib ni sepupu kepada Roziah. Bekas guru, dan suka berjenaka orangnya.

Berimamkan Uztad Ibrahim. Saya jarang bersolat Jumaat disini, lebih disekitar Butterworth. Ustad Ibrahim akan berUmrah lagi pada bulan Julai ni. Murah sungguh rezeki adik saya yang sorang ni.

Selesai Solat, makan tenghari berlaukkan gulai lomak pucuk ubi dan ikan cencaru sambal. Dan begitulah, semua lena lepas makan tengahari. Terpaksa saya kejutkan untuk Asar, dan menuju ke Gunung Jerai. Nasib tak menyebelahi kami, hujan sepanjang jalan. Syukur ...., disebalik Gunung tidak hujan rupanya. Kami menaiki Gunung agak lewat, melepasi jam 1800. Tapi, oklah, memang saya rancang begitu.















Cantikkan.







































Menuruni Gunung Jerai, terus ke arah Guar Chempedak, dan memasuki simpang ke Yan. Hujan renyai renyai, tapi masih jelas pemanduan. Berhenti di Masjid melepasi pekan Yan Besar untuk Solat Maghrib.

Hanya berSMS dengan adik Mat, makanan pun saya pesan. " Mesti siap jam 2030 tau ."

Itu aje yang saya tahu, setibanya di Gerai Mak Anjang di Tanjung Dawai, tak sampai 12minit menunggu, makanan dah terhidang. Makan besar malam tu bersama tamu tamu dari Sumatera Barat ni.



















































Haaa, dah 'clear' pinggan, dan semua tersenyum puas.


Memang sedap dan istimewa masakan disini. Kami bergerak meninggalkan Gerai Mak Anjang jam 2115, ke kedai ikan masin Shahanim pulak, beli ikan bilis buat ole ole untuk Kak Yus. Dalam menanti tu, si Aziz pulak SMS.

"Tip, kul bape nak sampai?"

Saya kata aje ' on the way, mungkin dalam 2215. Kak Yus tak tahu pun yang saya nak kerumah Aziz. Tak nak menghampakan Aziz, walaupun kami dah kenyang.

Dah tersedia roti jala berkuahkan kari daging untuk kami.

Kak Yus tak habis habis mengusik Aziz. Katanya, Aziz ni suka bercerita. Pada saya, Aziz ni kuat gebang dan buat lawak senario. Tak kira tua muda, semua dia sakat.




























































Selesai dirumah Aziz pun , jam dah menunjukkan angka 2300.

Saya terus ke tengah Bandar Sungai Petani, kearah pasar malam minggu yang beroperasi sejak pemerintahan Pakatan Rakyat ni. Aktiviti hanya bermula selepas Isyak dan tamat jam 2 pagi. Kemudian ke stesyen bas ekspress dan keretapi, kearah kem tentera yang mana sebentar tadi masih beroperasi Heli Nuri di udara SP diwaktu malam, sebelum saya berkeputusan untuk balik sahaja. Tamu pun dah 'capek'.

Sebelum lena, siap SMS dengan Osman.

"Aku bertolak lepas bola ni, mungkin jam 0100 pagi" .

Penuh lagi rumah saya ni dengan tetamu tetamu. Lebih kurang jam 0100 , masuk lagi SMS , sangka saya dariOsman, rupanya tidak, dari Zul, anak kak Yus di Batu Bangkar.

" Syukur Alhamdullillah, kelahiran Puteri yang cantik............."

Neneknya ada di Kedah diwaktu dia dilahirkan.

Sabtu.

Seawal jam 545 saya sudah menalipon Osman, tiada jawapan. Kiranya jam 615 baru dia talipon. Sudah di Juru , Solat subuh rupanya

Tetamu akan bertambah lagi ni. Pokok cempedak menjadi sasaran saya, syukurlah,, dapat 4 biji lagi. Sambil menggoreng, mata melirik ke arah jalan, tunggu tamu datang. Tepat jam 0730, sampai Osman sekeluarga. Kecoh rumah, sarapan sedang disediakan.

Osman jugak pernah bertandang ke rumah Kak Yus di Padang, jadi tak timbul soal segan. Sepertimana Aziz, Osman pun kaki gebang dan senang nak berborak dengan orang lain.





















Sarapan tersedia, dan kami 12 orang menjamu selera, tidak termasuk Bie dan Qilah, yang terus ke Pantai Merdeka, Hari Keluarga UiTM Kedah.

Puas bila tetamu dapat bersantapan sesama mereka, walau pun jauh, dapat jugak bersarapan semeja dengan masakan kami berdua ni.































Bila perut dah kenyang, anak anak pun apa lagi, berbasikal keliling taman. Teruja , terus merengek dengan abah mereka, supaya dibelikan basikal serupa untuk mereka.

Selesai sarapan , Wan pun sampai, bertambah lagi 5 tetamu, maknanya pagi sabtu ni ada
15 tetamu dirumah kami. Moga kehadiran ini memurahkan rezeki kita bersama.


















Anisha Hanum sempat menunjukkan kebolehan bermain piano, kira Izzuddin harus tercabar dalam masa tedekat ni, jika beliau bersambil lewa belajar.

















Satu kenangan abadi.

Kami bergerak 2 kereta ke Pantai Merdeka. Selain dari mengekori Roziah dan Qilah ke Hari Keluarga, dapat juga membawa tetamu tetamu ni bersiar siar.


















Kak Yus, Pak Addang dan Nom di Pantai Merdeka.




















Adam dan Anisha Hanum




























Kami bergerak meninggalkan Pantai Merdeka untuk pulang ke SP. Saya sudah berura ura untuk ke Alor Setar, majlis perkahwinan anak anak Pcik Jamil dan Mcik Sarah. Dalam duk merancang, teringat kepada Raja Anuar, kawan ketat masa tingkatan 3-5 dulu.

Dia dah dalam perjalanan ke Alor Setar dari Selama, dan beria nak jumpa kami di sekitar Kota Kuala Muda. Maka berjumpalah lagi tetamu tetamu ni. Raja Anuar pun kawan kepada Osman, dan jugak pernah bertandang ke rumah Kak Yus di Padang. Kira gempaklah jugak kat kota kecil ni.

Osman meneruskan aktiviti sekeluarga di SP, saya dan Raja Anuar terus ke Alor Setar, paling tepat Bukit Pinang.

Pcik Jamil mula saya kenali diwaktu menunggu keputusan SPM. Pertama kali menjejakkan kaki ke Anak Bukit, berkenalan, hingga sekarang masih berutus khabar. Pcik Jamil pun ada anak sebaya kami, sayangnya Supardi dah pergi dahulu. Moga Rohnya aman di sana.
Raja Anuar adalah anak saudara beliau, kerana emak Raja Anuar adalah kakak kepada Pcik Jamil


Tahniah Pcik Jamil & Mcik Sarah. Dapat sepasang menantu perempuan serentak.



































Raja Anuar, Pak Andang dan Pak Latiff























Kenangan bersama Pcik Jamil. Dah lebih 26 tahun saya mengenali Pcik kepada Raja Anuar ni.


Kami bergerak meninggalkan Bukit Pinang dalam 1430. Ke arah bandar Alor Setar. Yang saya tahu tempat menarik di Alor Setar ni ialah Menaranya. Kira yang ke 19 tertinggi di dunia. Kearah lain saya tak pasti menariknya. Lama jugak kami disini, ditambah pulak hujan lebat, berkhemah terus.

















Di pintu gerbang Istana Anak Bukit
































































Masjid Zahir









































Kami balik terus ke SP selepas itu. Tak kemana dah, hanya sekejap dikedai Foto untuk 'burn' foto kedalam cd, supaya mudah dibawa ke Padang nanti..

Osman sekeluarga menetap di SP Inn, kira kira 1 km dari rumah saya, sememangnya Osman dan anak anak begitu, selalunya mereka bermalam di Kelab Cinta Sayang. Disebabkan penuh, hanya SP Inn yang dapat, kira oklah, sebab ada kolam untuk anak anak berendam,

Saya di rumah lebih kepada berbual kisah lama diawal perkenalan dengan Kak Yus di Padang, gara gara Rahman mengejar Siti Nurbayanya.

















Pagi Ahad,selesai rutin harian di pasar tani, kami pun bergerak menuju ke Kuala Lumpur. Berakhirnya kenangan 4 hari 3 malam kak Yus sekeluarga di Kedah. Bergerak jam 0800, mengarah ke Pinang Tunggal. Wan Setuju menjadi teman pemanduan saya.















Kami singgah di kebun bendi milik peladang di kampung Ekor Kuching ni. Kak Yus begitu meminati kekacang ini, sebab jarang terdapat di Padang dan Bukit Tinggi. Dapatlah dibawa pulang biji benih untuk semaian di Padang nanti.


















Bertemankan Amar anak Wan, Izzuddin, kami bertujuh terus ke Sungai Penchala.
Sempat meminta maaf kepada Osman kerana tidak dapat melayan beliau sepenuhnya. Osman bergerak lewat tengahari ke Sri Iskandar untuk persedia pendaftaran Adam memasuki UiTM Perak nanti.






























Kami tiba di rumah Abang Bahari jam 1215, sudah tersedia makanan tengahari untuk kami. Selesai , dalam jam 1330, kami pun berpatah balik ke Utara. Letih tapi menyeronokkan. Sempat singgah ke Gerai No 11 hentian Sungai Perak untuk beli gulai
tempoyak .

Kami tiba di Sungai Petani jam 1830. Selesai satu episod.

Memang dah berura ura nak tidur awal malam ni. Tapi, agaknya bila terlalu letih, mata pun susah nak pejam. Handphone saya dah padam seawal jam 1830 tadi, tak mahu diganggu Putera nak beradu.

Tiba Tiba , Izzuddin menerpa ke bilik ni pulak," Abah, abah, auntie Faridah nak datang . Abah tidur dulu, sat gi kejut ."

Tidur dulu? Mana boleh, tamu nak datang ni


Latiff Hariri
2130 13062010
Sungai Petani