Bee Gees

Sunday 27 March 2011

Aku kerumahmu, Sahabatku, tapi Kau Sudah Tiada

Pagi Sabtu ni agak sibuk. selain dari hujan pagi yang menghalang pergerakan saya. Saya juga harus hadir ke sekolah untuk sama sama memenuhi tangungjawab terhadap rumah kedua anak anak kita ni.

Acara selesai melepasi waktu Zuhur, dan kami mula berrgerak melepasi pukul 215 petang, dalam hujan lebat, mengarah ke Taiping. Daerah yang penuh dengan kenangan ini.

Kami tiba di Tol utara Taiping sekitar pukul 340 petang, dan terus menalipon balu kepada saorang rakan baik aku seawal umur 9 tahun. Malangnya , aku berlangkah kiri, Puan Khatijah berada di Kuala Lumpur meraikan kejayaan anak beliau yang cemerlang dalam peperiksaan SPMnya. Tahniah untuk Arwah.

Sudah 50% gagal dalam misi ini.

Terus meluncur laju ke Restoran Doli. Hm, makin biasa rasanya kueteow disini, tidak sehebat dahulu lagi.

Bonda Fatimah Zaiton. Sudah melepasi usia 70an emak aku ni.

Dirumah emak, seperti biasa , adik aku yang paling manja dan yang paling kerap pulang
ke Taiping setiap hujung minggu,, pun ada bersama. Hanya seketika disini, emak dan adik aku sekeluarga tu hendak ke Kuala Gula mencari ketam nipah yang berkulit lembut. Aku dah selalu makan ketam tu. Berhampiran rumah kami di Sungai Layar tu, ada yang menternaknya. Jadi, tak mahulah kami mengikuti mereka ke sana.Lagi pun aku ada lagi 50% misi yang belum selesai.

Kami bergerak semula menuju ke utara, tetapi menggunakan laluan jalan negeri sahaja. Melepasi Kem Tahanan, Changkat Larah, akhirnya tak melebihi 40 minit kami dah berada di tengah pekan Batu Kurau. Izzuddin kata ada iras iras Lenggong pekan ni.

Berpandukan alamat yang dikirim lewat SMS oleh abang Zainol aku perlahankan kenderaan mencari simpang ke kiri ditengah pekan ini. Ya, teramat mudah, sudah kutemui. Tanpa bertanya lagi , aku membelok . Sah, ini laluannya . Daya ingatan aku masih kuat.

Kami meberi salam, dan disambut adik kepada Arwah, lalu dipanggil emaknya. Tanpa diminta naik keatas rumah, aku seakan akan sudah biasa dengan rumah ini. Terus memberi salam kedua kepada Bonda Shamsudiar serta cucu cucunya.

" Ya, makcik duk tunggu jugak, kawan Arwah ni. Zainol kata nak datang, hari ni baru dapat jumpa" Itu kata kata awal, menandakan kehadiran aku ditunggu.

Tapi, segala bayanganku tentang Bonda ternyata berbeza. Yang aku ingat 32 tahun dahulu Bonda kurus tinggi, aktif, tapi, kini sudah berbeza dimamah usia.

Tanpa segan silu jugak aku bersuara kepada cucu lelaki beliau yang sedang membuat air, supaya memadai membuat air teh o sahaja. Dan Bonda begitu senang , katanya, aku macam dah biasa biasa aje kerumah beliau, seolah olah sering bertandang.

Aku menceritakan tentang kenangan lama bersama Arwah seawal usia 14 tahun.
Sambil berbual , aku meminta kebenaran dari Bonda untuk meng'scan' kesemua gambar gambar lama milik Arwah.

Tiada halangan, cuma hanya sebuah album kecil milik Arwah diwaktu berkuliah di UiTM yang tersedia, sedangkan yang lain, harus dicari dahulu.. Tak mengapalah, aku tak kisah, janji terubat melihat wajah wajah arwah disaat saat akhir beliau.

Arwah meninggal sewaktu praktikal bersama Mbf Finance. Kemalangan.

Kata Bonda, dihari perkebumian arwah, ramai rakan rakan sekolah/UiTM yang hadir. Aku memohon maaf, kerana aku bukan salah saorang kawan yang hadir. Aku hanya mengetahu berita ini selepas melebihi 6 bulan pemergian arwah.

Aku ceritakan serba sedikit tentang arwah sewaktu kami bersama di sekolah mahupun di asrama. Arwah saorang yang mudah mesra, suka menyakat secara sopan dengan kawan kawan, dan tidak pernah berkasar. Dia rajin mengikuti gang usrah waktu diasrama, dan rajin bersolat.

"Syukurlah.... maknanya sedikit dosa arwah, kalau ikut dosa dia hanya 7-8 tahun sahaja" Itu kata kata bonda.

Aku tercangak, 7-8 tahun? Oooo, bonda kira dari akhil baligh anak teruna . Ok, aku faham.

" Dia anak ke 8 dari 10 beradik, anak makcik banyak yang pergi waktu berusia dibawah 12 bulan, sekarang ni yang tinggal hanya 4 orang, arwah yang ke-6 pergi. Dia meninggal ditahun 1988, sedangkan ayah dia pergi ditahun 1985."

Aku sayu mengenangkannya. Bonda tak nafikan yang arwah agak pendek diwaktu kecilnya. tapi, bila semakin dewasa, dia semakin tinggi. Aku selamba aje memberitahu Bonda , apa yang aku pasti, anak anak lelaki Bonda , sama saja wajahnya. Ditanyanya aku bagaimana aku mengenali abang Zainul. Aku ceritakan serba sedikit kisah yang ku baca lewat FB Suzaili. Dan dari situlah aku memanjangkan kaki kami sekeluarga untuk bertandang.

Bonda Shamsudiar amat terharu dengan kehadiran kami, kata beliau, " sambunglah sillaturrahim ini, walaupun Zainal sudah lama tiada, syukur, ada jugak kawan kawan dia yang datang dan ingat pada dia "

Mahu rasanya aku berziarah ke pusara, tetapi bonda kata harus dengan kenderaan kesana, jadi aku simpankan dahulu untuk suatu masa yang sesuai.

Kami disini melebihi sejam, dan memohon diri untuk pulang .


"Makcik nak panggil apa kat anak ni? Datuk ke? Dah dapat Datuk ke?"

Hahaha, ketawa aku. Aku bersangka baik, mungkin maksud Bonda aku sudah mendapat pingat dari Raja, bukannya datuk yang bercucu.

"Tak lah makcik, panggil Latiff aje....."

Hati Bonda Shamsidar memang tersentuh dengan kehadiran kami. Hingga ke hadapan rumah, beliau menuruni tangga melepaskan kami.

Aku terkenang lagi ketika usia 15 tahun, aku pernah bertandang kesini bersama arwah McHelm, Arwah Zulkifly Bahrain. Mungkin juga bersama Roslan Wahab dan Daud Mahyuddin. Ya, aku ingat, arwah Ayahanda McHelm adalah tukang songkok yang tokonya terletak ditengah tengah pekan Batu Kurau. Walau pun Bonda Shamsudiar sudah lupa akan kehadiran kami, anak anak asrama KE, tapi, aku pasti mengingati beliau, yang begitu aktif berpolitik dan mendidik anak anak dengan AlQuran dan kelas agamannya.

Alfatihah - Buat Zainal Azmi Md Diyar @Mc Helm. Moga rohnya diberkati selalu.....


Syukur, terlaksana 50% misi untuk hujung minggu ni. Aku meluncur laju mengarai ke Jelai, untuk kutunjukkan kepada Izzuddin rumah lagi saorang sahabat ku disini, si Razif Ahmad.

Melepasi Redang Panjang menghampiri maghrib dan tiba di pekan Selama sekitar 745 malam. Malangnya, rakan ketat aku ni, Si Raja Anuar ni, berada di Ipoh pulak.

Terus ajelah, mengarah ke Kulim langsung ke Sungai Petani.

Seronok Sabtu ni, kerana aktivitinya penuh bermula dari pukul 9 pagi hingga ke 10 malam.


Latiff Hariri
1928 29032011
Sungai Petani

Saturday 26 March 2011

Menagih Simpati dalam Majlis Sekolah

Memang aku terpanggil untuk bersama guru guru di suatu pagi itu.

Dah lama berehat dari beraktif bersama mereka. Tiba tiba semangat aku membara , dek kerana sikap saorang bapa yang berlaku biadap terhadap saorang guru. Dah lama rasanya aku menyepi dari bersekolah ni. Kali terakhir bersama mereka ditahun 2008. Sejak itu aku berehat panjang.

Sebaik sahaja berita itu sampai ketelinga ku, aku bergegas ke sekolah untuk mendapat maklumat sebenar dari pentadbir. Ternyata , apa yang disampaikan kepada aku melalui anak aku adalah benar. Guru Kanan (HEP) menceritakan tentang sikap saorang ayah yang begitu biadap , yang menyerang saorang Guru . Dibawa bersama Pegawai Polis serta kata kata ugutan akan menyaman guru tersebut.

Tak ada ruangkah untuk berbincang hingga dibuat lapuran polis?

Dengar khabar bapa tersebut saorang konsultan yang berjaya dengan ijazah berjela jela, tetapi mengapa tindakan beliau mengalahkan pelajar yang mendapat gred 'S' waktu SRP. Eh, masih ada sijil 'S' ke SRP(PMR) sekarang ini? Aku ni ketinggalan sungguhlah!!

Siap sepurnama Meysuarat Emak-Pak dan Guru guru dicanang, aku pun dalam tempoh 24 jam, siap mereka reka ayat yang hendak aku ketengahkan diwaktu mesyuarat agung itu nanti. Memang aku dah nekad untuk menghentam bapa yang baik sungguh perangainya itu.
Hampir terbantut niat aku tau. Nak tau kenapa?

Adakah patut pehak sekolah menjemput wakil rakyat yang gagal memerintah, menjadi tetamu kehormat untuk perasmian majlis ini? Tak jadi lah, tak minat aku dengan puak puak yang dah bangkrap ini.

Tapi, ada suara suara sms yang meminta aku hadir selepas 'pemimpin' tersebut selesai memberi ucapan dan mengundurkan diri dari majlis.

OK lah, ok lah. Aku datang pukul 10 ajelah, walaupun majlis bermula lebih awal dengan harapan, tak perlu mendengar 'kempen ' pemimpin tersebut. Tapi, mana aku nak tahu yang ucapan Pengetua pun panjang berjela hingga ke pukul 11, dan 'Ahli Parlimen dalam Anganan ' ini memulakan ucapan kemudian itu?

Nak tak nak dengar ajelah!!

Melihat kehadiran emak-pak yang memenuhi dewan sekolah, dengan selamba Ahli Parlimen tersebut memohon simpati dari semua penduduk supaya memberi peluang kepada beliau ditahun hadapan untuk masuk ke Parlimen , barang sepenggal, tak mahu lebih pun.
Tiada niat dihati beliau untuk mengaut kekayaan seperti Daim , mantan AP Merbok, mahupun menjadi sehebat DNA. Memadai sepenggal, kata beliau. Ish, malunya!!

" Sekarang saya derma RM5K untuk sekolah dan saya tambah lagi Rm1k untuk membaik pulih......, kalau saya jadi Ahli Parlimen, lebih dari ini saya boleh berikan. Kelmarin dulu saya sempat berJumaat dengan pehak PRDM, khutbahnya dibaca oleh Pegawai Polis dan Tazkirah pun oleh Tuan OCPD. Tuan tuan tahu tak, anak anak Melayu SP menjuarai peratus jenayah tertinggi berbanding dengan bangsa lain"

Aku dah mula cemuih. Dia ni nak berkempen pilihanraya, pergilah ke Sarawak, bukan disini. Meluatnya aku.

Selesai acara kempen beliau, maka beraraklah guru guru menyantuni beliau ke Harrier beliau. Aku berdiri dihujung dewan, dan tak berminat aku nak bersalaman dengan pemimpin bangkrap ini.

Tapi, dia siap tegur aku lagi dan hulur tangan nak bersalaman dengan Datuk L ini!!. Aku...., acuh acuh aje bersalaman dengan beliau sambil meleret mata boring kepada Guru yang mengeyit mata , saolah olah berkata " kau salam ajelah dengan mamat tu"

Aku yang tak reti nak bermuka mukalah!.

Maafkan saya Cikgu.


Latiff Hariri
2310 26032011
Sungai Petani

Friday 25 March 2011

Hari Polis ke 204 Tahun

Muka hadapan Mastika April 2011, antara isi menariknya " Jemaah Terima Pukulan Ghaib di Tanah Suci"

Tahniah tak terhingga kepada rakan rakan, kenalan, sepupu dan abang ipar, hehehe, yang bekerja bertungkus lumus didalam bidang kepolisian ini. Kejujuran dan keikhlasan anda, insyaallah , akan mendapat tempat disisiNya.

Selain dari ucapan panjang lebar oleh Ketua Polis Negara, serta ulasan ulasan berita tentang kejayaan Polis yang meningkat setiap tahun, jangan dilupa akan kegagalan Polis dalam berlaku adil dalam menangani kehidupan masyarakat. Kata KDN , mahu dijadikan 2010 sebagai kayu ukuran pencapaian mereka. Peratus jenayah menunjukkan penurunan, dan kemahiran serta kecekapan Polis semakin meningkat.

Tak perlu saya bercerita panjang dan menjadi pengulas, anda lebih memahami kearah mana tulisan saya ini.

Mari kita berkongsi cerita yang tersiar di Mastika edisi April 2011 ini yang menceritakan tentang keburukan perangai saorang anggota Polis, dan akhirnya menjadi saorang Ustad setelah tersedar yang kehidupan beliau didalam PRDM yang penuh dengan noda.

Mastika pun nak cover keaiban polis , didepan majalah tajuk lain, kat dalam isi yang sebenarnya.
Yalah, milik pun Utusan Meloya

Ingat tau, ramai yang mati didalam lokap, serta bebudak sekolah yang ditembak begitu sahaja. Anda yang menyeleweng masih dipandang serong oleh kami, warga marhain!!


Dah elok elok kerja dalam Angkatan Tentera Malaysia, dia pi 'resign' dan masuk Polis pulak. Dah elok dalam tentera tu, buat apa nak cari RM dalam PRDM tu?


Latiff Hariri
2145 25032011
Sungai Petani

Thursday 24 March 2011

Hm, Harga Getah dah Jatuh Pulak

Pagi ini, masuk lewat ke pejabat, ya lah, gara gara motong getah lebih masa.

Maunya tak lebih masa, dulu sekali toreh dapat RM1.00 sebatang, sekarang nak dapat jumlah yang sama, saya kena toreh dua kali sebatang pokok, gara gara jatuhnya harga getah dipasaran. Punah impian untuk beli MTB baru, kena cari yang 2ndhand ajelah, nampaknya.



Pokok kelapa ini ditanam sebagai tanda bermulanya projek 2011 ni. Saya letakkan aje diatas batas bersebelahan tali air ni.

Baru siap memotong
Survey persekitaran kebun

Hm slow pulak menitiknya susu ni.

Bersembang dgn Jan, jiran/saudara yang mengusahakan tanah sawah ini.

Kubota lama milik Jan

Nantilah, dapat pajak 5 pokok durian tu musim ini, saya beli yang baru dan saya akan tajak sendiri setiap malam. Malam? Ha ah, siang kerja pejabat, malam aje berkesempatan.

Ini kisahnya setiap masa kelapangan yang ada pada saya, kebun kebun , kebun.


Latiff Hariri
2022 23032011
Sungai Petani

Monday 21 March 2011

Ahad 20032011

Pagi Ahad 20032011 ni, bermulanya semester kedua persekolahan di Kedah.

Rutin mingguan tetap sama, selesai menghantar Izzuddin ke Sekolahnya, saya melepak ke Pasar Tani. Bayar bil air dan elektrik, terus ke kebun. Yalah, orang tengah semangat bunga durian ni.

Dari jauh, udah kelihatan banyak kenderaan parkir dipersekitaran kebun. Hm, ada apa pulak ni? Setahu saya , bersebelahan kunci air, ada padang kecil tapak anak anak bermain dan sering dijadikan tapak aktiviti penduduk kampung Permatang Kedondong ni.



Hm, ada pesta memancing ke? Saya tak bawa buluh memancing pulak.

Kunci air. Dua tahun lalu masih manual, sekarang dah guna elektrik



Rupanya penduduk kampung mengadakan pertandingan memancing. Kalau tanya saya , ramai ke penduduk kampung ni? Saya berani katakan, yang berumah disini tidak melebihi 25 buah, tidak termasuk saya dan mereka mereka yang bertanah sahaja.

Pertandingan baru bermula jam 900 pagi tadi. Saya tiba tepat pada waktunya.

Peserta pertama yang menaikkan keli 200gm ni adalah cucu saudara saya.
Beliau menerima hadiah sebagai peserta pertama yang mendaratkan ikan sekitar 909 pagi.

Ini hasilnya peserta kedua, sekitar jam 910 pagi, keli seberat 1.450kg

Tapak pesta memancing kg Permatang Kedondong. Disini juga selalunya diadakan keramaian penduduk kampung

Sempadan bendang
Tali air yang menjadi punca air sawah bendang serta rezeki ikan ikannya. Kalau musim puyu, sepanjang tali air ini hingga memasuki hutan simpanan saya, dipenuhi orang kampung serta orang luar. Dahulu, diawal pernikahan saya, memang saya kaki memancing setiap kali pulang ke kampung. Tapi semakin meningkat usia ni, mula terasa letih dan ruginya menunggu dipinggir tali air ini
Kat sini dulu, sering saya dapat ikan selat, sedap digoreng garing dan disambalkan


Saya hanya berada disini sekadar satu jam. Tujuan lebih kepada melihat perkembangan kebun, memang sah, dah tiada monyet berkeliaran.

Didalam poket penuh mercun bola dan mancis untuk saya letupkan kepada monyet monyet itu. Yang pasti, selamat durian saya.

Latiff Hariri
2112 20132011
Sungai Petani

Sunday 20 March 2011

Mohd Shahidan Anor Cintakan Nor Zaina Ismail

Bergerak dari kampung lembah Raja melepasi pukul 2 petang, untuk menyunting bunga idaman hati di Lunas, Kulim.

Petang 27 Februari 2011


Anak teruna bersamping

Sujud memohon berkat dariNya

"Aku nikahkan dikau......"

Maskawin diserahkan kepada Nor Zaina

Bersama nenek Pengantin lelaki

Ha, makan-makan, apa ditunggu lagi


Cincin disarung secara rasmi dirumah Pengantin perempuan

Ciuman pertama dari sang suami


Sebenarnya saya tak bersedia untuk acara ini. Si Wan main tangkap muat je. Tak sangka pulak jadi jurukamera rasmi. Kau hentam ajelah Labi.

Tahniah kepada Shahidan dan Nor Zaina.

Pasaangan adalah anak buah kepada rakan baik saya ni, yang sering mengekori saya setiap kali saya bercuti. Si Wan Ekor Kucing.

Nak tanya sikit Wan, agaknya berapa umur Zaina? Hehehe.

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

Latiff Hariri
1926 19032011
Sungai Petani

Wednesday 16 March 2011

Fuh! 5 Hari 4 Malam yang Menyeronokkan

Didalam Balai Berlepas, Bandara Minangkabau, Padang 14022011

Masing masing bertukar tukar foto yang dirakam lewat handphone

Kami memasuki pesawat pada sekitar 815 pagi, dan berangkat tepat 830 pagi (wib)
Kami yang duduk berhampiran 'dapur' didalam pesawt ini dibenarkan memasuki dahulu melalui pintu dapur. Hehehe
3 budak bujang ni duduk sebaris, senang saya nak jaga.

Sedangkan Badrul tersenyum duduk sendirian berhampiran pejabat dapur paramugari.

Hampir penuh pesawat pagi n
i

Saya bersama Izzudin serta saorang awek Belanda disebelah Izzuddin

Perjalanan pagi ini lancar seperti biasa, dan kami tiba seawal jam 1015 pagi. Maknanya hanya sekadar 45 minit. Waktu bertolak di Padang 830(wib) , bersamaan 930pagi waktu kita

Tart dah pandai cek out secara otomatik di kaunter Imigresen.

Tiada masaalah dengan Imigresen. Kami berjalan menuruni tangga untuk mengambil 4 bagasi yang kami campakkan kedalam perut pesawat.

Berfoto sebelum keluar

Kami juga tiada hadapi masaalah dengan pehak Kastam kerana kami keluar berkumpulan, biar sama sama kena bila berlaku pemeriksaan rapi. Kalau keluar sendirian, lebih mudah disoal oleh Kastam terhadap barangan yang dibeli diluar negara. Walaupun belanja kami ala kadar, tapi harus diingat, kain batik, buah buahan, adalah dilarang dan mempunyai had minimanya.

Menunggu adik bujang saya si Zali untuk mengambil kami dan terus kami makan tengahari di Nilai sebelum berangkat pulang menuju ke Sentral dan terus ke lebuhraya utara-selatan.

Berhenti solat jam 4 petang di Bukit Merah dan minum petang, sebelum memasuki Seberang Jaya untuk menghantar Sham pulang , dan memasuki lebuhraya Butterworth-Kulim, untuk menghantar Badrul pulang ke Kulim.

Keluarga si Nasir sudah menanya, bila anak sulong mereka ni nak sampai, kerana kami tiba di Sungai Layar sekitar 15 minit selepas azan Maghrib.

Esok dah Maulidddur-Rasul.



Latiff Hariri
2011 07032011
Sungai Petani

Pantun untuk Rakyat Malaysia

Husam Musa

Pantun untuk rakyat Malaysia, dibaca di PUTIK , 12 Mac 2011:

SAMAN EKOR BERULANG LAGI
KERAJAAN UNTUNG RAKYAT RUGI
DAPAT WANG BERGUNI-GUNI
BOLEH DIGUNA MEMBELI UNDI

KUPON TUISYEN DIBAHAGI-BAHAGI
DEKAT PILIHANRAYA DUIT DIBERI
JUDI DILESEN DULU LAGI
ISLAM HADHARI KINI TAK BERBUNYI

PENGKALAN TUDM SUNGAI BESI
TANAH LUAS BERNILAI TINGGI
UNTUK KRONI DIBERI FREE
KHAZANAH NEGARA DIBAHAGI SAMA SENDIRI

BUKAN RAKYAT SENANG HATI
HARGA BARANG NAIK SETIAP HARI
BAWANG MINYAK TAMBANG LORI
SURATKHABAR PUSING JADI LALI

KAPAL SELAM MAHAL SANGGUP DIBELI
500 JUTA BARU DUIT KOPI
SIAPA TERIMA JADI MISTERI
HANYA TERBONGKAR KALAU BN CABUT LARI

KAWAN DAP, MUFTI TAK BERI
JUAL MELAYU, JUAL NEGERI
BERTAUKEHKAN MCA SAMPAI MATI
ITULAH AJARAN, ISLAM SEJATI

RAKYAT DITEMBAK ADA YANG MATI
MAHKAMAH KITA LUCU DAN NGERI
HAKIM LENA/MENGGIGIL DALAM POKET MENTERI
ALTANTUYA KUGAN BENG HOCK AMINURASYID BIARLAH/TERUS DIINGATI

TOK GURU DIHINA DICACI MAKI
ISLAM DIPERSENDA SETIAP HARI
SURATKHABAR TV NYANYI LAGU BASI
ASAL UMNO BERKUASA LAGI

PERDANA MENTERI DITIPU MENTERI SENDIRI
ISTERI PERDANA MENTERI LAGI DIGERUNI
SILAP HARIBULAN TERJUAL NEGERI BELAKANG TABIR SENDIRI
MENGAKU FIRST LADY

PEMIMPIN MEWAH HARTA LUAR NEGERI
ISYTIHAR HARTA SUDAH DICABARI
SEMUA MEMBISU BUAT TAK RETI
KERETA BERSUSUN HARTA BERPETI

SAMPAI KIAMAT TAK NAK BN DIGANTI
UNDILAH BN UNDILAH DACING
HIDUPLAH HIPOKRIRASI SUKANYA HATI
HAMBA DUNIA ATAU HAMBA ILAHI?

HIDUP DI DUNIA DITUKAR GANTI
HIDUP AKHIRAT KEKAL ABADI
KALAU INSAF BANGUNLAH BERDIRI
MENJUNJUNG ISLAM SELAMATKAN NEGERI

ADIL MAJU - PALING PENTING DIRIDHAI
RABBUL JALIL DI AKHIRAT NANTI

Tuesday 15 March 2011

Selamat Tinggal Bumi Minang

Makan malam yang mudah mudah aje di rumah Kak Yus ni.

Tapi dalam mudah mudah pun, ada rendang daging, sambal berlado, gado gado. Hm, laju makan kami.


Keenakkan sehingga menjilat jari.

Selesai makan, kami duduk melepak di luar rumah. Yang bagusnya group yang kali ini, tiada saorang pun yang merokok. Jadi hanya duduk bergebang kosong.
Izzuddin dilayan Kak Yus, melihat foto foto seawal usia beliau 4 tahun berada di Padang. Dah lebih 11 tahun Izzuddin berulang alik ke Padang mengikuti saya.

Malam ni lebih kepada mengemas, sedang asyik rakan rakan saya mengemas, saya , Izzuddin dan Zul menghilangkan diri ke pekan Siteba. Tujuan, untuk kemaskan rambut saya, dan pekena saorang secawan kopi.

Tidur awal malam ni sebab esok dah nak pulang ke Semenanjung.

Kami bangun seawal 430 pagi. Bersiap awal kerana hanya ada dua kamar mandi untuk 7 orang bujang ni.

Kami siap semuanya jam 545 pagi, sarapan ala kadar sahaja, dan saya mula menalipon Si Zal bertanyakan dimana beliau sekarang. Jangan terlupa sudah.

Bergerak meninggalkan Siteba 615 pagi.
Subuh 14 Februari 2011

Penuh Innova ini, 3 dihadapan, 5 dibelakang! Macam sardin.

Tengah mengatur kedudukan rakan rakan didalam Innova.

Jarak masa antara Siteba dan Bandara Minangkabau adalah sekitar 30 minit perjalanan.

Keadaaan sudah cerah

Bandara Minangkabau, Padang, Sumatera Barat.

Terus turunkan beg kedalam 3 troli, dan beratur untuk lapur diri sekitar jam 7. Mujur masih awal, dan kurang yang antrinya. Antri? Ya. Beratur.

Kaunternya terlalu kecil, walaupun ada 3 kaunter AirAsia, tetapi, belum dicampur dengan kaunter Garuda dan yang lain lain.

Selesai cek in, kami berlima keluar semula, sedangkan Hisham dan Nasir terus menunggu di lobi menunggu didalam.

Kami bersalaman dengan Zal untuk ucapan terima kasihnya.

Bersama Zal di luar Bandara.

Foto berlima.

Zal beredar sekitar 715 pagi, kami sambung minum di Cafe luar, ya lah, nak berpisah dengan Teh Botol ni!
Tart siap ambil foto dengan handphone lagi,

Pekena saorang semangkuk soto, sebelum memasuki semula ke lobi menunggu.



4 bagasi kami masukkan kedalam perut pesawat, dan setiap kami membawa saorang satu atau dua beg. Yang pasti, semasa ke Padang pada 10 haribulan, kami hanya membawa 7 beg, kini dah jadi 14 beg.

Latiff Hariri
0715 13032011
Sungai Petani

Monday 14 March 2011

Jom Tengok Apa Ada Dalam Hutan

Hari Ahad ni percuma(free).

Selain dari ada kenduri kawin yang harus dihadiri, jadual hujung minggu saya tetap sama. Bezanya sekarang cuti sekolah. Jadi sarapannya jauh dari kebiasaan.

Selesai rutin Ahad.

Tepat jam 12 saya ke rumah En Rahim, jiran, kakitangan JPJ, meraikan pernikahan anak beliau. Dekat sangat sangat untuk mengelak pun..

Jam 1230 terus ke hutan simpanan saya. Saya jarang menjengok sejak kebelakangan ini. Nak tengok apa pun? Hutan simpanan.


Bendang yang baru diairi, bersebelahan hutan simpanan saya. tapi, mengapa ada 'cari makan' kat situ?

Ende dan Bie memasuki hutan , petang Sabtu 12032011
Sisa sisa tolakan traktor, ubi kayu

Ok ni, buat kuih bengkang

Hm, dah clear

Buah timun?

Sebanarnya ada saya berkomunikasi dengan abang saya . Beliau menanyakan berapakah kosnya untuk membersih hutan rimba beliau di Langat tu. Saya berikan pendapat dan kos saya, tanpa terfikir yang sebenarnya, hutan simpanan saya ni pun sedang dioperasikan oleh Roziah. Saya tak ambil pusing langsung sahingga ubi kayu yang terpapar difoto atas berada dirumah saya.

Bagus jugak ni.

Bendang seluas seekar setengah ini sedang diairi. Kalaulah saya ada rumah kampung kat sini, nyaman rasanya.Bila agaknya saya boleh jadi Pesawah sepenuh masa ni?

Pokok Getah yang ada tak sampai 25 batang. Sejak mejak ni, ok jugak hasilnya. Boleh beli basikal MTB baru ni! Ish ish ish.

'Cari Makan' yang sedang bekerja. Kata Pak Lang yang menjaga projek ini, kerja kerja ini harus dijaga, kalau tidak rugi bayar sebab pengendali jentolak curi tulang.


Tu, serumpun pokok getah yang saya toreh tiap tiap subuh sebelum ke tempat kerja, buat modal nak beli MTB yang harganya RM16,000.00 tu. Sebatang pokok, dapat RM1,000.00 jadilah.




Hm, cuaca ni cemburu sungguh la.

Tapi, sememangnya tahun 2011 ni cuaca pelik. sekarang dah bulan Mac, sepatutnya dah kering kongtang Kedah ni, tapi, hujan tak berhenti
Balik pun dah menghampiri maghrib, hujan lebat disebelah malam. Maknanya tak menoreh lah esok. Rugi besar ni! Baru dapat tak sampai RM400.00 . Bila nak cukup RM16,000.00

Baru siap tak sampai seekar, harap dalam minggu ni siap semua, dam boleh mulakan projek bina banglo kat sini.

Kontraktor sedang dicari, tapi tender terbukalah, yang telus sahaja. yang nak bagi duit bawah meja tak main, sebab ini Negeri Pakatan ek!!


Latiff Hariri
1923 14032011
Sungai Petani