Bee Gees

Tuesday 28 February 2012

BESI PERWAJA

Hari Rabu 22022012, saya lakukan kerja diluar.


Kali ini bergerak sekitar daerah Sungai Petani, Gurun dan Bedong. Kalau daerah ini, hampir semua ceruk rantau saya tahu arahnya. Kalau orang lain perlukan masa seharian untuk merayau, bagi saya, memadai setengah hari untuk menjelajahnya.


Apa yang menariknya, walaupun saya bermastautin di Sungai Petani, saya boleh dikatakan jarang jarang memasuki daerah Gurun ini.  Sekadar melepasi pekan Gurun, dan sekitarnya pun, bila tiba azan Zuhur, saya gemar ke Masjid Pekan Gurun sahaja.


Tapi kali ini, saya berubah haluan, rakan seiringan dengan saya mencadangkan kami bersolat disurau yang telah diiktirafkan oleh Majlis Agama Kedah. Dalam hati bertanya jugak, eh, selama ini surau kena iktiraf jugak ke? Tak boleh main main bina ke? Hehehe.


Sebenarnya, kami berdua tertarik dengan jadual aktiviti surau ini yang terpampang dibahagian hadapan surau, penuh! Tak ada cutinya, jadi, saya pun terus merakam jadual untuk bulan Februari ini.



Hanya cuti rehat enam hari sahaja dibulan Februari ini. Yang menariknya , hampir kesemua adalah penceramah bebas serta penceramah yang berani menegur KERAjaan zalim itu.

Sebaik selesai solat, saya berborak dengan Imam surau ini, dan saya mula menanya tentang besinya Perwaja ini.


"Itu, didepan tu....dah mula diusahakan kerajaan negeri...."


Saya memerhati kedepan , arah lalulintas jalanraya persekutuan ini. Ya, ada ladang getah serta timbunan tanah yang sedang dibangunkan.



Surau Perwaja.

Lokasinya disebelah kiri foto ini.

"Kiranya Dia mahu, Dia akan turunkan rezeki dari langit, kalau tidak pun , rezeki dari Bumi, itu sebaik baik pemberian kepada hambanya yang tahu menghargai pemberianNya."

Saya pasti, walaupun kurang tepat , tapi maksud yang saya nak sampaikan ini tetap sama. Allah turunkan rezeki samaada dari langit mahu pun bumi, untuk kita nikmati, dan bersyukur..

Dalam kedaifan PAS memerintah Kedah la ni, tetiba sahaja, dihadapan tapak kilang besi Perwaja ini ditemukan bijih besi yang grednya bermutu tinggi. Kalau korang tak nak percaya pun tak mengapa, saya akan usahakan untuk memasuki kawasan 'perlombongan ' ini untuk saya kisahkan betapa Allah bersama pemerintah yang tawadduk dalam melaksankan amanat yang diberi. 

Insyaaalh, di lokasi yang berhampiran ini jua, akan saya kisahkan tentang penemuan bijih timah yang akan saya 'korek' lokasi sebenarnya nanti.

Kelantan dah ada emasnya, kini Kedah pula menikmati limpah kurnia yang tidak terjumpa  puak 'penyangak' yang mentadbir negeri ini sejak 50 tahun yang lalu.

Allah Maha Besar


Latiff Hariri
1108 28022012
Sungai Petani

Wednesday 22 February 2012

Ahad 19022012

Petang Sabtu ini, 18022012, sebaik selesai mainan pertama di kebun ini, hingga ke malam sekitar jam 10 masih belum ada tanda tanda hujan akan turun.


Memang agak kecewa, bila tanah menjadi kontang dek kekeringan. Malam kelmarin dahulu, ada hujannya, tapi hanya di bandar Sungai Petani, tidak dikebun.


Sambil bersantai di rumah ni, Izzuddin dah berangan membawa Kancil keluar bersiar siar dipersekitaran taman, tapi, apakan daya, dah lama tak dihidupkan enjinnya, tetiba ,  baterinya padam sendiri.

Kancil buat hal pulak. Tolak ajelah kancil masuk ke laman rumah. Nasib baik baru sekerat jalan.

Malam minggu ni tiada ceramah politiknya. Saya pun keletihan, menonton TV seketika, dan seperti biasa sekitar pukul 10 malam, saya dah 'hilang'.


Tersedar sekitar pukul 11 malam. Hujan mencurah ditambah dengan ribut. Hati gembira kerana akhirnya kebun akan berair semula.


Pagi Ahad, gerimis. Sebaik menghantar Izzuddin ke sekolah, saya terus ke pasar. Cuaca masih samar samar, tidak banyak gerai ikan yang bersedia untuk berniaga. Semuanya perlahan kerana Subuhnya lewat.


Saya pun sejak kebelakangan ini, tidak semeriah dahulu untuk berbelanja. Di rumah hanya kami tiga beranak aje. Makan pun ala kadar, janji ada anak borek , sotong , sedikit daging , sudah mencukupi untuk stok seminggu.


Sarapan di pasar sendirian, dan terus ke kebun. Dengan membawa bersama 10 anak pisang emas. Sekitar 9 pagi saya sudah terpacak di depan tali air ini. Keruh dihulu.


Hujan lebat malam tadi ditambah dengan ribut.

Terus saya dengan usahanya, menanam 10 lagi anak emas ini, tak sampai 10 minit pun, kerana sudah tersedia lebih 10 lubang untuk dimasukkan anak pisang ini. Sekitar 930 pagi saya sudah bergerak keluar dari kebun.


Mengarah ke selatan.

Seronoknya bila berpeluh dengan kerja begini

Singgah ke pekan Tikam Batu untuk dibungkus makan tengahari Izzuddin, dan terus saya bergerak perlahan ke Butterworth. Ke rumah Kak Jah, mengambil 50 biji kuih koci, untuk dijamu kepada Guru Guru dan AJK PIBG.


Petang ini sekitar pukul 2 adalah mesyuarat terakhir untuk penggal 2011-2012. Minggu hadapan AJK ini akan dibubarkan dan akan dilantik AJK baru.

Sekitar Pantai Bersih mengadap Pulau Pinang.

Agak santai saya hari ini, sekembali dari Butterworth masih sempat melayan dapur dengan ikan dan sotongnya, serta sempat 2 kali goreng cucur kodok pisang untuk saya bekalkan ke mesyuarat nanti. Saya yang cadangkan supaya perbelanjaan setiap kali mesyuarat PIBG dikurangkan.


Sebenarnya, pertamakali juga, mesyuarat ini dipenuhi lebih 40 guru , dan wakil dari Ibu Bapanya hanya saya dan Roslan. Memang agak mengecewakan.


Saya tidak merakamkan suasana mesyuarat ini kedalam foto, kerana tergamam dengan kehadiran guru, dan saya yang mempengerusikan mesyuarat. Guru guru yang hadir adalah ketua bahagian AJK untuk mesyuarat agung minggu hadapan. Setiap ketua memberi taklimat perancangan untuk minggu hadapan, sambil dikomen Pengetua dan serba sedikit dari saya.


Mesyuarat tamat sekitar 520 petang, sedangkan ianya bermula sekitar 215 petang. Nak tergelak pun ada bila, guru guru perempuan yang tak habis habis melihat jam dilengan yang bergerak perlahan. Kesian jugak bila selesai bertugas, terus mesyuarat.......


Yang sukanya, bila guru guru memuji keenakan kuih koci dan cucur kodok ni, hahaha.


Kepada rakan rakan yang pernah bertandang ke rumah Zawawi Adam bulan yang lalu, pasti tahu keenakkan kuih koci ini.


Sekembali dari sekolah, bersiap ala kadar, kami berdua terus ke kebun. Aktiviti hujung minggu diteruskan.

Tanam pokok ni pun secara main main sahaja, supaya aktiviti tidak meletihkan

Sememang senang kerja begini, hujan melembutkan tanah. Mudah untuk dicangkulkan.

Sedang asyik dengan kerja ini, si Zul pun sampai tanpa diundang. Rupa rupanya, beliau bersama Budin berada dipersekitaran kebun ini, memancing haruan.


Dah teruja pulak nak tengok mereka memancing.


Selesai menanam, kami pun mengekori Zul ke sungai kecil berhampiran. kira tali air lah jugak.


Dua aksi yang sama, dari sudut bertentangan . 

Dari lensa Ipad

Dari kamera Nikon Izzuddin .

Lembu Mami Izat NFC berkawad pulang ke kondo dibelakang tu, wek!.


Anak anak kambing pun banyak disini. Bahagia kalaulah saya yang tuan empunya kambing ni. Lembu saya tak 'hingin', malu nak bela.

Saya mula bermain dipersekitaran sungai ini diawal perkahwinan saya dari tahun 1986 hingga 1996. Kerana setiap kali pulang bercuti dari Shah Alam, pasti saya lepak disini memancing , adakalnya saya bertemankan anak anak, adakalanya sendirian. seronoknya bila anak anak baru berusia 4-6 tahun, mereka teruja melihat ikan yang masih hidup mengelepar di hujung kail bila dinaikkan ke darat.



Kat sini rupanya budak bujang ni , tak reti dema ni nak 'berdating' atau berawek.......

Dilatar foto diatas kelihatannya satu kumpulan memancing . Memang begini suasananya setiap petang di persekitaran kampung ini.



Senja ini tiada hasilnya, kerana mereka berdua memasuki kampung/kebun saya ini tanpa memberi salam terlebih dahulu.


Balik sekitar maghrib.

Latiff Hariri
0628 22022012
Sungai Petani

Monday 20 February 2012

Kederat Yang Hilang

Pagi Sabtu ini, sepertimana sabtu nan lalu, saya masuk ke pejabat lagi. Tiada apa yang menariknya kerja di pejabat ni.


Tengahari, saya pulang ke Sungai Petani, sebelum tu saya singgah ke rumah makcik Jah berhampiran Bagan Ajam , untuk memesan kuih buat pengalas perut , minum petang bersama guru guru nanti.


Sesampai di bandar Sungai Petani, singgah di kedai 'hardware' dahulu untuk belian peralatan berkebun. Pulang ke rumah sekadar untuk makan tengahari dan solat Zuhur.


Sekitar jam 2 petang, saya tiga beranak sudah bersiap untuk ke kebun. Cuaca hari ini memang redup, seakannya akan hujan lagi petang ini. Itu yang membuat saya berkeputusan  seawal Zuhur untuk ke kebun ni, tak mahu tergendala dek hujan petang.


Kasut boot 2 pasang, topi kebun , tali rafia, parang, cangkul , baldi semuanya sudah tersedia didalam kereta ini.

Ukuran dengan tali rafia.

Saya hanya sempat membuat 6 barisan lurus dengan tali rafia ini, dan 2 barisan melintang. Hilang terus tenaga saya ini, selama ini batang pen yang paling berat saya angkat, dan bukannya batang cangkul tu!!



Baru siap 4 barisan, belum korek lubang lagi ni, dah setengah mati, hahaha.


Seingatan saya, saya mula berkebun pada usia 10 tahun, bersama arwah Bapak dan Emak di rumah kuarters kerajaan kami di belakang Balai Polis Aulong itu. Pada masa itu, pokok bendi , cili, terung berlambak lambak. Ayam dan puyuh merupakan peliharaan kami, yang saya kira melebihi 40 ekor pada sesuatu masa. Jadi, saya dah biasa dengan kerja kerja kebun ini, cuma kederat aje berkurangan
      
Bergulung gulung tali rafia digunakan untuk membuat barisan lurus.


Sebaik selesai 12 lubang yang kami bertiga gali, kami dah 'pancit'. Saya mula melilau sekitar kebun , mendongak ke atas pokok durian, ternyata!!!


Ya, deghian dah berbunga kome!!


Izzudin dan Roziah pulak melilau ke hujung bendang, memetik buah terung pipit untuk direbus bersama pucuk ubi kayu

Sementara hilang lelah, saya mengisi baldi yang dibawa dengan air dari sungai bersebelahan, untuk saya siramkan 50 tunas tebu yang siap saya tanam pada hari Isnin dan Selasa, 13 dan 14  Februari yang lalu.


Saya curi masa dalam perjalanan pulang dari pejabat, sekitar 640 petang, dengan menanam 50 batang tunas tebu di perbatasan sempadan tanah yang sudah siap di gembur Mat Wan pada senja Ahad 12 harublan kelmarin.


Memang terasa segar bila peluh membasahi baju saya ini setiap petang itu.



Sekitar 415 petang, sebaik selesai menyiram tebu. 

Kalau pekena ABC yang dingin 'time time' macam ni, memang syahdu habis.


Kami jangkakan petang ini akan hujan lagi, tetapi hingga sampai ke rumah sekitar Asar ini, cuaca cerah sediakala, cuma awan berarak hitam, yang saya pasti hujannya bukan di Sungai Petani.


Singgah ditepian Petronas Bakar Arang, pekena saorang semangkuk cendol sebagai penghilang lelah dahaga.


Ini kira hari pertama secara rasmi kami mengusahakan kebun ini. Esok Ahad, 19022012, kena tengok keadaan, rasanya kederat saya dah berkurangan.



Latiff Hariri
1808 18022012
Sungai Petani

Friday 17 February 2012

Wakil Rakyat Ini Aku Pangkah PRU12 Lalu

Malam sabtu ini, saya dan kejiranan akan bertandang ke tapak biasa kami sejak kebelakangan ini. 

Setelah kepanasan seharian, tiba tiba sore ini, hujan mencurah selebat lebatnya.


Lega. Harapnya, kebun tidak kegersangan untuk saya usahakan esok. Dan malam ini juga, harapnya, kedinginan ini dapat meredakan suhu politik yang mula panas di Negeri Kedah ini.


Khabarnya isteri Rosmah Mansur akan hadir di Sungai Petani minggu hadapan untuk acara tabur rasuah besar besaran. Diharap sangat sangat ' gerombolan penyangak' ini tidak memasuki sekolah yang sedang sibuk dengan aktviti mesyuarat agong PIBG nanti.


Ok, siapa dia yang saya pangkah ni? Tunggu ya, saya pergi siasat dahulu.


Sambung nanti sebaik selesai acara ini. (2130pm 17022012)


11mlm 17022012. IR Khalid Samad , yang aku pangkah di Shah Alam, 2008, dan seterusnya PRU13.

Malam ini ceramah Ir Khalid Samad ini bertajuk - Parasit. akan saya kisahkan serba sedikit tentang apa yang dikisahkan oleh beliau, Ahli Parlimen yang saya pilih bagi mewakili warga Shah Alam....0118am 18022012


Kisahnya 'kejahatan' Hasan Ali @ beras JATI ni bermula bila beliau mula memenangi pilihanraya di Selangor. Tiada pernah ahli biasa PAS, atau pun yang terkanan sedikit, mewakili DUN dan Palimen , kecuali Ustad Hadi Awang, tapi dek kerana keupayaan JATI ni meraih sokongan besar dari ahli PAS dan rakyat, maka beliau dibenarkan membolot dua kerusi. 


Beras JATI ni hebat....., memasuki PAS pada 1998, terlewat banyak dari IR Khalid Samad yang menganggotai PAS pada tahun 1983.( aku baru mula kerja ni). Tak pernah ada perasaan dengki pun pada Khalid Samad, bila beras JATI ini menerajui PAS Selangor, bahkan beliau turut berbangga dan berlapang dada.


Khalid Samad turut dilantik beras JATI menjadi Pegawai Penerangan Negeri, dan kemudiannya Penolong Pesuruhjaya PAS Selangor. Bermakna beras JATI percaya , Khalid Samad boleh menjadi bergu yang serasi dengan beliau.
(0626 18022012)


Anak Pak Ali ni mula menunjukkan 'ego'nya, bila PR berjaya mengalahkan kumpulan penyangak BN pada PRU 12 bagi DUN Selangor.  Kebongkakan beliau mula ketara bila beliau gagal menerajui 'kerajaan perpaduan' yang ditaja UmporNo untuk menyatukan DUN PAS kedalam kerajaan perpaduan. Dengan 8 DUN yang diterajui PAS, UMporNo cuba mengajak PAS bersatu supaya Keadilan dan DAP gagal membentuk kerajaan.


Ternyata lewat penubuhan kerajaan Selangor gara gara beras JATI secara rahsia bertemi Pak Lah dan Anak Toyol , dan dapat dihidu Khalid Samad. Setelah disergah Khalid Samad terhadap beras JATI ni, baru beliau terpaksa membawa Khalid Samad bersama. Dan sudah pasti Khalid Samad memberi kata dua kepada Pak Lah dan Anak Toyol itu, dengan meminta 5 DUN UMporNO yang melompat memasuki PAS supaya PAS  boleh melantik sesaorang dari PAS untuk menjadi Menteri Besar.


Tidak berpuas hati dengan halangan yang diberi oleh Khalid Samad ini,  beras JATI melucutkan jawatan Penolong Pesuruhaja PAS Selangor yang disandang Khalid Samad,serta Pegawai Penerangan Negeri PAS pun turut di'cerai'kan beras JATI.




Satu persatu angkara dibuat beras JATI gara gara gagalnya beliau menjadi Menteri Besar kerajaan perpaduan. Khalid Samad di dakwa JAIS kerana memberi ceramah tanpa permit. Dr Asri mantan Mufti Perlis yang berceramah dirumah orang persaorangan turut didakwa. Teresa Kok turut di tahan dibawah undang undang rimba selama 7 hari gara gara isu azan di Masjid Puchong, dimana yang sebenarnya, sistem PA masjid yang rosak selama seminggu sebelum diperbaiki, dan bukannya arahan Teresa Kok supaya azan tidak dikumandangkan di Masjid Puchong.


Selain itu , kes serbuan gereja di Damansara, yang tiada bukti kukuh hingga Baginda Sultan terpaksa menyatakan tiada bukit kukuh untuk menyabitkan aktiviti di dewan gereja itu. 


Jahat! Dan memang jahat Hasan Ali ini yang dipenuhi dendam kesumat gara gara gagalnya menjawat jawatan Menteri Besar selepas PRU12. 

Kesimpulannya, Khalid Samad dimangsakan Hasan Ali gara gara menegur dan tidak sehaluan dengan beliau. Kalau ikutkan 'seniority' , Khalid Samad lebih layak menerajui PAS Negeri Selangor. Dan bila Khalid Samad turut dikenakan tindakan disiplin oleh kepimpinan PAS, beliau menerima dengan berlapang dada, tetapi tidak bagi beras JATI. Dendam beliau terus membara dan hingga akhirnya bila dilucutkan keahlian PAS pun, beras JATI masih terus berkokok berjerai, sedangkan tahi berselemuih dibontot dia!! Dan sudah pasti , media pencacai UMporNO , TV3suku dan Utusan Meloya melengkapkan dendam kesumat Hasan Ali dengan memberi ruang yang luas untuk teruskan agenda 'mereng' mereka ini.

Acara malam ini selesai sekitar pukul 12 . Kami bergerak pulang berempat, dengan 2 moto sikal.


Kehadiran malam ini saya katakan melebihi 1000 orang dan kutipan derma melebihi RM1300.00 . 


Begitulah PAS, wang parti di kutip dari derma hadirin , sedangkan gang penyangak itu menggunakan wang kerajaan@rakyat untuk kegunaan parti mereka. 
 

Makan Maggi lagi.....entah apa la sedapnya mee segera tu!.

 Latiff Hariri 
1308 18022012
Sungai Petani

Wednesday 15 February 2012

ANAK ANAK EMAS JENIANG

Tanah ini belum digembur untuk kali kedua bagi melembutkannya.

11022012 - 1830ptg


Angan angan dan semangatnya petang Sabtu ini, kecundang rupanya......


Saya sudah mula bayangkan apa yang nak dibuat di kebun petang ini. Tali rafianya sudah dibeli.


Cadangnya mahu dibuat penanda batas untuk tanaman sebaris pisang untuk perasmian pertama tanaman di kebun ini. tetapi, sebaik pulang dari sambutan Mauliddurrasul SMKSL, ternyata Mat Wan belum menggembur tanah untuk kali kedua bagi melembutkannya.


Kecewa. 


Tapi, sebagai tidak mematikan semangat , saya tetap ke kebun petang ini semata mata mahu melihat dan menyamankan minda.


Kelihatan ramai pemuda pemuda sekitar yang sedang memancing ikan dipinggir tali air ini. Sekejap sekejap, sudah ada mata kail yang memberikan hasilnya. Ikan puyu dan anak anak ikan haruan menjadi habuan mereka. Seakan pesta, dengan jeritan dan gelak ketawa bila stiap kali mata kail berhasil, dan 'sumpah seranah'(hahahaha) setiap kali hasil terlepas dek kerana mata kailnya kecil. Disini, lebih tertumpu kepada ikan puyu, jadi adakalanya , haruan yang bersaiz 'sedang sedang' pasti terlepas dek kerana saiz kail yang tidak sesuai.

Bersama abang Awang Mie.

Disisi tali air.....memang berangan habis dengan chaletnya dipinggir kali

Aktiviti anak anak muda setiap sore dipinggir kali

Tebu ini dibawa khas dari Kampung Semerap, Langat , oleh Pakcik Daim sekitar tahun 2000. Dah ada 3 tompok bercambah.


Mesin pam air milik JPS di atas  tali air menjadi jambatan dari kebun untuk menyeberang

Kami pulang sekitar sebelum maghrib. Tak dapat nak peluhkan badan lagi, kalau minggu depan menjadi, saya akan turun sendirian. Anak anak buah persekitaran kampung ini ada mencadangkan bantuan kederat dari mereka untuk membuat batas, tapi, tengoklah macam mana nanti. Saya masih mahu meminimakan kos sebagai langkah berjimat cermat. Kerana setakat mentraktorkan tanah ini sudah menjadi wajib, kerana tiada kederat bagi anak muda setengah abad ini. Tapi, tak kan nak menanam pun , main upah? Lebih baik saya 'gajikan' Mat Bangla aje, dan saya goyang kaki di rumah.



Tunas tebu seguni, buat sempadan .

Anak anak tebu ini pemberian abang Omar, ayah kepada Mokhtar yang berjaya menanam tebu di kebunnya. Diberi kepada saya sekitar 50 batang untuk permulaan.


Setiap kali musim Ramadhan, pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit dengan hanya menjual air tebu dingin di Pasar Ramadhan. Selain itu , tebu abang Omar ini juga di ambil peraih setiap minggu , dan saya boleh congak, pendapatan mingguannya dari peraih pun boleh mencecah RM25.00 seminggu .


Padan dengan kederatnya, bagi saya RM25.00 seminggu dah lepas belanja pasar saya setiap Ahad tu.

Pegaga ni buat main main kat tepi rumah.

Mula mula tanam dalam pasu, lepas tu bercambah, lalu saya pindahkan dibenteng sisi rumah Teratai Inn-dah ini, dan terus bercambah dan menjadi cemburu mata jiran dan tetamu yang bertandang.

Anak emas dari Jeniang.

Ini yang kami beli , anak anak pisang emas sekitar 100 pokok, kosnya pun sudah mencecah ratusan ringgit. Tersimpan dirumah dahulu sementara menanti siapnya projek fasa kedua Mat Wan.


Mat Jenin berangan, semayang RM5.00, kalau 100 pokok, dah Rm500.00. Hahahaha.


Tapi, kalau nak menanam pun nak kena upah orang, nak jaga pun upah orang, lebih baik tak payah jadi Pak Tani


Setakat senja Ahad 12022012 ini, Mat Wan sudah sahkan bahawa penggemburan tanah untuk kali kedua sudah selesai, dan beliau akan membantu membina batas dan penanda untuk permulaan tanaman anak anak pisang emas ini.


Racanagannya, bukan hanya pisang emas, jua , kami sedang mencari pisang berangan serta pisang yang lain lain juga. Terdapat juga anak pokok buah setar yang dibeli dari perkebunan di Jeniang ini. Sekurangnya, sehektar tanah ini akan dipenuhi dengan pokok buah buahan.


Pisang, serai, tebu , ubi kayu, serta tanaman yang mudah ini akan disatukan disatu halaman yang saya anggarkan melebihi 2 hektar. 


Bakinya sekitar sehektar setengah memang untuk sawah, dan yang 'balance balance di pinggir tali air ini, cita citanya chalet(s) serta ruang makan @ gerai. 


Ini angan angan bila nak pencen nanti.




Latiff Hariri
2138 12022012
Sungai Petani

Monday 13 February 2012

MAULIDDURRASUL SMKSL

11 Februari ni, Sabtu.

Kebanyakkan sekolah adakan aktiviti seperti biasa. Ada yang belajar didalam kelas, dan ada yang membuat aktiviti luar. Ini adalah gantinya cuti Tahun baru Cina tempuhari.


Saya? Ya, saya bekerja .


Itupun seketika di pejabat. Saya pulang awal, kerana masuknya ke pejabat pun awal. Sebagai memenuhi jemputan Sekolah Menengah Sungai Layar ini, untuk bersama warga /anak SMKSL dalam menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhhammad SAW.


Acara perarakan bermula sekitar 830 pagi , dari sekolah mengarah ke Masjid Sungai Layar Hujung. Dan diadakan aktiviti bersama Masjid.


Saya gagal memenuhi keseluruhan acara, memasuki sekitar pukul 1110 pagi. Sedang berlangsungnya acara ceramah dari finalis Imam Muda yang dijemput, Ustaz Aswad.


Menarik. Anak anak SMKSL tertarik dengan petahnya Ustaz menawan hati mereka, dipenuhi dengan hilai dan gelak ketawa. Lebih menumpu kepada Solat dan perasaan remaja.


Walaupun saya dapat mendengar sedikit isinya, tapi, saya teruja bila mendengar anak anak sekolah riang bersama Imam Muda ini. Beliau tamat memberi ceramah sekitar 1130 pagi, dan Pengatua serta PK Koku mengiringi beliau ke kereta beliau. Ustaz harus bergerak segera ke Jeniang yang jaraknya sekitar 35km dari Sungai Petani. Disana sudah menanti 2 sekolah, SM Jeniang dan Sekolah Rendah Kenanga , yang ceramahnya disatukan dibawah satu bumbung.

Ustaz Rojulaini, Imam Muda Aswad, Pengetua Cikgu Miskin Raboo dan PK Koku Cikgu Radzi

Kumpulan Nasyid Soutul Jihad SMKSL, pernah menjadi juara negeri 2010

Acara ini selesai sekitar 1145 pagi, anak anak sekolah diarah beratur dibelakang masjid untuk jamuan makan tengahari. Katanya dari Pengetua , kehadiran melebihi 1/3 dari jumlah kehadiran tahun 2011. Bermakna anak anak semakin menyedari betapa penting aktiviti aktiviti keagamaan seperti ini.

Saya turut kebelakang Masjid melihat lihat suasana tengahari ini. Kabarnya jua, guru guru turut turun membantu acara masakan pagi ini. Lebih teratur dan ramai yang mengambil bahagian.


Pelajar berbaris untuk mendapatkan makanan

 
Sebahagian AJK Masjid serta para guru,yang bergotong royong untuk jamuan hari ini

Anak anak berdisiplin mengambil juadah maasing masing

Sementara menanti makanan terhidang ini , saya kelilingi persekitaran Masjid untuk merakam wajah wajah pelajar menjamu selera

 
Jamuan bersama guru guru serta AJK dan Imam Masjid Sungai Layar Hujung
  
Imam Masjid serta Cikgu Subri Ahmad

Berceloteh sambil menjamu selera.

Saya bergerak pulang sekitar pukul 1 tengahari. Tidak menanti acara Solat Zuhur lagi, kerana harus diganti plate nombor kereta saya yang terjatuh dalam perjalanan ke Masjid ini. Sedar sedar bila duduk dilaman beranda Masjid, memandang ke arah kereta, ternyata tiada lagi nombor dibelakang kereta ini.

Sekitar 2 petang baru dapat rehat dan racangannya, mahu ke kebun lagi lepas  asar ini!!

Semangat ni.

Latiff Hariri
2128 12022012
Sungai Petani


Thursday 9 February 2012

Barakah Mauliddurasul

Acara tahunan ini mesti disambut .


Sejak dari awal bermastautin di sini, kami sudah laluinya. Agak lain dari yang lain. Setiap kali Mauliddurrasul, kenduri mesti diadakan. Pada malamya, lampu lampu pun dihias dipersekitaran Taman ini.


Petangnya, adakalanya, sudah terlapah seekor atau dua, lembu kambing yang di'aqiqah, untuk jamuan keesokkan harinya. Memamg lain dari yang lain, kerana acara ini disambut setiap tahun dengan kenduri kendaranya. Jadi, sebagai jiran Taman bersebelahan, saya tidak pernah dilupakan untuk hadir bersama.


Tahun ini, ayam piru yang menjadi juadah utama selain dari burung puyuh. Jadi setepat pukul 12 saya sudah menunjukkan muka kepada rakan rakan kejiranan ini.

Apa apa pun makan dahulu.

Berselera makan ni, hingga tak perasan yang 'adik' saya ini bersebelahan meja dengan saya. Tak perasan langsung.

Bersama ayanhnya Budin, Cikgu Hashim, 'adik' saya Imam Ibrahim Ahmad @ Mudir Tahfiz Al-Amin.

Tak duduk lama disini, sekadar menjengok kedapur melihat rakan rakan lelaki ini menghidang lauk pauknya, sambil bertanya khabar. Saya ni , lebih rapat dengan anak anak teruna jiran jiran ini, jadi jarang jarang saya bertemu ayah ayah mereka.


Sekitar 120 petang saya bergerak ke kebun untuk melihat perkembangan terkini tentang hutan simpanan ini.


Peladang jaya 2012

                           
Traktor sedang bertugas

Anak buah Roziah yang kerjakan tanah ini sebagai permulaan.

Tak nampak bayang pun putik durian ni

Seronok melihat bangan bangau yang mengelilingi traktor ini

Hm....lena ke?

Sambil membiarkan Mat Wan menguruskan traktor beliau, saya mengeliling kebun ini untuk melihat persekitaran sempadan. Kelihatannya, padi padi sudah siap dituai dan r jeraminya dibakar. Bermakna dalam masa terdekat ini, ianya akan diairi dan  dimulakan   tenaman semula. Sekarang ni, dah mula nak meriah pesta memancing di parit taliair bersebelahan kebun ini.



Sawah ini sudah mengeluarkan hasilnya.

Sekitar pukul 3, selesai peringkat pertama

Ini taliair bersebelahan kebun kami. Pada yang kaki memancing puyu dan haruan, sila silakan.

Masih berangan untuk mendirikan chalet sebuah sebagai tempat berteduh, menunggu nunggu durian runtuh dimana mana pulak. Dah terbayang bentuknya chalet ini, dan pasti barendahnya mengadap tali air ini, bagi memudahkan yang gila memancing, langsung sahaja dari atas berendah chalet tanpa turun ke tanah.


Angan anganlah dulu.


Kembali semula ke kebun ini sekitar pukul 630 petang. Ternyata, Mat Wan sudah selesaikan tugasnya dengan baik. Terbentuk seakan akan bentuk 'S' tajakkan traktor di kebun ini.

Saya sengaja aturkan begitu supaya ada ruang yang masih boleh di'bebas'kan untuk aktivit mendatang saya. Yang pasti, bahagian sisi barat bertepian taliair ini tidak akan diganggu, sekiranya angan angan menjadi kenyataan.


Saya tahu, belanjanya besar, dan saya masih tercari cari sumber mudah dengan menimpan duit gaji bulanan, dan tidak mendapatkan sebarang pinjaman dari mana mana pihak pun. Di saat usia menjangkau setengah abad ini, saya sudah tidak berminat untuk menambah hutang , kerana ketika ini hutang yang masih berbayar hanya kereta sahaja. Boleh diselesaikan semua pada usia 50 tahun.


Dan ketika itu nanti , saya bebas hutang. Insyaallah.


Angan anganya, disepanjang bahu taliiar ini akan terdiri chalet chalet untuk kunjungan rakan rakan , mahupun untuk dikomersilkan. 

Bersama pemandu traktor, Mat Wan dan anak beliau, yang merupakan cucu saudara saya

Acara ini tamat sekitar maghrib.


Latiff Hariri
1938 07022012
Sungai Petani