Bee Gees

Friday 30 November 2012

Singah Lake Garden Sat

Ini acara sampingan sebelum saya hadir majlis perkahwinan di Simpang, Taiping itu.

Sebab mereka tak balas pesanan ringkas saya, saya pakai terjah aje ke rumah mereka. Ada rezeki berjumpalah kita, tak ada rezeki, saya letak aje buah buah ni kat muka pintu, pasti tak ada siapa nak mencurinya.

Beri salam dua tiga kali, akhirnya anak yang menyahut....

Sorryla Wie, ganggu tidurmu


Beg student tu.......

Kami bertandang seketika, kerana harus segera menghadirkan diri ke kenduri kahwin.


Dan pukul 1130 pagi, tapi suasana seperti pukul 830 pagi

Terima kasih Zawawi dan Zaharah sekeluarga.

Tapi , masa perjalanan mengarah ke gerai cendol tu, saya ketawa bagai nak rak melihat foto ini yang tersiar di MukaBuka kawan saya ni.

Memang kelakar kawan aku ni!!

Apa ajelah Awie oi, saya tahu rakan saya ini amat menghargai pemberian yang tak sepertinya ini....


Latiff Hariri
2008 28112012
Sungai Petani

Wednesday 28 November 2012

Perkahwinan Nur Adilah Baharin

Ini sebab utama saya pulang ke Taiping hari ni, Sabtu 24112012

Majlis perkahwinan ke-7 saya sekeluarga hadir untuk musim cuti bulan Disember 2012 ni.

Memang wajib hadir, sebab ini anak anak angkatan anak anak saya juga. Saya , arwah Baharin dan arwah Baharom, bersaing dalam nedirikan rumah tangga sekitar 1986-1988 dahulu. Beza usia anak anak kami pun setahun dua sahaja.


1240 sudah menapak memasuki perkarangan rumah pengantin

Berpelukan dengan pangkat abang sepupu saya, abang Nai, dari Sitiawan/Sri Manjung.

Ini anaknya kepada pasangan Hasdian Baharom-Latiff Ibrahim. Kira cucu saudara sayalah ni.

Pasangan Hasdian Baharom dan Latiff Ibrahim. Kisah mereka ....klik aje kat nama mereka ni

Doa yang diberi oleh wakil pejabat Parlimen Bukit Gantang Ir Nizar Jamaluddin. Memang ada kelainan dari yang dibawa berkarat sejak dahulu oleh kepimpinan Umnu. Sepatutnya YB aktif meraikan pasangan dengan doa doa begini.

Foto ini saya curi dari salah saorang blogger dari Bukit Gantang yang turut hadir dimajlis perkahwinan ini. Terima kasih na, saya malas nak kedepan ambil foto dari jarak dekat

Anakanda Nur Adilah Baharin

Pasangannya dari Temerloh, Trong, Perak. Saya lupa nak tanya nama pengantin lelaki ni

Semoga tabah menghadapi gelora berumahtangga, kena sabar banyak banyak.

Santapan bersama sekitar 210 petang

Senduk nasi sendiri ek

Aqilah duapupu Adilah, Ende , emak pengantin perempun dan Roziah. Emaknya kawin dalu, Aqilah hadir sebagai baby!!

Kami berundur diri sekitar 220 petang

Kesempatan beginilah yang ada pada kita untuk bersua muka sesama sanak saudara ni. Di majlis perkahwinan, dan saat duka kematian. Selain itu di Eid Fiti atau Eid Adha.

Hm, bila dah tengok pangkat anak anak mula mendirikan rumahtangga ni, terasa semakin diri menghampiri disaat perpisahan sebenar ......

Selamat Pengantin Baru anakanda Nur Adilah Baharin.

Latiff Hariri
1938 27112012
Sungai Petani

Monday 26 November 2012

Pulang ke Taiping Selepas 70 Hari

Lama kau tak balik Latiff?

Memang lama. Saya tak nafikan. Adakalanya saya memang pulang ke Taiping sewaktu hayat emak, tetapi bila rumah emak penuh dengan tetamu, saya tak singgah .......

Tapi, itu semua kisah lalu yang perlu saya simpan dihati. Dan selalunya , bila saya pulang ke Taiping, emak pun tiada, sebab banyak masanya, emak berada di Kuala Lumpur.

Hati tak lah seralat mana pun.

Kali ini pulang , selain kesempatan sebenar untuk meraikan perkahwinan anak saudara sepupu di Taiping, kesempatan juga saya ambil untuk bertemu abang kakak dan adik adik saya , yang turut pulang meraikan hari bersejarah anakanda kepada arwah Baharin Mahmud ini.

Bergerak sekitar 7 pagi dari Sungai Layar, berhenti sarapan di Tikam Batu, dan memasuki lebuhraya Kepala Batas sekitar jam 8 pagi.

Kirim SMS kepada pasangan suami isteri itu, tapi, tiada balasannya, jadi....biar ajelah. Ada rezeki bertemulah.
Lagi 2 km susur keluar Taping/Kamunting sekitar pukul 9 pagi.

Untung saya tak perlu memandu panjang.

Tiba di rumah pusaka ini sekitar 930 pagi Sabtu 24112012. Pertama kali pulang.

Hanya ada abang ,anaknya serta adik lelaki saya.

Abang dah duduk bersila dibilik arwah emak, mentelaah foto foto lama, buku buku catatan harian emak serta surat surat lama milik emak. Saya pun tumpang sekakilah duduk bersila sama.

Foto foto lama ini begitu berharga, saya risaukan akan jatuh ketangan orang orang yang tak berkenaan. Ini adalah milik Hariri Bab-Fatimah Zaiton Adam. Saya pun , sebagai anak, tidak layak menyimpannya, saya serahkan kepada Rahman sahaja untuk dijadikan milik peribadi anak anak Hariri-Zaiton.

Barisan foto kejayaan anak anak Hariri Zaiton, serta saorang menantu. 

Semuanya diframekan dan disusun mengikut peringkat usia anak anak, harapannya, tiada yang mengambil atau mengubahnya dari tempat asal.Ini emak punya kerja ni.

Saya tak lama bersentimental dengan foto foto dan suasana bilik utama emak ini, saya harus bergerak segera untuk 'terjah ' kerumah rakan saya ini, walaupun sekejap. 



Makcik Com dan makcik Kiah, dua jiran ketat emak


Sebaik pulang dari rumah kawan saya itu, kami berdua,( saya sekeluarga dan Rahman dengan anaknya ), bergerak ke Simpang, Taiping, untuk majlis kenduri kahwin. Berada di sana dari pukul 1230 hingga ke pukul 2 petang.

Dan pulangnya , seudah menanti kakak sulong saya serta keluarganya. Diikuti dengan kehadiran dua rakan jiran emak yang bertanya khabar kami sekeluarga.



Sambil tu, abang serta anak anak buah saya ni melayan durian dari SP

Dulu, sekitar 1973-1977, arwah Bapak juga ada kebun di Terong, tapi sudah dijual sekitar 1978

Boring melayan durian ini, abang saya mengajak kami semua melayan Cendol di bandar Taiping pulak.
.
Ainil dihadapan saya, kira pangkat adik lah jugak, walaupun usianya baru mencecah 10 tahun. Dia komen, sedap ek cendol ni....hm, baru kau tahu Nil mengapa abang abang engkau ni 'syok' kesini setiap kali balik Taping.

Kami berpisah 4 beradik ni sekitar 530 petang, saya bergerak mengarah ke restoran Doli, dan terus pulang selepas itu. Ya, perbincangan 4 beradik tanpa 7 adik adik yang lain tentang halatuju rumah pusaka peninggalan Emak ini.......

Latiff Hariri
1028 25112012
Sungai Petani.

Sunday 25 November 2012

Anwar Mai SP Lagi Pada 15 November!!

Siapa kata saya sudah hilang 'semangat' untuk berkisah tentang perjuangan keadilan ni! Saya masih tidak menerima sebarang ugutan dari puak sebelah sana, setakat perli sinis tu, tak jadi hallah.

Secara langsung tiada, tetapi melalui pihak ketiga memang banyak. Yang cuba menakut nakutkan saya ramai. Yang hantar SMS membodek dan mengutuk tu biasalah. Tapi setakat SMS tu, tak luak apa pun. Saya senyum aje.

Puak puak itu memang dah meroyan semakin teruk, sejak jangka hayat mereka dijangka tamat sekitar April 2013. Bayangkanlah, kalau bekalan kita tak sebanyak mana, tetapi kita dijangka mati pada tarikh yang ditetapkanNya, silap silap kita yang KO dulu sebelum tarikhnya.

Ish , saya yang melalut ni.

Ini aktivitinya yang paling 'GRAND' sebaik tamatnya Ramadhan dan Syawal. 

Johari Abdul -  Orang kuat Sungai Petani.

Jurukamera bebas

Terpukau dengan fakta, bukan auta ya JibGor.Anwar kalau berpidato, memang memukau

Yes, gang Keadilan memang ramai malam ni

Jurukamera rasmi Parti Keadilan SP


Bodyguard ramai malam ni, sebab depa kata gang gagak nak mai kacau

Pengawal Keadilan meneglilingi pentas.

Pentas sikit punya hebat kan? Taipan Square Sungai Petani. Ini yang buat Umnu meroyan setiap kali ceramah diadakan di Sungai Petani


Utusex malaysia kata (kira dengan jari) kehadiran 1500 sahaja, tapi aku kata 15000

Memang orang ramai tak berganjak sehingga jam 12 malam. Aku rasa setiap yang hadir dapat duit poket RM5.00 buat beli cekelat hacks, eh, sama ke macam acara yang dianjur Be End itu?

Taubatlah , kalau kami nak lapag terima duit rasuah dari pemimpin haprak untuk kami dicucuk hidung sepertimana warga Umnu/MCA/MIC tu!

Tunggu JibGor datang Sungai Petani lagi, hari tu dia datang rasmikan Expo Pertanian di Pantai Merdeka tu, tak dapat sambutan langsung, budak budak darjah 6 yang dipaksa beratur sepanjang jalan menuju ke Pantai Merdeka.

Latiff Hariri
1028 23112012 
Sungai Petani

Friday 23 November 2012

Bedak Bedak Durian

Nak ucap tahniah kat adik bujang saya ni, yang bejaya meraih Hadiah Saguhati didalam pertandingan fotofrafi Lonely Planet tempohari. Dapatlah di'frame'kan untuk tatapan sejarah nanti.



Ghazali Hariri mewarisi minat  dari arwah Bapak Hariri Bab


Petang Selasa ni, saya berkesempatan melihat projek landasan berkembar KTM ni, berhampiran dengan kebun saya ni. 

Seronok jugak tengok kemajuan yang bakal dinikmati, tapi bila tengok logo Syarikat kroni yang mengaut kekayaan dari keperitan rakyat, serta rasuah yang dimentekedarah oleh pemimpin mereka itu, hati rasa hiba pulak.

Jambatan melintasi landasan Kepala Batas-Pinang Tunggal

Saya teruskan ke kebun, mencantas dan mengemas apa yang patut. Saya suka bila ada rakan sepejabat saya ni, yang sering memberi saranan dan nasihat. Dia dah masuk kedalam kebun saya sendirian tempohari, untuk diambil anak anak emas , sambil itu sempat pulak dia menanam sekitar 10 anak anak berangan ketapak yang kosong. 

Nasihat beliau, biar ada 2 pokok sahaja pada serumpun pisang, anak anak yang tumbuh harus dicantas. Kalau tidak, setandan pisang yang sepatutnya sekitar 8-10kg itu, akan menghasilkan sekitar 4-5 kg sahaja. Ianya merugikan......

Terima kasih Bad.

Pagi Jumaat ini jugak, mahu saya rekodkan 11 biji(terbanyak) durian yang luruh disebelah malamnya. Syukur.

Boleh saya titipkan kepada anak anak emak yang akan pulang ke Taping esok.

Sebenarnya, saya sudah mula kumpulkan bermula Isnin 19 haribulan, sekitar 5 biji purata sehari. Tapi, faham ajelah, saya harus membedak bedak jugak kepada jiran jiran terdekat sekeliling rumah saya ini. Jadi, secara rasminya, pagi ini juga, terlangsai segala hutang kpada kejiranan. Cuma rumah adik saya Imam Ibrahim, Pak Tam Det, Budin , ipar duai serta kejiranan di kebun yang belum sempat.

Pagi Jumaat 23112012, dapat sekitar 11 biji, rekod baru. Boleh saya bawa balik ke Taiping esok.


Ada jugak rakan kenalan yang saya minta mereka hadir kekebun untuk mengutip sendiri buah buah kayu ini, tapi masih belum bersambut. Setakat setandan dua pisang awak, terung belanda dan pucuk ubi tu adalah.

Moga pemberian kecil ini dapat merapatkan silaturrahim sesama kejiranan saya serta sanak saudara.


Latiff Hariri
0958 23112012
Sungai Petani

Wednesday 21 November 2012

Minggu Kedua November 2012

Cantik macam lampu kat ICT Shah Alam tu.

Pagi Sabtu ni baru Roziah mahu temankan saya ke kebun. Selama ini saya sendirian , tak akan menang tangan untuk mengendali kebun sekitar 2 ekar ini. Yang paling senang untuk saya lakukan ialah mencantas, meracun dan membaja.

Berangan kedua dan ketiga

Emas yang pertama sudah berisi gemuk

Ini antara durian yang kulit dan isinya tebal , tapi, masih kedekut untuk luruh, purata sebiji sehari

Pagi dan petang Sabtu ini, dua kali kami ke kebun, puas bila berpeluh sakan, terasa sihatnya badan.

Pagi Ahad, 18112012 ni, saya sendirian ke kebun. Sekadar mencantas anak anak pisang yang tidak diperlukan. Kerja mudah, tapi menghayun parang ni pun membuat badan lenjun.

Pulang ke rumah, ada kad jemputan kahwin didalam kotak pos rumah ni. Hm, jarang nak terima kad jemputan melalui Pos Malaysia ni. Selalunya yang jauh, hanya guna talipon atau SMS, atau FB sahaja.

Yang ini pengirimnya dari Kuala Kangsar, Perak.



Setakat cuti sekolah ini, saya sudah bertandang ke 4 buah rumah. Yang Pertama , Osman di Cheras, kedua Shukor jugak di Vheras, ketiga Nassir Hanapi di JB tu, keempat Taman Teratai Indah, abang Halim Samoja, kelima MakSu Ramlah di Baling, keenam Haji Marwan di Alor Setar.

Dan bakal ketujuh, anak sepupu saya, Arwah Baharin Mahmud di Taiping pada 22112012 mendatang. Ini wajib hadir ni.

Kedelapan,  Noor Azmi Bahari di Kuala Kangsar, PADA 8 Disember 2012, ini pun wajib hadir ni.

Kesembilan , abang Azmee Abdullah, jiran sebelah kebun kami tu, ini memang 'liat', sebab paling dekat.

Kalau saya boleh penuhi kesemua jemputan ini, kira rekod terbaru lah ini , 9 rumah yang saya hadir tanpa ada 'skip'nya. Itu belum kira bakal bakal kadjemputan kawin yang saya belum terima lagi ni.

Dan petang ini jugak saya mengajak Tart dan Zul untuk petik sendiri durian di kebun. Dan dah menjadi rezeki si Fitri dan isteri, mengekori kami dari belakang.


Nikmat kutip sendiri ni lain dari durian yang kita hantar kat rumah orang.

Tart dapat 4 biji kutipan hari ini, dari 3 pokok berbeza.

Aik, cerita hindustan ke?! Fitri dan isterinya.

Ini kisah hujung minggu kedua November 2012. Dapatlah saya titipkan buah durian ini kepada jiran jiran setaman saya ni.

Latiff Hariri
1948 18112012
Sungai Petani

Monday 19 November 2012

Akmal Hariri - Nasi lemak Kopi O TV9 16112012

Seawal malam Selasa 13112012, Izzuddin sudah mewarwarkan kepada saya akan Akmal Hariri, yang bakal muncul di TV9 minggu hadapan.

Saya buat selamba aje, nantilah saya pastikan dengan Rahman.

Khamis 15/11/2012, saya sempat bertandang ke BTHO , dan disahkan Rahman bahawa acara sudah ditukar ke 16/11/2012 , dan bukannya pada 23/11/2012.

Jadi , sempatlah saya warwarkan kepada Izzuddin akan penukaran jadual ini, serta lagu lagu yang bakal dimainkan oleh Akmal nanti. Saya dapatlah mendengar terlebih dahulu setiap lagu yang bakal didendangkan di rumah Rahman tengahari ini.

Dan yang sukanya, kawan kawan Izzuddin siap tanya, macamana hang tahu lagu lagu yang bakal didendangkan itu?

Sebahagian foto foto ini saya ambil dari pagefan Akmal Hariri

Arif Kashani, abang kepada Akmal, merupakan The Flying Musician , juga pemain piano dan biola.

Akmal dan Arif didalam studio menunggu giliran

Dah hensem dah.....



Ini rakaman yang diambil oleh Izzuddin, ditemubual Bienda

Lagu Skyfall lagu pembuka

Mimpi Sufi - ciptaan Akmal Hariri

Kemudian diikuti dengan lagu Terukir Di Bintang dan Ketulusan Hati

Seperti yang dikatakan Rahman, yang bertanya kabar berminat untuk kerjasama , selain Rabbani, UNIC pun sudah menunjukkan minat. 

Tapi Akmal Hariri harus/wajib selesaikan pelajaran hingga ketahap ijazah dahulu.

Izzuddin, sekadar penonton dan tukang rakam, pun terasa gembira dengan kejayaan kecil Akmal ini, inikan pulak tuan punya badan.


Tahniah dari kami sekeluarga untuk Rahman-Sarah, Akmal Hariri dan Arif Kashani.


Latiff Hariri
1428 18112012
Sungai Petani