Bee Gees

Sunday 30 December 2012

Minggu Ke 3 Disember 2012

Subuh Rabu, 19 haribulan Disember 2012, saya dikejutkan dengan pesanan ringkas dari abang saya, tentang doa doa yang diperlukan demi kejayaan anak sulong beliau. Saya pun , sambil memandu ke tempat kerja itu, pun buat buat lah apa yang patut.

Melihat pada jam didalam kereta ini, sudah menunjukkan bahawa si Arif itu sudah melepasi Johor Bharu, agaknyalah.


Dan diwaktu Zuhur, terkenang juga pada anak buah ni, sempatlah berdoa, agaknya dalam perjalanan dari Hanoi ke Kuala Lumpur lah tu. Mudah mudahan berjaya.


Dan foto malam lewat FB ini sudah menceritakan pengesahan beliau sebagai Pegawai Penerbangan AirAsia.

Tahniah Arif Kashani Abdul Rahman Hariri

Dan sehari sebelumnya, cerita di pagi selasa pulak. 

Juga , saya menerima pesanan ringkas bahawa mereka sekeluarga sudah berada di KLIA pada malamnya tadi, dan tiba di Ipoh subuh Selasa.

Ini yang saya 'leterkan' selalu pada mereka berdua ni. Balik semenanjung tak nak habag awai awai. 

Cuti terpaksa saya rancangkan pada hujung minggu sahaja, jika terjadi percutian mereka ke Sungai Petani. Tak sempurna kiranya mereka datang bertandang pada hari saya bekerja.

Tapi, begitupun, ada masanya ,saya terasa seakan memaksa mereka sekeluarga bercuti ke Utara ni. Ada baiknya saya biarkan sahaja rancangan mereka sendiri. Jadi, saya tidak mendesak, dan hanya menanya lewat petang/malam Khamis /Jumaat itu, dan ternyata mereka punya rancangan tersendiri. Jadi saya turutkan sahaja. yang pasti, saya tetap mahu jumpa walaupun untuk jumpaan harian sahaja.
Pagi Sabtu 22 Disember 2012, mereka nak bergerak pulang dah, dari Ipoh ke Kuala Lumpur

Saya katakan, kalau abang Bacho sekeluarga ini menetap di Johor atau Terengganu, saya boleh jumpa selalu, ini kannya Sabah, susah nak jumpa, kalau tiada kesempatan ini, maknanya tahun 2013 lah dapat berjumpa.

Pujuk punya pujuklah ni, akhirnya saya dibenarkan mengadap, hahaha...

Pagi itu sekitar 640 pagi , saya berdua dengan adik bujang ni, Si Mokhtar bergerak meninggalkan SP . Anak isteri tak dapat ikut kerana masing masing sibuk dengan kerja hujung tahun, dan aktiviti sekolah yang bakal bermula.

Kami berhenti seketika di R & R Sungai Perak sekitar 810 pagi, dan tiba di rumah mak Ros ni sekitar 850 pagi.

Semua dah bersiap bersalaman dengan nenek mereka.

Dijamu makan oleh makcik Ros. Makan ajelah. Rumah ni, kalau tak ada makanan, bukan rumah Makcik Ros lah. Saya dah mula bertandang seawal usia 14 tahun di rumah makcik Ros ni, makanan sentiasa ada, hanya selongkar aje periuk di dapur.

Sepanjang jalan dari Ipoh ke Kuala Lumpur ini, tidak kami sedari, kerana pemanduan diterajui oeh Mokhtar, sedangkan kami bertiga asyik mengungkit kisah silam dan kisah keluarga.

Sedar sedar dah 130 tengahari memasuki Tol Bukit Lanjan!!

Bila ditanya mahu makan apa untuk tengahari ini, di hati saya hanya ada dua restoran, satu nasi Pak Arab tu, satu lagu masakan Chinese style yang menjadi kegemaran kami seklaurga itu.

Memandangkan masa masih awal, kami teruskan sahaja ke Pandan Roundabout tu.

Ini port biasa saya sekeluarga. Restoran Al Rawsha.

Dalam setengah jam , langsai, sebab semua lapar.

Kalau boleh memang nak bungkus bawa balik, tapi nasi ni mudah rosak jika disimpan melebihi 3 jam.

Jadi, makan disini ajelah. Selasai sekitar pukul 3, dan saya arahkan Mokhtar memasuki Bukit Bintang/Puduraya/Jln Tun Perak dan terus ke Penchala Link mengarah ke Bukit Lanjan.

Ternyata jalan sesak, tapi, oklah, masa masih banyak untuk kami bersiar siar. 

Satu untuk 3 keluarga , Abang Bacho, Mokhtar dan saya.

Saya ni , setakat Kuala Lumpur, walaupun sudah melebihi 12 tahun meninggalkannya, dan banyak jalan yang  telah dibesarkan, tetap tahu selok belok jalan barunya. Kena rajin turun KL lah untuk hafal, kalau tidak, mesti kantoi tak tahu jalan.

Kami mengarah kerumah Han, abang kepada Zairul Hisham tu, senang aje nak cari. Di Sg Pencala pun saya punya kenalan.

Zaihani dan Kak Wan, dua duanya budak(Pak/Mak) King Edward Taiping.

Tapi, macam mana ek, mereka tak kenal saya....Ish ish ish.

Ha ah, saya kaki buku, betul tu....tak campur dengan orang, hahaha.

Dan saya berdua dengan Tart meneruskan perjalanan pulang sekitar 530 petang, dan memasuki Tol Sungai Petani sekitar 1010 malam. Jalan agak sesak dengan cuti Hari Natal.


Tol Juru ni, kalau tak sesak, bukan Tol Juru lah.

Rekod perjalanan dari 640pagi - 1010 malam, SP-Ipoh-KL-SP.

Terima kasih abang Bacho dan Ala kerana sudi menjadi tetamu saya walaupun seketika, entah bila kita boleh bersua lagi.

Latiff hariri
1848 28122012
Sungai Petani

Saturday 29 December 2012

Abang Zul balik SP

Ini kunjungan balas Abang Zul, yang kami lawati pada Hari Raya Haji yang lalu di Sri Medan, Batu Pahat tu.

Abang Zul ni, memang payah nak bercuti balik kampung. Dia kuat bekerja dan tak pernah ambil MC. Untunglah PDRM ada kakitangan begini.

Makan malam ajelah. Hari bekerja memang begini, kami hanya boleh melayan pada sebelah malam sahaja.

Makan malam pun dah melepasi pukul 920.

Dan abang Zul sekeluarga bergerak pulang ke rumah mertuanya di Permatang Berangan sekitar pukul 11 malam.

Janji mereka, untuk bertemu lagi pada  pagi Rabu untuk berdua kereta ke Kuala Kangsar dan Lenggong. Saya tak dapat turut serta kerana cuti dah habis. Jadi biar anak anak ajelah menemani Pak Lang mereka.

Makan tengahari di tasik Raban, Lenggong

Rumah Chu di Banggol Batu

<
Lepas tu pi tengok Perak Man kat Muzium Lenggong

Saya sendiri tak pernah masuk kedalam Muzium ini.

Saya tidak turut serta, jadi tak dapat nak cerita secara penuh aktiviti mereka. Yang pasti, Abang Zul bergerak pulang melewati Gerik, sedangkan Roziah anak beranak berpatah semula ke Kuala Kangsar.

Malamnya , saya berdinnerkan Laksa Kuale aje.

Latiff Hariri
1718 28122012
Sungai Petani

Friday 28 December 2012

Balik SP

Saya tak tahu anak anak tidur pukul berapa, tapi yang pasti mereka melayan drama TV.

Bangun pagi mereka pun melepasi Subuh. Saya terfikir mahu sarapan sendirian sahaja, tapi tiada restoran yang beroperasi di persekitaran Hotel, selain dari sarapan yang disediakan pihak Hotel, yang nilainya melebihi RM40.00 saorang !!

Jadi , saya tahakan aje perut saya menunggu semua bersiap.

Sekitar pukul 10 pagi kami pun cek out, terus ke restoran berdekatan untuk sarapan pagi sebelum pulang.

Kat sini aman, tiada pelanggan selain kami

Saorang sebungkus, makanannya amat mengenyangkan

Siap bungkus lagi buat bekalan dalam kereta.

Perjalanan pulang kami bermula sekitar pukul 11 lebih sedikit. Pada mulanya saya memandu , sebelum stering diambil alih oleh anak kedua saya.

Ya lah, orang sesekali jumpa stering kereta, sua aje, terus nak memandu.

Boleh la, tapi kurang keyakinan bila memotong

Jauh jugak pemanduannya, dari persekitaran Behrang, hingga ke Kamunting.

Sekitar Tapah

AES ke utara selepas Kamunting. Kalaulah boleh buat.dot dot dot kat kamera tu, hehehe

Pengemudian diserahkan semula kepada saya di Kamunting. Hujan sekejap ada, sekejap tak ada.
Kami tiba di Sungai petani sekitar Asar, dan saya sempat seketika menjengok kebun saya, melepaskan rindu.

Esoknya Isnin 17 haribulan, merupakan hari bekerja saya. Tamat sudah percutian untuk tahun 2012 ini. Tiada yang menarik sepanjang tahun 2012 ini, keciali kedukaan kehilangan Emak.

Latiff Hariri
1708 28122012
Sungai Petani

Thursday 27 December 2012

Semangat Parang Sandakan

Seawal pagi Ahad , 23122012, saya sudah menerpa ke kebun.

Kena 'qada' yang tertinggal pada minggu sebelumnya, kerana bercuti ke Kuala Lumpur dan Pahang.

Dah tu, sebaik tiba sahaja di rumah Mak Ros di Ipoh tu, saya dihadiahkan sebilah parang bersisip untuk kegunaan mencantas daun , oleh Abang Bacho . 

Tak nak menghampakan parang tersebut, hari kedua menjadi milik saya ini, saya kerjakan daun daun kering pokok pokok pisang yang melebihi 300 batang pokok ni. Nak periksa , betul ke dakwaan Abang Bacho bahawa parang ini licik bila  ditarikan .

Have parang will berkebun

Eh eh, betul la, senafas sahaja pagi ini.

Bangga melihat meriahnya pokok pokok pisang berangan ini, yang sudah berbuah melebihi 20 tandan. Terasa berbaloi masa dan ringgit yang saya taburkan.

Percaya tak, durian dan pisang emas ini beratnya sama, iaitu 6.1kg. Ini hasil pagi Ahad 23122012.


Ini hasil pagi 25122012 , sebiji cempedak dan jantung berangan

Memang sejak mejak ini, saya rajin ke kebun. Pantang ada masa terluang. Walaupun sekadar satu setengah jam untuk paginya, dan sekitar satu setengah jam lagi pada petangnya, tapi, kepuasan berpeluh begini memang  menyihatkan.

Anak anak saudara dipersekitaran kebun ini pun sudah memberi komen dan nasihat tentang apa yang harus pakcik mereka buat bila meilhat akan hasilnya dari pokok pokok pisang ini. Anak anak pun teruja melihatnya, ini kan pula saya , tukang kebun ini.

Terima Kasih semua.

Latiff Hariri
1018 25122012
Sungai Petani

Wednesday 26 December 2012

Malam Minggu di Kuala Lumpur - 15122012

Pagi Sabtu ini, saya bangun seperti biasanya jugak.

Terkenang kebun yang ditinggalkan....Hm. Perangai orang orang tua ni macam tu lah. Itu belum ada ayam itik, lembu kerbau. pakat tak jalan kemanalah.


Nak masuk memang payah.

                           
Ini aktiviti mengisi masa boring mereka, sebab abah mereka bermeeting keluarga di Felda.

Kenapa Felda? Ya lah, Share dah jatuh, untung kemana, rugi yang digali......

Nak gi Ballroom

Kat PJ

Nanti cuba Westin pulak

Online ajelah

Tak pun melayan TV

Saya balik sekitar pukul 4 , dihantar oleh Pengerusi Majlis, Rasiyuddin.

Saya tahu mereka boring, jadi saya ajak semua keluar untuk bermalam minggu di Kuala Lumpur.

Datuk L dan Maya Karin?

Makan tengahari pun dah melepasi pukul 5 petang.

Kegemaran saya suatu ketika dahulu, kira kira 14-15 tahun yang lalu

Berpeleseran seketika di Bangunan Great Estern ini sebaik selesai menjamu selera, dan terus meluncur laju ke Menara Berkembar.

Tengok tengok cerita apa yang ada di sini.


Hmmmm, layan aje lah, malam minggu pun.

KLCC

Curi curi je ambil gambar

Di Taman KLCC

Tarian pancutan air

Hm, dah melepasi pukul 10 malam rupanya, terus kami pulang.

Kalau ada yang lapar, pandai pandailah selongkar peti sejuk, dan maggi yang bercawan itu.

Di persimpangan KLCC

Tidur pun melebihi pukul 12 malam, esok dah nak balik.

Latiff Hariri
1108 25122012
Sungai Petani


Tuesday 25 December 2012

Tasik Bera- Bahau-KL - 14122012

Ternyata lebih dekat sekiranya kita menetap di Negeri Sembilan.

Pertama kali memasuki bandar Bahau, tak lah besar mana bandarnya. Sebenarnya saya mahu mencuba sarapan pagi di Stesen keretapi yang popular itu, tetapi saya tersilap ingatannya, bukan Bahau, tapi Gemas. Di Bahau kami dah jumpa stesen keretapinya, tapi, sudah tidak beroperasi sepenuhnya.

Jadi saya teruskan perjalanan mengarah ke Kuala Kelawang. Saya pernah ke Kuala Kelawang  suatu ketika dahulu. Di pekan kecil ini, didalam sebuah perkampungan, tersemadinya pakcik Kadir, adik bongsu arwah bapak.

Pertama kali tahu dan melihat adanya Istana Serting

Kami bersarapan di sini, berhadapan Istana Serting

Perjalanan kami teruskan ke arah Kuala Kelawang. memang mudah mencari arah jalan sekiranya kita gunaka Google.

Rumah gadang dipersekitaran Kampung Keru, berhampiran Bahau


Seakan akan berada di Bukit Tinggi, Indonesia

Memasuki sempadan Selangor sekitar 1140 pagi. Lega teramat lega, bila saya memasuki daerah Hulu Langat. Terus meluncur laju ke Kajang, dan terus memasuki Kuala Lumpur.

Anak anak mahu ke Sungai Wang Plaza, jadi saya tinggalkan mereka disisi Plaza tersebut, dan saya teruskan dengan aktivit sendirian saya.


Hm, kasut yang mereka cari rupanya

Sg Wang memang banyak kasut yang harganya patut dan banyak pilihan

Kasut lagi

Persekitaran Jalan Ampang ni

 Menara Berkembar

Sementara menanti mereka, saya ber - online sendirian di dalam  kereta di sisi Stadium Merdeka. Di situ tiada gangguan lalulintas.

Bila anak anak menalipon bahawa mereka sudah boring dengan kasut kasut itu, dalam 10 minit saya sudah berada semula di sisi Sungei Wang Plaza.

Nak makan apa? Tengahari dah melepasi pukul 3 petang.

   
Makan Makan di dalam Bangunan Great Eastern Ampang

Udon

Kegemaran saya Kueteow Beef Ginger

Memang dah lama saya tidak menjamu selera di Restoran ini, sejak saya meninggalkan Kuala Lumpur.

Sekitar sebelum Maghrib, dan tersangkut ketika Maghrib didalam kesesakan, untuk kami sampai ke Hotel ini.


Lega bila dah jumpa tempat nak lena

Muatlah untuk satu family

Waktu tengah berita di TV, baru masuk bilik.

Nasib baik ada bungkus Maggi

Saya biarkan aje anak anak bebas beraktiviti didalam hotel ini.

Gym

Kolam masih boleh digunakan hingga pukul 10 malam

Kolam dalam taman

Buat show pulak kat Hotel ni untuk malam ni. Ye lah, buat lepas bayar bill dinner nanti.

Saya tak ambil pusing sangat pukul berapa mereka lena, yang saya pasti sekitar 1030 saya sudah menghilangkan diri.

Latiff Hariri
1648 24122012
Sungai Petani