Sunday, 31 March 2013

Akaun Kebun Mac 2013


Pisang Nangka pertama....

Memang saya ketawa memanjang, bila ada kenalan dan rakan rakan yang panggil saya Towkay Berangan, maksudnya towkay yang kuat berangan. Tak pe lah, saya pun suka gelaran tu, janji tiap tiap minggu 'masyuk'.

Ada pulak yang cadangkan saya beli lori 'pick-up' untuk menjual hasil hasil kebun saya ini.

Cadangan ini saya kurang setuju, baru dapat hasil 2 bulan ni, dah nak beli pick-up. Mana nak dapat untungnya?



Lebih munasabah guna Kancil sebaya umur Izzuddin, yang muda empat hari dari tarikh kelahiran Izzuddin itu.



Apa? Korang kata saya kedekut? ish ish ish, hehehe.

Ok ni akaunnya bulan Mac 2013 . Jumlah jualan adalah RM921.90     
Pencapaian  184.38% dari sasaran RM500.00

Pecahannya dan perbandingan serta pencapaiannya seperti berikut:-
     
                                    Februari                Mac                    
Mingggu Pertama    RM22.50            RM119.70        
Minggu Kedua            116.40                  168.90  
Minggu Ketiga              87.30                  235.50
Minggu Keempat        137.90                  185.60
Minggu Kelima                                        212.20
Perbandingan % bulan ke bulan             247.35%

Jumlah Mayang               21                        51
Jumlah berat Berangan   168.40kg            462.39kg
Purata /Mayang                 8.02kg                8.11kg 
Serai                                   12.50kg             41.00kg
Pendapatan Harian    RM13.29/28      RM29.74/31      

Carta adalah dari hasil utama Pisang Berangan dan Serai. Sebenarnya, saya masih belum berpuas hati kerana purata berat hanya sekitar 8kg itu. Saya harus pastikan melebihi 10kg setiap mayang, kerana dari cerita rakan rakan, sepatutnya mencecah 20kg/mayang . Ada yang cadangkan saya mengikuti kursus Jabatan Pertanian, dan ada yang mahu saya memasuki perkampungan Memali, kerana di sana ada orang kita yang berjaya menjadi towkay pisang .
Tidal dilupakan juga, saya sudah mula menjual pisang Awak sebanyak 4 mayang, dan hasilnya adalah RM23.30 .

Terima kasih atas keperihatinan anda semua 

45 rumpun tebu hitam, sasaran Ramadhan


Buat pertamakali juga, saya masukkan perbelanjaan besar yang pertama kami lakukan, dengan membeli 2 kampit guni baja yang semakin mahal harganya itu, untuk dikira bersama akaun untung rugi pertanian kami ini. Sedangkan permulaan pertanian ini kami tidak kira setiap pembelian yang telah dikira sebagai modal sebenar kami ini.

Sasaran bulan April ini saya cuba realistikkan dengan keadaan sebenar. Sedangkan bulan Mac mempunyai 5 minggu, jualan mencecah RM921.90 , bulan April menpunyai 4 minggu dan saya harus mengikut realiti kemampuan saya. 

Sasarannya April RM800.00 , perbelanjaan tidak melebihi 25% jualan. Ok kan?

Latiff Hariri
1028 31032013
Sungai Petani

Saturday, 30 March 2013

Berdiri Megah Tengah Malam

Jumaat Malam Sabtu ni(22032013), macam biasa, rilex berdua dengan anak teruna saya. 

 Emaknya ke Shah Alam, ada kenduri kahwin di sana

Talipon bergegar sekali, terus saya lihat siapa pemanggilnya. Oh, Datuk Najib.

"Duk buat apa?", soalan biasa beliau.

"Tengok siling bilik....," pun jawapan ringkas bila berbual dengan Najib ni.

"Mai la sini, buat kerja sikit..." , pelawa beliau.

Hm, baru pukul 1020 malam, esok pun cuti. Apa salahnya. 


.
Pasang bendera PAS wei.


Jaga tangga aje, sempat main SMS.


Malam kelam, nampak bulan setompok aje.



Ini portnya PAS dan Keadilan, letaknya ditempat strategik.


Tukang panjat pokoknya , Sarjan PDRM lagi. Saya tahu, ramai Polis kawan baik saya, walaupun saya payah nak ' beri muka' pada yang kaki pau........



Gang tua dan gang muda berganding bahu, yang paling muda Tingkatan 3! Hahaha.



Pagi....Bendera PAS berjaya mencantas bendera puak jahanam itu!!

Memang saya peminat tegar Pakatan. Nak buat macamana? Kepincangan teramat parah dsebelah sana tu, hahaha.

Latiff Hariri
1128 24032013
Sungai Petani

Friday, 29 March 2013

Tengok Kebun Bang Latiff TNB

Balik dari pejabat, terpacak budak bujang dua orang ni kat depan rumah saya.

 Apa lagi, saya kata, 'Jom gi Kebun!'

Berani depa kata 'No!' kat saya seperti orang Penang kata 'No' kat Ajib Gor itu?!

 
Malek di kebun saya. Saya dah niat nak beri setandan kat Abang Latif TNB tu....


Zul yang bakal manamatkan hidup bujangnya...

Sebenarnya saya gembira, kerana anak anak bujang ni, dan bapak bapak mereka banyak membantu kehidupan seharian masyarakat di perkampungan Sungai layar ini.

'Jom tengok kebun saya pulak", pelawa si Malek.

Saya 'on' aje, tak ada hal punya. Jadi , petang tu sebaik selesai mencantas 2 tandan Berangan dan 5 jantung pisang, kami bergegas mengarah ke Merbok.

Paling tepat, kami memasuki Kampung.......

Oh, disini rupanya 'port' abang Latiff TNB tu! Nyaman. Pokok durian setinggi tinggi pokok, reban ayam sebesar besar kandang kambing, serta kandang kambing yang tak berpenghuni. Ini semua boleh dijadikan lamunan saya untuk saya angankan di kebun saya pulak nanti.


Pangkin di tengah kolam!

Amboi sakan, Airnya dipam dengan menggunakan pam elektrik dam airnya sentiasa mengalir keluar bila paras mencapai tahap maksima. Bermain main anak anak keli di permukaan air mengharapkan makanan dari kami. Ini yang buat saya tak sabar nak pencen ni! Hahaha.





Memang cemburu tengok kebun orang yang macam ni, bila lah modal nak luruh ni?!

Latiff Hariri
1938 29032013
Sungai Petani

Wednesday, 27 March 2013

50,000 untuk 5 Tahun

Jadi , malam yang saya tak suka mereka ni buat ceramah, mereka buat lagi. Bebainya saya! Hahaha

Ahad 17 mac 2013, lagi sekali , di Tapak Agro Sungai Petani, diadakan ceramah sempena selesainya sesi 5 tahun PAS memerintah Kedah.

 
Orang umnu kata 5000 tak sampai, saya kata 50,000 orang, memang sampai!!

Seawal lepas Isyak, secara mendadak dr 30,000 terus lanjut hingga 50,000.

Negaraku

PSy-fuddin Nasution kerap turun ni? Ya lah, nak ambil alih Parlimen Alhafiz Alustad Zulkifli Nordin tu, pengkhianat Melayu Kulim.

Cabang Wanita Pakatan


Dato' Mahfuz pun ada.

Dato' Azizan dah sampai.

Dato'Mahfuz buat lawak.




Psy-fuddin Nasution

Edar risalah Pakatan


Yassin dengan lagu lagu Reformasinya


Pak Tam Det, orang kuat Sungai Layar


Dato Azizan berbicara.


Wakil Lim Guan Eng dari Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang



Sekitar 1200 malam, sah 50,000 . Saya tak kata, tapi ramai yang datang kata, kehadiran malam ini lagi hebat, kalau nak dibandingkan dengan yang minggu lalu diwaktu DSAI hadir tu.

Lensa Nasiruddin Ice - MediaMaya Sungai Layar

Latiff Hariri
1148 24032013
Sungai Petani



Monday, 25 March 2013

Bawa Hujan Tepen

Pagi Sabtu 16 haribulan Mac, saya dah kalut dengan menyuarat Agong PIBG, jadi ponteng kebunlah.

Alah, boleh ganti petang nanti. tak lari Pisang Berangan tu.

Ada yang menanya saya, kebun kau ok ke? Maksudnya, hasil hasilnya tak dicuri orang ke?

Mengikut kisahnya, sememangnya ada pencuri, tetapi sejak salah saorang kepala pencuri itu mati kemalangan, rakan rakanya yang lain membawa diri serta insaf. Katanya bebudak kampung berdekatan jugak. Buat masa ini, tiadalah yang panjang tangan mencuri hasil keringat saya ini.

Begitu pun , ada saorang Tionhua ini, berkapcai memasuki kampung, dan orang orang kampung pun dah cam dia ni. Kerja dia, bila lalu di ban bendang( jalan bendang) , sekiranya ada pisang yang melayut berhampiran ban, beliau akan mencantas dan menjualnya. Dia ni , memang kering.
Tapi, tak pernah saya dengar yang dia mencantas pisang dari kebun saya. Pernah bertembung dengan dia sekali, tapi, dia buat 'bodo' aje depan saya.

Kununnya petang Sabtu 16 Mac ini, mahu ke kebun, terlelap mata seketika, terkejut dengan guruh dan hujan mencurah. Berlarian keluar rumah mengangkat kain jemuran, dan terbaca di dinding FB tentang kisah sebenarnya, hujan yang dibawa dari Taiping itu.

Saya mudah aje, kalau ada masa, sekadar pekena saorang secawan kopi di gerai berhampiran pun ok. Saya tak nak ganggu rencana kawan kawan ni.

Janji mai ambil Pisang Berangan barang sesikat dua buat selingan perut sarapan pagi, macam cerita P Ramlee itu. sudah memadai kita bertemu. Tapi, memang pun, sejak saya menjadi Towkay pisang ini, sarapan pagi saya adalah pisang jugak! 

Mereka bawa tempias hujan dari Taiping. SP kering seminggu dua ni.

Memang dah tahu apa yang kawan kita ni minat. Tak mihun sup, laksa... Tak laksa, kari itik.

Akhirnya kami pekena Mihun Sup Lahaq Kepaq. Kepala Batas.

Doa kawan kawan yang meng'gagal'kan ekspidisi beliau ke Lahad Datu, hehe.

Menu gerai ini dah dikenali pasangan Double Z sejak mereka memulakan alam rumahtangga lagi, sedangkan saya mula mengenali sekitar 2001.

Sembang Sembang, Makan Makan, akhirnya berpisah sebelum Maghrib, itu pun hujan duk gerimis lagi.

Terima kasih lah na, mai Sp jumpa kami sekeluarga, dan bawa hujan rahmat sama.

Latiff Hariri
1838 21032013
Sungai Petani

Saturday, 23 March 2013

Tak Dapat Harta Pusaka?

Saya mula mengenali rumah usang ini sekitar tahun 1969, pada usia lima tahun. Kenal disini, maksudnya, kerana ada foto foto lama sekitar usia saya 5 tahun disini. Mungkin kenal sebaik lahir di Taiping, dan dibawa pulang ke KK , tapi mana nak ingat masa tu, hehe. 

Syukur arwah bapak merupakan saorang yang 'terlebih minat' dengan kamera pada usia belianya sehingga kepada kelahiran adik saya yang kedua.


Ini rumah Arwah datuk saya , Tok Bab bin Abdul Rahman.

Sesekali saya mudik ke kampung Talang , Kuala Kangsar, melihat dan mengenang kembali saat saat manis bersama datuk saya, Tok Bab pada usia 5 hingga ke 9 tahun itu, saya akan tersenyum sendirian. Ya, memang tiada kenangan pahit atau duka bila bersama Tok Bab ini. Saya sering jugak bercuti selama seminggu dua di sini. Saya ditinggal emak dan bapak, kerana saya diminta oleh makcik atau pakcik saya(adik adik bapak) supaya duduk bersama mereka barang seminggu dua pada setiap cuti persekolahan.



Arwah Tok Bab dilatar, Wan Tak( emak tiri Bapak), emak kpd Wan Tak, Rahman, Pakcik Mohd Khir, Emak, dan saya dihujung kanan foto.

Tanpa foto diatas serta foto foto lain, suasana rumah Tok Bab sekitar 60an dan awal 70an, tidak mungkin saya ingati semuanya.

Bapak satu satunya anak Tok Bab yang rajin balik kampung setiap kesempatan. Mungkin jugak kerana tugasan Bapak yang ditugaskan disekitar Taiping - Batu Gajah - Lenggong , ketika itu, yang membuat Bapak kerap menjenguk Tok Bab.

Apa yang pasti dari ingatan saya, ruang tamu rumah ini, sebuah bilik peribadi Tok Bab, ruang makan bersebelahan dengan tangga tengah serta ruang dapur , semuanya terletak dilantai atas rumah . 

Diruang tengah makan, tersedia sebuah meja makan yang kecil, dimana saya hanya perlu bersila untuk menjamu selera. Cara makannya ala ala orang Jepun yang duduk dilantai dengan makanan terhidang di meja tersebut. Menu pasti ada di rumah Tok Bab ialah acar buah dan ikan goreng. Mahu pagi atau petang, pasti tersedia makanan yang bertudung saji untuk saya jamahkan.........

Sementara dibawah rumah terletaknya meja pingpong milik Pak Cik Mat. Disitulah mulanya saya mengenali permain tenismeja, dan skill memukul bola dengan papan pemukul  yang kecil, dan ternyata sekitar 60an sudah ada jenama jenama meja yang terkenal hingga kesaat ini.

Tok Bab merupakan pesara Jabatan Telekom berjawatan Juruteknik. saya tidak pasti tahun keberapa Tok bab bersara. Tetapi yang pasti, sebaik Tok Bab mendirikan rumah tangga kedua, selepas kematian emak kepada Bapak(Tam Rafeah Bahrain), Tok Bab terus membeli rumah terpakai dari perkampungan Kuak, yang dipasang semula di Kg Talang, Kuala Kangsar.

Sebagai menambahkan pendapatan, Tok Bab berniaga belacan yang dibawa/dikirm melalui keluarga terdekat dari Tanjung Dawai, Kedah. Keenakkan belacan yang dijual Tok Bab menjadi buah mulut orang di sekitar Talang dan pekan Kuala Kangsar. Selain itu, Tok Bab menjual minyak gas yang dibotolkan , pada harga 20sen sebotol. Itu sebagai wang belanja harian Tok Bab sekeluarga.


Tok Bab berpandangan jauh......

Tidak mahu sengketa antara anak anak serta 'isteri baru' beliau, langsung milik tanah Kg Talang itu di tukarmilik kepada Wan Tak, isteri Tok Bab yang baru dikahwini itu.

Hmmm, saya berfikiran positif tentang apa jua pandangan anak anak Tok Bab selepas itu, termasuk Bapak. Tiada niat saya mempersoalkan tindakan Tok Bab, mahu juga tindakbalas anak anak Tok Bab dari nenek Tam Rafeah. Semuanya menjadi pengajaran kepada saya. Yang pasti Bapak terus menguatkan hubungan beliau dengan Tok Bab........


Makin berilmu makin tawadduk, bukan semakin bongkak!

Sebab itu Bapak selamba aje balik setiap masa terluang ke Kuala Kangsar. Bukan harta yang menjadi kejaran Bapak. 



14 January 1967 - Banjir Besar melanda Kuala Kangsar. Dari kiri, Kak Sham, Pakcik Mat(adik bongsu bapak dari nenek Wan Tak) Rahman, Hasnah dalam gendongan Emak, Emak, Saya, Mak Su Azizah adik bongsu Emak dan Wan Tak.

Saya gagal mencontohi bapak dalam hal ini. Bapak setia pulang walaupun tahu, tiada yang bakal diwarisi dari harta yang telah ditukar milik itu. Kami sekeluarga akan bermalam setiap kali pulang ke rumah Tok Bab. Sebagai anak lelaki, Bapak sudah mengerti perasaan saorang lelaki berusia, yang masih mempunyai anak kecil yang bersekolah. 

DEFINISI HIBAH 



Hadiah atau pemberian harta / milikan (samada harta alih atau tak alih) tanpa balasan oleh penghibah kepada penerima hibah secara rela hati semasa hayatnya di atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan.
DALIL-DALIL
Allah telah berfirman :
“Dia memberi harta yang dikasihinya kepada keluarga yang terdekat, anak yatim, orang miskin, orang musafir, orang yang berhajat dan hamba.”
Surah Al-Baqarah : 177
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Berikanlah hadiah/hibah, nescaya kamu dikasihi."
                                                             Riwayat Bukhari

Riwayat Bukhari ini , bukan calang calang sahabat Nabi. Tetapi ada juga yang mahu pertikaikan hadiah pemberian sesaorang dimasa hayatnya.

Akhirnya, kesemua anak anak Tok Bab(pakcik pakcik dan makcik makcik sayalah) berdikari mencari rezeki sendiri dan tidak mengharap langsung akan harta yang bukan lagi menjadi milik bersama mereka. Itu yang indah dari pengamatan saya. Masing masing dilahirkan untuk berdikari .
Tiada soal mahu berebut harta pusaka tanah dan rumah sekangkang kera itu. Masing masing mempunyai sebuah (kalau tidak pun dua tiga rumah) rumah milik sendiri atas usaha sendiri. Bahkan ada anak dan cucu Tok Bab yang bertanahkan di benua Australia itu!!

Saya boleh bayangkan sekiranya rumah di Kg Talang itu menjadi harta pusaka kami cucu cucu Tok Bab itu! Keluarga saya sudah mencecah 12 cucu, dicampur dengan sepupu duai saya  yang saya anggarkan lebih kurang 20 orang itu, pasti rumit untuk melantik wakil dari setiap keluarga untuk diFaraidkan.

Itulah kelebihan Tok Bab. Beliau dah boleh 'baca' apa yang akan berlaku bila belau tiada lagi di  Bumi ini!!.

'Ayat AyatNya, yang menjanjikan setiap Anak Adam yang dilahirkan, sudah tersedia rezeki dariNya.' , : -
menjadi panduan saya , bila memikirkan masa hadapan anak anak saya. Tiada yang kekal , atau yang boleh dibawa ke kubur bagi setiap harta yang saya miliki. Malah , menjadi bebanan saya kelak di Sana, bila ditanya , kemanakah saya dan waris waris saya belanjakan harta harta saya itu!


Pada usia 4 tahun di Batu Gajah. Tiada apa yang saya tahu tentang kehidupan pada usia ini.. Simon Templer?

Bila saya kenangkan kisah hidupnya arwah datuk datuk saya, anak anak mereka, cucu cucu mereka, cicit cicit mereka, semuanya tiada kesudahan. Berjuang dan terus berjuang untuk kehidupan, yang terleka, pasti akan ketinggalan. Yang terlebih memberi kepada yang kurang. Yang tinggi melihat kebawah. Yang berjaya sering mambantu dan ada juga yang gagal, terus membawa diri........

Saya pasti tak akan lupakan budi pakcik makcik saya yang sering membantu Arwah Bapak dan Emak, disaat mereka memerlukan. Walaupun kecil bantuannya, tetapi keikhlasan untuk membantu ketika itu , membuatkan hati saya semakin membesar, untuk terus membantu adik adik yang memerlukan, sepertimana yang pernah dilakukan makcik pakcik saya suatu ketika dahulu.(Sebenarnya bantuan yang saya canangkan itu, tak seberapa pun).

Terima kasih kepada datuk nenek moyang terdahulu, yang gigih membesarkan ibubapa kami, dan hingga kini tradisi itu kami teruskan kepada cicit piut mereka. 

Datuk datuk dan nenek moyang saya tiada 'Master' atau PHDnya , tetapi tiada ibu bapa kami yang mati kelaparan, dan tiada hutang yang ditinggalkan untuk kami warisi, dan ianya sebaliknya sekarang, yang mana anak anak yang ber'master' dan berPHD itulah yang tak berbayar hutangnya  samaada pada Bank, mahupun kepada orang persaorangan.

Fikirkanlah kemana diri yang mahu kita bawa, untuk hidup seketika di BumiNya ini.

Alfatihah untuk Tok Bab, Tam Rafeah dan Wan Tak.....

Latiff hariri
1348 27012013
Sungai Petani





Thursday, 21 March 2013

Mesyuarat Agong PIBG SunLay Ke17

Entah mengapa, Mesyuarat Agong Kali ke 17 ini, saya rasa hambar......

Mungkin kerana Pengetuanya baru, hehehe...mungkin kerana PIBG sesi 2012 lesu...mungkin juga kerana cemuih menunggu PRU yang tak kunjung tiba . Semua serba tak menentu.

Atau mungkin juga , sesi ini sesi trakhir saya bersama sama PIBG, sedangkan pencapaian PIBG sepanjang pengisian saya ini, tidak menunjukkan apa apa peningkatan langsung.


8 pagi, kehadiran ibu bapa pun tidak memberansangkan.

Sekitar 820 pagi tetamu kehormat hadir. Beliau adalah Dato' Hj Mohd Zubir Sheikh Saad, Pengerusi Eksekutif Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi(Picoms). Beliau juga merupakan pemilik Zufa Farmasi, yang cawangannya terdapat disleuruh Negeri Kedah.

Memandangkan ibubapa yang agak perlahan memenuhi dewan ini, maka Pengetua melencongkan kaki ke bilik Tetamu.



Menyematkan 'bunga mini kedada YDP

Pengetua Tuan Haji Ismail Othman, Dato' Mohd Zubir Shaeikh Saad dan YDP SunLay Tuan Hj Shabudin Abu Bakar.

Sekitar 845 pagi baru kami bergerak ke Dewan untuk dimulakan majlis Perasmian Mesyuarat Agong Ke17 SMK Sungai Layar.

Ucapan Aluan dari YDP SMK Sungai Layar

Selamat Datang dari Pengetua baru yang juga merupakan guru lama SMK Sungai Layar.


Sepatah dua tiga empat kata dari tetamu kehormat Dato' Zubir.

Biasalah, Dato' Zubir merupakan bakal calun PRU 13 Pendang.....Kempen tetap kempen, tapi tak lah sampai merayu rayu.


Anugerah Pelajar PMR Cemerlang 2012

Sekitar jam 1130, tetamu kehormat ini kami jamukan dengan jamuan ringan, beserta Team Komuniti SunLay yang baru dilantik pengurusan Sekolah.


Malek mesti hadir, dia yang menceriakan suasana......

Abang Atan DJ serta AJK dan team skuad Komuniti.

Seperti biasa , tetamu Kehormat di'wajib'kan memberi sumbangan tabung PIBG. Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Dato' Zubir.

Ingat Farmasi, ingat Zufa Farmasi

Pengerusi Sementara Cikgu Anizat memulakan pemilihan baru AJK PIBG Ke 17 sesi 2013/2014

Hm, saya dah kata tadi, memang cepat, pantas, tiada banyak soal jawab, ringkas, tiada masaalah.......
Jadi acara ini tamat sekitar jam 1. Saya dan Tuan Hj Shabudin dilantik semula bersama 3 AJK lalu, sementara 4 adalah pelantikan baharu. Pertamakali wakil dari Pendidikan Khas dilantik.



Mesyuarat berlangsung....

Sebaiknya, untuk sesi mendatang, ada wakil dari setiap Taman Taman/Perkampungan berdekatan yang mewakili PIBG bagi memudahkan kerja. Tetapi keperihatinan Pengetua Tuan Hj Ismail yang melantik Skuad Komuniti, saya kira dapat menyelesaikan kes ponteng sekolah.

AJK PIBG 2013-2014

Tercatit untuk sejarah untuk sesi 2013 SMK Sungai layar, Sungai Petani, Kedah.

Lega, saya kira ini adalah aktiviti terakhir saya bersama SunLay. Untuk tahun tahun mendatang biar sesaorang yang aktif, mengambilalih jawatan saya ini. Kalau perlukan bantuan dan sumbangan saya, hanya perlu 'hello hello' sahaja, saya pasti membantu.

Tunggu Sukan Tahunan pulak.... Bila agaknya, musim tengah panas dan kering ni.

Latiff Hariri
1828 21032013
Sungai Petani