Friday, 31 May 2013

'Pengantin Baru Sebulan' Datang Bertandang

Sabtu 18 Mei 2013

Acara ini sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya, serta anak anak abang Omar ni. 

Dulu, masa abangnya yang sulong kahwin pun , acara ini pun berlangsung. Cuma saya tidak rakamkan melalui blog saya ini. Ya lah, masa tu kamera tiada, dan kalau ada pun yang jenis berfilem, tak reti macam mana nak upload kedalam blog saya ini.

Yang ini, dapatlah saya rakamkan serba sedikit kenangan hari pertama Zul  membawa isterinya Wawa berkenalan dengan kami sekeluarga.



  ''
Menunya Nasi Kabsah kambing.

Mula mula tu acah acah dengan si Zul tu, tanya, " Korang nak datang sarapan, makan tengahari atau makan malam?"

Zul merendah diri kata, 'belah malam la bang, jangan susah susah nak buat makanan, just minum minum aje."

Saya mula masuk jarum. " Kalau sarapan menunya Nasi lemak sambal sotong. Makan tengahari Nasi Arab Kambing. Malam menunya kueteow goreng je..."

" Hehehe, dah tentu Nasi Arab Bang Latiff."

Tau pun kau! Bukan saya main main nak sambut adik ipar baru ni. Kenalah makanan yang sempurna untuk mereka berdua.



Mereka malu malu berdepan dengan kamera. Bawa adik untuk temankan kak ipar.

Akhirnya , satu rumah Bang Omar saya jemput makan kecuali Bang Omar, Mubarak dan Fadzil sekeluarga. Semuanya beralasan tertentu kerana tidak hadir.

Tapi puas hati, kerana bukan kami dua keluarga sahaja yang dapat menikmati Nasi Arab ini. Turut hadir disebelah malamnya adik bujang yang lagi sorang tu, si Budin, dan dapat kami kirimkan sebaldi lagi ke rumah kakak ipar saya di Taman Keladi.

Semua menghargai keenakan Nasi Arab Kambing ini.



Tersandar kekenyangan!!

Kami dah pandai mencari dimana 'stock' kambing murah di bandar Sungai Petani ini.Sebelum ini agak susah mencari, saya harus membelinya di Tesco dan Giant sahaja. Sudah pasti harganya agak merimaskan.

Kalau ada yang nak menikmati Nasi Arab kami, beritahu awal supaya senang kami sediakan juadahnya.

Latiff Hariri
2028 30052013
Sungai Petani

Wednesday, 29 May 2013

Bertemu Fidel Kastro di Kuala Lumpur

 Fidel Castro dilahirkan pada 13 Ogos 1926 . Nama sebenar beliau ialah Fidel Alejandro Castro Ruz.

Beliau menjadi Perdana Menteri Cuba pada tahun 1959 hingga 1976 . Selepas itu beliau menyandang jawatan Presiden Cuba sehingga 2008. Apa yang saya tahu tentang Fidel Castro adalah beliau saorang yang berani menentang agenda Negara Barat terutamanya Amerika.




Semasa revolusi Cuba bersama rakan beliau bergerak secara gerila di hutan Cuba.

Sehingga kini saya tidak pernah bermimpi untuk bertemu Fidel Castro.

Tetapi sabaik acara 505 Blackout di Padang Amcorp Petaling Jaya itu, dengan tak disangka sangka saya telah berkesempatan untuk bertemu dia yang bernama Fidel Kastro. Pertemuan yang tak disengajakan di Perhentian Puduraya itu membolehkan saya berkenalan rapat dengan beliau. 

Sebenarnya saya tidak berani untuk menceritakan hal ini didalam blog saya, tak mahu nanti pehak SB akan menuduh saya cuba menghasut fahaman sosialis Kominis kedalam Politik Demokrasi ala ala Najib itu. Jadi , saya lebih senang mengisahkan secara santai supaya tiada syak wasangka terhadap diri saya.

Kami berbual sepanjang perjalanan dari Puduraya mengarah ke Bukit Bintang. Berkisah tentang asal usul kami dari rumpun yang sama



Nama: Fidel Kastro bin Idrus Sutan Nameh
Umur siusia saya
Menetap di Gombak. Ayah orang Minang asal Tanah Melayu, Emak orang asal Padang. Sebab itu kad pengenalannya bernegerikan 71.

Korang ingat Fidel Castro yang mula mula tu ke?

Latiff Hariri
1948 29052013
Sungai Petani

Tuesday, 21 May 2013

PRU13 Shah Alam Sungai Petani

Acara ini tak akan meriah, kalau diadakan setiap tahun. Tapi , kalau 5 tahun sekali, ianya merupakan satu acara yang kami nanti nantikan.

Kalai ikutkan pengiraan saya, sudah melebihi 5 kali saya mengundi di Shah Alam, dan dua kali di Taiping. Saya tak malu nyatakan disini, sekitar tahun 80an hingga awal 90an, saya memangkah DAP untuk DUN Taiping, dan Parlimennya mendiang Alex Lee, calun Gerakan.

Masa itu tiada isu yang panas, kerana DRM ni memang licik menjalankan kerja kerja haramnya, sebaik merampas kuasa dari Tun Hussein Onn. Ya lah, mamak......

Malan ni kami bergerak pukul 12 malam, atau seawal subuh 00:01 6 Mei 2013.


Dulu, sekitar akhir 80 awal 90, saya malu nak letak bendera PAS, tapi sejak DSAI diaibkan DRM, saya tak malu berbenderakan PAS pulang kekampung Sungai Petani ini, untuk berHari Raya, walaupun dijeling oleh pangkat pangkat pakcik kepada Roziah yang merupaka JKKK...Hehehe.



La ni, mereka dah tahu, siapa saya, dan saya selamba aje bawa kereta saya memasuki kebun dengan logo DAP yang dibenci sangat sangat oleh JKK

Dalam hujan lebat , kami keluar dari Sungai Petani, dan melepasi bandar Seberang Jaya, yang baru tamat kempen Pilihanraya oleh DSAI itu.

Pesta disepanjang PLUS tengah malam buta.


Gang DSAI menguasai Penang.

Berhenti seketika di Tapah untuk rehatkan badan, dan bergerak semula ke Shah Alam sekitar pukul 3 pagi.

Tiba dirumah adik saya sekitar 5 pagi. Tiada semangat lagi untuk tidur, lebih kepada gatal tangan dan jari nak memangkah.

Saya dan Roziah antara 40 terawal beratur di SK Raja Muda Musa , Sek 4 Shah Alam. Ini merupakan sekolah kedua dua anak saya. Rumah kami dahulu hanya 400m sahaja dari sekolah, dan anak anak hanya berjalan kaki sahaja.


SK Raja Muda


Tu dia, dah dekat pintu...sekitar 815 pagi


Pakcik kepada anak anak saya.

Selesai memangkah, kami terus bergerak ke Parlimen Rafizi di Ampang, ternyata semangat rakyat Ampang setinggi rakyat Shah Alam


Bergerak pulang sekitar 1130 pagi


Memasuki DUN Tg Dawai dan Parlimen Merbok sekitar 4 petang, lega....dah sampai


SB yang mula mula sambut kepulangan kami.


Gang PAS Sg Layar/Sri Tanjung



Gembira.....walaupun, akhirnya kalah dek undi tipu.....

Saya tidak pernah redha dengan kekalahan Kedah dengan cara tipu dan rasuah Ringgit yang dilakukan secara besar besaran oleh Tajul Urus and the hj gang itu, terutamanya Drm itu.

Apapun, terubat dengan kekalahan Zul Nordin di Shah Alam.

Hiduplah Umnu dengan penuh penipuan. Makanlah harta rakyat itu secara haram, dan akan dituntut rakyat kelak di Sana.  Berbanggalah penyokong totok Umnu kerana pemimpin mereka berjaya memimpin Negara.

Kami akan terus lawan.

Latiff Hariri
1758 21052013
Sungai Petani

Wednesday, 15 May 2013

Lapuran Lewat - April 2013

Saya punya seribu satu alasan untuk melewat lewatkan lapuran 'Pertanian adalah Perniagaan '  saya ini.

Tak perlu saya beri alasan mengapa, rasanya semua orang tahu kenapa.

Jumlah jualan keseluruhan adalah RM773.20 . Pencapaian adalah 96.65%

Sesekali, mereka pun turut serta mengutip hasil

                                  Februari                Mac                          April
Mingggu Pertama    RM22.50            RM119.70                RM306.10  
Minggu Kedua            116.40                  168.90                         99.10
Minggu Ketiga              87.30                  235.50                       193.50
Minggu Keempat        137.90                  185.60                        174.50
Minggu Kelima                                        212.20
Perbandingan % bulan ke bulan             247.35%                   83.87%

Jumlah Mayang               21                        51                              33
Jumlah berat Berangan   168.40kg            462.39kg               368kg
Purata /Mayang                 8.02kg                8.11kg                  11.15kg
Serai                                   12.50kg             41.00kg                    2.8kg
Pendapatan Harian    RM13.29/28     RM29.74/31             RM25.77/30

Saya asingkan hasil hasil ini sebagai pengiktirafan bahawa pencapaian jualan sudah mula menjadi pesaing kepada pisang Berangan, walaupun jumlahnya kecil
Anda lihat, purata mayang Berangan mula meningkat bila saya tidak tergesa gesa menuai , kerana buahnya masih belum matang. Ditambah pula, saya mula membaja kepada pokok pokok yang perlahan mengeluarkan jantung, ternyata ia membantu.

Pisang Nangka             Pisang Awak       
 7 mayang                            6 mayang
106.80kg                              59.20kg
15.26kg/mayang                   9.9kg/mayang
Ubi kayu    48kg

Saya tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk bulan April . Hanya sekadar belanja duit minyak ke kebun setiap hari.

Sebelum ini, jangkaan saya terhadap pisang Nangka ini adalah meremehkan. Ternyata ilmu tiada pada diri ini tentang nilai tanaman pisang Namgka ini, Tetapi dari tunjuk ajar dan nasihat yang saya terima dari jiran/rakan taulan ternyata, kebelakangan ini , semayang  pisang Nangka boleh mencecah 20 kg. 

Walaupun harganya tidak boleh bersaing dengan pisang Berangan, nilai beratnya memberi pulangan yang lebih jika dibandingkan dengan semayang Berangan. Hasilnya mengambil masa yang agak lama, sekitar 2-3 bulan beza , tetapi penjagaannya amat mudah, dan tidak mudah dijangkiti virus.

Pisang Awak menjadi pilihan ketiga saya. kerana ia membiak bebas tanpa perlu dimanja manja seperti pisang Emas dan Berangan.

Ubi kayu adalah hasil sampingan. Saya tidak meletakkan harapan sepertimana Serai juga. Sekiranya ada pembeli, saya jual, jika tiada, saya sedekah aje.

Pendapatan bulanan saya masih belum boleh mencapai RM1000.00 sebulan. Saya harus memastikan tahap kematangan pisang semaksima mungkin, bagi memastikan keuntungan jualannya ditahap 'mengasyikkan'..

Apapun, saya cuba perbaiki, dengan menambah baja serta menyemai semula anak anak pisang yang bercambah ini, untuk memastikan sasaran saya tercapai di tahun 2014 nanti.

Sasaran Mei 2013 adalah RM600.00 . 

Latiff Hariri
1108 11052013
Sungai Petani

Monday, 13 May 2013

13 Mei 1969 - 44 tahun Kemudian



Dasar Pecah dan Perintah/Divide and Rule

Hanya 1 hari selepas berakhirnya PRU13 akhbar Utusan Malaysia dengan sengaja mengeluarkan kenyataan yang membakar sentimen perkauman dikalangan rakyat Malaysia. Secara terang-terangan Utusan Malaysia menyalahkan kaum Cina diatas kekalahan teruk MCA sekaligus mengapi-apikan bangsa Melayu agar berwaspada dengan bangsa Cina.

Aku terhibur dengan 1-2 kawan aku yang turut melatah lalu berjoget mengikut gendang kosong Utusan Malaysia. Yang hampa gedik sangat pasai apa? Kita digalakkan mengaji dan mencari ilmu tapi hampa sebok dgn karaoke(contoh)...akhirnya jadilah pak turut yang mudah dipermainkan Utusan Malaysia dan TV3.

Konsep Memerintah ala Divide and Rule ini diperkenalkan penjajah Inggeris lama dahulu lagi. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan mereka.
Konsep ini begitu berjaya sehinggalah berakhirnya Perang Dunia Ke-2...apabila timbul kesedaran dikalangan rakyat perlunya bersatu dalam menjatuhkan penjajahan Inggeris.

Sehinggalah tahun 2013...taktik yang sama digunakan oleh kerajaan BN dengan menimbulkan rasa tidak senang orang Melayu terhadap Cina. Itulah target Utusan Malaysia, agar Melayu dan Cina bermusuhan. Rakyat Malaysia berpecah!

Dan apabila kita semua saling bermusuhan...kita semua telah mengabaikan harga Tariff Elektrik yang baru naik. Kerana kita semua sebok berbicara tentang bangsa Cina. Hampa semua perasan dak? Dalam diam seluruh rakyat Malaysia tak kira la apa bangsa pun...TERKENA dengan kenaikan harga elektrik ini.

Tetapi kita semua takkan buat apa2 sebab kita sebok bermusuhan dan berwaspada dengan Cina. Topik perbincangan hanya mengenai Cina dan bukanlah kenaikan harga Elektrik yang membebankan kita semua. Hampa perasan dak?
Seluruh rakyat Malaysia TERKENA tak kiralah penyokong BN ataupun penyokong PR. Padan muka kita semua...kahkahkah....

Amacam? Berjaya dak taktik Divide and Rule itu?? Untuk Kerajaan BN..aku ucapkan Tahniah...hampa berjaya kenakan Rakyat Malaysia kali ini.

Dan aku masih menanti helah apakah lagi akan digunakan kerajaan BN untuk menaikkan harga minyak pula. Divide and Rule telah berjaya menaikkan harga Elektrik tanpa bantahan rakyat. Sama-sama kita perhatikan helah kerajaan BN yang akan datang untuk menaikkan harga minyak pula.

Jadi adakah hampa masih beriman kepada Utusan Malaysia dan bencikan Cina? Aku cadang hampa bukak kitab Hadis Muhammad SAW, carilah Kisah Nabi Muhammad SAW menyuap makanan ke mulut seorang Pengemis Yahudi Buta yang juga seorang Kafir.

Hampa boleh rujuk kisah tu disini...http://www.ipkent.edu.my/japim/index.php?option=com_content&view=article&id=198%3Akisah-seorang-pengemis-buta&catid=40%3Atazkirah&Itemid=37

Ia satu pembuktian bahawa Nabi Muhammad SAW bukanlah seorang RACIST! Malah Kasih Sayang Baginda melangkau sempadan BANGSA dan AGAMA! Itulah keindahan ajaran Islam bawaan Muhammad SAW.

Kesimpulannya....Aku menolak Racism kerana Nabi Muhammad SAW itulah ikutan aku! 






- Mohd Fadhil Hariri-

44 tahun yang lalu, di Kg Sira , Lenggong.Kami 4 beradik dibawah jagaan emak, dimana Bapak hilang di Kuala Lumpur pada hari ini.....

Sememangnya hingga kini, saya tak faham dengan sikap rakan rakan sekolah saya yang membenci orang Cina, sedangkan mereka juga mempunyai rakan sekelas berbangsa Cina, dan guru bahasa Inggeris mereka selalunya berbangsa Cina.

Perkauman mereka menebal hasil didikan Umno!!

Latiff Hariri
1958 13 Mei 2013-1969
 Sungai Petani

Friday, 10 May 2013

Tipu - Kemenangan Tidak Bermoral

Saya akui, saya lakukan ini bukan untuk berpatah arang atau bermusuhan.

Saya memang aktif sendirian menyedarkan kawan kawan disebelah sana tentang bahaya fitnah dan mendokong pemimpin yang zalim. Tidak dinafikan , status update saya adakalanya 'keras' tak beri muka kepada kawan kawan Fb saya yang khayal dengan kesenangan hidup yang kita lalui. 

Ada sesaorang itu, kerjanya, menghina Tok Guru Nik Aziz, seoalah olah dia lebih warak dan berkelulusan agama setinggi TGNA. Dia hina betul betul , siap ada foto mengaibkan.

Perlukah saya berkawan dengan beliau didalam FB saya?

Saya nasihatkan beliau dahulu. beritahu beliau jangan panjang panjangkan fitnah. Ternyata budak muda kelulusan Kolej Komuniti(?) itu berkasar dengan nasihat saya. 

Saya katakan budak kerana baru mendirikan rumahtangga pun. Kerja pun tak sehebat mana. Maksudnya, gaji tak sehebat TGNA , tapi mengata TGNA mengalahkan gaji beliau sebesar gaji MB.

Akhirnya saya 'delete' beliau dari fren list saya. Bukan saya tak berkawan terus, sekadar tidak mahu memanjangkan fitnah beliau melalui wall saya, itu aje.

"Musim sebelum, semasa dan selepas PRU 13 ini ramai yang 'unfriend' satu sama lain. Perlu difahami 'Unfriend' di facebook JANGAN SESEKALI ditafsir MEMUTUS SILATURRAHIM. Ia pada banyak ketikanya dilakukan kerana apa yang dikongsi oleh kawan itu, dirasakan tidak sesuai untuk dibiar terpapar di wall kita. Justeru, tanggungjawab kita agar tidak 'bersubahat', atau kita tidk mahu menyakiti dia dengan pendapat kita yang tidak mampu diterimanya atau ada ketika, wujud pandangan yang melampau, umpatan, fitnah, sembang kosong yang lagha, link & gambar yang berdosa dll. TIDAK PUTUS ok..hanya 'unfriend' di facebook, masih kawan di alam realiti Insha Allah."

-Zaharuddin.net-

Dan tak nafi jugak, ada kawan kawan saya yang mendelete saya dari list of frens FB mereka. Saya tak kisah, bukannya saya bergaduh, cuma mereka rasa benda yang sama tentang apa yang saya komen diatas. Cuma , saya sertakan foto foto , kata kata hikmah, katun katun yang 'memperli' pemimpin mereka. Akhirnya , mereka tak tahan dan terus mendelete nama saya.

Tak jadi hal.

"Timbul agak banyak seruan untuk redha dengan keputusan pilihanraya ke-13 tanpa perlu ulas dan bangkitkan isu ragu itu ini. Katanya, Itu adalah tuntutan qada' dan qadar serta matang. Walau saya bersetuju dengan seruan itu & puji mereka yang redha, saya TIDAK BOLEH mengecam atau menyalahkan mereka yang TIDAK REDHA &; membuat bantahan, luah kecewa di fb etc. Bagi mereka yang YAKIN ada penipuan &; keraguan, mereka berhak untuk tidak redha hak mereka dirampas, itu juga tuntutan Islam, lalu saya PUJI sifat itu juga. Kerana mereka berjuang serta memprotes pencabulan hak &; ketidakadilan yang mereka rasa berlaku. Namun, proteslah ikut saluran yang disediakan dan PIHAK BERKUASA pula, jangan sekali diremehkan perasaan & suara mereka ini. Pemimpin perlu BANYAK SABAR dan layanlah mereka dengan memberi penjelasan mantap lagi telus, jika itu mampu dibuat, pasti mereka redha insha Allah"

Zaharuddin.net

Bila ada yang minta saya redha dan terima kekalahan dan takdir Illahi ni, ini jawapan yang terbaik dari sorang Ilmuan Uztaz Zaharuddin. 

.
Tipu pun berada di Lahti, Finland - foto ihsan Aunt Insun Sony

Saya tidak pernah redha dengan apa jua yang terjadi semenjak PRU13 dan PRU PRU yang sebelumnya.
Pada usia mencecah 50 tahun ini, dan seawal usia saya melepasi 21 tahun, setiap kali mengundi, tidak pernah Umno kalah diperingkat persekutuan. Ternyata , kesemua kemenangan mereka adalah atas tipu daya serta kelicikan undang undang yang memihak kepada mereka. 

Saya tidak pernah redha akan DRM-Abdullah Badawi-najib  menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada saya mereka menang pilihanraya adalah dengan cara menipu. 

Setaip sen yang mereka gunakan untuk diri mereka dan anak anak mereka adalah haram. Dan akan terus saya tuntut di Sana kelak. Ya, saya rakyat marhaen yang kerdil. tapi di Sana nanti, pemimpin tiada yang lebih besar dari diri rakyat yang dipimpinnya.

Jadi kepada rakan rakan saya yang telah saya delete dari list of frens di FB saya, saya tidak pernah menganggap anda musuh saya. Di FB lah tempat yang boleh saya luahkan ketiadaksenangan hati saya terhadap media milik pemerintah yang menghalang rakyat untuk bersuara.

Kita kena sedar, setiap projek yang kita perolehi melalui kroni kita itu akan dikira dengan seadilnya bila di Sana kelak. Mungkin kaya di dunia, tapi belum tentu kaya di Sana

Latiff Hariri
1758 10052013
Sungai Petanu

Monday, 6 May 2013

Pai Nai Betong

Sebaik pasti yang tiket kapalterbang sudah tertempah, kami pun begerak laju mengarah ke Patir Panjang.
 Ini 
seakan akan ada pesta perayaan disepanjang jalan raya ini. Kenderaan berkonvoi tak kira dair Pakatan mahu pun dari angkatan jahanam itu. Polis pun rajib buat halangan lalulintas, dan ternyata ramai anak anak muda yang dibayar RM20.00 itu tidak mempunyai lesen, kelamkabut membuat pusingan U, tanpa memikirkan keselamatan diri mahupu keselamatan orang awam


Gunung Inas. Baru pukul 1220 tengahari.

Terus lajak ke Pengkalan Hulu, dan terus memasuki Betong untuk makan tengahari.

Tiada masaalah di Imigresen kedua dua belah sempadan.

Terus merayau rayau melihat suasana bandar Betong. Ini perjalanan pertama mereka ke sini, jadi perlulah saya menjada Pemandu Pelancong .



Stadium yang terjaga rapi, malu kat SP, hehehe.


Have camera will travel.


Suasana pekan Betong , pukul 230 petang. Dah lapar ni.


Disini pusatnya pekan Betong  - ada pasar ikan dan kedai kain.

Terus memasuki lorong belakang yang terkenal dengan masakan orang orang Islam itu.



Yes, mereka berdua puas makan disini, sedangkan saya sekeluarga sudah melebihi 2 tahun tidak kesini.

Semuanya selesai sekitar 4 petang. Balik SP dalam hujan lebat. Tapi, di SP kering aje.

Latiff Hariri
1818 03052013
Sungai Petani


Sunday, 5 May 2013

Jom Balik Mengundi

Haaaa, mari mari mari.Kita pi undi.

Pertandingan 3 penjuru ini berlaku semasa hayat P Ramlee and the gang. Korang dah tengok kan gelagat ketigi tiga calon ini?

DUN Lesing -Bebas . Orang Kaya Kaya Haji Bakhil bin Kedekut Taik hidung masin, tapi masih nak memikat pengundi .

DUN Pinag Sebatang - Pendekar Mustar yang punya anak dara guru itu, yang menjadi pujaan 3 pendekar Bujang Lapuk.

DUN Kg Dusun - Sharib Dol , anak orang kaya Kg Dusun yang suka kacau Misi saloma itu.

Korang yang berakal, pilih yang mana? Korang peminat P Ramlee kan?

 

Subuh 5 Mei ini kami bergerak ke kawasan kelahiran anak anak kami ini, iaitu Shah Alam. Tanya saya mengapa masih memangkah di sana, korang kena tanya SPR mengapa .


Zul Nordin budak King Edward Vii Taiping, sedangkan Khalid Samad orang Johor adik kepada Shahrir Samad tu.

Korang ingat siapa yang mirip mirip Sharib Dol itu?



Rakan Indian sepejabat saya, bila melihat foto ini berkata, " abang Latiff jangan tengok anak Hindu tu cium pipi Zul, abang tengok kat mana dia letak tangan dia..."

Ish , pandai pulak anak Hindu ni ya.....hm , mungkin ada maksud yang lebih dalam kepada saya dari anak India sepejabat saya itu. Beliau tahu maksud tersirat didalam foto ini.

Jadi, kesimpulannya, saya akan 'semelih' Zul untuk kali ini kat leheaik  itu!~!!!

Takbir!!!

Latiff Hariri
0305 05052013
PRU13 Sungai Petani - Shah Alam

Saturday, 4 May 2013

Tempah Tiket KapalTerbang

Selalunya, saya naik AirAsia pun tak sesusah ini. Buka laptop, sediakan kadkredit, dalam 10 minit dah dapat tiket online.

Tapi yang ini susah banyak, kena pergi sendiri ke kaunter jualannya di pedalaman Kedah. Flight hanya ada satu sahaja.

Nak tak nak, kena beratur jugak, supaya pasti sampai ke Putra Jaya 6 Mei ini.


Part kesesakan jalan raya ini yang paling seronok, sebab semua ceria nak nak kapalterbang.


Beratur tengahari buta pun no hal punya.



Pengemudi pesawat serta juturera penerbangan udah sedia.
Cik Bie dah siap booking tiket 5 beranak


Ha...betul, memang flight yang ini yang akan ke PutraJaya malam 5 Mai 2013, jangan SPR menipu sudahlah.


Budin pun kata best !


Nama Flight ini B403 , bukan Boeing 403 ya, Bongkar RM403 juta semasa pemerintahan Mahathir Khalid di Negeri Kedah.

Latiff Hariri
1928 02052013
Sungai Petani

Friday, 3 May 2013

Calon Sri Tanjung, Sungai Layar

Empat foto pertama ini bukan dari kameranya saya. Saya curi dari si Budin, Team mediamaya sungai layar itu.

Kerana ketibaan pengantin perempuan adalah sewaktu dengan masanya saya bermesyuarat di PIBG SunLay.



Makan dengan Pak Mak Mertua


Merahnya ayaq sirap


Duk dengan pengantin, memang payah nak makan, kena tertib

Saya sampai semula ke majlis ini sekitar 230 petang, kira pengantin baru habis menjamah seleralah. Jadi dapatlah saya menjadi jurukamera keempat diantara 3 jurukamera yang tak ditauliahkan ini. 

Kenapa 3 jurukamera? Budin guna Nikon dan Canon dia, kira dualah.


Ini, si Budin, ada dua pistol tu, satu tersandang dibahunya.



Ini yang terbaik dari saya.




Pengatin bersama adik adiknya dan anak anak buahnya.


Bersama keluarga Pengantin lelaki

Rombongan Pengantin perempuan meminta diri untuk pulang sekitar 3 petang.


Berfoto bersama Ayah dan Ibu Pengantin perempuan


Menyantuni rombongan Pengantin perempuan hingga ke pintu kereta.


Singgah pulak kerumah pertama dari sudut lawatan secara rasmi ke perkampungan Sri Tanjung ini, rumah Abang Latiff TNB

Hujan gerimis mula turun sekitar asar, walaubagaimana pun tetamu yang hadir tetap dilayan. Sedangkan si Budin, dah mula tak duduk diam. Berbagai bagai 'angkara' yang ada didalam perancangan beliau, walaupun diprotes dek hujan.

Latiff Hariri
1858 02052013
Sungai Petani

Thursday, 2 May 2013

Calon P14 Merbok,PKR Nurin Aina

Namanya terlalu asing bagi kami warga Sungai Layar.

 Tapi, itu bukan menjadi penghalang untuk kami mengenali beliau dengan lebih dekat.

Beliau hadir untuk memberi ceramah kelompok kepada setiap perkampungan berdekatan.

 Nurin Aina, merupakan Ahli majlis Perbandaran Sungai Petani.

Kata ucapannya amat lembut dan bahasa tuturnya meyakinkan bahawa beliau saorang muslimat yang terbaik untuk Parlimen Merbok.


Usia sekitar 38 tahun, dan mempunyai 3 orang cahaya mata


Pak Tam Det mesti ada


Sekitar jam 930 malam, ceramah selesai, dan diadakan jamuan kecil.


Nurin Aina, khabarnya saorang graduan lepasan UTM, Johor.

Ya, rakyat memerlukan graduan lulusan profesional, bukan bekas Guru pengampu mahupun kontraktor lulusan sekolah Menengah , tidakpun, berijazah yang dibeli dari Univeristy Young Entah Apakanama.

Saya pasti PKR akan mempertahankan kerusi Parlimen Merbon ini!!

Latiff Hariri
2028 01052013
Sungai Petani