Bee Gees

Thursday 28 February 2013

Akaun Kebun Februari 2013

 

Selama ini memang ada hasilnya dari kebun ini, tapi secara kecil kecilan. Ada suatu ketika itu , sesaorang yang merupakan jiran sekampung di kebun ini juga, pernah mengambil sendiri buah buah pisang Awak dan beliau membayar secara bulanan kepada saya atas dasar percaya sahaja.  Memang tiada perasaan tidak percaya sesama seagama ini. Adakalanya dapat RM60.00, ada kalanya RM40.00, dan ada juga yang tiada RMnya.

Saya tidak pernah mengira berapa hasilnya yang saya dapat dari kebun ini. dapat pagi, petang saya belanjakan. Begitu juga dengan pajakkan tanah  bendang seluas seekar ini, yang dibayar mengikut musim menanam. Purata sekitar RM400 - RM450 semusim. Duit itu saya gunakan untuk membayar yuran tusyen pengajian anak anak. tak pernah saya kirakan . Sejak mula melilki 2 ekar kebun ini ditahun 1994, hingga kini sudah menjadi 4 ekar, semua hasil dan perbelanjaan saya padam dari ingatan. Anggap sebagai hasil dan perbelanjaan sampingan sahaja.

Kalau ikutkan, banyak RM yang kami taburkan untuk memiliki kebun ini, kalau nak dibandingkan dengan hasil yang dipungut darinya. Ya lah, lagi pun kami berdua bekerja dan punya pendapatan bulanan yang tetap, jadi kira hasil kebun ini kira 'ciput'lah!. Hahaha.

Petang Ahad, sebagai gantinya 'ponteng' kerja disebalah pagi dek menyambut Bas Jelajah Merdeka Rakyat itu, saya turun seawalnya ke kebun ini. Dalam diam, saya mencantas sekitar 10 mayang pisang emas ini, untuk saya titipkan kepada kedai Fazli. Saya sudah niat mahu memastikan sasaran untuk Februari ini tercapai.

Ya, memang saya sasarkan RM50.00 seminggu, tapi itu sasaran merendah diri. Bila melihat akan tandanan pisang ini, saya 'gandakan sasaran peribadi ini, supaya lebih realistik dengan keadaan sebenar. Kena kira jugak, serai boleh menghasilkan RM10.00 seminggu ..

Sementara menanti kehadiran dua tetamu jauh dan dekat itu, saya selesaikan acara memetik buah pisang ini sendirian. 




8 mayang akhir Februari , beratnya 70.5kg , hasilnya RM126.90


Ini hasil minggu terakhir Februari, 24 haribulan. Bulan ini dan bulan Januari tiada perbelanjaan yang keluar, jadi , ini adalah hasil bulan pertama , selama saya berkebun kira kira menghampiri setahun . 

RM372.70 jumlahnya. Sasarannya RM400.00 , pencapaiannya 93.02% sahaja.

Eh, ok apa?

Saya kena lipatgandakan lagi usaha saya ini supaya hasilnya melepai RM500 untuk sasaran bulan Mac ini pulak!!

Latiff Hariri
1908 25022013
Sungai Petani



Wednesday 27 February 2013

Bas Jelajah Merdeka Rakyat - Pekasam Benci Tazkirah

Rakan setaman saya ini berjaya mengekori kesetiap pelusuk daerah yang Bas ini lalui di Kuala Muda-Yan . Sedangkan saya padat dengan aktiviti Sekolah SunLay dan berkebun.

Sebaik selesai solat Maghrib ini, saya diberitahu oleh beliau bahawa puak Pekasam yang ditaja oleh
Umnu itu akan membuat kacau di Masjid Kuning Sungai Layar. Saya tak cakap banyak, berbekalkan senjata  Nikon dan Ipad ini saya meluru ke Sungai layar Hujung untuk melihat aksi sebenar puak puak Pekasam ini.


 
DSAI bertazkirah - ahli Umnu reti bahasa tak Tazkirah tu apa?



Kehadiran didalam Masjid  melebihi 500 termasuk kaum ibu, tak termasuk kami diluar serta segelintir ahli Umnu yang bersongkok.




Yang berkawal diluar anak anak muda serta 
sebahagian ketua ketua Taman dan perkampungan sekitar Sungai Layar


T-Shirt ini dah berkata - 'Perasuah dilarang Masuk ', ada arti? Bersama SB

Tiada apa yang berlaku, sekadar saorang dua jamaah Umnu yang menunjukkan kebebelan dengan mengarah   pengawal suasana memberi laluan kenderaan mereka yang tersangkut didalam petak parkir yang penuh , itu aje. Dan rata rata pengawal memberi kerjasama kepada mereka dengan membuka jalan. Kamera saya dah standby-mode untuk aksi SG , jika ada.

Tazkirah selesai sekitar 820 malam, setengah jam aje.


DSAI bersalaman dengan jemaah yang hadir meraikan beliau

DSAI diapit Lt Gen (B) Abdul Ghafir, mantan Panglima Kem lapangan Terbang, kira orang SP jugak ni!



Warga Sungai Layar Hujung mengiringi DSAI


DSAI mengatur susun kedudukan pemimpin yang akan bersama beliau dan yang akan menaiki kenderaan lain.

Dari sumber yang dapat saya risikkan, Imam Masjid Sungai Layar Hujung mendapat dua SMS ugutan. Dan setelah dilapurkan kepada AJK Masjid, maka ramai pemimpin kampung dan anak anak muda turun mengeliling Masjid . Ternyata yang mengirimnya merupakan saorang yang bergelar 'Cikgu', tak pasti betul betul cikgu atau, hanya gelaran Cikgu. Pengirim menggunakan nombor HP yang jarang digunakan beliau, dan akhirnya dapat juga diketahui warga siapa pengirim sebenar.

DSAI bergerak ke gerai bersebelahan untuk makan malam, dan kami bergerak pulang untuk acara selanjutnya.

Latiff Hariri
1908 27022013
Sungai Petani

Monday 25 February 2013

Bas Jelajah Merdeka Rakyat di Sri Tanjung

Pagi Ahad ini, saya gadaikan masa saya untuk berkebun, dengan menghadirkan diri ke lokasi terhampir dengan rumah saya ini, iaitu Surau/Pasar Sri Tanjung

Seawal 845 pagi saya sudah berada di sini, walaupun jadual asalnya menyatakan kehadiran rombongan DSAI ini akan hadir sekitar 930 pagi.



Sekitar 915 pagi

Tetamu yang hadir , sekitar 150 orang, dibawah khemah, tidak termasuk diluar.

Acara dimulakan dengan pemberian Dermasiswa Kerajaan Pakatan Kedah kepada anak anak yang berjaya memasuki IPTA/IPTS sesi 2013.



Dr Hamdan sebagai tetamu Kehormat.



Ucapan kata kata aluan bermula sekitar 930 pagi.



Ibu bapa yang hadir untuk menerima dermasiswa




Sekitar 950 ,sebaik acara selesai, Bas Jelajah Merdeka Rakyat memasuki parkir Surau/Pasar Sri Tanjung


Bas yang ditunggu sudah tiba



Bas ekspress biasa aje, cuma suka bila melihat wajah wajah pemimpin yang akan keluar dari perut bas ini.


 Adun Alor Setar dari DAP

 

Ramai yang teruja dengan Tian Chua ini




Simon Ooi bersama Pengerusi Majlis dari Bas Jelajah Merdeka rakyat

 
Ucapan YB Alor Setar


Kehadiran sekitar 400 orang. Pagi Ahad di kedah merupakan hari bekerja


Dr Hamdan


Orang orang kuat Surau/Masjid AlAmin dihadapan


Dr Hamdan mengalukan kehadiran Bas dan orang ramai



Jurukamera dan wartawan dari media arus perdana Pakatan



Dato' Johari Abdul kita.


Perlbagai kaum mengikuti ceramah ringkas ini

Ucapan penutup dari saudara Tian Chua. Ucapan mamat ni memang menarik sepertimana pesonaliti beliau jugak. Bas bergerak meninggalkan perkarangan Surau ini sekitar 1105 pagi, bergerak menuju Gurun. Acara mereka padat, kehadiran DSAI hanya pada sebelah malamnya sahaja. Jadi, dengan melihat akan wajah bas ini pun kira dah terubat hati, walaupun  DSAI tiada didalamnya.

Latiff Hariri
1928 25022013
Sungai Petani

Sunday 24 February 2013

Terbaik bersama Tian Chua

Hati BATU - Tulang Besi  - Urat Dawai.

Mula mengenali beliau ketika reformasi 1998. Satu satunya anak Cina yang berani bersila didepan Water Canon FRU itu, kini dah jadil Ahli Parlimen Batu.




Jangan jeles ek, orang kuat Sungai Layar berposing dengan Orang kuat Batu
1050 pagi Ahad 24022013 - Gang Sungai Layar ni.

Saya kurbankan kebun pagi ini semata mata untuk acara ini. DSAI tak dapat hadir kerana terlalu padat acaranya untuk beliau.


Latiff Hariri
1248 24022013
Sungai Petani




Friday 22 February 2013

Dua Rumpunan Serai

Saya sudah alihkan, atau tunaskan serumpun Serai Kampung ke batasan yang baru. Dah tahu, kebanyakan serai ini sudah matang dan perlu dilakukan sesuatu supaya ia tidak pupus.

Dengan cuaca yang pasti hujan setiap petang ini, saya panjangkan masanya berkebun disebelah pagi. Seawal jam 730 pasti saya sudah berada didalam kebun. Dan dihari kahadiran rakan sepejabat saya itu juga, saaya terperasan , mendongak kerantingan  dahan durian ini.....ternyata sedang berbunga untuk kali ketiga berturut turut.

Ini lah dinamakan rezki dariNya, bila saya bertekad untuk sedekah dan berkongsi setiap kali durian ini mengeluarkan hasilnya. Ada yang mahu membelinya, tapi, maaf, saya tidak mahu.



Renyah, itu tanggapan saya bila pertama kali membersihkan daunan serai ini.

Saya duduk bersila diatas tanah kebun, dengan sebilah parang dan tangan kosong, saya mencuci bersih 2 rumpun Serai Peha Ayam ini. Memasukkannya kedalam baldi biru, dan membawanya pulang. Setelah pasti semuanya bersih dan cantik, saya masukkan kedalam pelastik hitam, dan cuba menimbang dengan menggunakan alat penimbang berat badan!! Hahaha.

Akhirnya , saya bawa ke Pasar Sungai Layar bersebelahan dengan Taman Teratai Inn-dah ini. Dan jawapannya, hasil pertama ini dibeli pemilik gerai sayuran ini dengan harga RM1.60 sekilo.

" Bang, kalau bulan Ramadhan harga boleh mencecah RM2.00 - RM2.20", itu kata kata perangsang yang diberi kepada saya.

Tak jadi hal. Janji boleh buat duit. Petang Khamis ini poket baju saya terisi RM9.60 dari 6 kilogram serai..

Latiff Hariri
1918 22022013
Sungai Petanu

Tuesday 19 February 2013

Stesen yang Separuh Masak

Pagi Sabtu ni, masuk pejabat kedua ini seperti biasa. Bersama semangat yang berkobar kobar.
Tiada kerja keras yang boleh saya lakukan, sekadar menggunakan pengorek untuk menanam sekitar 10 anak anak berangan ini. 

Selain itu, sempat juga saya menanam sekitar 25 anak anak serai ke tapak baru. Kerja mudah yang tak perlu kederat yang banyak. Orang pekan berkebun, macam tu lah.

Tapi , apa ke hal dengan daunan pisang ini?

 
Burung mana yang telah 'menodai'nya dengan bulatan putih ini?

Saya rasa saya dah habis akal untuk menulis didalam blog ini, asyik kisah berkebun siang malam. Cemuih yang membacanya. Jadi pada malam minggu ini, Sabtu 16 Februari, saya berkesempatan melihat sejauh mana Stesen Keretapi Sungai Petani beroperasi.

Kira 'slow'lah projek mengkayakan kantung kroni ini.

 Masih menumpang dibawah khemah  serta berpejabatkan seakan akan 'kontainer.

Kalau tak disabitkan anak nak balik KL malam ini, saya pun tak berminat untuk memasuki Stesen Keretapi Sungai Petani ini.


Ketibaan Tidak Menentu masih dipraktikkan - janji 850 malam, tiba 930 malam.





Malam penghujung Raya Cina ini, sesaklah jugak setiap gerabak dari Hadyai ke Kuala Lumpur ini.

Dah lebih setahun rasanya saya tidak menaiki keretapi. Tiada yang menarik, kerana perjalanan yang tidak menentu jadualnya.

Yang pasti, pagi Ahad ini , sebaik selesai di Pasar Tani dan bersarapan, sekitar 840 pagi saya sudah menyusup semula ke kebun. Janji ditepati, bukan dicapati. Terus mencantas 6 mayang pisang Beranagan untuk diperdagangkan di Pekan Tikam Batu.

Adalah dalam 48.5 kilogram, dan kantung seluar track saya ini menebal dengan kertas RM10.00 berjumlah lapan keping dicampur RM1 , 9 keping.

Ini sudah melebihi RM50.00 yang saya sasarkan setiap minggu itu!!


Latiff Hariri
1928 19022013
Sungai Petani

Friday 15 February 2013

Semangat RM

Sebaik saya berjaya menjual 4 tandan pisang kepada Fazli di Pekan Tikam Batu itu, saya terus menayang RM kepada anak anak. Semuanya sebagai umpan untuk mereka berminat bersama sama saya ke kebun
pada petang nya nanti.

Ternyata umpan saya menjadi, kesemua anak anak bersetuju mengejakan kebun ini, walaupun seketika sebaik selesai solat Asar.


           
Semangat datang bila hasilnya bercambah setiap hari

Tiada apa yang boleh dilakukan selain dari mencantas daunan kering serta mengumpul untuk dibakar .


Bergerak pulan sekitar 7 petang

Pagi Selasa, saya hanya berdua dengan anak kedua di kebun. Kami berada disini untuk satu setengah jam.
Sekitar pukul 9 memasuki pekan Tikam Batu, ternyata Fazli tidak berniaga hari ini atas sebab kematian keluarga terdekat.


Kak Miza mereka berniaga tapai berhampiran pasar Tikam Batu

Ramai  yang saya jemput untuk bertandang ke kebun saya ini. Saya memang gembira dengan hasil titik peluh saya. Jadi , saya lampirkan disini peta google dimana terletaknya kebun saya ini.

 
Jemputan ini terbuka kepada kesemua kawan/kenalan saya yang tahu akan siapa saya ini, tapi beritahu dahulu ya, supaya senang saya susun tandanan pisang ini.

Petang ini pun  kami turun kekebun. Lega bila ada cuti panjang begini, dapat saya ber3-4 jam di kebun.

Bakar yang paling senang.

Dan tetamu untuk petang Selasa ini adalah Faridah Jo, yang merupakan kenalan Lenggong kami. Suaminya Faridah pun merupakan orang sekampung dengan kami di Permatang Berangan itu, cuma beliau keluar berhijrah terlalu awal untuk kami kenali ketika itu.



Faridah tiba dalam hujan..... tapi tidak menghampakan kami yang sedia berkongsi hasil kebun ini.


 
Lenjun hujan....bukan lenjun peluh.

Hanya ini yang mampu kami berikan untuk sebuah ikatan persahabatan kami yang bermula di Lenggong-Taiping-Shah Alam-Kuala Lumpur- Sungai Petani.

Kepada kesemua rakan kenalan , sanak saudara, sudi sudilah bertamu ke Sungai Petani, khususnya kebun kami.

Latiff Hariri
1921 15022013
Sungai Petani



Wednesday 13 February 2013

Cuti Raya Tahun Baru

Pagi Tahun baru Cina ni, Ahad 10 Februari, sekitar 740 saya sudah bergerak ke kebun bertiga.

Sebaik menghampiri kebum, talipon saya berbunyi.

Hmmm, pagi bute ni, si Fadzli Tikam Batu dah menalipon.

"Bang, saya nak 10 tandan hari ni!", itu yang membuat saya ketawa besar. Dia ingat saya ni punya ladang 10  hektar ke? Hahaha, baru tanam 200 lebih sikit aje, pokok pisang berangan, orang dar pesan 10 tandan seminggu, harus saya sewa tanah orang lain untuk dapatkan hasil sebegitu banyak.

Yang boleh saya katakan, hanya sekitar 80 tandan yang sudah mengeluarkan hasil, bakinya masih belum berbuah, sekadar 5 tandan seminggu mungkin berpatutan buat masa ini.

Pagi ni Roziah tanam pokok ubi kayu.

Tidak menghampakan 3 tandan berangan dan 4 biji jantung pisang

Saya terus ke pekan Tikam Batu, tapi gerainya Fadzli masih tertutup, jadi untuk tidak mengganggu akan aturan kerja hari ini, kami bergrak pulang dahulu untuk bersarapan pagi bersama anak anak yang sesekali dapat bersama ni.

Selesai sarapan, terima pesanan lewat FB, yang ada rakan sepejabat yang mahu mencantas jantung di kebun saya pada sebelah petangnya Raya Cina ini.

Saya alu alukan sahaja.

Kami tiba serentak di kebun pada pukul 540 petang, Faizal dari Bukit Mertajam.


Faizal siap bawa orang tuanya untuk men'clear'kan jantung pisang pokok berangan ini.

Orang kanannya pun dibawa bersama, Norni.

Ha, pilihlah sendiri jantung mana yang nak dicantas

Faizal mengambil 2 anak berangan dan 2 anak emas

Ubi kayu cap gajah.

Semuanya selesai sekitar 720 petang

Kami bergerak pulang.

Paginya Isnin 11022013 ini, sekitar pukul 7, saya sudah berada di kebun semula, sendirian.
Tugas pagi ini adalah mengorek tanah untuk dikalehkan anak anak berangan ini. Dapat jugak saya mengorek sekitar 10 lubang dan menanam 4 anak berangan kedalamnya.

Mengutip daunan kering yang berserabut di bawah pohonan pisang, lalu dikumpulkan untuk habuah api di petangnya nanti. Baru kelihatan ceria kebun pisang ini.

Membungkus buah buah pisang ini dengan plastik hitam, untuk elak dari sengatan lalat buah yang boleh menggagalkan hasil jualan saya. Ruginya sebab saya tidak mempunya stok plastik, harus membeli sekitar 100 keping lagi, kerana dari pengiraan rasmi tadi, sudah menanti lebih 80 mayang/tandan pisang berangan, dan dua tandan pisang emas untuk dicantas dalam tempoh 2-3 bulan mendatang. Maknanya masih ada sekitar 160 pokok berangan yang masih belum berbuah, dan sekitar 90 pokok emas yang masih kosong.

Sekitar 2 jam dikebun, terus meluncur laju dengan Saga ini menuju ke pekan Tikam Batu.


Gerainya Fadzli di Pekan Tikam batu.

Rupanya Fadzli ini berhati hati dengan sesiapa sahaja yang menjual pisang kepada beliau. Habis diperiksa dengan kejiranan sekitar Tikam Batu/Sungai Layar dan Matang Kedondong, tentang siapa sebenarnya saya ini.

Untung, sebaik saya berjaya menjual 4 mayang kepada Fadzli, tetiba masuk saorang pelanggan yang juga merupakan orang kampung Matang Kedondong, yang terus mengesahkan siapa saya sebenarnya.

Fadzli kata dia takut terbeli buah buahan dari pencuri atau penagih dadah. Hehehe, kan Fadzli kata saya orang koperat .....

Purata 9kg untuk setiap mayang, jadi pulangannya adalah RM66.40

Tiada yang lebih menggembirakan selain dari pulangan hasil dari titik peluh sendiri. Kepuasananya berlainan dari gaji yang diambil dari majikan setiap bulan itu.....

Latiff Hariri
1158 11020213
Sungai Petani