Bee Gees

Saturday 30 November 2013

Assyura Pertama 10 Muharram 1435/14 November

Bila kita berkumpulan ni, tak bergayalah kalau tiada kativiti yang berkumpulan. Bertambah tak bergaya bila gotong royong ini pun kita tidak dapat menjayakan bersama. Saya macam manapun, ini adalah yang pertama saya melihat sendiri bagaimana bubur Assyura ini disediakan, dan mengambil bahagian didalam memasaknya.  Seakan akan memasak dodol, saya rasa dodol lebih payah dari Assyura.

Ini aktivit pertama kami gang SRS Sungai Layar ni.


Bermula seawal 1030 pagi.....saya kerja waktu ini...

Sekitar sebelum Zuhur....dah separuh masak.

Boleh saya katakan , selesainya memasak bubur ini sekitar pukul 3 petang. Waktu ini sudah tersedia lebih 400 kotak alas makanan untuk kami agih agihkan kepada kejiranan terdekat.

Sarjan Din - Ketua Perkumpulan kami.

Pak Mail dan Izran

Acara mencedok  bermula sekitar 3 petang.

Cikgu Najib sebagai penutup

Li dengan dulangnya.

Saya bergerak pulang sekitar 5 lebih dan telah dihadiahkan dengan dua bekas makanan ini untuk dikongsi bersama anak isteri.

Ternyata sedap, lemak dan sederhana manis.

Kira punya kira 400 mangkuk , belanjanya tak melenihi RM400.00 dengan 25% adalah kos santan. 
Ini pertama kali saya melihat acara memasak Bubur Assyura, dan saya benar benar teruja dengan cara cara penyediaannya. Memang saya tak pernah tengok , ini pertama kali pada usia 49 tahun.

Latiff Hariri
2128 29112013
Sungai Petani



Friday 29 November 2013

Sepanjang Minggu 6 - 9 November 2013

Sebaik pulang dari hari pertama SPM 2013 itu, saya terus keluar bersarapan untuk kali yang ketiga . Sebenarnya sebelum ke sekolah melihat Izzuddin menduduki kertas BM1 itu, saya sudah bersarapan. Kali kedua bersama sama guru guru Sunlay, hanya duduk semeja, tetapi saya menilak bila dipelawa untuk minum bersama, dan yang ini kali ketiga ini dengan si Tart di gerai berhampiran.

Ini kisahnya sepanjang minggu , minggu pertama(kedua) bulan November 2013 ini.

Saya diminta menjengok rakan OE81 ni, saudara Azmi Abu Kassim untuk bertanya khabar. Tiada yang lebih baik selain dari kabaran yang baik. Azmek, yang kami kenali sejak 1977 ini dalam keadaan sederhana sihatnya. Jangkitan kencing manisnya terkawal dan perlukan rawatan sepanjang hayat. 


Azmi dan saya, asal beliau Karai, Kuala Kangsar. Sarapan keempat.

Pulang ke rumah pun sudah melepasi pukul 11 pagi, kununnya mahu rihat sahaja, tetapi sebaik melabuhkan badan dikerusi panjang ruang tamu ini, saya terbingkas bangun semula bila melihat berduyun motosikal memasuki Taman mengiringi Kereta Jenazah.

Bingkas bangun mengenakan seluar ladang saya, terus menyusul ke Tanah Perkuburan bersebelahan.

Kuburan keempat....Muslimah.

Ini pertamakali bagi saya turun , sebagai jiran perkuburan terdekat, menziarahi siapa sahaja yang menghuninya. Saya rasa saya tidak boleh mengelak sekiranya saya berada di rumah dan tahu adanya kematian. Jadi, dapatlah membantu sedikit sebagai bekalan nanti....

Dah cuti punya pasal. Terisi jugak cuti saya dari melilau tak tentu pasal.....

Petang Jumaat tu, seperti yang dijanjikan , saya memandu Kancil sahaja ke pejabat. Janjinya , bertemu di Masjid Seberang Jaya selepas waktu pejabat dan terus ke destinasi yang mengambil masa 4 jam lebih itu.


Susur keluar Changkat Jering sekitar 545 petang.

Berhenti seketika di R&R Sungai Perak untuk isian minyak. Dan terus meluncur sederhana laju. Mengapa saya kata begitu? Sebabnya bukan saya yang memandu.

Tapi jangkaan saya yang saya warwarkan kepada dua rakan OE81 yang menanti di Bangsar, bahawa kami akan tiba sekitar 930 malam, tepat sekali!

Bukit Lanjan 845 malam.

Dan kami memasuki Balai Berita ini sekitar 920 malam.

Kami yang sampai dahulu, Roslan aka Pak Lan tiba 5 minit kemudian. Disini sudah menanti adik saya Rasi dan Din Selamat.

Perbincangan serta Post Mortem tentang Sharing Our Journey yang lalu bermula sekitar pukul 10 malam. Kami mencari kekuatan serta kelemahan kami, yang bakal kami pikul untuk Sharing Our Journey II tahun 2014 nanti.

Banyak kekuatan kami, tidak pada kelemahan. Lebih kepada kelemahan  pengalaman pertama menguatkan kami untuk aktiviti bersama pihak sekolah pada tahun 2014 nanti.

Kata bulat diambil, tarikh ditetapkan. Perbelanjaan yang lalu di 'audit' dan perbelanjaan mendatang dirangkakan. Kesimpulannya kami positif akan arah tuju kami setelah menghampiri 50 tahun ini.

Cenderahati ini menjadi kebanggaan kami warga OE81!

Supper mengiringi kami kemudiannya. makan di restoran disisi Balai Berita sahaja bagi memudahkan  perjalanan pulang kami. 

Pak Lan bergerak ke Ampang, kami menuju ke Shah Alam.

Pukul 130 pagi masih duk bersembang.

Dah tidur pun lewat, jadi tidur tidur ayamlah. Sekadar merehatkan badan seketika.

Sebaik selesai Subuh, kami dua kereta bergerak ke Restoran berhampiran untuk sarapan bersama sebelum berpisah.

Pagi Sabtu 9 haribulan, Myra awalnya ceria, bila nak pulang dia tukar angin...

Terima Kasih Din yang menaja Sarapan dan tempat tinggal kami untuk satu malam ini termasuk sarapan percuma.....

Terima Kasih Pak Lan yang kuat mengatur gerak langkah kami semua warga OE81

Terima Kasih kesemua warga OE81 yang menjayakan aktiviti kita semua.

Berpisah sekitar pukul 930 pagi, meluncur laju ke Taiping dan terus ke Seberang Jaya untuk menjemput Kancil saya yang menunggu penuh setia di Masjid Seberang Jaya. Dah 17 tahun usianya.

Latiff Hariri
0638 29112013
Sungai Petani

Thursday 28 November 2013

Calon SPM dan Bekas Pelajar SunLay 2013

Memandangkan ini adalah anak bongsu saya , yang menduduki SPM 2013 ini, saya secara tiba tiba aje ambil cuti sama semata mata mahu meraikan peperiksaan ini.

710 pagi, bergerak sendiri ke Sekolah Menengah SunLay.

Saya tahun 1981 dahulu, kayuh basikal aje dengan Raja Anuar Zalehan dari rumah nenek saya di Aulong, Taiping menuju King Edward VII.

Saya biarkan seketika sementara menanti pukul 8 pagi. Saya ke Sekolah sekitar 745 pagi melihat suasana calon calon SPM 2013 ini di Dewan Semarak.

Oh, Izzuddin duk didepan sekali rupanya.

Paper Bahasa Malaysia 1, sengaja pengawal peperiksaan melewatkan jam dinding kira kira 5 minit.

Tak boleh lama pun, mengganggu, jadi saya menapak semula ke kantin dan bersarapan bersama Tuan Pengetua Cikgu Ismail , GPK Cikgu Hashim dan Cikgu Subri.

Depa lepak aje pagi ni.

Saya tidak lama disini, sekitar 1 jam sahaja. 

Hari ini 6 November 2013 bermulanya SPM dan dijangka tamat pada 27 November 2013

Latiff Hariri
2048 27112013
Sungai Petani

Wednesday 27 November 2013

Cari Ubi dan Puyu di Kebun

Jiran tetangga saya ni, tidak semua yang tahu dimana letaknya kebun saya ini. Ada yang pernah berkata untuk mengekori saya disuatu hari nanti jika diizinkan. Saya , walaupun boleh dikatakan selang sehari atau dua , akan berada di kebun, tetapi tiadalah saya mengajak mereka, kerana masing masing sibuk bertugas.

Jadi petang Ahad ni, walaupun saya yang mencadangkan selepas solat Asar, tapi......

Mereka kata lepas solat Zuhur!!! Nak lepas geram la tu!



Tugas pertama Cikgu Najib dan Tart....ubi kayu.

Ni ubi yang sedang, tak lah tua sangat.

Sambil mencari ubi, sambil mencari cacing untuk dijadikan habuan puyu.

Tak sama Cikgu, mengail di laut lagi puas.

Anak puyu pertama.

Jadi, selesai hutang saya kepada sebahagian dari jiran jiran saya ini, walaupun ada yang ketinggalan. Hari lain aje lah, ini un pulang sekitar pukul 6 petang dek kerana Asar belum tertunai, serta hujan dah mula turun. Alasan mereka untuk awal kekebun terjawab , dek kerana musim hujan.

Latiff Hariri
0708 27112013
Sungai Petani

Tuesday 26 November 2013

2 Nov - Takziah Jawaid

Petang  Jumaat itu , saya diberitakan tentang kematian ayah kepada rakan OE81 saya ini, melalui pesanan ringkas. Terus saya beritakan kepada rakan rakan yang lain melalui FB dan WhatsApp. 

Agaknya , memang dah jadi tugasan semua, setiap kali berlaku kematian, saya antara yang terawal dihubungi.

Tiada masaalahj bagi saya......

Pagi Sabtu seawal jam 730 pagi saya sudah bergerak memasuki Plus Hiway, dan tiba di destinasi ini seawal jam 845 pagi....


Roti Canai Bismillah.

Saya pasti yang tempat persemadiannya adalah di Tekah. Disni juga terletaknya kuburan arwah Bapak, Tok Adam, Pak Long Zainal, Mak Ngah Umi Kalsom dan Pakcik Yusof.

Jenazah diusung keluar sekitar pukul 10 pagi. Dimandikan di Masjid juga.

Jawaid tabah menghadapi dugaan ini.

Memang dah jadi lumrah. Bila berlaku kematian dan perkahwinan, masa inilah yang paling sesuai untuk bertemu rakan raulan dan sanak saudara.

Sham bersama adiknya kepada Rashid, rakan OE81.

Kami beredar menghampiri pukul1115 pagi, tak tersu pulang , tapi , selesaikan hutang kami disini dahulu....

Cendoi Taiping.

Dan sebelum saya bergerak pulang, saya lintasi rumah pusaka saya ini dahulu....

223 Lorong 15, Taman Sri Kota.

Takziah Jawaid Ghulam Kadir atas pemergian ayahanda tersayang.

Latiff Hariri
1748 26112013
Sungai Petani

Tuesday 19 November 2013

Solat Hajat & Yassin SPM 2013

Ini acara rasmi terakhir untuk saya hadiri bagi tahun 2013 sebagai wakil PIBG.

Tahun  hadapan saya akan hadir sekurang kurangnya  satu lagi mesyuarat bulanan sebelum bermulanya Mesyuarat Agong PIBG selewat lewatnya Mac 2014

Ramai ibu bapa dan guru gur yang hadir pada tengahari ini, Alhamdullillah. 

Acara berlangsung sebaik selesai Solat Zuhur , Ahad  27 Oktober di Masjid Oren, Sungai Layar Hujung. Di terajui Imam Masjid  dan depengerusikan majlis  oleh Ustaz Rojulaini.

Cikgu Hamid , GPK Pentadbiran. Pengetua tak hadir , ada urusan rasmi diluar

Pengerusi Majlis Ustaz Rojulaini, dan yang terdekat Cikgu Subri.

Sebaik Solat Zuhur, diadakan Solat Hajat di sembung dengan Bacaan Yassin, dan terus kepada , makan makan makan.......adatlah.


Imam Masjid Oren Sungai layar Hujung.

Syukur , tamat sudah episod terakhir sebelum bermulanya acara besar, peperiksaan SPM

Latiff Hariri
1408 17112013
Sungai Petani

Sunday 17 November 2013

Kelulut Ory Merbok

Petang sabtu tu, saya diajak jiran rapat saya ini bertandang ke Merbok. Katanya , " Pernah makan Madu Kelulut tak?"

Saya tanya balik, " Kelulut tu apa, lebah ke?"

Memang tak tahu, tapi sebenarnya bila tengok memang dah tahu pun, tapi tak tahu apa namanya.


Ory dari kaki Gunung Jerai, berhampiran pekan Merbok

Kalau yang ini memang pernah tangok, banyak kat perkampungan orang kita.

Saya baru tahu, corong diatas ni , tempat laluan kelulut memasuki sarangnya, kalau disimpan bertahun disesuatu koloni kelulut, boleh dipotong/patahkan dan dijual kepada orang orang yang tidak berpengetahuan, hehehe, dengan harga beratus ringgit!!

Kalau pernah terserempak dengan perkampungan Orang Asli di Perak, mereka memanggilnya ' Batu Bunian' kerana keharumannya bila dibakar waktu malam. Ya, dia keras macam batu, yang tidak mengetahuinya akan percaya ia adalah batu, tetapi bila dibakar akan mengeluarkan asap yang wangi.......


Sebahagian dari 400 sarang yang dibela pemilik ladang ini, dikelilingi pohonan durian dan cempedak.

Saya juga dibritahu pabila musim durian, madu kelulut yang dituai akan berbaukan buah durian!


Madu yang diambil terus dari sarangnya, dituang keatas tapak tangan saya untuk dihirup....

Malam tu hingga ke pagi perut saya memulas, bukan sakit perut, cuma rasa tak selesa.....

Ini sarangnya yang dikunci dengan menggunakan papan dan diskru rapi supaya susah dicuri orang.

Saya dah mencubanya, dan pertama kali mempercayai yang ini adalah asli. lerana sebelum ini, makan berbotol botol pun, tak ada bezanya. Saya akui teramat baik untuk badan yang sering keletihan dan sesuai untuk yang mahu berjaga malam. Ianya membuat sesaorang itu tidak mudah mengantuk.

Cara miminumnya terus tuang ketapak tangan sahaja, atau gunakan sudu plastik, kerana sudu besi akan memberi reaksi negative kepada madu asli ini.

Teramat baik untuk yang berpenyakit Gout dan kanser. Saya sedang menunggu komen adik dan rakan rakan yang telah mencuba madu ini tentang kesihatan mereka setelah mencuba sebotol kecil untuk beberapa hari ini.

Bagi perempuan mungkin tidak sesuai untuk pengambilan banyak kerana kemungkinan mengganggu sisitem pusingan darah badan.

Saya sebagai orang lelaki mengakui bahawa terasa perbezaan ketara bila saya meminumnya setiap pagi seakan akan usia belum mencencah 40an.....hehehe. Faham kan?

Untuk membelinya boleh hubungi saya terus .Dijual pada harga RM50.00 dan RM100.00 .

Latiff Hariri
1218 17112013
Sungai Petani

Wednesday 13 November 2013

Maznah Bab ( 9 Sept 1930 - 23 Oktober 2013)

Pagi 23 Oktober membawa berita duka untuk kami sekeluarga. Makcak saya yang berusia 84 tahun itu kembali keRahmatullah sekitar 430 pagi. Pesanan ringkas tentang berita duka ini saya terima sekitar 707 pagi dari kakak saya di Ampang.

Sekitar 745 kami sudah memasuki PLUS dan janjinya, diminta menunggu kehadiran kami sekitar jam 11 pagi sebelum dikebumikan. 

Kita hanya merancang, tapi aturanNya sudah tertulis. Makcak dikebumikan sekitar pukul 10 pagi yang sama, sedangkan saya berada dipersekitaran perkuburan jam 11 pagi. Dan walaupun saya berada dekat persekitaran, sesungguhnya kawasan Kuang ini begitu asing bagi saya, jadi hanya dapat menziarahi kubur sekitar jam 1 tenghari.

Maafkan saya......AlFatihah. Solah olahnya permohonan maaf saya kepada Makcak di Eid Fitri yang lalu merupakan yang terakhir kerana selama inipun, saya tidak pernah berkesempatan untuk berHari Raya dengan Makcak.

Maznah bin Bab. Kakak kepada arwah Bapak . Makcak dilahirkan pada 10 September 1930 - 23 Oktober 2013 . Makcak satub satunya kakak Bapak sedangkan yang lain merupakan abang abang dan adik adik lelaki Bapak dari satu Ibu, Tam Rafeah Bahrain, yang datang dari salasilah Jennaton.

Hanya tanah merah yang menjadi penyambut kami. Kubur ke 298.

Sebaik tahlil selesai, kami bergerak menuju ke Kuala Lumpur untuk makan tengahari, dan singgah seketika di rumah Kakak saya di Ampang.

Bergerak pulang sekitar 4 petang.

Pemanduan sepenuhnya oleh Izzuddin dari Bukit Lanjan hingga Sungai Petani, sebagai ingatan hari duka 23 Oktober merupakan jarak terjauh pemanduan Izzuddin yang kini sudah memiliki lesen memandu pada usia 17 tahun, SPM2013

Alfatihah untuk Makcak

Latiff Hariri
2008 13112013
Sungai Petani

Sunday 10 November 2013

Akaun Kebun Oktober 2013 - Gagal!!

Perasaannya tetap sama. Gagal tetap gagal 

Tak kiralah bahawa sasaran ini saya yang buat sendiri untuk ukuran peribadi dan tiada kena mengena dengan orang lain. Walaupun saya anggap sekadar main main untuk keseronokan diri. Tapi bila gagal, malu jugak nak cerita nih!!

Sebab itulah juga lapuran bulan Oktober ini saya lewatkan, supaya 'korang' terlupa, hahaha. 


                                         
Pokok Mangga OE81 Skudai-SP.

Pisang Awak         3 mayang       24.3kg       RM23.00
Pisang Nangka      2 mayang        19kg               19.30
Pisang Emas          4 mayang        33kg               60.10
Pisang Berangan   14 mayang       75.7kg          194.90
Serai                                             8.6kg             13.70
Jantung    3 biji + terung pipit                                 4.00

Jumlah                                                               315.00
                                                                         =====

Pencapaian 31.5% . Kira markah lulus 50%, maknanya saya gagal. Pangkat E agaknya kalau SPM.

Teringat pulak waktu sekolah masa Tingkatan 4 kelas depan sekali. Bila saya gagal Matematik Tambahan, saya telah dipanggil mengadap Pengetua, gara gara peperiksaan penggal markah saya merah. Guru kelas telah memberitahu kami, bahawa nama nama berikut diminta ke pejabat Pengetua untuk menerima pesanan ringkas. 

Kecut perut masa tu!!

Diberi kata dua, samaada mahu perbaiki, atau turun kelas. Tak kena rotan pun, sekadar amaran.

Saya pilih 'perbaiki', bila Pak Long bertanya apakah saya akan 'improve' atau duduk ditakuk sama dan diturunkan kelas.

Itu yang akan saya praktikkan di kebun saya ini.     


Latiff Hariri
1418 10112013
Sungai Petani

Thursday 7 November 2013

Calon Guru OE81 - 2013

Saya tidak dapat duduk lama dengan Mej Jen Dato Abdul Malek, kerana hati lebih teruja untuk melihat rakan rakan beraksi didalam kelas selama sekitar sejam lebih sedikit memberi tunjuk ajar , tentang pengalaman hidup dan pembelajaran di Universiti sebelum berjaya menjadi insan yang berjaya hingga saat usia setengah abad ini.



Ini kelasnya milik Prof Khairul dan Din Selamat. Mereka berdua berjaya memikat sekitar 50 pelajar, yang majoritinya adalah kakak kakak Tingkatan 6. Makin tinggilah saham budak berdua ni. Hahaha.

Adik adik Tingkatan 6 mendengar penjelasan Prof Khairul tentang bidang Industrial Design yang disediakan oleh Universiti Malaysia Sarawak, dibantu oleh Din Selamat , Eksekutif Kanan di Media Prima dalam bidang yang sama.

Jawaid dengan bidangnya, Usahawan.

Pelajar Tingkatan 5 yang meminati bidang Perakaunan dan Ekonomi mendengar penjelasan Aman Shah.

Aman Shah .

Ahmad Wizan mendahului rakan yang lain. Dibantu oleh Nassir Hanapi, Azman Isa dan Azmi Azuar.


Pelajar Tingkatan 5 yang meminati bidang Juruukur/JuruNilai dan Kejuruteraan.

Anwer Yusoff dengan Bidang Teknologi Komputer.

Badrul menyelia kelas Anwer dari pintu kelas....

Dr Ismail Yusoff dengan Bidang Perubatannya.

Saya dan Badrul memang amat teruja melihat aksi guru guru ini memberi penerangan serta soal jawab dengan pelajar . Ternyata anak anak ini memberi sambutan yang positif terhadap bidang bidang yang mereka minati.

Saya dimaklumkan , hingga kini sudah ada yang menerima E-Mail dari para pelajar bertanya untuk penerangan lanjut semenjak pertemuan tempohari.

Acara ini tamat sekitar pukul 115 tengahari, dengan Kelas Prof Khairul/Din Selamat yang terakhir menutup pintu. 

Seronok melihat interaksi soal jawab pelajar terutamanya adik adik Tingkatan 6 yang begitu memberi perhatian kepada kami.

Dah pukul 130 pun Taiping masih gerimis, akhirnya Cikgu Siva mengajak kami untuk menjamu selera di kantin Sekolah.

Pekena teh tarik.

Guru Guru lain turut melayan kami.

Kami amat terharu, dalam duduk minum tu pun ada guru guru yang datang menghampiri memberi ucapan terima kasih atas usaha kami, kerana Pelajar Pelajar begitu dahagakan panduan sebaik tamat alam persekolahan.

Nassir Hanapi antara yang terjauh hadir, UTM Sekudai.

Guru ini begitu berminat dengan Fakta yang diketengahkan oleh Aman Shah.

Sekitar pukul 2 petang, kami memohon diri, tapi itu pun hanya untuk berpisah di kantin. Sedangkan ramai antara OE81 ni yang masih teruja untuk berfoto ramai ramai di hadapan Bangunan utama Sekolah.


Guru Guru Sementara SM King Edward VII

Padang Hoki ni menjadi saksi bahawa hampir setengah dari mereka ini adalah pemain yang mewakili Sekolah sekitar 1979-1981!

Memang susah kami berpisah petang ini. Semuanya seakan akan sengaja melengah lengahkan masa untuk berpisah. Saya pula yang lebih lebih mahu mnyegerakan perjalanan pulang kerana memikirkan lebuhrata Plus yang bakal sesak sekitar pukul 530 petang di persimpangan Juru-Seberang Jaya.

Sekitar 220 saya sudah meluncur laju menuju ke Utara. Saya harus pastikan perjalanan lancar.

Yes!!! Yes!!!

Kami berjaya menjadi Guru selama sejam lebih di Sekolah Menengah King Edward VII Taiping!!

Latiff Hariri
2028 07112013
Sungai Petani