Bee Gees

Friday 28 February 2014

Dua Mazlan Serentak

Saya hanya ingat saorang Mazlan sahaja. Duduk Kamunting, sekitar Pusat Tahanan ISA itu. tapi nama penuhnya ingat ingat lupa.

MAZLAN BABA

Mazlan, binnya apa ya. Dah 50 pun. Jadi,saya korek sumber yang termudah, maka keluarlah nama ini, Mazlan bin Baba. Hmmm, nama ni pun macam tidak asing, pernah dengar, tapi, dia Mazlan yang Kemunting itukah?

Semua ini telah saya perolehi, dan talian hayat terakhir saya gunakan....Talipon.

" Ya, Saya Mazlan Baba, tapi saya orang Melaka'.

Jawapan yang pendek itu membantutkan usaha saya, dengan ucapan terima kasih saya letakkan ganggang talipon saya. Ini kisahnya semasa pencarian mini Re-U di Bukit Jana Resort 2011  yang lalu. 

Mazlan yang duduk Kamunting itu saya tahu, bekerja di Majlis Perbandaran Kelang. Saya pernah berhubung dengan beliau sewaktu saya menjadi pemastautin tetap di Shah Alam 17 tahun yang lalu.

Mazlan Baba.

Ini usaha yang saya lakukan sekali lagi untuk pengesahan dari Mazlan Baba bahawa beliau pernah belajar di sekolah yang sama dengan saya. 

Tahun 2014 ini saya hubungi lagi orang yang sama. Dan beliau masih akui , bahawa beliau orang Melaka. Saya memohon maaf, dan memberitahu beliau bahawa saya sedang mencari rakan rakan sekolah di Taiping yang mempunyai nama yang seakan akan beliau.

"Memang saya bersekolah di Perak dahulu." Itu pun jawapan yang memastikan beliau bukan orang yang saya cari, kerana saya mencari rakan Taiping.

' Ya, saya sekolah di King Edward", akhirnya. Aduh, kenapa Mazlan oi, hahahaha.

Bila nama kelas beliau disahkan, saya memutar memori silam saya, akhirnya saya boleh bayangkan dengan siapa saya berbual sebentar tadi. Album lama saya geledah. 

Engkau duduk asrama ya Mazlan, Tunggu sat.

Barisan kedua, no 5 dari kiri. Saya boleh ingat nama dan wajah beliau.

Lalu saya poskan sekeping foto ini kepada beliau, ish, beliau tak boleh nak sahkan, kecuali ingat yang beliau pakai tie waktu itu!!

Mazlan yang tengah itu.

Katanya, belian mantan kakitangan UiTM Shah Alam, dan pernah berjumpa Zainal Abidin dan Dollah yang juga merupakan kakitangan UiTM.

MAZLAN ABD GANY

Seterusnya , saya mencari Mazlan Abd Gany. Waktu saya menetap di Shah Alam, saya sering ke Pasar Sek 7 itu setiap minggu. Ada gerai sayur, yang pemiliknya mirip mirip wajah rakan saya ni. Saya rasa aje lah, ini mesti abang kepada Mazlan.

Saya beli sayur sejenis dan terus membayar, sambil bertanya, "Abang ni orang Taiping ke?'

Ya, itu jawapan beliau, Kamunting katanya.

"Abang ada adik nama Mazlan kan?'

"Dia duk kelang, kerja Majlis , Pegawai Kesihatan."

Saya diberi nombor talian talipon dan saya hubungi beliau, ternyata, beliau masih mengingati saya.

Terima Kasih Lan. Kedua dua Lan...hahaha

Mazlan Abd Gany.

Itu kisah berbelas tahun yang lalu sewaktu saya menetap di Sek 4 Shah Alam. Bila handphone sering bertukar, saya kehilangan nombor beliau. Tapi, tak jadi masaalah, kerana pasti, beliau tak akan kemana.

2014 ini saya talipon lagi di Pejabat beliau. Walaupun beliau sering sibuk dan tiada dalam Pejabat, tapi, suatu pagi tu saya terima panggilan dari beliau.

Kalau nak tahu, Mazlan ini asalnya KE2, masa Tingkatan 2A4 kami sekelas hingga Tingkatan 3. Beliau berpenyakit Asma waktu itu dan sering pulang awal bila penyakit menyerang. Dan pasti ada rakan yang tawar diri untuk keluar dari kelas, mengiriingi beliau pulang ke stesen bas Taiping, antaranya, arwah Marzuki Latiff.

"Tip, mana aku nak lupa engkau, engkau sorang je yang rajin cari aku."

La, nak ambil hati aku tu Lan, hahaha. 

Saya gembira bila ada kawan kawan yang begini , masih berbudi bila dihubungi. Walaupun saya seketika sahaja bersama beliau, ingatan dan kata kata penghargaan membuat hati saya terharu.

Kedua dua Mazlan diatas ini merupakan rakan sekelas di Tingkatan 5A1. Dan bila saya satukan mereka berdua melalui nombor talipon, katanya, kedua dua pun 'blur', ni Mazlan yang mana ya?

Hahaha, pandai pandailah korang mengungkit kisah silam supaya memori terungkai.

Latiff Hariri
1858 25022014
Sungai Petani

Wednesday 26 February 2014

Azhar Shaharuddin

Nama dia tak pernah padam dari ingatan saya. 

Saya mula mengenali beliau ketika Darjah 6 di King Edward VII-1 Taiping. Beliau berpindah dari Kuala Lumpur mengikuti ayah beliau yang bertugas sebagai Tentera ketika itu.

Satu perkara yang saya ingat tentang beliau ialah perkataan Danero Line. Ketika itu kami anak anak SR suka menyakat sesama rakan rakan ini dengan ungkapan yang pelik pelik. Azhar menginap di kuarters Tentera di Kem Kamunting. Rumah beliau terletak di Danero Line.

Lagi satu, beliau pakar badminton, dan pernah menjadi naib juara beregu antara Sekolah Rendah Negeri Perak 1976. Terkejut beliau bila saya khabarkan bahawa pasangan beliau Marzuki Latiff sudah pergi buat selamanya. 

Marzuki dan Azhar merupakan jiran berdekatan rumah waktu mereka menetap di Simpang, Taiping.

Kami sama sama memasuki Sekolah Menangah King Edward untuk sesi tingkatan 1 hingga 3, pabila beliau berjaya memasuki Royal Military College. Saya hanya bersama beliau pada Tingkatan 1A3, dan kami berpisah kelas bila memasuki Tingkatan 2 dan 3.


Azhar Shaharuddin.

Dia ni low profile didalam kelas. Tetapi bijak dan geliga. Tahun 1980 sekurang kurangnya 6 pelajar King Edward memasuki RMC. Katanya Azhar, pentadbiran RMC amat teruja dengan team Rugby KE yang berjaya menumpaskan mereka setiap tahun, jadi mereka curi 6 pelajar sekali gus.

Saya tidak perlu cerita bagaimana saya berjaya menjejaki beliau. Ternyata beliau amat menghargai persahabatan kami yang kini sudah mencecah 38 tahun itu. Saya akui, wataknya yang lembut memudahkan saya untuk merapati beliau, dan satu perjanjian dibuat supaya kami dapat bersua.

Kami sampai dahulu dilokasi yang dikjanjikan, walau pun terlewat 15 minit.Kerana tiada kelibat beliau, jadi saya dan rakan yang saorang lagi ini berpecahlah. Didalam restoran itu, memang ada wajah wajah yang tidak asing ketika kami menetap di daerah kesayangan kami ini.

Saya yang memerhati dari jauh ini perasan sesaorang yang bertopi memasuki lokasi, Saya pasti itu adalah dia.

Sedangkan dia juga perhatikan orang keliling dan mengesyaki , " Latiff ni pasang spy ni, ramai yang familiar duduk di restoran ini"

Jangan tanya saya kenapa Azhar bertopi, sendiri mesti tau.

Badrul yang mula mula menghampiri Azhar. Badrul mudah dikenali kerana tiada perubahan wajah, selain fizikal.

Saya memasuki resoran sebaik mereka duduk berbual. dan bersalaman buat pertama kali selepas 35 tahun. Saya katakan 35 tahun, kerana saya pernah berjumpa Azhar diwaktu beliau pulang Semester Break dari US sekitar tahun 1986, kalau tak silap saya.

Di rumah Azhar.

Kami tidak lama  di restoran tersebut, kerana keadaan kesihatan Azhar tidak mengizinkan. Perbualan kami bersambung didalam kereta Azhar untuk pulang kerumah beliau. Badrul mengekori dibelakang.

Kini beliau jurulatih Tennis, badminton sesekali sahaja.

Azhar lebih berminat untuk mendekati rakan rakan OE . Katanya , bebudak KE ni lebih senang diajak berbual dari yang lain. Keadaan kesihatan beliau masih terkawal dan doa saya perlukan dari rakan rakan agar beliau bisa melepasi dugaan dariNya ini dengan penuh keinsafan.

Kepada rakan rakan OE, In Sya Allah, Azhar senang untuk bertemu dengan anda semua, tetapi sebaiknya bersua muka dari berhubung melalui talipon. 

Maaf, kalau ada yang dari RMC mengenali beliau, tak kiralah Senior,Junior atau seangkatan....., beliau tidak berminat.

Kami berpisah lewat petang. Ternyata, tergenang air mata beliau bila kami berpelukan petang itu.

"Tip, kau lah satu satunya kawan KE yang rajin mencari aku, sejak dari aku balik dari US hingga kini, manalah aku nak lupa kat kau."

Itu kata kata akhir beliau.

Latiff Hariri
1708 24020214
Sungai Petani

Tuesday 25 February 2014

Tamat 4 Hari 3 Malam di Sandakan

Abang Baco tiba sekitar 645 pagi didalam hujan pagi.

Bersama beliau sebungkus penuh ikan Selonsong yang telah siap disiangkan untuk saya bawa pulang. 

Saya bungkuskan dengan surat khabar yang agak tebal, dan diplastikkan sebelum memasukkannya kedalam beg sandang saya. Mujur ika tersebut siap membeku didalam Freezer rumah Abang Baco.

Walaupun saya mahu dikongsi bersama 3 rumah, tetapi Abang Bacho menolak.

Aqilah pulang dari sekolahnya sekitar 715 pagi, dan kami bergerak dua kereta ke Lapangan Terbang.Hanya 30 minit perjalanan pagi yang agak sesak. Sempatlah kami bersarapan pagi disini.

Mee goreng dan kopi O panas.

Anak anak Abang Bacho tiba kemudian, sedangkan kami sudah selesai bersarapan.
Adalah sekitar 45 minit kamai duduk bersama, sedangkan Aqilah sudah pulang ke Sekolahnya.

845 pagi, sebelum memasuki Ruang Menunggu.

Saya lupa yang kami kena lapur daftar keluar Sabah, sehingga diberitahu kakitangan AirAsia. Memang setiap kali kami ke Sabah/Sarawak, kami guna Pasport.

Manunggu kehadiran Pesawat Air Asia serta Ustaz Ramlan dari KL.

Tertulis di Laman FB Ustaz, bahawa beliau dan ibunya dilarang memasuki Ruang Menunggu LCCT kerana hanaya terlewat 5 minit dari waktu yang ditetapkan ia itu 45 minit sebelum penerbangan.

Tak berani nak komen apa apa, sebab saya pun pernah hampir hampir nyaris di 'reject' suatu ketika dahulu dengan kaunter Air Asia ni. Cuma yang saya nak komen, kakitangan tersebut budak muda, memarahi kami yang terlewat sedikit ini, soalah olah kami ini adik adiknya. 


Penuh pagi ini.

Perjalanan pagi ini, terlewat sekitar 10 minit sahaja. sebaik pesawat berada di udara, saya memesan sarapan kali kedua sedangkan Izzudin sudah lena.

Kami tiba di LCC seperti yang dijanjikan 1215 tengahari. 

1230 tengahari.

Menalipon rakan baik saya ini, dan beliau tibe dihahdapan Medan Selera LCCT ini sekitar 120 tengahri. Waktu bekerja tu!

215 petang, baru nak bergerak pulang.

Kami bergerak ke Kuala Lumpur melalui Nilai, dan memasuki Bulatan Kg Pandan untuk makan tengahari di Al-Rawsha.

Petang ini pemanduan dikongsi bersama anak bonsu saya. Saya tahu, semua mengantuk kerana tidur yang pendek serta cuaca yang panas ditambah perut yang kekenyangan.

Memasuki Tol Sungai Petani sekitar 902 malam.

Tamat episod percutian keluarga ini

Latiff Hariri
1848 2402014
Sungai Petani


Monday 24 February 2014

Tawau Semporna Sandakan

Saya tahu semua keletihan. Saya pun bukannya muda lagi.

Bangun pagi ini, saya sendirian bersama keluarga, tidak mahu mengganggu Abang Baco sekeluarga. Kami bergerak dengan berjalan kaki ke Pasar Gantung dan Pasar Tanjung Tawau. Manalah tahu kalau kalau terjumpa sesuatu yang baru, sekadar nak penuhi sisa sisa waktu di Tawau ini.

Separuh perjalanan, saya pulang ke Hotel untuk memandu kereta saya, dan mengambil kesemua dihadapan Pasar Tanjung Tawau itu.

Kami berkeputusan untuk keliling Kota Tawau.

Pulau Sebatik dilatar

Tak sempat nak mengelilingi Bandar Tawau ni pun, sebaik selesai berfoto, talipon saya bergetar, masuk panggilan dari Abang Bacho.

Mereka dah bangun rupanya mencari cari kami yang menghilang dari perkarangan Hotel.

Terus kami pulang, dan persetujuan tercapai untuk sarapan di Restoran Seri Keningau berdekatan, tetapi harus dengan pemanduan kereta..


Ya, antara Restoran terbaik di Sabah.

Kenapa saya katakan Sabah, kerana Restoran ini punya cawangan di Kota Kinabalu.

Pulang untuk bersiap . Itu pun setelah ditegur, kerana saya dan Abang Bacho asyik berborak hinggakan terlupa bahwa perjalanan pulang yang bakal ditempuhi masih jauh.

Ini Hotel kami untuk satu malam. Harganya teramat patut untuk kami dua keluarga.

Sekitar pukul 11 pagi kami bergerak meniggalkan Tawau, mengahala ke Semporna.

Pusingan untuk ke Semporna dan Lahad Datu/Sandakan.

Kami memasuki Pekan Semporna bila jam hampir mencecah pukul 1230 tengahari. Pemanduan perlahan kerana terlalu banyak kenderaan berat dan hujan lebat.

Di Pekan Semporna pun hujan lebat. Rancangan saya untuk mundar mandir di tapar pasar Pekan Semporna terpaksa saya batalkan. Kami parkir kereta di hadapan Dragon Inn Resort  sahaja, dan melihat suasana Resort ini sekitar 40 minit menantikan hujan agar berhenti.



Lepak ajelah...., hujan lebat

Sabah basah ....

Cuaca yang basah ini, tidak boleh dilayan sangat. Walaupun hujan berlarutan, kami redah jugak untuk perjalanan pulang ke Sandakan. jadi tiadalah berbelanja di Pekan Semporna ini. Saya dah berkali kali dah ke Semporna, tiada yang ralat tak dapat membelinya.


Melihat ketam yang tersimpan didalam jaring, khas untuk pengunjung Restoran Dragon Inn.

Perjalanan sepanjang jalan diiringi hujan. Tiada masaalah bagi kami yang berkonvoi ini. Sabaik menhampiri  Jambatan Sungai Kinabatangan ini, saya biarkan Abang Bacho memintas supaya mudah beliau menunjuk lokasi sebenar kedai/gerai yang menjual makanan eksotik itu.

Saya tahu satu lokasi yang terletak disebelah kiri jambatan, tetapi Abang Bacho mencadangkan yang sebelah kanan, kerana lebih banyak pilihannya. Dalam hujan lebat itu kami berdua berlari lari anak menuju ke gerai tersebut. Dan jumpalah yang ini didalam peti sejuknya.

Ikan Selonsong . Ini spesis ikan laut, tatapi bila banjir besar melanda Sungai Kinanbatangan, ia akan mudik ke hulu sungai. Harganya RM18 sekilogram. Saya ambil seekor pada harga RM53.00 . Tiada niat pun untuk membawa pulang ke Semenajung, lebih kepada untuk Aqilah dan Abang Bacho.

Terdapat banyak ikan Patin dan ikan sungai yang lain. Saya bertanyakan Udang Galah, sayangnya tiada.

Memasuki persimpangan Pekan Check Point sekitar 530 petang. Kami berhenti seketika untuk minum petang. Saya terasa lapar mungkin kerana sarapan pagi saya yang agak minimum.

Restoran Santa

Kami berpisah disini sebaik mengisi penuh minyak kereta di Stesen Petronas. Saya berkeputusan untuk menyelesaikan kesemua hutang denganNya disini sebelum memulakam perjalanan sejauh 50km lagi, untuk sampai ke Bandar Sandakan.

Memang meletihkan. Baru tahu mengapa arwah Bapa saya pada usia 48 tahun itu lebih memerap didalam rumah dari bersiar siar. Memang semput.

Malam itu, hujan masih tak mahu berhenti, untung simpanan makanan basah penuh didalam peti sejuk. Jadi, kami sekeluarga ni berpesta udang goreng kunyit dan sembilang goreng sambal ajelah.

930 malam saya dah hilang........ 

930 malam di Sandakan seolah olah 1040 malam di Semenanjung tau, sudah ,melepasi had.

Latiff Hariri
1818 24022104
Sungai Petani 

Saturday 22 February 2014

Maghrib di Masjid Bandar, Tawau

Mengelilingi Masjid ini, perhati dari arah Hotel inapan kami ni, saya terasa ada yang ,menarik dengan Masjid ini. 

Selesai berbelanja di Pasar Gantung sekitar 530 petang itu, saya terus berehat dan mandi. Pasang niat nak berMaghrib di Masjid ini.

Azan bergema, saya pun melangkah pergi.


Nampak dari Hotel ini sungguh nyaman pemandaangan Masjid kecil ini. Saya belum tahu namanya .

Sebaik memasuki kawasan Masjid saya melangkah perlahan ke ruang Wuduk. 

Tiba tiba Bilal terus Qamat, sebaik Azan berakhir tanpa ada putusnya, bersambungan.

Kelam kabut saya berWuduk, tetapi sempurnalah. Memasuki Saf ketujuh sebaik Imam selesai AlFatihah.


Doa selepas Solat.

Selesai, saya teerus toleh ke Saf belakang saya, ternyata ada lagi 6 atau 7 barisan penuh. Bermakna.....saya mula mengira Saf Saf hadapan, dan dibelakang yang penuh. Satu Saf boleh dipenuhi lebih 50 jemaah....bla bla bla, kali darab purata.

Wow, lebih 500 jemaah Solat maghrib di Masjid comel ini.

Tazkirah Maghrib bermula 10 minit sebaik selesai doa.

Saya ikuti sebahagia Tazkirah, dan bangkit meninggalkan ruang Solat menuju ke belakang ruang Masjid, mencari cari Batu Tanda, nama penuh Masjid ini.

Tiada. Diruang dewan belakang masjid, saya anggarkan lebih 2000 jemaah boleh penuhkan dalam satu masa.

Terus menuju ke tapak letak selipar saya, dan saya terperasan akan sesaorang yang gelap kilitnya sedang bertasbih sambil di sapa warga yang keluar masuk.

Saya terus memberi salam, dan bersalaman. Saya agak beliau salah saorang AJK Masjid ini, kerana setiap yang keluar masuk pasti bersalaman dengan beliau dan bertanya khabar.

" Bang, apa kah namanya Masjid ini?"

"Masjid Bandar', jawab beliau sambil tersenyum .

Kata kaata pujian saya berikan kerana teratur dan bersih sekali Masjid ini dijaga. Beliau tidak nafikan , kerana ramai dermawan yang aktif serta AJK yang tak pernah duduk diam.

"Abang asal sini ke?" Saya teruskan bersoalan kerana ternyata abang ini peramah. Telo percakapannya pun Bahasa Baku, tiada telo India atau mamak. Sebab saya pasti beliau adalah soarang yang berketurunan India.

" Saya orang Bagan Serai.' Beliau memberi penjelasan. Saya bukan Islam sebelum ni.....abang saya P Patto."

Secara pantas saya menjawab, " Nama P Patto terpampang di jalan raya belakang pejabat saya"

"Oh ya ke?!" Beliau tak menyangka agaknya.

Lalu sejarah silam diukir semula. Memeluk Islam pada tahun 1971. Saya katakan bukan kategori Mualaf lagi, bahkan anak anak kelahiran Islam pun tak sehebat Pak Sheikh. 

Namanya Hj Hussain . Sudah menetap di Tawau berpuluh tahun sebaik beliau pencen . Kini umurnya 66 tahun. Anak buah beliau iaitu anak kepada P Patto , merupakan  ADUN Batu Kawan.

Saya terfikir, walaupun mereka bukan Islam, tetapi perjuangan mereka untuk keadilan sosial begitu tinggi. 

Syukur Hj Hussain memeluk Islam, tapi , budaya ayah mereka yang aktif bersosial dan membantu masyarakat diteruskan.

Hj Hussain bersama kenalan beliau yang berusia 81 tahun. Saorang bekas tentera, dan menyebut dengan jelas CO Kem Kamunting era beliau , Ismail Ghouse. Kecilnya Malaysia ini.

Saya terlupa namanya kenalan beliau. Tapi, guru beliau dahulu adalah Tun Ghafar Baba. Beliau juga memasuki Upsi, tetapi putus tengah jalan, kerana lebih berminat dalam bidang ketenteraan.

Tiga kali saya bersalaman dengan Hj Hussain. Tak dapat jumpa mendiang P Patto, dapat adiknya, lagi Barakah!!

Latiff Hariri
1948 20022014
Sungai Petani

Friday 21 February 2014

Semalam di Tawau

Bila dah pulang agak lewat, ditambah dengan hujan semalaman hingga ke Subuh, jadi, nak bangun pagi ni perlahan banyak lah. Kununnya janji setengah jam selepas solat Subuh, tetapi dek kerana hujan, kami hanya keluar meninggalkan Kota Sandakan ni sekitar  7 pagi. Bergerak didalam gerimis pagi.

Saya tahu, perjalanan ini akan mengambil masa yang panjang. Kami tiba di Pekan kecil Check Point sekitar 745 pagi. Berhenti seketika di Petronas untuk mengisi dan membuang. Sekitar 820 pagi berhenti Tepaliud untuk sarapan. 

Bergerak semula sekitar pukul  9 pagi. Perjalanan akan mengambil masa lebih dari 4 jam, kerana jalan rayanya amat teruk sekali!! 

Mengapalah korang gi pangkah BN ni!!

Tiba di Lahad Datu melepasi pukul 10 lebih, berhenti sekali lagi untuk mengisi dan membuang. Kerana masih kekenyangan kami teruskan perjalanan. Saya membuat keputusan untuk terus ke Tawau sahaja. Pada awalnya saya mahu memasuki Semporna, daftar masuk di Hotel, dan merayau ke Tawau. Tetapi perjalanannya jauh juga, dan masa sudah agak suntuk untuk berpatah balik dari Tawau.

Jadi, pertamakalilah kami bermalam di Tawau. Saya yang kali kedua ke Bandar Tawau ini, masih tidak merasa selesa untuk bermalam disini.

Tiba melepasi pukul 2 petang, rehat di bilik masing masing sebelum turun ke Restoran Nasi Ayam bersebelahan KFC itu sekitar pukul 3 petang.

Berlatar Masjid Bandar.

Ok, lokasinya Hotel kami ini amat sesuai. Pasar Besarnya sekitar 600m , Masjid sekitar 300m, Pasar Gantung atau Central Market hanya dibelakang Masjid, jadi saya baru terasa menarik jugak bermalam di Tawau ini.

Jadi, seperti yang dijanjikan, pukul 3 kami pun turun makan tengahari. Kira dah lewat jugak, Asar 355 petang. Makan tengahari ini cara Ala Carte sahaja, sebab nak mudahkan selera masing masing.

Nasi Ayam menjadi pilihan.

Selesai makan, kami menapak ke Pasar Besar untuk membeli jajan. Ianya seakan akan pasar Khadijah, sebab ramai anak bangsa yang berniaga, walaupun bercampur dengan bangsa lain. Tapi, di Sabah ini, saya sendiri susah nak bezekan antara Melayu Islam, Melayu bukan Islam, orang Filipina pendatang , mahupun orang Indonesia pendatang. Itu belum lagi yang datang secara sah dan tidak sah.

Pasar Tanjung Tawau.

Macam kat KB

Beli Batu Tumbuk, harga RM18.00.

Adalah sekitar 30 minit disini, saya hanya beli kerepek belinjau yang metah untuk diole olekan kepada rakan pejabat saya.

Kan.....sakan berbelanja.

Kenangan Pasar Tanjung Tawau.

Anak anak teruna kami , biasalah. Mana nak minat ikut membeli barang barang dapur ni, mereka berdua meminta izin untuk pulang ke Hotel, jadi kami titipkan kesemua belian kami ini kepada mereka, dan emak bapak berpeluang berlenggang untuk ke destinasi seterusnya.

Terpandang saya logo besar MATAHARI.

Eh, Matahari yang di Indonesia tu ke? Saya mula menanya. 

Matahari di Indonesia tu adalah Pusat Membeli Belah seperti Parkson ataupun The Store di Malaysia.

Ini sebahagian didalam bangunan kecil Matahari.

Bukan Kompleks Membeli Belah, lebih kepada toko toko persendirian. Ok juga, boleh cuci cuci mata.

Di celah celah lorong Matahari ini, ada jualan kaki lima, jadi , tak lah rugi masa kami menapak ke lokasi seterusnya, Pasar Gantung yang terletak bersebelahan dengan Masjid Bandar itu.

Permata Sabah. Dah pandai, harganya kami dah tahu.

Terus ke Pasar Gantung. Namanya sempena pakaian yang tergantung untuk dijual. Harganya dua kali ganda dari jualan di GM Kelang!!

Tak beli pun, kami dah pandai.

Teruskan ke Medan Selera bersebelahan untuk membeli satay ayam.

Satay kepak ayam.

Sekitar pukul 530 kami pun pulang ke kamar, teramat dekat pun, lepak dalam bilik seketika sebelum tibanya waktu Maghrib sekitar 622 petang.

Latiff Hariri
0628 20022014
Sungai Petani



Thursday 20 February 2014

Makan Malam 2 Keluarga

Jadi, malam pertama di Sandakan ini, kami berlapan pun keluarlah makan bersama. Lokasinya sama seperti biasa.

Gerimis malam ni. Bergerak dengan dua kereta, kami yang lelakini sekereta. Tiba dilokasi sekitar 815 malam, sudah melepasi waktu Isyak.

Makanan lautnya mewah, tapi, saya yang terasa saya tak boleh nak 'pergi' sangat sebab masih kekenyangan.

Bila perut dah penuh, jadi, makan kami ni agak perlahanlah.

Ya, kami masih boleh menghayati kesegaran makanan makanan laut ini.

Malam ni makanan ditaja Abang Banho sekeluarga, hahaha. Tiada yang terkejar kejar, kecuali angin yang mula bertiup memberi tanda bahawa hujan lebat akan turun malam ini. 

Kami bergerak pulang dalam gerimis lagi, sekitar pukul 9 malam. Walaupun waktunya sama semenanjung, tapi, suasananya sudah melebihi pukul 10 malam.

Esok Sabtu 15 haribulan, janjinya mahu berkonvoi dua kereta ke Tawau, entah boleh bangun awal atau tidak. Perut kekenyangan ni liat banyak nak bangun awal.

Waktu pulang......


Latiff Hariri 
0608 20022014
Sungai Petani

Wednesday 19 February 2014

Destinasi Kedua 2014

Sebenarnya , setiap perjalanan saya ke sesuatu destinasi yang jauh itu, saya rancangkan tiga atau empat bulan kehadapan. Bila Aqilah pulang bercuri pada akhir penggal 2013, saya dah mula rancangkan perjalanan ini.

Semuanya tertakluk kepada harga tiket, sekiranya harga masih dibawah RM200.00 saya akan membelinya. 

Saya bukan jenis yang esok nak terbang, hari ini beli tak kira berapa harga. Saya jenis berkira.
 Saya pilih bulan Februari kerana saya jangkakan Aqilah sudah sebulan di Sandakan sebaik penggal 2014 bermula, sebagai memeriahkan beliau supaya tidak merasa sunyi.

Tapi, dia dah 2 kali balik ke Semenanjung sejak Januari 2014 ini!


Nazir Sekolah yang suka melawat KV Sandakan.

Saya aturkan perjalanan ini sama dengan harinya Kak Suhasni pulang ke Padang, supaya tidak 'dua kali turun' ke LCCT. Subuh Jumaat tu pun , Kak Suhasni dan Darlis masih belum 'menangkap' yang kami pun turut berlepas ke Sabah, hingga kami mengeluarkan beg kami bersama sama beg mereka dar bonet kereta.

Penerbangan kami pada jam 630 pagi, sedangkan Kak Suhasni ke Padang 750 pagi. 

Kami tiba di Sandakan pukul 905 pagi. Suasana agak suram seakan akan nak hujan, tetapi , seharian panas.

Selepas menghantar Aqilah ke Sekolah, kami bertga ke BDC pekena Coto Makassar.

Dah posting foto Coto tu di FB , baru saya diingatkan oleh Ustaz supaya mencuba disuatu daerah lain, keenakkan Coto Makassar ini. Saya pun dah lupa akan cadangan Ustaz Ramlan Porigi sewaktu saya dan Osman/Wan turun ke Sandakan 2013 yang lalu.

Ke pasar ikan adalah wajib. kali ini saya tidak 'hanyut' membeli ikan, sekadar udang sekilo, dan ikan sembilang 2 kilo. Udang yang harganya RM28.00 di Semenanjung , saya beli pada harga RM15.00 di Sandakan. Ikan Sembilang dua kilo hanya RM10.00 !!

Pulang ke rumah, saya sambung tidur. udah melepasi 24 jam saya bersengkang mata.

Bangun sekitar jam 3, berzuhur dan makan tengahari. Asar sekitar 355 petang, jadi kami selesaikan semuanya sekali sebelum sekali lagi turun ke Sandakan untuk menjemput Aqilah.

Gerimis petang di Sandakan.

Petang ni hujan gerimis. Mencari parkir ditengah Kota ini tiada masaalahnya sekiranya anda sudah hafal dimana lokasi kosong, walaupun kena jalan kaki agak jauh sedikit.

Stesen Bas Sandakan. Dibelakangnya laut.

Minum petang bergoreng pisang keju.

Suasana teluk yang melindungi Sandakan dari ombak besar.

Perut masih kekenyangan. Tengahari kami dengan sambal ikan sembilang serta sayur bayam. 

Pulang kerumah pun sudah melepasi jam 6, terus ke rumah Abang Bacho untuk memaklumkan kehadiran kami. Saya maklumkan rancangan untuk makan malam ini ditunda keesok malam sahaja, kerana hujan dan kekenyangan.

Di rumah sekitar 620 petang, sudah menghampiri Maghrib, tetapi pasanan WhatsApp saya terima dari Abang Bacho supaya bergerak sekitar 715 malam.

Aduh! Full ni. Rugi nanti, makan tak banyak.

Latiff Hariri
1908 19022014
Sungai Petani