Bee Gees

Tuesday 29 July 2014

1 Syawal -Bertandang pulak.

Bila beraya di rumah jiran ni, saya segan nak berfoto, kecuali jiran yang mulakan.

Jadi di rumah Abang Rahman, tiada foto terakamlah.

Berjalan kaki kerumah jiran kedua, Yazid.

Yazid tiap tiap tahun Rumah Terbuka, malam pun.....

Pekena lontong di rumah Yazid. Yazid orang Johor tapi dah tak nak berkampung di sana lagi.

Rumah ketiga, Abang Latiff TNB. Pun sama, tiada foto dirakam.

Rumah keempat Cikgu Hashim, ayah kepada Budin, gang kamera Sungai Layar.

Nasi pertama Syawal.

Kami dititipkan buah anggur.

Beraya dengan Cikgu Hashim.

Terus bergerak ke kampung....Kampung Permatang Berangan sahaja.

Selfie lagi, hehehe.

Anak cucu Abang Majid,

Balik rumah sekitar pukul 3 lebih. agak agak nak lentok, datang Pengantin lama ni, dengan bodyguard.

Ehsan bodyguar tak bergaji.

Hari Raya pertama ni kami terlalu simple. 

Kami tak betul betul memasak. Hanya sekilo daging rendang, seekor ayam rendang , ketupat palas dan Nasi Impit. Kuih muih dalam 6 jenis, semua berbeli.

Malam sudah tiada tetamu yang bertandang. 

Rilex malam ni, TV langsung tak dilayan. Tapi tidur tetap lewat sekitar pukul 11, asyik duk melayan WhatsApp.

Jadi raya pertama ni hanya bertandang ke 5 buah rumah, dan tatamu yang hadir sekitar 3 kumpulan, dan bebudak Assalamualaikum sekitar 20 orang.

Latiff Hariri
1128 29072014
Sungai Petani

1 Syawal 1435/28 Julai 2014

Malam akhir puasa ni, 29 Ramadhan, terpaksa saya kurbankan tarawih saya, kerana nak ' kutip' (bahasa bebudak kini) anak sulong saya di Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Kami berbuka puasa ala kadar sahaja senja tu, hanya mihun goreng.

Selesai Maghrib terus memecut ke Pulau Pinang.

Aqilah berangkat senja Jumaat dari Sandakan ke Kota Kinabalu.Lepak semalaman di Lapangan Terbang KK. Pagi Sabtu 1115 terbang ke KL dan lepak lagi hingga maghrib 720.

Kami tiba Pulau Pinang 920 malam. Sesak Lapangan Terbang.

945 malam, baru keluar dari Bilik Ketibaan.

Terus berbuka puasa secara rasmi dipersekitaran Masjid Batu.

Restoran Hadhralmaut. Bersama keluarga adik saya Fadhil.

1030 malam bergerak pulang. Esoknya puasa terakhir.....

Saya selesaikan Fitrah saya sebaik selesai Asar, Amilnya Pak Desa yang sudah berusia 72 tahun.

Selamat Tinggal Ramadhan

Pagi 1 Syawal sempat saya ke Masjid untuk Subuh. Solat Eid Fitry bermula pukul 9 pagi. Jadi macam biasa, saya dah di Masjid pada pukul 8 . Pertamakali saya di saf hadapan, selalunya saya pilih saf kedua.

Selesai 10 pagi, siap bertahlil.

Kali ini saya diberitakan Masjid melimpah ruah dengan jemaah, terpaksa dibentang tikar di tapak parkir motosikal. Saya mula memikirkan pembesaran Masjid Al Amin.

Selfie pertama Raya 2014 hahaha.

Selfie kedua

Selfie ketiga

Sekitar pukul 11 pagi,diwaktu Pengantin yang baru berusia 2 bulan ini pun datang sebagai tetamu Syawal pertama, diselang seli dengan 'gang Assalamualaikum'!

Tak nak minum/makan, nak duit raya je.

Ude dan Tart, pengantin baru 2 bulan.

Hadiah kahwin yang  sengaja kami lewatkan

Selfie Pengantin

Tetamu kedua datang dari Abang Din, Abang Mail dan Najib, seta jiran sebelah Mr Mani.

Meja kecil tahun ni.

Sebaik Najib dan groupnya pulang kami memulakan langkah pertama kami ke rumah jiran dibelakang, Abang Rahman dan Kak Faridah.

Latiff Hariri
1048 29072014
Sungai Petani

Sunday 27 July 2014

Malam 7 Likur 27 Ramadhan

Ini aktiviti tahunan Masjid Al-Amin.

Setahu sayalah, sepanjang saya menetap di TTI ini dari tahun 2000 , tak pernah lah terlepas dari acara ini. Adakalanya saya turut serta melihat acara ini, adakalanya , saya balik awal.


Yusuf @ Bang Cop, usianya seangkatan saya rasanya, down syndrom.

Bang Cop tak pernah mis setiap waktu solat. Orang orang kampung memang suka mengusik dan melayan Bang Cop. Dia dah yatim piatu setahun yang lalu.

Dah 2 tahun, bermula 2013 sejak pemilihan AJK yang baru, Masjid Al Amin tak pernah putus mengadakan hidangan moreh. Ada yang sejauh semeling datang ke Masjid ini semata mata untuk mengisi perut. 

Saya suka, kerana dengar ceritanya , bebudak kampung yang agak kekurangan itu, suka makan di Masjid kerana makannya mewah.

Malam Jumaat ni kira malam 27, kami sempurnakan 8 rakaat tarawih untuk memberi laluan acara ini.

Kata kata kesyukuran dari Ustaz Ibrahim.

Tahun ini tahun termewah untuk anak anak yatim dan anak anak OKU. Semunya berjumlah 65 orang, anak anak Yatim terima RM300.00 saorang, sedangkan OKU terima RM200.00 .

Jumlah pungutan sedekah RM16,176.00 .
Kiriman terjauh dar warga Terengganu yang menetap di Madinnah, berjumlah Rm5,000.00 . Ustaz Ibrahim sebak menceritakan pada saya, bagaimana sesaorang yang asalnya Terengganu, boleh tahu Masjid kecil yang diterajui beliau?

Saya boleh agak jawapannya, untuk Ustaz......hmm.

Penyerahan tunai.

Acara selesai sekitar pukul 1045 malam. Yang paling seronok melayan anak anak OKU down syndrom, siap menari dan bersilat dihadapan Ustaz Ibrahim, mereka melahirkan kegembiraan dihadapan jemaah.


Anak anak Tahfiz  pulak menerima bahagian mereka,

Tahfiz Al Amin mempunyai 30 pelajar . 

Ustaz Roslan orang kanan Tahfiz.

Setiap pelajar menerima purata RM230.00 hasil sedekah orang ramai . Memang mengagumkan. Yuran memang kena bayar, dan ada yang kurang berkemampuan tidak membayar, dan terima duit raya lagi tu.

Soarang Bapa berterima kasih kepada Ustaz, kerana katanya anak perempuan beliau yang menuntu di tahfiz di pekan kecil terdekat, hanya menerima RM2.00 

Ustaz memberi penjelasan, Tahfiz dan Masjid tak pernah 'putus wang' dari dahulu lagi.

Setiap makan minum, gaji Ustaz Ustaz terjag dengan baik. Walaupun kecil, tetapi cukup untuk membimbing anak anak ini.

Ustaz sebak menceritakan bagaimana beliau menerima panggilan dari saorang warga Terengganu yang menetap di Madinnah, mengirimkan RM5,000.00 pada bulan Ramadhan ini untuk Masjid!!

Saya ak terasa pelik pun, Ustaz Ibrahim ni memang murah rezekinya. Kalau sesiapa yang berdekatan dengan Ustaz Ibrahim ni, akan tahu apa maksud saya.

Tahniah seluruh penduduk Sungai Layar, terutamannya AJK Masjid Al Amin

Latiff Hariri
1218 26072014
sUNGAI pETANI

Saturday 26 July 2014

Nuzul Quran 1435/2014

Ini saya kira, aturcara sekali dalam dua tahun.  sepatutnya tiap tiap tahun, tapi, bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.

Saya dan Badrul perlukan kesepakatan rakan rakan yang lain. 

Memandang duit simpanan bersama kami ini mengizinkan, pada awalnya saya rancangkan perbelanjaan sekitar RM1,050.00 sahaja untuk lapan waris OE81 .

Tetapi sebaik saya warwarkan melalui Group akan rancangan kami ini, tetiba sahaja, wang mencurah masuk. Syukur!

Tak kedekut rakan rakan OE81 ni. Cakap aje, duit sampai.

Perjalanan saya mulakan sekitar 650 pagi Selasa Nuzul Quran/19 Julai, ke Kulim.

Tukar kereta di Kulim, Badrul memandu. Kami guna laluan Selama-Batu Kurau, kerana destinasi pertama adaalah rumah Bonda Shamsiah, emak arwah Zainal Azmi M Diyar.

Sebelum tu, saya dah periksa semua yang di Taiping ni, semuanya ada dirumah, memang mengharap langkah kanan pun.

Makcik Shamsiah, sekitar lewat 80an, di Batu Kurau. 

Kami titipkan RM120.00 untuk Makcik Shamsiah.

Terus ke Kamunting mencari rumah Arwah Marzuki. Saya ada nombor HP balu Marzuki, tapi, orang lain yang jawab.

Berpandukan memori dua insan setengah abad ni, kami jumpa jugak rumahnya.

Puan Khatijah bersama dua anaknya Marzuki.

Kami titipkan RM170.00 .

Di sini Jawaid turut serta. Untung kawan kawan ringan tenaga ni.

Makcik Sardara Bibi, bonda arwah Aziz Bashir. Kami titipkan RM120.00

Terus ke Simpang mencari rumahnya kakak Alllahyarham Sanusi. Ini pun berpandukan memori orang tua setengah abad.

Kak Siti mewakili emak arwah Sanusi RM120.00

Masuk semula ke Taiping mencari adik bujang kami ni, Cikgu azhar Shaharuddin.

Cikgu Azhar merayau pekan saorang diri....hehehe

Terus ke Kampung Boyan mencari Badli Shah.

Seketika sahaja, kerana tidak dijamu air kopi.

Perjalanan pulang sekitar 2 lebih. Kami guna Jalan Negeri memasuki Bagan Serai dan terus ke Parit Buntar.

Bersama Nazir Nawar pulak.

Pulang kerumah menghampiri pukul 4 petang. itulah aktiviti Nuzul Quran kami berdua.

Saya sudah kirimkan kepada balu Arwah Zulkifly Bahrain RM170.00 , kemudiannya kepada balu Azhar Aziz RM320.00 bersama balunya Yusree Yusof RM170.00

Dan yang terakhir saya kunjungi Sabtu 21 Julai, balunya Radhi Lik di Sungai Petani.

Anak bongsu Radhi. Kami titipkan RM320.00 .(Perasan tak, baju kembar agak sama paternnya, haha)

Pada awalnya saya tidaklah mengharapkan rakan rakan OE81 menyumbang. Kami kirakan setiap keluarga menerima RM150.00, dan yang 'pergi bujang' kami titipkan RM100.00

Tetapi memandang rakan rakan yang akhirnya mengirim RM960.00 , kami berfikiran 'kenyataan', bahawa yang punya anak ramai berhak mendapat lebih. Nak dikatakan rezeki anak anak pun boleh jugak.
Senang cerita, setiap anak kami peruntukkan RM50.00 .
Lebihan RM20.00 setiap keluarga adalah untuk yang mentadbir kebajikan, untuk balu dan emak. Itu sahaja yang termampu pun.

Jadi , perbelanjaan kami untuk waris waris OE81 berjumlah RM1520.00.

Tahun ni murah rezeki rakan rakan OE81!

Terima Kasih semua!! Emak arwah arwah, serta balu balu sentiasa mendoakan untuk anda semua.

Untuk rekod Arwah Marzuki dan Sanusi perginya dibulan Ramadhan.

Latiff Hariri
1618 26072014
Sungai Petani

Thursday 24 July 2014

OE81 bertemu di UiTM Dungun

Saya tak lena pagi Ahad tu.

Tunggu panggilan dan kenalan baru saya ni. 

Beliau yang mengaturkan penginapan kami di Dungun bulan lalu, kerana Hotel UiTM penuh.

Rakan sekamar Din Selamat waktu kuliah di UiTM Shah Alam. Din kata orang Penang, rasanya boleh masuk kepala ni, sebab satu kapal, hahaha. 

Jadi tunggu di kamar aje.

Saudara Munir, Pensyarah Uitm

Pertama kali berjumpa dan berbicara, memang boleh masuk kepala.

Banyank juga ceri yang kami kongsi bersama.

Sedang asyik berbicara, masuk sebuah Harrier di parkir lobi hotel. Saya tak ambil peduli pun siapa tetamu hotel itu, kerana sedang asyik bersembang dengan En Munir.

Dia yang cam saya dulu, saya tak ambil pusing.

Satu Foto bersama anak bongsu En Munir.

Kadir , rakan asrama Oe81 yang baru tiba dari Teluk Intan.

Anak Kadir pun baru daftar UiTM bulan lalu, satu angkatan dengan Izzuddin lah. Katanya mereka menginap di Rantau Abang, tapi mahu berIftar di Hotel UiTM.

Saya dan Kadir hanya seketika, sedang dengan En Munir kami berbual menghampiri 2 jam!!

Entah apa yang kami sembangkan sepertinya kawan lama yang baru bertemu.

Saya yang meminta diri, kerana macu Check Out dari Hotel.

Basikal Tour D'Dungun.

Sebaik kami check out sekitar pukul sebelas lebih sikit itu, kami bersiar siar dalam kereta, menuju sepanjang pantai ke Bandar Dungun. Beli apa apa yang patut untuk ditinggalkan kepada Izzuddin.

Berpisah sekitar pukul 2 lebih sikit. 

Kami tergesa gesa pun nak balik ke Kuala Lumpur, kerana nak kejar waktu Iftar. Tak mahu menyusahkan sesiapa di Kuala Lumpur. Banyak Restoran dan Gerai yang boleh kami singgah nanti untuk beriftar.

Sepanjang perjalanan lancar, kami tiba di Gombak sekitar 6 petang, terus ke Ampang rumah kakak saya untuk titipan ole ole Terengganu, dan terus ke Nilai/Enstek.

Iftar di Gerai Tomyan di pekan Sepang.

Latiff Hariri
2018 24072014
Sungai Petani

Wednesday 23 July 2014

Sambutan Terus ke Kuala Terengganu

Selesai putar putar Bandar Kemaman ni, kami singgah di A&W untuk supper. 

Saya gemar A&W berbanding KFC/McD mau pun Pizza.

A&W dengan air rootbeernya, serta Coneydog. 

Sambutan kedua 50 tahun bersama Izzuddin pulak.

Jadi balik rumah Ayah Long dah melepasi pukul 11 malam.

Esok pagi dah nak bergerak awal. Perjalanan kami ke Terengganu ni memang dah dirancang. Tetapi, anak saya yang di Sandakan itu tak ada rancangan, tetiba aje kena turun Semenanjung untuk mesyuarat.

Dapat tiket freelah.

Pagi Sabtu , sekitar pukul 640 kami bergerak menuju Kuala Terengganu. Dah lama benar saya tidak memandu ke sana. Jalan rayanya pun dah besar dan lurus, bermula dari Rantau Abang.

Ok, dua bulan berturut turut kami sekeluarga gi Tenu Kite.

Aqilah pulang dari Sandakan pada petang 4 Julai. Beliau lepak aje di KLIA sementara menanti pagi Sabtu untuk penerbangan dari KLIA ke Kuala Terengganu.

Aqilah yang sampai dahulu, kami tiba di Lapangan Terbang lewat 30 minit .

Jadi, nak kemana lagi, cari keopoklah.

Masjid Putih.
.

Keropok untuk Ole Ole orang Sandakan.

Dalam pukul 10 kami bergerak pulang ke Dungun. Nak check in pun awal lagi, jadi hanya merayau kosong di Pekan Dungun.

Check In lepas pukul 3 petang. Rehat seketika, selesai Asar, terus ke Pasar Ramadhan. 

Selera Terengganu.

Malam tu saya berbuka nasi Kerabu sahaja. Tak laju pun makan. Kami Iftar dalam bilik aje. Nak Buffet Ramadhan di Restoran Hotel ni, rasanya tak berbaloi. Harganya untuk 5 orang boleh dapatkan tambahan 2 bilik hotel!

Malam sekiar pukul 10 baru kami Ala Carte, itu pun dah lewat, aa yang dah lena.

Sahur ok, makanannya mewah dan sedap.

Kalau ikutkan harga bilik termasuk sahur, saya kira teramatlah murah.

Jadi malam tu kami tidur dua biliklah. 

Sekitar 740 pagi saya hantar Izzuddin masuk kuliah. Tak sampai 10 minit pun ke Dewan Kuliah.

Lepak di 'Round About' Uitm tu seketika, bila Izzuddin talipon. kata 'kelas cancel'

Pagar dan Round About comel sangat. sesak jugak staff nak kejar pukul 8 pagi.

Jadi kami sambung lena lagi...hehehe.

Latiff Hariri
0638 23072014
Sungai Petani

Monday 21 July 2014

50 Tahun di KL-Shah Alam-Kemaman-Dungun

Perjalanan kami mulakan sekitar 630 petang, 3 Julai 2014 , beesamaan senja Khamis, sebaik saaya pulang dari pejabat.

Sempat saya ambil 2 bungkus bubur lambuk di Masjid Al Amin, dan tak semena mena, jiran saya Che Li pun hantar sebungkus bubur lambuk dari Surau SeriTanjung.

Jadi, rancangan saya untuk berbuka puasa di R&R Lebuhraya pasti berjaya, kerana kami bertiga dapat saorang sebungkus bubur.

Melepasi Tol Kamunting pukul 730 malam, rasanya sudah menghampiri Maghrib, dan kami berhenti di R&R Kamunting itu. Siap solat dan santai, tak perlu terburu buru, kerana perjalanan saya rancangkan untuk sampai ke Kemaman sebaik selesai Subuh.

Pukul 820 kami bergerak.....

Dan kami tersangkut melebihi satu jam berhampiran R & R Changkat Jering . Kemalangan yang meragut nyawa dua nggota tentera.

Pukul 10 baru bergerak perlahan, dan kami tiba di Al Rawsha untuk beriftar sebenar benarnya, sekitar pukul 12 malam.




Ini hari pendaftaran Izzudin pada 5 Jun lalu, yang mahu dirahsiakan Izzuddin dari pengatahuan umum. Waktu cuti penggal sekolah

Kira iftar yang sempurna sekitar 1201 bersamaan 4 Julai 2014 - 1964 . Genap 50 tahun!!

Sekitar pukul 1230 kami bergerak ke Bukit Jelutong Shah Alam untuk bertemu Din Selamat.

Basikal ini kununnya untuk Tour D'Dungun, tapi sebenarnya untuk Izzuddin.

Meninggalkan rumah Din Selamat sekitar pukul 2 pagi, terus ke Gombak dan memasuki Karak Hiway untuk ke Pantai Timur. 

Perjalanan ok, cuma yang saya risaukan , saya tak biasa guna Karak Hiway ni, dan saya kena berhati hati dan berselawat selalau kerana tak mahu ' benda2' belik melintas dihadapan saya . Tapi, ni bulan Ramadhan apa?

Tiba di R&R Sg Pahang sekitar 410 pagi, saya lelap dalam kereta seketika, dan sekitar 430 kami keluar untuk bersahur. Makan dah tak lalu dah.

Tiba di Tol Jabor pukul 6 pagi, tepat untuk berhenti Subuh.

Dan tiba di pekan Kemaman sekitar 710 pagi.

Saya suka acara ini, survey pasar ikan.

Harga memang tak kena.

Ke rumah Ayah Long di kampung Injin Gergaji.

Mak Long 

Rihat seketika dan kami terus bergerak ke Dungun untuk mengambil Izzuddin sekitar pukul 830 pagi.

Selesai sekitar 1030 terus sambung lena hingga ke pukul 1230 tenghari untuk Solat Jumaat.

Dan yang menariknya, Ayah Long tak tahu yang kami dah ada kat rumah Cik De, kami bertembung di pintu Masjid Kemaman.

Petang tu sambung rihat dan lena lagi, Selepas asar survey pasar Ramadhan. Tak berapa nak boleh. Buka selera saya pun.

Saya take away air Rootbeer A&W aje.

Iftar dua keluarga.

Sebaik selesai Maghrib kami bergerak ke Surau Injin Gergaji untuk Solat Isyak dan Tarawih. Dan sempena 50 tahun ini jugak, saya 'completekan' 23 rakkat Tarawih dan Witir, heheh.

Imam Ayah Long bacaan 'express'.

Tak ramai sekitar 14 makmum sahaja.

Baru pukul 950 malam. Jadi kami bergerak merayau ke pekan Chukai.

Latiff Hariri
1028 20072014
Sungai Petani