Saturday, 2 January 2010

SELAMAT MENGAJAR DAN BELAJAR SESI 2010

Kepada rakan rakan guru dan pelajar, yang di Kedah Kelantan Trengganu dan Perlis, esok bmulanya sesi 2010, selamat memulakan sesi pertama esok ahad 3/1/10 .
Negeri2 lain akan bermula pd 4/1/10.
Masa kita sekolah dulu esp daj 1 dan 2, pernah tak terfikir mcm manan ayah dan ibu simpan duit atau cari duit nak beli pakaian seragam dan keperluan sekolah kita?
Saya mula terase peritnya bila ke tiga tiga anak masuk sekolah, dan baru tersedar , pengorbanan RM yang ayah dan ibu habiskan untuk saya dan 12 adik beradik lain. Masa tu, gaji melebihi Rm1000 tak layak dpt pinjaman.Saingatan saya, masa saya tingkatan 5, gaji kasar ayah rm1035 . Adil ke?
Baru dua tahun kebelakangan ini, anak anak saya dapat buku teks sekolah, terasa amat lega. Tapi, isu biasa, yuran sekolah. Dulu aktif dalam PIBG, memang jenuh nak tepis soalan dan kritikan ibubapa yang persoalkan , Menteri kata percuma, tapi sekolah duk 'collect' jugak. Saya secara peribadi merasakan tiada yuran yang harus di collectkan dari pelajar. Tambahan enjin jet rm100juta pun boleh lesap, inikan yuran sekolah, hahaha.


Satu satunya foto tahun 1972 dlm 'sorokan ' saya, kalau tak sorok hari tu, dah ilang dah kat umah emak. Rahman darjah 3, saya darjah 2, dirumah Kerajaan yang saya tunjukkan terdahulu dlm blog ini


Rumah kami ber4 di kg Sira, bersebelahan rumah Shaiful. Kenangan yang tak dilupakan , air pancur ditepian kampung, disakat waktu maghrib oleh abang din(Pakcik Shaiful) sampai demam demam, sangkakan hantu. Rasanya abang din kena dengar syarahan dr ayah malam tu, hehehe. Then melalui jalan belakang ke sekolah, cari anak2 ikan di mata air dan anak anak sungai disekitar kg Sira, Selain dr takut kena kejar anjing di jalan masuk dkt rumah Cikgu Hizam tu.Haaa, masa tadika, adakala ayah tak sempat jemput,bonceng belakang Vespa Cikgu Hizam, itu ingat sgt!!
Dan masa 13 may 1969, dlm jagaan emak sendirian , sebab ayah 'hilang' di Kuala Lumpur.

Ni foto anak anak serigala SRJKC(I), yang Azizun tu cam sangat2


Apa aktiviti menarik di belakang sekolah, yang menjadi kenangan anda semua?


Mlm reunion 23Sept 2009, cikgu Hizam ada sentuh ttg bela ayam dan kambing.
Rakan2 71-76 bela apa?


Latiff Hariri
Sungai Petani 610ptg

No comments:

Post a Comment