Sunday, 17 January 2010

Sesudah 23 Tahun - (HotBatch 77-81) SMK King Edward VII Taiping 1 Mei 2004

1 May 2004
Ini pertemuan besar yang pertama berlaku pada batch kami , selain dr perjumpaan tahunan bekas pelajar asrama pada setiap 1 May . Seingatan saya, Bekas Pelajar Asrama angkatan saya, tak lebih dr 10 orang yang hadir setiap tahun, tapi yang ini, melebihi 70 orang .

Siapa punya idea dan mengapa perlu diadakan perjumpaan pertama ini? Semuanya kerana perginya saorang demi saorang , terutamanya salepas perginya rakan seangkatan kami, Arwah Azhar Aziz. Di hari pengkebumian beliau di Ipoh, berkumpullah kami di pusara, antaranya, Ibrahim, Badrul Hisham, Din Selamat,Wizan, Raja Anuar,Nazir, Penulis dan a few others yang mungkin saya tak sengaja terlupa, maafkan saya.

Ini bukan yang pertama, sebelum ini, saingatan saya, Arwah Zainal Azmi Ahmad Diyar,
Aziz, dan saorang mendiang yang akan saya ingatkan nama beliau kemudian. Mereka bertiga pergi dalam status Bujang. Maka terbentuklah satu jawatan kuasa bertindak untuk menyatukan
semua Angkatan 77-81 . Perjumpaan pertama pun dicanangkan pada satu tarikh yg sesuai, di bandar Taiping. 2 minggu sebelum tibanya tarikh tersebut, saorang AJK pulak 'pergi' buat selamanya, Sdr Yusri Yusuf, yang juga orang Sungai Petani. Terasa masa semakin singkat untuk kami segerakan perjumpaan ini. Dan tak diduga Anis, Tigress pun ada, orang kuat MPT masa tu, lagi memudahkan kerja kami.

Semua diberikan tugas, dan paling mencabar, tugas mencari dana. Pada saya Penggerak Utama misi ini adalah Saudara Din Selamat, Anis dan Raja Anuar. Kami dibelakang , saperti Badrul Hisham, Badli, Ibrahim, Wizan, Nazir, Malek,Og Ah Sun dan dua rakan angkatan 76-80 sdr Ulul Azmi,yang bermastautin di Taiping, menjadi tentera kerahan melaksanakan tugasan yang terbaik.

Tapi, kalau dah memang ada bakat menjadi Penggerak, Dana dan apa jua halangan,bukan perkara besar, masing2 faham, dan tak pernah kedekut RM dan peluh dan akhirnya dalam masa 3 bulan atau kira-kira 2 minggu sebelum majlis, sudah terpampang banner di tepi Tol PLUS Kamunting dan di Simpang 4 Taiping, di SRK dan SMK King Edward. Peranan media di gunakan sebaik mungkin, dan tak henti talian talipon dr rakan rakan , sasenior MCE 60an hingga sajunior SPM88 pun bertanya, boleh tak kami turut serta?

Pengalaman penulis masa tu, teruja dan teruji kesabaran. Teruja kerana kata kata positif dari rakan rakan seangkatan, mantan guru2, Pengetua, senior senior jua junior junior. Teruji dari segi kesabaran kerana ada yang berpura pura tidak ingat atau, tidak mengenali penulis. Mungkin penulis kurang popular sebab bukan ulat buku dan kaki sukan agaknya. Tapi, itulah yang saya alami.

Dan debaran disubuh 1 Mei 2004 hingga melepasi Asar berterusan,hingga tamat acara. Terasa berbaloi segala penat lelah , masa dan Ringgit yang dibuang. Hendak saya sebutkan nama rakan rakan secara sepontan yang hadir pd hari tersebut satu persatu.
Azman, Nazran, Kamal, Suhaimi, Fadhil, Hashim, Daud, Bee Sing, Shubli, Suhaimi Goal Keeper SRK, Rozaiedy, Zainal, Hatta, Azlin, Arifuddin, Razak,Mustafa Ahmad, yang lain lain tunggu ekk, saya kena recall tgk foto2 dulu, hahaha.

Semasa pertunjukkan Slide, ternyata ada yang mengalir air mata termasuk mantan Guru2 bila foto2 Allahyarham Azhar, Yusree, Aziz, dan mendiang,yang telah pergi diiringi lagu Sudirman, pandai pulak budak Din ni mainkan perasaan kita, hhehe.

Menjadi gamat bila foto slide hari pertunjukan pentas persembahan penulis bersama Wizan, Zairul & Meor dgn pakaian sexy Wizan. Ternyata umur 14 tahun bermulanya awal umur dewasa bagi kita waktu itu.

Acara makan makan, tidak merugikan, dengan hidangan Cendol Taiping pencuci mulut serta kuih dan mihun grg, cukup untuk di bawa balik kerana berlebihan, sedangkan yang hadir termasuk anak isteri, guru2 melebihi 100 orang, sedangkan kutipan hanya
RM25 per family dikutip pada hari itu serta sumbangan ikhlas dr sebahagian besar rakan rakan. Dan disediakan sumbangan kepada balu rakan rakan yang telah pergi, dan amat terharu kerana balu kepada Azhar turut hadir bersama anak anak beliau

Walaupun sudah hampir mencecah 6 tahun sejak kisah Sesudah 23 tahun berlalu, dan tiada rakan2 yang 'pergi' sepanjang tempoh ini, faktor usia menyebabkan saya agak penat untuk mengulangi sekali lagi Sesudah 23 Tahun.

Terima Kasih semua


Klik untuk besarkan foto.

Satu satunya foto kelas 5Sains1 1981 yang saya simpan. Penulis nampak lainlah, komen pemilik Blog , Izzuddin. Hasnan, Nazri, Khairul, Raja Anuar, Suhaimi,Jamal, Hatta Harun,Hashim, Zaiedy,Megat, Baharulfuadi, Roslan Wahab, Roslan lagi lagi lagi, nanti saya update.



Didalam Dewan yang kini terasa amat kecil oleh Penulis dan rakan rakan. Semua Berdiri menyanyikan lagu Magni Nominis Umbra. Dulu, tukan 'lead' nyanyian isesi petang ialah Mr Joseph Lim, dan pagi guru Muzik dan Pancaragam Sekolah, Mr....., tolong update sat memory saya.


Perarakan Bunga Mangggar untuk Mantan guru guru oleh Pelajar SMK KIng Edward, dr Pejabat Pengetua hingga kedalam dewan Sekolah,siap berkompang lagi. Didalam dewan barisan hadapan guru guru, kelihatan dihujung barisan kedua, balu kepada Azhar turut serta, penulis tak perasan langsung sbb terlalu 'repot' di atas dan bawah pentas.


Presiden Batch 77-81, Sdr Raja Anuar Zalehan Shah menyampaikan Cenderahati kepada Pengetua, dan diperhatikan PK . Jam "Datuk' yang diimpot sendiri dari Jepara, Jawa Tengah serta Cermin Anggur untuk tatapan guru2 bersolek


Cikgu Ahmad Taridi and Ustazah Zaharah, emak kepada Tigress Anis


Bersama Mantan mantan guru, guru guru semasa, serta yang akhir, guru2 SRK King Edward VII-1, Cikgu Ahmad Taridi, bapa kepada Azwan yang kini sudah menetap di US, dan Cikgu Suhaimi, guru masa saya darjah 6. Adik kepada Cikgu Suhaimi, pernah menjadi boss ditempat saya bekerja di KL dulu. Hebat2 keluarga cikgu ni!!


Cikgu Fadzil dan Pak Razak. Mrk tak perlu diperkenalkan lagi, memang lbh King Edward dari kami , anak anak murid mereka


Urutan Jam, dari atas kiri
Mike Chin dgn Pak Thong, serta Mike Junior . Michael Chin sekelas dgn saya dan juga jiran sebelah Taman Perumahan Saya di Sungai Petani. Muga beliau semakin sehat
Latar belakang foro ni Cikgu Rosli, ingat tak?

Jawaed, MR Foo, Mr Liew dan Penulis, serta sekerat muka Ong Ah Sun(Maaf Ah Sun, tersilap edit)
Saya tak berkesempatan belajar dibawah didikan Mr Foo, tapi, Mr Liew, guru BI yang jugak guru favourite saya, sebab dia suka melawak dan buat bahasa Inggeris 'Jenaka' untuk belajar.Kali terakhir jumpa Mr Liew di LCCT tahun 2007 , Cikgu ke GuangZhou berniaga, saya dan Raja Anuar ke Makkasar bercuti. Kami dipindah kelas setiap kali jadual bahasa Inggeris serentak, untuk 4 kelas aliran sains. Selalunya ikut kemampuan kami. Memang seronok bertukar kelas sebab dapat ber'nakal' dgn rakan2 kelas lain.

Mustafa Ahmad, Cikgu Fadhil, Cikgu Mustafa, Pak Razak, Hadi dan Cikgu Maniam

Cikgu Basariah, jiran di Seri Kota Taiping, mengajar BM. Cikgu Zariah pun sama jugak.
Penulis teringat masa Tingkatan 4, kami menyakat Cikgu Zariah hinggah dia menangis, mengadu kepada Guru Tingkatan Mrs Ng. Mrs Ng punya berleter mcm emak kita jugak, pot pot pot pet, Shame on u, katanya, students from an A class, with a D attitude. Masa tu, sume tengok lantai, sunyi sepi.

Yang ke 5, foto Pengetua sampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Azhar.Kalau menanya saya , mengapa ada girls dilatar belakang foto, jawapannya, mrk rakan rakan Tkt 6 yang juga Tigress, asalnya TMGS dan Convent. Alah, buat buat tak kenal pulak!

Yang keenam, Isteri Rozaiedy, Mohd Izzuddin , Noor Faiqah, Roziah dan Roslina isteri Hatta.


Pakar Penyatuan Reunion Utama Din Selamat, Pakar PR Raja Anuar Zalehan Shah, Anis yang manis bekerja sebagai setiausaha , dan Tarmizi. Ini tulang belakang utama yang sempat berfoto. Tak dilupakan Wizan, Badrul Hisham, Badli, Ibrahim, dan nama nama yang saya agak kurang ingat, akan saya update kemudian. Maafkan kelemahan memory saya


Gambar KE-nangan sebelum berpisah, bersama Pengetua, Guru-guru, Mantan Guru-guru, Anak2 Isteri waris yang telah pergi, Saya kira , adalah lebih dr 70 orang yang hadir, tak termasuk yang datang sekejap, yang bukan batch kami yang datang jugak, walaupun tahu yang tiada rakan rakan mrk pd hari tersebut

Terima Kasih Semua!!!!
Foto Diedit dan dimuaturun oleh Muhammad Izzuddin
Sebarang komen peribadi, email kepada saya di lamay4747@yahoo.com

Latiff Hariri
220 ptg 17 Januari 2010
Sungai Petani, Kedah

2 comments:

  1. thank you for the long story... such a memorable one... apakah mungkin akan ada reunion yg serupa lagi spt ini?

    ReplyDelete
  2. Same same Aniz.
    spt yang tertulis, dah terasa usia memakan tenaga saya, kalau saya jadi 'pengarah' aje, boleh agaknya.

    ReplyDelete