Saturday, 20 February 2010

MAT REMPIT GABRA

Setiap kelapangan Sabtu Ahad, aktivitI bersepeda, atau kayuh gerek, atau berbasikal menjadi kemestian bagi saya. Selain mengeluarkan bisa bisa badan , dapat jugak melihat sekitar bandar SP sambil beriadah. Selalunya, adalah dalam 10-15km saya berkayuh, memasuki kampung sekitar, taman taman perumahan hingga ke hujung , samaada tol SP Utara, atau SP Selatan. Hari ni dah ready dgn kamera.






Kami gunakan lorong denai di belakang Taman Dahlia dan sekitar perkampungan, tiba tiba budak bawah umur yang bersepeda motor/motosikal membuat 'U-turn' dalam keadaan gelabah, kami teruskan mengayuh. Rupanya, ada 3 Polis preman dah tahan 2 motosikal rempit dihadapan. Saya senyum kpd Pegawai Polis yang bertugas tu tanda setuju,dan mereka membalas senyuman saya, dalam hati, ha....., dah kena pun, baru tahu lagit tinggi rendah.

Dihadapan banyak lagi Mat Rempit membuat pusingan U, dan terus memecut, bila diatas jambatan, tiba tiba , gedegang!!

Si Mat Rempit sekor ni dah hentam kereta Corolla Pakcik Cina , kemek kedua pintu sabelah kiri orang tua tu. Apa lagi, saya pun terus sound kpd mrk. "Ha, baru tahu , dah kena pun"
Dan sebuah motosikal Polis preman tadi pun sampai, terus saya kata, 'Tangkap aje mrk berdua ni, menyusahkan orang'
Yang berbaju putih tu pun membalas, 'kenapa pulak? Saya Polis.'
Hehehe, aku silap orang ni, manalah saya nak kenal, rupanya Polis tu kejar Mat Rempit ni.
Saya tak mahu mengalah, heheheh .'Tak kira lah, dua dua bawa laju tadi'
Hahahah
Tapikan, manalah saya tahu , mereka berpakaian biasakan spt orang awam.



Masih sempat nak control macho, melambai tangan kearah pakcik Cina yang berkeretakan Toyota Corolla tu, kununnya , tak ada apalah , kes kecil. Siap dia tepuk tepuk pakcik tu sambil berkata, Uncle....banyak sorry la.
Yang berbaju putih tu katanya Polis, tapi memang dia dah pegang mamat tu tadi, bertahu Izzuddin kpd saya.
Kemek teruk pintu kiri depan dan belakang Corolla tu.

Anyway, tabik dua kali kepada abang abang Polis yang betul betul menjalankan tugas tadi




Dah masuk bandar SP, bila nak melintasi Sungai Sg Petani, tiba tiba ada sekumpulan bangau melintasi diatas kami, terus saya klik foto ini.
Cantikkan, dalam bandar SP masih ada Bangau yang singgah.

Tiba kat rumah sempatlah sapu sampah diperkarangan sebelum Azan Maghrib.

Inilah catatan saya untuk malam ini


Latiff Hariri
2345 20022010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment