I'LL DO WHAT IT TAKES TILL I TOUCH THE SKY TAKE RISKS, MAKE CHANGES,AND BREAKAWAY. (BIAR BUDI SETITIK, NAMUN DIDALAMNYA ADA LANGIT DAN BUMI.......)
Saturday, 10 July 2010
Sukarnya Menerpa Hambatan Mengisi Blog
Saya ciplak tajuk penulisan ini dari Ahmad Lutfi Othman.
Memang pun, saya menyepi selama hampir dua minggu dari penulisan. Tengah mengumpul akal untul penulisan selanjutnya. Lebih tepat, CPU pc ni rosak, masuk bengkel. Merayau ke pusat komputer , terberkenan jugak dengan CPU recond yang terkini, hmm, murah jugak ni, tapi tak beli pun. Lagi pun anak anak bawa kamera bersama mereka ke Shah ALam/Nilai diminggu yang lalu. Duduk sendirian dirumah, meonton TV, merayau dan lepak lepak dengan kawan kawan. Ahem ahem, pertama kali tengok World Cup jam 230 pagi, German belasah Argentina. Saya tak minat nak bersengkang mata , walaupun bola ni memang saya ikuti jugak.
Pagi ini, 10 Julai, Selepas Kayuhan Pertama, seawal jam 0640 , saya sudah bergerak dengan Izzudin menuju ke suatu destinasi yang Izzuddin sendiri pun tak tahu gerak hati saya. Bila dah membelok ke simpang kanan, baru saya pecahkan rahsia , kemana kami pagi ini.
Suasana masih gelap, dan kelajuan purata pada 30 minit pertama adalah 9km. Ternyata Izzuddin masih pancit, dan lutut kanan saya agak kejang dari biasa. Hmm, baru 2 minggu rehat ni.
######
Khutbah Masjid Kubang Buaya disampaikan oleh angkatan muda, yang saya kira umurnya masih dibawah 40 tahun. (Bukan Ulamak Muda ek) Beliau byk menyentuh tentang Israk Mikraj dan di sentuh 10 Wasiat Haji Ahmad Badhawi kepada Umat Islam Melayu terutamanya, di awal tahun 40an dulu. Ternyata apa yang diwasiatkan, tidak dilaksanakan oleh anak beliau yang sering 'terlena' di atas singgahsana. Maaf ya, khatib tak sebut pun tentang anak beliau, tetapi, saya yang menokok tambah didalam blog ini.
KJ marah marah pada KPN dan kuncu kuncunya kerana membenarkan Raja Petra bebas di London, dan kununnya ditaja oleh perti pembangkang. Tapi hakikatnya PDRM dan Hisham auw auw tahu keadaan sebenar, tetapi buat buat tak tahulah.
Raja Petra kini mendapat suaka politik dari kerajaan Britain. Permohonan ekstradisi melalui Scotland Yard ditolak , dan segala perbelanjaan biaya hidup ditanggung kerajaan Britain. Tiada sebab PDRM nak siasat parti politik mana yang menaja Raja Petra. RPK mengakui bahawa segala rahsia yang beliau perolehi tentang pembunuhan Ratu Monggolia itu, adalah melalui 'bekas orang No 2 Bahagian Perisikan, Angkatan Tentera'. Itu yang saya tak berkenan sangat sangat dengan PDRM dan ATM ni. Kuasa mereka menghalalkan apa jua tindakan mereka.
Mengapa dosa yang pemimpin mereka lakukan, mereka tidak peduli, sedangkan rakyat marhain yang membuat kesilapan kecil lalu lintas, diugut, akan dihadapkan ke Mahkamah..... Ini contoh kecil tentang ketidakadilan didalam Negara 'Islam' yang mereka bawakan khas dari DK&S . Mereka tuduh parti pembangkang membawa ajaran sesat, sedang mereka yang terang terang......... .
@@@@@@@@@@@@@
Izzuddin berlatarbelakangkan Gunung Jerai dan sawah bendang
Kami mengarah ke pekan Tikam Batu untuk sarapan pagi. Gerai ini menjadi pilihan saya setiap pagi Khamis, kerana Abang Nal dan Maz amat menyukai nasi lemak Pak Man ni.
Saya yang mula perkenalkan nasi lemak Pak Man ni kepada Zam dengan bersms pantun 2 kerat versi nakal , dan dibalas dengan yang nakal jugak oleh Zam:-
Nasi Lemak Gulai Sotong
dot dot dot dot dot(tong )
Akhirnya, setiap Khamis menjadi tugasan saya mengenceng 3 bungkus nasi lemak untuk mereka.
Gerai Nasi Lemak Pak Man, Pekan Tikam Batu. Kenapa nama pekan ni Tikam Batu? Sebab dulu banyak yang mahir mengukir batu/simen di dalam pekan ni. Dulu sebut tikam batulah, sekarang bahasa modennya ukiran abstrak di batu . Kan sejarah tamahun terawal manusia terletak di negeri Kedah.
Selesai sarapan, kami mengarah semula ke bandar SP. Perjalanan mula perlahan, mungkin kekenyangan dan tiada lagi arah tuju selain dari nak mandi dan rehat bila tiba di rumah nanti.
Dataran Sungai Petani, yang sepi diawal pagi 0815 Sabtu 10 Julai 2010
Papan Iklan tulisan Jawi ni bercambah semenjak dua menjak ni. Dulu hanya kelihatan di Kota Bharu Kelantan sahaja. Moga pemerintahan ini kekal selamanya.....
Sempat jugak 'kerabat' pokok cempedak ni, dapat 2 biji lagi, dan kebetulan Zul melintasi di tepi rumah, terus saya 'siulkan', dan berhenti beliau, mencari dari arah mana datangnya siulan saya, hehehe. Rezki dia pagi ni.
Ya, saya masih menulis tentang rakan SRJK(I) Lenggong yang saorang ni, dan menantikan foto terkini beliau yang dijanjikan untuk saya, khas untuk rakan rakan SRJK dan SMDA. Memang email kami berdua ceria sepanjang mengenang kisah kisah lama di Lenggong. Walaupun saya hanya berkesempatan hingga ke darjah 2, dan Roziah hingga ke darjah 6nya. Sedang saya menulis ni pun, sms beliau masih memasuki hp saya bertanyakan tentang Roziah, yang beliau akui , terkenangkan laksa masakan arwah emak Roziah. Saya pun tak berpeluang merasakan laksa arwah mak mentua saya ni tau!!
Latiff Hariri
1002 10072010
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment