Monday, 16 August 2010

Pertamakali Berbuka Puasa Bersama Mantan Guru2 SRJK(I) Lenggong

Tanggal 14 Ogos akan abadi dalam hidup kami.........















Hmmm, mungkin dah menjadi kebiasaan, setiap Ramadhan kami sekeluarga akan turun ke Shah Alam untuk berbuka puasa bersama anak anak, mahupun rakan, sanak saudara. Selain dari itu, suka jugak kami merayau 'belanja tingkap' di Sogo dan persekitaran Jalan TAR. Dah jadi acara tahunan setiap Ramadhan. Padahal , tak semurah SP pun, untuk berbelanja disini.

Kami bergerak dari SP petang 12 Ogos, dalan hujan renyai mengarah ke Taiping. Hanya sempat berbuka di Bukit Merah dengan sekeping mertabak yang dibungkus seawal jam 4 ptg. Tiba di rumah Emak, jam 8 mlm dalam hujan lebat. Emak hanya berbuka dengan kanji cair dgn perlbagai isiannya,: daging, sayuran, dsb, sedap pulak, hingga bertambah saya dibuatnya.

Bergerak jam 930 malam, boleh dikatakan hujan sepanjang jalan, dan kami tiba di Tol Bukit Lanjan tepat 2315 malam. Singgah di Restoran Ar Rawsha, dan terus memecut ke Bandar Tun Hussein Onn, rumah Rahman. Setelah dijamu kopi O panas, jam 0045 bergerak pulak ke Shah Alam untuk mengambil Aqilah, dan terus ke Nilai untuk bersahur bersama Faiqah
.














Bersahur jam 4 di Nilai.

Subuh 13 Ogos di seksyen 2 Shah Alam. Mengantuk, biasa lah.

BerJumaat di Masjid Negeri , bersama Baginda Sultan Selangor. satu yang saya puji, Baginda tak pernah 'miss' setiap Jumaat di Masjid ni. Jadi nak dicatitkan disini, dapat lah Izzuddin dan saya bersalaman dengan Baginda pada petang ni.

Sepuloh tahun yang lalu, saya hanya menapak aje ke Masjid ini dari rumah di seksyen 4 tu.

Petang Jumaat berbuka bersama rakan rakan Aqilah, pelajar pelajar UiTM dengan hidangan dari masakan Roziah.














Rakan rakan UiTM Aqilah, makan buffet je malam ni.


Sabtu 14 Ogos acara sebenarnya. Merayau di Sogo seawal pintu Utama Sogo dibuka, hahaha. Saya bersama Izzuddin merayau ke Pertama dan Maju Junction mencari 'ole ole' yang kununya tak ditemui di Sungai Petani. Sedangkan Roziah dan kakak kakak Izzuddin di Sogo dan persekitaran Jalan TAR.














Make Up free, cuba ajelah.

Adik kedua terakhir saya, Ghazali pun turut serta menyemakkkan Jalan TAR dan kompleks Pertama.

Tamat sesi disini jam 2 petang , dan terus hantar adik saya ni ke Sentral untuk beliau pulang menaiki Tren ke Sepang. Terima kasih Zali kerana meluangkan masa untuk membantu saya membeli ole ole ni.















Zali, adik bujang saya yang , insyaallah, akan memulakan kerier di Timur Tengah dalam masa terdekat ni.

Singgah ke rumah Ustad Amran dan Mak Munah. Ini Emak dan Bapa angkat anak anak saya bertiga ni sepanjang saya bermastautin di Seksyen 4. Anak anak memanggil Abah Ustad dan Mak Munah aje, padahal, mereka ini pangkat Tok kepada anak anak saya. Asalnya orang Sungai Siput Perak. Ustad Amran adalaha bekas Juara Tilawah Negeri Selangor suatu ketika dahulu.














Salmi Amran dan Mak Munah.














Ustad Amran, Salmi dan Salbiah.

Kerumah Rashi adik kelima (nombor lapan) mengikut susunan keluarga, juga di Shah Alam.

Tiada rehat petang Sabtu ni. Jam 1800 , abang saya tiba di' rumah' kami ni, dan tahlil kecillan dimulakan untuk arwah Bapak . Hanya kami tiga sekeluarga untuk acara ini. Kami bergerak ke Hotel Uitm tepat jam 7, dan untung, bertembung dengan tetamu istimewa ni di bulatan Uitm, dan terus mengarah ke Hotel bersama sama.
















Selesai tahlil.















Kami terus menerpa sebaik sahaja kereta tetamu ini berhenti.














Bersalaman dengan Cikgu Hizam














Emak menyambut Cikgu Lily, selepas lebih 38 tahun tak berjumpa, disisi Roziah.


Osman sekeluarga (minus 3 orang anak) sudah menanti di Lobi Hotel.

Agak kelam kabut pada awalnya , kerana sudah menghampiri waktu Maghrib, tergesa gesa mencari tempat duduk dan mengatur makanan untuk Emak dan Cikgu Lily. Cikgu Lily ternyata tidak dapat berdiri lama, dan makanannya harus dihidangkan.

Malam tu , saya menjadi Pelayan kepada keempat empat warga Emas ni. Untuk rekod, Emak hanya tua 6 bulan dari Cikgu Lily, dan mereka dilahirkan pada tahun yang sama. Kedua duanya pernah menginap di Johor masa usia remaja, dan yang saya kira menarik, iras mereka seakan akan sahaja, seperti kakak dan adik.














Cikgu Faridah, Emak dan Cikgu Lily, berbuka, selepas didoakan Izzuddin

Gembira, teramat gembira. Dapat duduk berbuka puasa bersama , pertamakalinya, dengan Cikgu Lily, Cikgu Hizam dan Cikgu Faridah beserta Emak. Saya pun memang nak kurangkan makan, jadi hanya melayan apa saja permintaan makanan mereka berempat ni.
Rasanya terbayar , tak dapat makan bersama masa reunion CoolBatch hari tu, sebab sibuk mengatur perjalanan majlis.














Cikgu Lily sempat menjeling kepada kamera.














Izzuddin semeja dengan Uncle Osman sekeluarga.














Hmmm, habis saya cerita tentang kelas 72 saya bersama Cikgu Lily.


"Tak, Cikgu tak garang, cuma 'no nonsense'aje" Itu pengakuan Cikgu Lily didepan saya dan Emak, dan didengari Rahman, Cikgu Hizam dan Cikgu Faridah.

'Cikgu ingat tak konsert El Suraya di dewan Merdeka tahun 1972?. Masa tu saya sekeluarga duduk dibawah, sedangkan Cikgu di tingkat atas dewan? Saya tak duduk diam masa tu, hingga Rahman menggertak saya sambil menunjuk : ' Tu, Cikgu Lily di atas tu duk tengok kat bawah.' Dan saya pun menoleh keatas, ternyata Cikgu ada diatas, dan saya terus behave masa tu. "

" Latif boleh ingat konsert tu?" Itu persoalan Cikgu Lily.

Cikgu Lily masih aktif bersama rakan rakan Maktab Perguruan Durian Tunggalnya,dan sering bermesyuarat tahunan di seluruh semenanjung, dan tahun depan akan ke Perlis pulak. Sempat jugak melihat foto foto beliau didalam kamera digital beliau.














Foto foto bersama rakan rakan Maktab Perguruan dikongsi bersama Emak dan saya.

Selesai solat Maghrib, acara berbuka kedua disambung. saya sekejap kemeja Osman dan anak anak , sekejap bersama Cikgu Cikgu ni. Banyak cerita terutamanya dari Cikgu faridah yang tak henti henti dengan pelbagai topik.

Sambil makan ada alunan keyboard dari Hang Mokhtar(bukan Bung Mokhtar ek) serta suara merdu dari Mimi Loma dengan rankaian lagu 60an beliau. Ternyata suara beliau tidak banyak berubah dan maintain sahaja.




















Lirik lagu ini saya tulis sepontan tanpa merujuk dimana mana sesawang.

Bawah rumpun bambu
hamba merayu
berdebar jantung kalbu
hati merindu

Dia
yang kupuja
tak kunjung tiba
dimana kau berada duhai kekanda.

Cikgu Faridah kata, macam tahu tahu , yang tetamu malam ni semua orang orang tua, pandai pulak UiTM ni.















Sempat memberi sepatah duakata khas untuk Cikgu Cikgu tersayang ni.....














Kata Cikgu Lily kepada Aqilah , " Abah dulu, nenek yang mengajar masa darjah dua. U ni pangkat cucu kepada nenek."

"But Aboy, u were not in my class, coz yr father moved out in 1973...., and u have put on a lot of weight"
Itu komen Cikgu Faridah. Part size badan ni, sensitif ni.














Berfoto kenangan bersama penyanyi Mimi Loma

SESI MENGENANG COOLBATCH 70-75 - 23 SEPTEMBER 2009

Sebelum berakhirnya majlis berbuka ni, Rahman telah sediakan 3 album Malam Menyusuri Jalan Kenangan Coolbatch 70-75(71-76)

Anda sepatutnya berada dihadapan atau di sisi Cikgu bertiga ini, dan anda lihat bagaimana senyum dan ketawa sepontan mereka bila terkenang kembali suasana didalam foto itu. Ini bukan dibuat buat, apa jua pertuturan yang terkeluar dari Cikgu Lily, Faridah dan Hizam, akan membuat anda berada di atas puncak gunung yang tinggi.

"Ini batch yang istimewa dan terbaik" Cikgu Lily berkata.

"Mereka semua menjadi Pegawai dan Guru2", tambah lagi.....

Tahniah buat Coolbatch 70-75













Cikgu Lily cuba mengenang kembali Malam 23 September, sambil dibantu Emak dan Roziah.

"I've been waiting for this fotos." Itu komen Cikgu Faridah.

"Kenapa tak print untuk Cikgu? Hantar email sajalah, tapi cikgu kena tunggu anak anak balik, untuk on-line".





























Kan, pasangan ideal ini dah teruja melihat anak anak Lenggong yang sudah dewasa dan mengejar usia mereka.














Saya nak lah cadangkan kepada Coolbatch 70-75, buatlah 2 album untuk kedua dua guru kesayangan ini, tidak dilupakan Cikgu Ainun, Cikgu Aziz dan Cikgu Aripudin. Apa kata , framekan foto asal 1975 vs 2010 dan hadiahkan kepada SK Bukit Balai, untuk di motivasikan kepada pelajar pelajar terkini.

Dua meja kami, yang terakhir meninggalkan dewan makan ni. Itu pun sebab staff UiTM dah mula mengemas meja, sekiranya tidak, mahu kami teruskan berbual.

Dalam jam 2130 kami berjalan perlahan menuju ke lobi hotel, dan sempat berfoto kenangan sebelum berpisah.














Malam minggu 14 Ogos 2010 akan terpahat dihati saya hingga keakhir hayat.....














Kami mengiringi Emak, Cikgu Faridah dan Cikgu Lily menuruni tangga Hotel UiTM....















hingga ke muka pintu kereta.




















Bersama rakan 'ketat saya, Osman sekeluarga.

















Sempat Izzuddin dan Ariff menyakat Osman, dengan mengejar kereta saolah olah 'artis' yang diburu paparazi..... Anak anak saya tahu begaimana kelakarnya Uncle Osman ni.

Emak dan Rahman sekeluarga mengekori Osman untuk pulang ke bandar Tun Hussein Onn, dan kami empat beranak berputar putar di sekitar Shah Alam. Walaupun dah mula mengantuk dan penat, hati ini masih berdebar, mengenangkan kenangan sepintas bersama guru-guru ini, yang saya kira , di ambang 46 ini masih berkesempatan semeja bersama mereka.

Terima kasih Emak, Cikgu Lily, Cikgu Faridah & Cikgu Hizam, serta Osman sekeluarga, serta Rahman. Tanpa kehadiran anda semua, kami berlima aje di hotel UiTM ni.


Latiff Hariri
2211 16082010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment