Sunday, 5 September 2010

Sabtu 21 dan Jumaat 27 Ogos 2010

Petang Sabtu 21 Ogos, asyik memikir, nak berbuka apa petang ni? Freezer peti sejuk pun dah kosong kerana minggu lalu ke Shah Alam, stock makanan tak ditambah.
Terfikir jugak, nak balik Taiping, tapi Izzuddin ada kelas tambahan dari 1130 hingga
1530. Hmm, apa nak buat ni?


Keputusan hanya dibuat selepas jam 330 ptg, dan kami berangkat jam 4ptg, dan berada di Taiping sejam kemudian.














Dari Simpang Empat, Taiping, mengarah ke kaki Bukit Larut.














Saya adalah pelanggan setia gerai ini sejak 1980 lagi. Mertabak ni favourite Allahyarham Pengetua MCKK masa tu, Cikgu Zainal, yang merupakan jiran Bapak di Bukit Kerajaan aka Bukit Residence.














Tak ada kerja, merayau ajelah di Taman Tasek ni.

Berbuka hari ini dengan Emak dan adik ketiga terakhir, Fadhil, yang juga pulang dari Pulau Pinang. Hanya kami berdua yang menetap di Utara ni. Malam tu menu ikan merah masak asam pedas .

Selesai Isyak, saya hanya melepak sambil membelek foto foto lama yang sudah terlerai dari album. Minta pinjam dari Emak untuk saya scankan di Sungai Petani.































Emak pun tumpang terkenang peristiwa 60an ni, gambar masih tersimpan baik.

Kami pulang ke SP selepas besahur, bertolak jam 0540 pagi, dan tiba di Tol Juru jam 0615 untuk Subuh.

Pagi Ahad tu, macam biasa, lepak di pasar sorang sorang.


Jumaat 27 Ogos

Fikir secara sepontan, kali terakhir berbasikal di Taiping ni masa Tingkatan 5 - 1981 . Tapi bila fikir fikir semula, hm.... masa belia umur 20 tahun pun saya masih berkayuh di Bandar Taiping ni. Dari rumah bujang saya di Simpang Empat - Taiping, adalah dalam 10km ke bandar. Itu jarak terjauh, tapi bukan setiap hari, ada waktunya, bila saya terasa mahu santai ke tempat kerja saya. Saya parkir basikal didalam kawasan pejabat, melalui pintu belakang. Tak fikir apa masa tu. Sebab memang tempat kita, dari umur 10 tahun dah berkayuhan di sini.

Sekembali dari Shah Alam hari tu, ada rakan gerek ni , dah perli. Asyik cerita orang orang tua aje, kisah orang muda tak ada ke?

" Hang nak cerita mcm mana? Aku pi jumpa cikgu cikgu aku, mestilah orang tua."

"Tak kan tak ada cerita basikal langsung?" Ujarnya lagi.

Dia perasan yang saya sudah kurang berbasikal. Alasan saya, bulan puasa, tak kan nak berkayuh jugak.

Jadi inilah kisahnya kayuhan dibulan Ramadhan ni, di Taiping.















Sudah dua minggu berturut turut saya berbuka puasa dengan Emak di Taiping. Paling tepat pada 21 dan 27 Ogos . Puas, sebab dapat berbuka dengan cendolnya, roti canai Bismillah nya, murtabak dan satay casual marketnya. Yang menarik , dapat berbasikal lagi sepanjang petang itu. Jalan sesak macam mana pun, saya tetap sampai dahulu dari yang berkereta

















Dibawah pohon bambu...














Ni tempat Sharifah Aini dan Broery berlagu Hapuslah Air Matamu tu. Selain tu , ada pasangan lain tak?













Nyaman petang ni













Nak cari ilham , elok sangat kat sini













Nyamannya beriadah di Taman Tasek














Ini rumahnya, yang sering juga saya kunjungi ditahun 1981, bersama Raja Anuar, Suhaimi, Badrul Hisham, Zairul, Subli dan ramai lagi. Rumah Nor Kamal Azmi .

Setiap kali pulang ke Taiping ni, selalunya saya yang aturkan menu untuk masakan Emak saya. Masakan fav saya, daging masak asam. Sedangkan Rasi yang baru tiba dari Shah Alam tu idamkan Ayam masak asam. Saya menang sebab, sudah tersedia sekilo lebih daging yang saya belikan dari Sungai Petani. Jadi Rasi simpan ajelah keinginan tu, kira sama juga, masak asam jugak.

Saya bawa balik daging jenis ;Harimau Menangis . Aik, pakar memasak tak tahu isitilah ni?
Tapi, pagi tu dipasar, ramai pembeli yang tertanya ,' batang pinang' mereka tahu, tapi 'rimau menangis' yang macam mana? Itupun setelah saya membeli dan mereka tertarik dengan ketulan lemak pada daging ini. Darah tinggi ni!

Ini adalah bahagian atas perut lembu, yang mana menjadi pilihan ketua harimau yang merasmikan mangsanya. Ketua harimau akan menderam disini, memberi amaran supaya yang lain jangan rapat, seakan akan menangis bunyinya. Orang Kedah sepatutnya tahu.


Menu malam tu, masak asam daging, sayur grg jawa, papedom, ikan masin, satay, kuih muih.
















Mewahnya......















Berbuka ni, lagi ramai berebut, lagi nikmat, masakan sedikit pun menjadi cukup sebab keberkatannya.

Itulah kisahnya dua senja Ramadhan di Taiping. Kali ini, jam 2130 , malam yang sama, kami berangkat pulang, kerana Sabtunya saya harus bekerja. Ok lah, nikmat dapat berbuka puasa dengan emak ni.

Raya ni jumpa di Taiping!!

Latiff Hariri
0502 05092010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment