Sunday, 31 October 2010

Kunjungan Kasih - Kem Pakit ke Kem Perissen

23102010

Seawal jam 720 pagi. Confirm tak cukup tidur.













Bersama Pbt Amin, orang Yan, Kedah. Pagi perpisahan

Selamat Tinggal Kem Pakit.

Memang kami teruja , terhibur dan terharu dengan pelbagai citarasa untuk dibawa pulang .
Hebat layanan anda semua dari Pegawai Memerintah hingga ke kakitangan bawahan, paling tepat adik adik dan anak anak di Kem Pakit ni . Layanan sungguh istimewa , tiada perkataan yang sesuai yang dapat menggambarkan betapa hati saya dan keluarga serta rombongan begitu terusik.














Selamat tinggla Villa DeSemanggi














Izzuddin bersama Kereta rasmi Tuan Pegawai Memerintah dihadapan Wisma Perwira 13 RAMD














Sedang menanti kehadiran Tuan rumah untuk acara main golf?
















Hanya doa saya iringkan sepanjang anda bertugas menjaga sempadan Sarawak/Kalimantan yang luas itu.

Hati hati selalu.

Kami memasuki ruang makan Pegawai menghampiri jam 745 pagi bila Awi serta rakan rakan beliau, Si Saiful dan Si Joe sudah bersedia untuk muncul dikhalayak ramai....














Pagi ini Roziah dan Faridah diberi penghormatan dimeja VVIP pulak.













Senyum besarlah mereka berdua.....















Sebelum sarapan pagi, Kapt Azlan memberi taklimat tentang acara untuk hari ini sebelum berangkat dan seterusnya bila berada di Bandaraya Kuching nanti.


















Tak tahu lah saya, janji Awi dan saiful ada, tambah Kak Dah dan Roziah, ada saja yang menggelikan hati bebudak Leggow ni.Ternyata zawawi dan Saiful ni tersangat 'baik' waktu SMDA dahulu














Rashi dan abangnya.Beza usia melebihi 12 tahun, tapi abang dia awet muda



Kami bergerak sebaik selesai sarapan pagi, lebih kurang jam 9.

Masing masing dengan kenderaan yang sama.

Saya rasa macam mimpi pulak, sebab tak sampai 24 jam berada di Kem Pakit, paling tepat hanya 21 jam. Tapi pengisiannya paling padat,penuh dengan ketawariang, usik mengusik serta layan intimewa , tak kira lah dari Rumah Panjang, Kompleks Panorama Benak, Kem Pakitak tak perlu dikatakanlagi!!














Asri dihadapan balai Pengawal bersama Pegawai Memerintah Kem.














Klik pada foto,untuk melihat dengan hati lebih teruja anak anak Leggow dan gang bujang rombongan Kak Kiah.

Kami tiba di Pekan Serian kira kira jam 1130, semua kenderaan berhenti rehat untuk melapik perut, kira kira ada lagi 40 minit untuk sampai ke Kuching.


Bergerak meninggalkan pekan Serian sekitar jam 12, kesemua kenderaan menghala ke Kuching , paling tepat Pasar Satok. Sedangkan saya sefamily bersama Kapt Firdaus mengarah ke mercu tanda Bandaraya Kuching untuk 'pick up' Osman, kawan ketat saya.















Anak anak buah Awi bersama Rod dan Fazrin minum minum di Pekan Serian














Kamera saya fokuskan kepada pembancuh minuman atas permintaan Mokhtar dan Zul














Sementara itu, rakan ketat saya Osman sudah mula menalipon saya dari Kuching untuk temujanji mengambil beliau.

Kami tiba di Bandaraya Kuching jam 1230 tengahari. Terus ke pusat mercu tanda - Patong Kuchig. Disitu Osman menanti.

Osman berangkat dari Kuala Lumpur jam 1840 22102010, dia terlewat sehari , gara gara membooking awal tiket , daan saya melakukan penukaran jadual dari 22102010 kehadapan 21102010.

Latiff Hariri
0803 07112010
UITM Shah Alam

No comments:

Post a Comment