Monday, 25 October 2010

Kunjungan Kasih Kem Pakit Sri Aman - Hari Pertama (War Dance)

JUMAAT 221010

Subuh di Kuching ni bermula jam 505 pagi. Saya dah bangun seawal ini.

Hantar SMS kepada gang bujang supaya bangun awal, displin tentera, kerana sarapan bermula jam 0730 pagi dan dijangka bergerak ke Sri Aman jam 0830 pagi.

Memang teramat letih, tetapi teruja untuk berjalan ke daerah baru yang belum pernah saya tempuhi ini.

Sementara menanti semua hadir , sempatlah jugak kami berposing di Teratak Ismalisa ini.













Latiff, Bang Yamin dan Rashi.

Jeneral kita sampai jam 740pagi, kami pun mula ambil tempat masing masing.
Pagi ni menu mee kolok sarawak serta kuih muih. Kira sambung bersembang, macam tak habis habis cerita mereka ni, terutamanya Saiful dan Zawawi, di tambah Faridah. Saya melopong aje, tak tahu sangat kisah mereka.














Jeneral masih sempat ketawa dalam keletihan.

Saya pasti Zawawi, Saiful, Wak Joe dan Asri tak tidur lena malam tadi sebab mereka bertiga mengadap Jeneral kita. Confirm ungkit kisah cinta lama ni!!













Gang bujang duduk sesama mereka

Kami bergerak kira kira jam menghampiri angka 9 pagi.

Masukkan beg kedalam bonet, dan bergerak 6 buah kereta, berkonvoi.

Dijangka tiba sekitar jam 12 tengahari.

Untuk rekod:-

1) Jeneral dengan Wak Joe kereta rasmi
2) Faridah , bg Yamin dan Nurul Ain - Xtrail
3) Gang bujang (rashi, mokhtar. Zul. Sham dan Rodz) - Naza Ria
4) Wan dan Fazrin - Waja
5) Roziah, Latiff dan Izzuddin - Avanza
6) Asri dan Jamilah - Waja

Berhenti di Petronas untuk mengisi air mineral, manalah tahu , kehausan sepanjang jalan nanti.















Pagi tu, di depan mess Teratak Ismalisa sedang berlangsung pertandingan lasak tentera, ini sebahagian dari tentera yang berlari lari anak menuju ke garisan penamat













Berhenti beli air mineral di Petronas, ada lagi 130 km ke Sri Aman. Kelihatan Kapt2 yang mengiringin kami berkonvoi 6 kereta.













Di pekan Lachau, sebut betul betul ek. Kira kira 50km dari Kem Pakit Sri Aman

Kira gempak jugak bila kami ramai ramai terpacak didepan kedai pekan Lachau ni, dengan jurukamera kiri kanan tak henti henti mengambil foto kami













Pemandangan indah menuruni bukit, ada lagi 30km dari sini ke Kem Pakit.

Saya mula merasa lega, bila dah nampak papan tanda mengarah ke kanan, me
nuju ke Lubuk Antu/Sibu.
Ini jalannya ke Kem Pakit. Hati dah berdebar, tak tahu macam mana persedian anak anak buah Zawawi menyambut kami nanti.



SAMBUTAN RASMI - WAR DANCE DARI BATALION KE13 RAMD KEM PAKIT, SRI AMAN
SARAWAK 12 TENGAHARI













Terpampang pintu gerbang :- SELAMAT DATANG KE KEM PAKIT, BATALION BUAYA SIBER

Aik, lain macam aje, Buaya? Hmm, mungkin mengenangkan siBujang Senang agaknya

Izzddin paling teruja bila Pengawal Pos Keselamatan terpacak memberi tabik hormat kepada setiap kereta yang mamasuki Kem













Kira kira 100 meter memasuki kawasan Mess Pegawai, kesemua kenderaan berhenti di tengah jalan, dan kami diarah keluar, menapak perlahan menuju ke Mess. Saya dah mula mengarah supaya semua rapat jalan secara rombongan














Rashi dah mula teruja melihat dari jauh, terus laju mengangkat kamera untuk merakam 'keistimewaan' ini.
Jeneral dan YB Wak Joe dah kedepan...., hmmm














Wah !! Gah sungguh, semua Pegawai Kanan bersalaman dengan setiap tetamu, dan diberikan tuala pencuci muka sebelum Sambutan Rasmi bermula.














13!!!! Sedia!!!!

(Bersambung esok ya, sepatutnya boleh siap malam ni, tapi ada tetamu yang tak diduga hadir kerumah jam 645 tadi. Bawa dia dan anak dara dia, Asri dan anak teruna dia, Kak Ainal Akma pun ada. Kami makan ramai ramai sekali lagi di Tg Dawai) Tak putus rezeki ni

0000 271010 .

Persembahan Tarian Peperangan ini , selalunya, atau jarang jarang dapat dipertontonkan kepada orang awam, kecuali untuk pembesar Negeri dan Menteri Menteri Negara sahaja.

Jadi, siapalah kami, untuk menerima semua ini. Itu yang meremang roma dan takut nak pijakkan kaki ke karpet merah tu. Jangan salahkan kami atau Tuan Jeneral, kami asalnya dari kampung pendalaman Hulu Perak , tak 'besa' semua ini.
































Tetamu terpegun.


Saya terlupa nak catit jangkamasa Tarian Peperangan ini. Mungkin ada rombongan Kak Kiah yang lain merakamnya melalui Video. Yang pasti , selepas memberi 'tendangan terbang' ke arah kotak emas ni, terpampang sahaja " SELAMAT DATANG" dan penari bertempiaran lari, kami terus diiring kealas karpet merah untuk memasuki Mess Pegawai Batalion 13, RMDA Kem Pakit, untuk taklimat aturcara majlis serta serba sikit penerangan tentang sejarah penubuhan RAMD 13 ni.


>











Sikit punya baik tendangan ini

Selesai memberi tepukan, kami diiring memasuki Mess Pegawai













Siapa kata kami tak reti guna karpet merah ni?













Mejar Asri, Lt Kol Wak Joe, Jeneral kite, Pbt Latiff(hehee) Mej Yamin

Batalion ke13 RAMD ditubuhkan pada January 1970, kira dah 40 tahun, dan Lt Kol Zawawi adalah Pegawai Memerintah yang ke 18(?) Awi, tolong perbetulkan, kalau fakta khilaf.













Tak sampai 8 bulan Jeneral kita menerajui Kem Pakit, rombongan 5 anak anak Lenggong sudah mula mengekori beliau.Penyerahan tugas pada 12 Februari 2010 . Anak Gelok yang pertama? Mungkin jugak Anak Lenggong. Yang menerajui Batalion Ke13 lah, ada lagi ramai anak anak Lenggong ni , terkini dan terdahulu













Taklimat disampaikan oleh Kapten Azlan. Pangkat anak, tak pun adik kepada kita

Selesai taklimat, kami bergegas keluar dewan untuk berfoto pulak secara beramai ramai













Untuk rekod, Kapten Azlan menjadi orang perantara Jeneral kita dengan 'gembala' rombongan kak Kiah ni.
Pada awalnya , agak janggal jugak berkomunikasi lewat sms dan email kerana gaya bahasa beliau terlalu berbahasa. Saya pula beranggapan beliau angkatan 30an, sebab dah berpangkat Kapten. Terkejut bila beliau mengatakan, "saya bujang lagi Cik Latif "

Saya balas sms beliau, "Eh, dah Kapten tu, tunggu apa lagi?"


Ada sesiapa yang berkenan buat menantu? Boleh Bang Awi tengok tengokkan













(Akan saya perturunkan setiap nama nama yang berfoto untuk ingatan)

Satu pos istimewa dari Pegawai Pegawai Kanan Kem Pakit bersama rombongan, memang teruja sangat sangat

Awi , oh Awi


Sebaik selesai berfoto, kami dihantar untuk cek- in ke kamar masing masing.

Wan, Fadzrin, Sham dan Rodz bersebelahan Mess Pegawai, kira senang mereka nak menapak, sedangkan Rashi , Mokhtar dan Zulkifly ke rumah tamu bersebelahan rumah tamu inapan kami yang berkeluarga.

Tak sempat nak mandi dah, lagi pun, tengahari buta tu, terus kami dihantar ke Masjid untuk berjemaah.

Selesai satu bahagian, kena segera semuanya, sebab jadual padat untuk dipenuhi.


Latiff Hariri
1945 271010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment