Monday, 25 October 2010

Kunjungan Kasih - Benak Sungai Batang Lupar/Hi Tea

221010

Menghampiri jam 1700 , kenderaan kami parkir di Kompleks Taman Panorama Benak.



Kompleks JPS, disinilah pusatnya informasi tentang kejadian benak. Kira kompleks ini masih baru, terletak dilereng bukit.

Hm, tak ada orang pun, saya perhati disudut kompleks, berhampiran tepian sungai ada khemah, seakan akan gerai kecil. Oh, disitu agaknya majlis Hi-Tea yang Tuan Awie kita canangkan didalam buku aturcara lawatan itu. Tapi, macam gerai mamak pun ada.Hahaha.




Rombongan bas Bang Awie







Wan dan Fazrin, wakil dari Kepala Batas

Kami terus berjalan mengelilingi Kompleks, menuruni lereng bukit terus masuk ke dalam bangunan.

Ada yang mula menandatangani Buku Lawatan Kompleks, sedangkan yang lain mundar mandir di Galeri melihat foto sejarah kejadian Benak diseluruh dunia.

Tak sempat pun nak bergaleri, kami di jemput masuk ke bilik taklimat AV.

Pintu utama Kompleks ditutup, eh, kami aje ke?

Baru saya tahu pihak JPS menutup Komples untuk orang awam, khas untuk rombongan bas Bang Awi dari Batalion Ke13 RAMD Kem Pakit.






Galeri Muzium Benak

Kami mundar mandir di galeri, sebelum dijemput menonton dokumentari kejadian benak di Sungai Batang Lupar ni. Visual ditayang sekitar 15 minit. Ok, menarik, sebab pertama kali tengok pun melalui TV betapa besarnya ombak laut memasuki sungai dan bergerak sejauh 40 km ke pendalaman Sarawak ni!


Bilik Audio Video

Selesai melihat foto foto di galeri, Tuan Awie kita pun menyampaikan Cenderahati kepada Pengurus JPS ini.


Kami pun bergerak ke khemah ditebing Sungai Batang Lupar untuk minum minum petang. Bukannya minum lagi, paling tepat, 'melantak'.

Pelbagai kuih muih, teh o dan teh panas. Ada 5 meja untuk tetamu, siap ada kain rentang lagi bahawa khemah khas dari ATM.

Rupanya dihujung sebelah sana, saya ternampak lebih 20 anggota RAMD sedang berlepak mengambil angin petang. Mereka lah tukang pasang khemah, tukang bancuh teh. Tiada langsung kelihatan orang awam yang menghampiri khemah kami, kira terkawal rapi.

Tak percaya? Tengok foto bawah ni.


Siap ada ayam panggang lagi, sedap pulak tu, hingga terlupa yang malam ni ada majlis BBQ, dan tak boleh makan banyak sebab nak jaga suara!! Hehehe


Sambil kami makan, Kapten Azlan terus berkawal dengan meneropong keseberang sungai, manalah tahu ada 'agen-agen' pengganas yang mahu mengganggu majlis!
Hisham dalam tercedera bahu pun cuba nak berkawal mengganti Kapten Azlan, mungkin dia sudah nampak awek Iban diseberang tu! Sementara Mokhtar dan Zul menyelongkar beg, mencari teropong lain
Ha, dah jumpa pun, 'teropong malam' di keluarkan Kapten Azli. Harga teropong ini sebiji kereta Volkswagen Beatle model baru tu.
Kira masa kami ber-hi-tea ini diisi penuh dengan aktiviti, selaibn dari berposing. Memang tak pernah pegang pun teropong jenis ni.

Faridah, Bg Yamin, Nurul Ain dan Roziah




Kapt Azlan, Zul, Wan, Mokhtar, Fazrin, Latiff, Rozhan dan Sham. Gang SP-Kepala Batas.

Akhirnya , Awie mahu kami berfoto gaya tentera dengan membuat formasi huruf 'V'.

Jadi terciptalah foto menarik ini, yang mana , kesemua yang hadir begitu teruja bila melihat rakaman ditayang semula pada malam BBQ

Klik pada foto untuk menatap dengan puas kehebatan kami berposing

Baris belakang:- Rashi, Faridah, Rodzhan, Izzuddin, Hisham, Latiff, Ridzuan, Mokhtar, Fazrin dan Jamilah;

Bentuk V:- Nurul Ain, Roziah, Zulkifli, Zulfikri, LT Kol Zawawi Adam, Lt Kol(R) Saiful, Asri, Bang Yamin


Mencari pos yang menarik disekitar sungai ini



Sekitar jam 1830 kami mula bergerak, kira dah melepasi Maghrib ni.

Faridah mahu singgah ke Salun nak kerintingkan rambut pulak. Maklumlah majlis Dinner malam ni, hehehe.

Kami singgah ke kedai gambar untuk membeli memori kad, sebab yang sedia ada sudah melebihi 800 foto tersimpan.

Kami tiba di kem jam 1920 malam, sedangkan yang lain lain lebih awal sebab mereka bergerak pulang dahulu.

Memang tergesa gesa, sebab Majlis Makan Malam Rasmi bermula jam 2015 mlm, dan kami harus berada di Mess Pegawai jam 2000 mlm.

Kalau ikutkan hati memang letih, tapi semangat untuk bersama sama kawan kawan ni mengatasi segalanya, disamping mahu melihat apakah kejutan yang akan Tuan Awi kita lakukan pada malam ini pulak. Malam tadi tidur jam 2 pagi, malam ini entah jam berapa pulak.



Latiff Hariri
1640 311010
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment