Wednesday, 1 December 2010

Bertemu MAYA selepas 29 tahun, di Kantin SMDA

KELUARGA BESAR SMDA 1981, 21112010
21112010


Saya tak mahu ceritakan tentang perjumpaan semula ini secara khusus. Lebih kepada saat saat awal titik permulaan ini, dari mata pandangan saya, dan gerak hati saya.

Segalanya bermula di hari Menyusuri Jalan Kenangan Batch SRJK(I) 1975 , September 2009.

Disusuli dengan Majlis Perkahwinan adik Asri, Majlis Perkahwinan Anak Faridah, Bertandang ke Kem pakit, Majlis Perkahwinan Anak Rosmah, BBQ Kambing di rumah Ismail.

Kini yang ter'grand' di kantin SMDA lenggong.

Terus terang, saya tidak dapat bersama Manan, Bg Man, faridah, Yasin dan Hasan untuk mulakan kerja pecah tanah di Kantin pada petang Sabtu tu, gara gara menghantar anak pulang ke Kangar, dan terpaksa bermalam disana.

Tapi itu tidak menghalang saya untuk tiba seawal jam 10pagi, 21112010

Taklimat disaat saat akhir untuk majlis , Yasin, latiff, bang Man dan Roziah

Manan, Faridah, Roziah, Hasan, Latiff dan Yasin , terlindung


Saya tak pasti, guru mana yang masuk dahulu, tetapi kehadiran cikgu Hamid dan Pak Dino menggamatkan suasana.

Ramai rakan rakan yang mahu berkumpul didepan meja pendaftaran, dan terpaksa saya jemput mereka ke meja makan dewan kantin, hehehe.

Dan istimewanya, setiap rakan yang hadir diwajibkan berfoto keluarga, walaupun ramai yang datang solo.

Untuk dimasa hadapan, pastikan urusetia ada jurukamera rasmi seramai 2 orang.

Bagus! semua beratur, berdisiplin, menyambut kehadiran mantan Pengetua, Dato' Ahmad Zainuddin, jam 310 petang.

Acara dimulakan dengan doa oleh saudara Amran Desa . Amin.......

Kata kata aluan dari Manan Hj Mohamed, pengerusi majlis.


Pengacara majlis, saudara Yasin


Sepatah dua kata dari Mantan Pengetua, Datuk Ahmad Zainuddin

Dan, diikuti cara perasmian.

Ini juga satu keistimewaan yang dibawa oleh Abang Man, yang tak terfikir oleh Urusetia Majlis.

Terima Kasih Abang Man dan Faridah!!

Ya!! pada awalnya, semua ditaja Abang Man dan Faridah, gara gara kekurangan dana.

Susah nak dapat sahabat yang macam ni, tak lokek tenaga dan RM




Perasmian Majlis


Letupan mercun diiringi kertas warna warni berguguran
(Gambar diambil oleh M.Izzuddin Janaton)


Cenderahati untuk yang disanjungi Datuk Mantan Pengetua SMDA 1981

Sambil makan, mereka sempat berfoto


SMDA Class of 1981

Amnah sempat hadir dipertengahan Majlis

Sumbangan kepada yang dikenang, Ishak Latfi

Pak Dino aka Sheriff Lobo , mengenang kisah lalu

Ismail Mutalib tak lepaskan peluan untuk berucap

Sambil menjamu selera, saya selitkan 5 pertunjukkan slide. Dimulai dengan

1) Kisah duka Ishak Latfi berlatar berlatarbelakangkan lagu A Ramlie - Tak kusangka
2) SRJK(I) 1971-76 - Memories Barbera Streisend
3) SMDA 1981 - Lagu Azlina Aziz - Wajahmu Dimana mana - for the boys
4) Reunion 2009-2010 - Lagu Sudirman - Maya, for the girls
5) Sisipan video lawatan ke Kem pakit

Ini yang tak sepatutnya berlaku, walaupun saya sudah mengidu awal.

Yang sepatutnya terima, Asri, Faridah dan Bang Man





Barisan 13 dara sunti SMDA 1981




22 teruna nakal SMDA 1981
Barisan anak teruna yang suatu ketika dulu, mewarnai kehidupan SMDA Lenggong




Saya sempat berbual dgn Ayah Haniza ni, mood dia ceria sungguh.

Habis diceritakan sejarah keluarga beliau dari datuk beliau hingga ke moyang moyang beliau, apa yang menghairankan saya, betul jugak telahan saya ni, kebanyakan orang Lenggong ni asalnya dari satu rumpun yang sama.

Saya dah tahu serba sedikit sejarah keluarga Cikgu Mat ni. Bukannya Cikgu Mat kenal saya sangat, atau sering membaca blog ini, tetapi, ada kepentingan bersama yang saya tidak jangka akan tercerita dari Cikgu.

Hajjah Haniza nak kongsi cerita dengan saya?

Pada awal perencana, majlis sepatutnya tamat jam 640 petang, tetapi terpaksa saya cepatkan , tetapi tak semua yang mahu meninggalkan dewan kantin seawal mungkin.

Kami berpisah selepas mengemas serba sedikit , itupun menghampiri waktu Maghrib.

Saya buat keputusan segera, bertandang kerumah Asri, dan disetujui Abang Man.

Saya dah teramat letih untuk sambung acara malam bersama rakan rakan SMDA, dikepala hanya mahu segarkan badan, makan apa yang ada di rumah Asri, dan pulang ke SP.


Latiff Hariri
1030mlm 01122010
Sungai Petani



No comments:

Post a Comment