Monday, 31 January 2011

Meraikan Zaharah Zawawi di Istana Anak Bukit


Kami tidak dapat hadir di Majlis Bersejarah ini, tetapi di 'maya' , kami pasti boleh!


Zawawi kata, beliau akan pulang sebelah malamnya, ke Kuala Lumpur. Jadi saya segerakan aturcaranya supaya dapat hadir meraikan hari bersejarah ini.

Saya dahului dengan Asri, yang pada awalnya bersetuju untuk hadir bersama, tetapi, ternyata tugasan malam beliau memerlukan rehat yang cukup. Jadi terhalanglah niat Asri. Amran dari Kuala Perlis setuju aje, dia boleh dikira dekat sangat sangat dengan Alor Setar. Terakhir si Usan di Gurun. Cuma mengharap beliau juga tidak kerja malam seperti Asri..

Selesai mnenjemput Usan, kami terus ke Alor Setar.Hujan adakalanya lebat, adakalanya rintik rintik. Si Amran sudah menanti di Lapangan Terbang Alor Setar. Sudah menghampiri jam 640 petang ni.
Amran menuruni tangga untuk berjabat tangan dengan kami berdua.
Usan dan Amran, dua rakan SMDA . Usan orang Sarawak, bersekolah di SMDA dan menetap di asrama dari Tingkatan 1
Pertama kali Usan dan Zawawi bertemu semula selepas tahun 1979
Amran pun sama, selepas lebih 30 tahun baru ketemu. Tahniah semua !!
Beramah mesra dengan isteri Zawawi, Dr Zaharah dan Roziah, sebelum keputusan dibuat, nak pekena mihun sup lagi!!
Tak puas bersembang, sambil menuruni tangga hingga ke lapangan parkir ni, kami masih berkisah , kisah yang silam

Sebelum berangkat tadi, sudah saya bekalkan pulut panggang untuk Zaharah, gara gara beliau tegur dalam FB tentang 'kegemukan' pulut panggang kami di Lahar Kepar tu. Saya hanya titipkan RM5.00 kepada Izzuddiin, tetapi syukur dia faham, dia tambah LAGI rm5.00 .
Jadi kesemuanya ada 20 potong pulut panggang untuk kami 'minum petang' nanti.

Fikir punya fikir, Amran bawa kami ke persimpangan Bukit Pinang untuk meraikan Awi .
Dah pesan 7 mangkuk mihun sup, sambil sambil tu pekena pulut

Saya selit selit sahaja bicara petang ni jika ada topik yang saya kenal kenalannya. Bila yang saya tak kenal, saya pasang telinga aje. Sambil minum petang ni, rakan Dr Zaharah pun datang, pun pasanagan doktor gigi juga. Suaminya Dr Fadzilah . Masa inilah baru minda saya terbuka teringatkan kepada Rosli Wahab yang juga doktor gigi di bandar Jitra ni.

Agaknya doktor gigi di Jitra ni, mesti pasangannya doktor gigi juga ek?!

Rupanya anak Doktor Fadzillah amat menggemari pulut panggang ni, tak rugi Izzuddin beli banyak. Habis kisah lama Dr Zaharah di universiti bersama adik2 junior serta abang abang senior dia kisahkan, termasuk Rosli Wahab, rakan sekelas saya di King Edward.

Sempat saya berbual dengan Rosli, ternyata , beliau ingat ingat lupa akan diri saya, hehehe. Kan saya kata, saya bukan ulat buku dan bukan ahli sukan.

Sampai ke Maghrib kami bersembang

Bergerak ke Lapangan Terbang untuk Maghrib dan seterus untuk 'melepaskan' Zawawi dan zaharah menaiki pesawat.

Semua bersekolah di Perak, tetapi dah bertempiaran di seluruh pelusuk Malaysia. Usan yang kampungnya di Bintulu, bertugas di Gurun, Awi pulak ke sana.

Dr zaharah di Kuantan, Zawawi di Sri Aman, Amran di Kuala Perlis, Usan di Gurun, kami di Sungai Petani. Kalau dah ada kemahuan dan dah ketentuan, bertemu jua di Alor Setar tanpa dirancang
Berpisah sekitar 845 malam, menaiki pesawat ke Kuala Lumpur jam 2125 malam
Kami bersama Kapt Azril dari Kem Pakit, Pegawai Pengiring Tuan Zawawi, serta Lans Koperal Hazeman dari 19 RAMD Sungai Petani, juga anak Gelok. Arwah emak beliau senior kita setahun SMDA. Kecilkan dunia ini! Baru Hazeman tahu yang pakcik Zawawi tu orang kampung dia.
Kami sambung berbual dilapangan parkir Lapangan Terbang Alor Setar. Saya kira, tiada lagi sempadan antara saya dan rakan rakan SMDA ni, kami senada dalam apa jua yang kami perbualkan.
Melewati Istana Anak Bukit, yang mencatatkan satu sejarah manis kepada Zawawi dan Zaharah.

Saya sekeluarga bersama Usan berhenti di bandar Alor Setar, Restoran Mama, untuk makan malam dan berkenal mesra dengan beliau. Saya tak nafikan, pada awalnya, masih ada yang segan segan sesama kita ni.

Bergerak meninggalkan Alor Setar sekitar pukul 10 malam, dalam hujan rintik. Zawawi sms kpd kami semua yang beliau sudah tiba di KLIA sekitar jam 2220 malam, sedangkan saya baru memasuki ke taman perumahan Usan di Gurun ni.

Terima kasih semua.


Latiff Hariri
1809 29012011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment