Tuesday, 4 January 2011

Pertunangan dan Minum Petang Hujung Tahun 2010

Acara menyarung Cincin Pertunangan sudah selesai................
.

31122010- 310ptg

Babak Pertama

Ya, saya berkerja dihari Malaysia meraikan kejayaan Bolasepak kalah ditangan Indonesia 1-2, hehehe.

Masuk kerja seawal jam 8, dan pulang sekitar 115 petang. sebelum itu Hadi menalipon menjemput saya hadir ke Majlis Pertunangan anak Sulong beliau selepas solat Jumaat. Menderu saya pulang.

Ternyata majlis telah berlangsung, dan kami terlepas acara sarung cincin oleh bakal mak mertua ini


Acara dipeluk bakal mak mertua yang dapat kami curi rakam

Bila tetamu lelaki berganjak, baru Wahieda keluar dari bilik

Kiriman balas dari pehak Perempuan
Acara minum petang bermula sekitar pukul 4 ptg...teka, yang mana Tunangannya?

Babak ke2

Sambil mendengar perbualan wakil pehak lelaki dan perempuan ni , sekitar jam 330 ptg, saya terima SMS dari rakan sorang ni.

"Hang ada kat mana? Buat apa?"

"Tengah hadiri majlis pertunangan aanak kawan aku di SP." jawapan saya.

"Boleh ke kita minum petang?"

"Bolehhhh, mai la SP". saya aalayan aje 'auta' dia ni.

" Hang kena datang Sri Aman lah sahabat, kita minum kat sini."

Saya dah agak dah dia saja nak menyakat, tapi terfikir jugak 'keseriusan' beliau, sebab tak pernah , dan tak mungkin dia nak bertanya ada dimana, dan ajak minum petang.

Rupanya, dia sendiri dah excited, terus talipon saya memberitahu sedang dalam perjalanan dari Penang ke SP, dan minta saya tunggu di gerai laksa Sungai Layar.

Mencanak saya minta diri dari Tuan Rumah majlis ini.




Bertemu lagi dua orang mamat ni. Now boleh kata , sejak bertandang ke Kem Pakit 21 November lalu, setiap bulan kami pasti berjumpa.

Terfikir betapa besarnya Nikmat dariNya.....
Saya tak pernah bersekolah sama dengan Zawawi Adam.....
Berjumpa sekali di Hari Raya di awal tahun 2000.....
Terus menjadi kawan rapat hingga kini........

Dan saya tahu ikatan anak anak Lenggong memang begini.....






Bersama beliau Sarjan Mansor dan Lance Koperal Isa.

Rupanya beliau ada acara rasmi di 19 RAMD Kem Lapangan Terbang. Sekali lagi beliau menjemput saya untuk hadir.

Pada mulanya hanya sekadar kacang rebus dan segelas teh untuk memulakan acara bergebang petang disini. Bila suasana makin panas, dibelinya 2 kotak rokok untuk mencari ilham, dan seterusnya.......


Pekena Somtam semangkuk serta Laksa seorang sepinggan bila Kapt Firdaus tiba....

Memang saya tak 'faham' macamana' Sarjan Mansor dan Lt Kol Zawawi ni begitu akrab, cakap lebih kurang aje, lepas tu ketawa!







Pandai pulak Kapt Firdaus mencari tapak pasar malam Sungai layar ni. Kata beliau, pertama kali ke SP dan tempat ini dia ingat sebab tersesat semasa mencari Kem Lapangan Terbang.

Kapt Firdaus adalah pengiring kami sepanjang lawatan Kunjungan Kasih ke Kem Pakit 21-24 November 2010 . Kami rehat sahaja sepanjaang perjalanan mengelilingi Kuching-Sri Aman-Kuching.



Tengoklah Sarjan Mansor dan Lt Kol zawawi merapu, sehingga menggaru kepala Sarjan, dan tersenyum simpul Kapt Firdaus.
Meninggalkan tapak pasar malam Sungai Layar sekitar pukul 6 petang



Bermacam macam yang saya fikirkan untuk malam ini. Tapi, ternyata jadual Zawawi amat padat, serta amaran beliau supaya tidak menyusahkan diri saya melayan beliau.(Tak boleh kata macam tu Zaharah, hehehe)

Memang kami suka kehadiran rakan rakan seangkatan 1964 kedaerah kecil kami ni.

Tengoklah siapa saya nak layan malam nanti


Latiff Hariri
0131 03012011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment