Tuesday, 18 January 2011

Tana Torajo-Sulawesi Selatan


View Larger Map


Kami bertiga ni, memang senang kalau nak berjalan. Salah saorang hanya cadangkan, yang lagi dua akan atur bila sesuai nak ambil cuti. Adakalanya, sesingkat 2 minggu, dah jadi, ada kalanya sebulan dua. Boleh dikatakan kerap jugak kami bertiga ni berjalan bersama.

Ini perjalanan kami bertiga,[pada 26 Julai 2008- 29 Julai 2008, selepas beberapa bulan pelancaran penerbangan AirAsia ke Makassar, Sulawesi Selatan. Perjalanan mengambil masa kira kira 3 jam. Bertolak dari Penang ke Kuala Lumpur berdua dengan Raja Anuar, dan Osman, sudah menunggu kami di LCCT.

Sementara menanti, (ya, saya kira, kami tiba di LCCT dalam jam 1300, masih terlalu awal untuk kami dafter masuk, dan tak semena mena bertembung dgn Mr Liew, Guru kesayangan Bahasa Inggeris saya semasa di Tingkatan 5 SM King Edward. Dapat jugak bersalaman dengan beliau. Beliau berulang alik ke GuangZhou atas urusan perniagaan.

Penerbangan jam 1630 petang dan tiba jam1945 malam, waktu WIB lewat sejam iaitu 1845 mlm. Ini pertamakali menjejakkan kaki ke Bandara Ujung Padang, Sulawes Selatan.

Memula tu tercangak cangak jugak kami bertiga ni, dah dapat teksi, semua jadi senang. Bandara/Airportnya (Bandar Udara - Bandara) kecil aje, seprtimaana Airport Ipoh tahun 70an dulu.

Kami tiada pilihan, bermalam di hotel persekitaran kota sahaja, lagi pun dah lewat. sebilk 3 orang, senang cerita. Esoknya, baru kami mencari hotel di tengah kota, dan berhampiran pantai. Rata rata pekerja hotel disini mengenali Malaysia dan pernah mendapat latihan di hotel hotel semenanjung.

Bila siangnya, baru saya perasan, keadaan kota Makassar, di pantainya, seakan akan di Padang Kota , Pulau Pinang. Kota Rotterdamnya, hampir sama dengan Kota Cornwallis. Cuma bangunan di dalam Kota Rotterdam lebih besar dan mirip kota lama di Belanda. Sedangkan kita mirip British.














Tiga sahabat akrab ni, jarang mrk tak bersama setiap kali ke Nusantara.


Seharian berlegar di sekitar pekan, melihat muzium/Istana lama, ke tanah perkuburan lama, diluar kota, Makassar.














Ini kuburan Tok Nenek PM?





















Agaknya, kubur ini mirip2 budaya.....?


















Didalam Kota Rotterdam













Ya, 2 anak Raja ini, yang baru tahu asal usul mereka, yang datangnya jua dari Nusantara, satu anak Raja Perak, satu anak Raja Johor. Eh, Johor ramai orang Bugis pe? Tak pun Pekan Pahang tu....!?


Kami hanya disini hanya untuk 3 malam 3 hari, dan perjalanan dgn AirAsia hanya ada pada petang dan berangkat pulang malam. Jadi tak dapat menyaksikan keindahan kepulauan Sulawesa dari Udara.

Tiba di LCCT pun dah pukul 1130 malam.

Apa jua keturunan kita ni, kita asalnya Nusantara. Sekurangnya kita tahu dari mana asal usul kita,............ dari tanah jua, bukankah itu penyudahnya?

Latiff Hariri
2003 17012011
Sungai Petani

2 comments:

  1. Tiger,

    Tuan tiger dari tahun berapa? dok hostel ka?

    http://nandros.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Assalam.
    Thanks , OE 1981, yes, asrama 1979-1980, sekejap.

    ReplyDelete