Sunday, 27 February 2011

Selamat Tinggal Bukit Tinggi 12022011


Inilah persembahanku untuk rakan rakan yang sudi bersama bertandang ke Bukit Tinggi.

Saya bangun , atau kami bangun seawal 430 pagi, kalau kat Malaysia 530 pagi. Kira biasalah, mana ada awalnya. Tapi, ikut jamnya awal banget Pak!!

Pertama , seperti pagi pertama, pintu bilik anak anak bujang ni yang saya ketukkan dulu. Si Zul dah bangun awal, tinggal yang lagi tiga anak teruna ni. Katanya Zul dah merayau dipersekitaran Hotel dan sudah menaiki ke atas bumbung hotel untuk menikmati keindahan pagi.

Eh, mana boleh lagu tu, tak beritahu Pak Lurah.

Dari kekelaman subuh....
Dah semakin cerah

Saya mula memanggil manggil adik adik bujang dan rakan rakan sebilik supaya segera berkumpul di atas bumbung untuk menikmati keindahan alam . Bukan senang nak melihat dari atas sini, yang saya pasti tak semua tetamu dibenarkan menaikinya. Penuh dengan Parabola dan bermacam macam talian talipon dan letrik.

Ini Kumpulan Merapi @ Merapu dengan Penyanyi Utama Bapak Latiff

Lama kami berada diatas, seawal sebelum pukul 7. Yalah , acara sarapan pun belum bermula lagi.

Turun ke lobi pun sekitar 645 pagi, dan sempat berfoto lagi diluar pulak.

Badrul mahu mencuba menggunakan Card beliau melalui mesin ATM ni, tapi tak berani....

Sedangkan Bapak Hisham masih tak habis habis mengayat penjaja jalanan yang mula membuka tikar perniagaan disisi kaki lima Hotel Ambun Suri seawal pukul 645 pagi.

Tengok, siap ada kerusi lagi untuk dia duduk dan telaah hasil kerja tangan ni

Boleh tahan bagi mereka ni yang pertama kali kesini. Mereke betul betul berbelanja hingga ketitisan Rp yang terakhir.

"Oit, sudah le tu, moh kita makan dulu" , hanya ucapan ini yang saya mampu ucapkan.

Hisham merenung boring, ya lah , tengah syok membeli, kena berhenti, dan makan dulu.

Makan sekitar 20 minit, bila sekitar 730 pagi saya mulakan acara berjoging pagi dari Hotel menyusuri kearah belakang dimana terletaknya satu kawasan yang penuh sejarah serta keindahan pemandangannya.

Saya kira jarak perjalanan ini tak melebihi 1km.

Seronok jugak, sebab dapat melihat anak anak Sekolah mengadakan acara pertunjukkan pentas
untuk rakan rakan sekolah

Memasuki kawasan Panorama Ngarai Sianok ini, perlu membayar Rp3000 setiap saorang.
Disediakan pemandu pelancung jika mahu, tapi harus diberi tips. Kami menolak, kerana mahu segera menghabiskan acara ini selain masih mahu berbelanja di Pasar Atas.

Dalam kawasan panorama berhampiran lubang Jepun

Pagi ini Mokhtar tak dapat bersama, gara gara perutnya meragam. Saya fikir, semua boleh tahu apa penyebabnya. Makan .....heheheha.

Menuruni lereng dan terus kepintu lubang Jepun ni. Kena bayar lagi.....



Masa mula mula saya memasuki lubang ini, memang agak gerun, tapi untuk entah kali keberapa ni, saya dah lali dengan kegelapan/kekelaman didalam lubang ini. Saya yang jadi pemandu pelancung tak berkomisyen untuk rakan rakan ni. Tak akan hilangnya didalam lubang ni .

Aik, Zul jadi anak anak semula

Di pintu rahsia, dimana disini tempatnya tentera Jepun keluar melarikan diri atau mencampak mangsa kedalam gaung. Memang agak gerun disini, kerana gaung dibawah
Berani tak kalau jalan sorang sorang dlm gua ni? Didalam ni agak kelam, tetapi 'flash' kamera ini yang menerangkan seakan akan terang.

Ada dalam 200 anak tangga untuk turun naik, termengah dibuatnya bila mendaki

Selesai menyusuri gua, kami teruskan acara membeli belah dipersekitaran Ngarai SiAnok. Apa yang menarik, pelukis jalanan yang kretif. Bila saya perhatikan lukis lukisan ini, saya terkenang kad Hari Raya tahun 60-70an

Indahnya alam
Memang teruja melihat lukisan lukisan ini, tapi, hingga kini saya masih belum berminat untuk memilikinya
Pilih Sham, bawa balik ke Seberang Jaya

Kami keluar dari kawasan ini sekitar pukul 930 pagi, mengharapkan si Zal datang menjemput, tetapi beliau gagal mencari kami. Berjalan kaki aje lah.

Di Hotel seketika, kami menaiki Innova Zal untuk 'belanja terakhir di Pasar Atas'. Adik adik ni masih belum puas. Mokhtar dan Zul beli 5 kg buah Salak. Serta mereka membeli ikan belut kering untuk dibawa pulang.

Memang bahaya duk lama kat Pasar Atas ni!


Daging yang di keringkan, dendeng. Terpegun Nasir? 1 kg rp66,000.00 atau RM23.00 .

Pernah saya membawa pulang dan memasaknya , tetapi cili tumisan kita tak sama nikmatnya dengan cili giling dari Bukit Tinggi.

Saya membantu mereka, tapi , saya sendiri terlupa nak membelinya.

Sempat memasuki Butik untuk kali terakhir.

Hm, Badrul, Nasir dan Zul. Mereka memang benar benar teruja dengan keindahan pakaian busana wanita di Bukit Tinggi

Selesai membeli belah, sekitar pukul 11 pagi, bagi memastikan adik adik bujang ini tidak kempunan, saya benarkan adik adik bujang ni menaiki Bendi atau kereta Kuda. Tapi, yang Bapak Hisham ni pun nak naik sama, apahal?

Beli sebiji kereta kuda dalam Rm8,000.00 . Kudanya RM6,000.00 . Boleh buat duit ni
Datuk Maringgeh(membelakang kamera) bersama hulubalangnya, berbende kerumah Siti Nurbaya.
Haaa, kami menunggu disisi Hotel The Hill, Hote5 6 bintang ni. Antara Hotel terhampir dengan Jam Gadang.

Seronok ke Zul berbendi?

Begitulah jadinya. Saya pasti , rakan rakan tak puas berada disini. Dan saya pun tahu banyak tempat yang masih belum bisa saya bawa. Danau Singkarak, Batu Bara, Batu Sangkar, Paya Kumbuh masih belum diterokai mereka.

Tapi, rencana harus diikut. Kami bergerak meninggalkan Bukit Tinggi sekitar 1130 pagi.


Latiff Hariri
2037 25022011
Sungai Petani

Thursday, 24 February 2011

Santai Malam di Jam GaDanG - 11022011

,Keindahan malam Koto Bukit Tinggi yang berjaya dirakam Izzuddin


Suasana senja Gunung Merapi, Bukit Tinggi

Kami tiba pun dah melepasi Maghrib. Jadi beratur ajelah untuk mandi dan solat. Untung yang sudah mandi dikali tadi, tak payah nak bererbut. Jadi , tak lah 'jam' menunggu bilik air untuk berwuduk dan mandi.

Kami turun ke lobi sekitar 715 malam untuk bermakan malam lagi!

Selain itu, Ad akan menamatkan khidmat Supirnya untuk kami. Memang mengecewakan sebab
kami dah masuk kepala dengan lawak jenaka beliau sepanjang perjalanan. Ternyata beliau sudah biasa berbahasa Malaysia, jadi tidak kekok untuk kami berbual dengan beliau.

Sebagai menghargai khidmat beliau , kami mengajak beliau dan rakan pengganti beliau untuk makan bersama kami. Bukannya kami nak makan sangat , lebih kepada meraikan mereka berdua. Ad akan di ganti oleh Zal bermula esok pagi. Tapi, saya minta pastikan pengganti beliau pun setaraf dengan beliau.

Betul betul dibelakang Hotel Ambun Suri ni ada gerai makan yang enak. Saya selalunya makan malam disini sahaja, tak payah nak berjalan jauh.

Terletak dihadapan Bomba Bukit Tinggi.
Sham. Nasir, Ad dan Zal

Saya tetap memesan makan penuh meja, supaya semua merasai keunikkan ikan bakar di sini.


Mula mula tu biasalah, semua malu malu alah untuk menjamah, tapi....

Bila sorang dah mulakan, tak kan yang lain nak pandang aje..., kan kan kan?

Saya kira 11022011 ni, mereka makan sarapan pagi Nasi Goreng, mihun, Soto, Makan tengahari
Nasi Padang di tengah Bendang, Makan nasi petang dua kali di Kampung Haraban, dan ini yang kelima. Gasaklah korang, janji korang makan baca Bismillah, hehehe.

Apa yang pasti bila berbual , paling tepat, bergebang di gerai atau restoran, pasti ramai tamu anak anak tempatan menjeling, kerana loghat kita amat dikenali, depa ni mai dari Malaysia.

Selesai makan, kami menapak semula ke Hotel.

Dan akhirnya kami berpisah dengan Ad. Ad sudah ada tetamu dari Malaysia yang akan hadir di Bandara Minangkabau keesokkan paginya. Mungkin tetamu tetap beliau , yang tak dapat beliau menolak. Kami relakan demi periuk nasi beliau dan anak isteri.

Terima Kasih Ad. Pasti nama Ad tersenarai sebagai Pemandu tetap saya setiap kali saya bertandang ke Padang/Bukit Tinggi dimasa akan datang.


Zul bersalaman tanda persahabatan dan terima kasih.

Siap kami berfoto peribadi setiap saorang dengan Ad untuk disimpan didalam FB nanti.

Izzuddin, Bapak Ad dan Bapak Latiff

Ad mengundur diri bersama Zal sebaik kami selesai memberi kata persetujuan untuk Zal mengambil kami esok pagi sekitar jam 930 pagi. Esok Sabtu 12022011, merupakan hari keberangkatan pulang ke Padang. Tapi saya memilih jalan jarak jauh melebihi 5 jam, kerana akan mengelilingi Danau Maninjau dari puncak Embun Pagi.

Pos Selamat Berpisah bersama Ad dan Selamat Berkenalan dengan Zal.

Saya tahu, hari masih 'siang', langsung saya mengajak mereka ni menapak ke Dataran Jam Gadang untuk menikmati keindahan dan kedinginan malam di Bukit Tinggi.
Di pinggir Jam Gadang.

Sudah bermula acara berjaja oleh penjaja jalanan. Ok jugak harganya, lebih daya saing dari membeli di Pasar Atas. Tapi membeli waktu malam ni, agak kelamlah.

Izzuddin siap bersila lagi, sedangkan Mokhtar dah jadi Warga Bukit Tinggi, sama sama turut menjaja. Tapi Mokhtar menjaja diri sendrilah, manalah tahu ada cewek.....

Tengok bebudak bujang ni, masing masing berbelanja lagi, sedangkan Hisham tak habis habis menghantar lapuran kepada Isteri kesayangan beliau.

Lama jugak saya dan Badrul terpacak dan duduk di sekitar Jam Gadang ni, sementara menanti adik adik bujang ni berbelanja. Akhirnya sekitar jam 940 malam, saya mengajak semua pekena saorang secawan kopi panas di hujung pinggir Jam Gadang untuk menikmati panorama malam Kota Bukit Tinggi.
Dingin malam ini kami panaskan dengan saorang secawan kopi/Koko sambil bertukar tukar kisah yang menarik sepanjang 2 malam di Bukit Tinggi. Yang banyaknya kisah makan.
Sham masih menghantar lapuran, yang lain seronok brsembang, tak diendahkan beliau

4 anak teruna Sungai Layar di Jam Gadang , Bukit Tinggi


Di hadapan persimpangan , tengah Kota Bukit Tinggi berlatarbelakangkan papan tanda
.Kota Kembar Bukit Tinggi -Seremban

Berfoto dihadapan papan tanda ini adalah acara wajib bagi setiap warga Malaysia yang pernah hadir ke sini. Tandanya kita sebudaya, serumpun, sekeluarga.

Ada rakan rakan saya ni yang memberi komen, "Hm, rupanya mereka seakan akan kita ya? Yang Jawa tu kenapa lain?"

Jawapan saya, " Hang Geagrafi SPM dapat berapa?"

Malam ini kami akhiri sekitar pukul 11 malam, Memang mengantuk, tapi, mengenangkan esok sudah nak pulang ke Padang, saya lewatkan juga acara tidur ni.

Mereka sambung menonton TV yang banyak siarannya, saya bantai lena lepas tu.




Latiff Hariri
0732 23022011
Sungai Petani

Wednesday, 23 February 2011

Pulang ke Kampuong........

Saya memang suka bila ada saudara-mara dan sahabat handai yang mengendeng saya untuk membawa mereka ke kampuong halaman nenek kepada nenek nenek saya ini. Dah melebihi sepuloh rakan rakan yang saya bawa kesini, termasuk rakan rakan dari Indonesia. Wan, Rodz, Hafis, Osman,Suparmin, Kak Yus, Badrul, Sham, Zul, Mokhtar, Nasir dan ramai lagi.

Semua atas kemahuan mereka untuk melihat kehidupan sebenar anak anak Minang ni, yang sering saya canangkan . Tak kurang, keluarga pangkat makcik makcik dan pakcik pakcik saya.

Tetapi, hairan jugak, mengapa sepupu duai saya di Malaysia seakan akan tidak berminat....

Semua kawan kawan yang mengekori saya sering mengingatkan saya supaya ada acara melawat Kampung Haraban ni. Mereka yang beria ria untuk menghadirkan diri.

Kami bergerak dari hotel menghampiri jam 230 petang. Dan hanya tiba sekitar pukul 345 petang. Ya, jraknya 44km dan jalannya berliku. Jalan utama dari Bukit Tingg - Medan.

Kira kira 1 km sebelum tiba , saya berhenti sebentar disini...., dan meminta rakan rakan berfoto dihadapan pintu gerbang Masjid Hikmah Desa Sipisang ni....


'Masjid Hikmah Sipisang dibiaya sepenuhnya oleh Dato' Seri Utama Rais Yatim'

Desa Sipisang bersebelahan desa Haraban.

Teruskan perjalanan ke desa bersebelahan, Desa Haraban. Mata saya terkedu melihat rumah Pak Tuo disisi jalan yang semakin usang dan hilang serinya.....


Ad memakir Innova supaya tidak menghalang laluan
Rumah usang Pak Tuo....kini tanpa beliau selepas pemergian isteri tercinta mak Tini.

Saya mula menjejakkan kaki kerumah ini sekitar tahun 1998, dan akan bermalam disini setiap kali bertandang. Kini ia diinapi oleh anak buah Pak Tuo. Sedih pulak tengok, makin usang rumah ini tanpa Mak Tini

Memandangkan tiada siapa disini, kami menuruni curam bukit disisi rumah Pak Tuo untuk ke rumah Gadang Moyang saya. Paling tepat, tapak rumah Gadang, kerana Rumah Gadang sudah diubahsuai kerana dimamah usia. Sekurangnya saya pernah berada didalam rumah milik Moyang moyang saya dari sebelah emak....



Di laman rumah Pak Tuo sudah menanti Si Yus(saya kira 3 pupu saya), termenung dipinggir pondok usang. Izzuddin keluar dan terus menanya , ingat tak? Tentu Si Yus ingat, sebab baru sahaja bertandang ke SP tahun lalu.

Setelah mengeluarkan beg serta keperluan, kami menuruni lereng bukit mengarah ke rumah Gadang.



Ini tapak asal Rumah Gadang Moyang Sariah, serta moyang moyang saya dari salasilah Nenek Bulan/Adam

Rumah Gadang Nenek Sariah
Izzuddin memberi gula gula/cokelat kepada anak anak yang berkumpul menyambut kedatangan kami


Kami dihidangkan dengan segelas teh o dan biskut kering sebagai penghilang dahaga.

Tak sempat pun habis segelas(yang sebenarnya terlalu manis), semua rakan rakan saya sudah bergegas menuruni anak bukit menghala kearah jeram yang terletak kira kira 300m dari rumah gadang.

Saya menyusul kemudian kerana mahu berjumpa Mak Juli yang semakin uzur dirumah bersebelahan.
Sham, antara yang tak sabar sabar nak berendam

Menyusur air segar diantara celahan sawah bendang di lereng bukit ni. Saya dah puas mandi disini
Saya tiba disini kira kira 15 minit kemudian. Si Mokhtar, Nasir dan Zul sudah menghilang kehulu jeram mencari tapak yang lebih dalam dan deras.

Airnya jernih

Saya kira mereka berendam melebihi 30 minit, bila secara sepontan, semua mula naik ke perbatasan untuk mengeringkan badan dan bertukar pakaian.

Yang pasti....., mereka mula kelaparan bila kesejukkan. Tak mengapa, Tuan rumah pun saya pasti sedang menyediakan sesuatu untuk mereka.

Berjalan agak laju kedepan, seolah olah tahu sudah ada hidangna tersedia.

Anak anak SD(Sekolah Rendah) menjadi penunjuk jalan kepada mereka berenam ni.

Menyusuri lereng kecil disamping sawah bendang. Saya memang suka suasana ini , seolah olah saya berada pada suasana 70an di Lenggong, tertamanya disekitar Kampung Sira Sekolah, setiap kali saya dan abang pergi mengaji kerumah makcik yang dihujung kampung. Ada bendang dan sungia di rumahnya. Lagi satu di Pulau Chery

Saya perasan diwaktu saya bertandang kerumah sebelah, Si Yus sudah mengarah anak gadisnya membeli telur untuk dibuat lauk kepada kami. Memang simple, tapi sedap!!

Tengok rakan rakan saya ni, bukannya tak makan siang tadi!

Tengok , mereka menjamu saolah olah belum kana tengahri. Padaahal waktunya sudah melepasi 530ptg(wib) . Lauknya sambal telur rebus dan ikan danau sebesar ikan bilis yang ditumis berlada jugak. Baru mereka tahu betapa hebatnya masakan kampung orang orang Minang ni.

Sham mengajar anak anak ini menerbangkan burung mainan yang kami titip dari Jam Gadang

Terus ke rumah Si Chan, ada lagi makan nasi. Kali ini lauk lomak pucuk ubi pulak!!

" Aku respect hang Mokhtar" Dia yang mulakan dahulu. Suasana ini tiada di Malaysia di era milinium ni, saya hanya ketemu begini di daerah pendalaman Lenggong tahun 70an, bilamana saya bertandang kerumah kenalan bapak, nasi menjadi hidangan walaupun bukan waktunya untuk makan.

Selesai bersalaman dan mengirim titipan, kami bersalaman, malangnya...., mengapa terlupa nak ambil foto beramai ramai disini?

Terus mengarah ke utara, kira kira 1.5km ke kampung Air Kijang, kerumah Mak Sawi.

Dari jauh saya sudah ternampak kelibat beliau berkaki ayam berjalan mendaki ke arah selatan, lalu Ad membuat pusingan U, untuk bertemu Mak Sawi.

Izzuddin yang turun dahulu, memperkanalkan diri.

Kami berpatah balik mengekori Mak Sawi yang sendirian di jalanan. Kemana agaknya dia...?

Mahu Mak Sawi mengajak kami bertandang kerumah beliau untuk sesuap nasi lagi. Saya menolak kerana sudah terlalu kenyang. Marah beliau, tapi apakan daya, terlalu 'full'.


Suasana di Kampung Air Kijang.

Saya tahu seperti ribut kami datang, dan seperti ribut kami pergi. Terpingga pingga keluarga disini, tapi, begitulah, saya tiada rencana untuk kawan kawan bermalam disini.

Berpatah balik ke Bukit Tinggi untuk 44 km kali kedua.

Kami tiba selepas azan Maghrib. Semua kelihatan tetapi masih tidak dapat melupakan keenakkan masakan di Kampung Haraban.

Ad masih menunggu di lobi, sedangkan kami berMaghrib dan bersiap untuk makan malam. Makan malam? Berapa kali punya makan?! Ya, memang saya mahu kawan kawan merasa lagi keenakan makan malam di Kota Padang ni.


Latiff Hariri
1844 22022011
Sungai Petani