Thursday, 24 February 2011

Santai Malam di Jam GaDanG - 11022011

,Keindahan malam Koto Bukit Tinggi yang berjaya dirakam Izzuddin


Suasana senja Gunung Merapi, Bukit Tinggi

Kami tiba pun dah melepasi Maghrib. Jadi beratur ajelah untuk mandi dan solat. Untung yang sudah mandi dikali tadi, tak payah nak bererbut. Jadi , tak lah 'jam' menunggu bilik air untuk berwuduk dan mandi.

Kami turun ke lobi sekitar 715 malam untuk bermakan malam lagi!

Selain itu, Ad akan menamatkan khidmat Supirnya untuk kami. Memang mengecewakan sebab
kami dah masuk kepala dengan lawak jenaka beliau sepanjang perjalanan. Ternyata beliau sudah biasa berbahasa Malaysia, jadi tidak kekok untuk kami berbual dengan beliau.

Sebagai menghargai khidmat beliau , kami mengajak beliau dan rakan pengganti beliau untuk makan bersama kami. Bukannya kami nak makan sangat , lebih kepada meraikan mereka berdua. Ad akan di ganti oleh Zal bermula esok pagi. Tapi, saya minta pastikan pengganti beliau pun setaraf dengan beliau.

Betul betul dibelakang Hotel Ambun Suri ni ada gerai makan yang enak. Saya selalunya makan malam disini sahaja, tak payah nak berjalan jauh.

Terletak dihadapan Bomba Bukit Tinggi.
Sham. Nasir, Ad dan Zal

Saya tetap memesan makan penuh meja, supaya semua merasai keunikkan ikan bakar di sini.


Mula mula tu biasalah, semua malu malu alah untuk menjamah, tapi....

Bila sorang dah mulakan, tak kan yang lain nak pandang aje..., kan kan kan?

Saya kira 11022011 ni, mereka makan sarapan pagi Nasi Goreng, mihun, Soto, Makan tengahari
Nasi Padang di tengah Bendang, Makan nasi petang dua kali di Kampung Haraban, dan ini yang kelima. Gasaklah korang, janji korang makan baca Bismillah, hehehe.

Apa yang pasti bila berbual , paling tepat, bergebang di gerai atau restoran, pasti ramai tamu anak anak tempatan menjeling, kerana loghat kita amat dikenali, depa ni mai dari Malaysia.

Selesai makan, kami menapak semula ke Hotel.

Dan akhirnya kami berpisah dengan Ad. Ad sudah ada tetamu dari Malaysia yang akan hadir di Bandara Minangkabau keesokkan paginya. Mungkin tetamu tetap beliau , yang tak dapat beliau menolak. Kami relakan demi periuk nasi beliau dan anak isteri.

Terima Kasih Ad. Pasti nama Ad tersenarai sebagai Pemandu tetap saya setiap kali saya bertandang ke Padang/Bukit Tinggi dimasa akan datang.


Zul bersalaman tanda persahabatan dan terima kasih.

Siap kami berfoto peribadi setiap saorang dengan Ad untuk disimpan didalam FB nanti.

Izzuddin, Bapak Ad dan Bapak Latiff

Ad mengundur diri bersama Zal sebaik kami selesai memberi kata persetujuan untuk Zal mengambil kami esok pagi sekitar jam 930 pagi. Esok Sabtu 12022011, merupakan hari keberangkatan pulang ke Padang. Tapi saya memilih jalan jarak jauh melebihi 5 jam, kerana akan mengelilingi Danau Maninjau dari puncak Embun Pagi.

Pos Selamat Berpisah bersama Ad dan Selamat Berkenalan dengan Zal.

Saya tahu, hari masih 'siang', langsung saya mengajak mereka ni menapak ke Dataran Jam Gadang untuk menikmati keindahan dan kedinginan malam di Bukit Tinggi.
Di pinggir Jam Gadang.

Sudah bermula acara berjaja oleh penjaja jalanan. Ok jugak harganya, lebih daya saing dari membeli di Pasar Atas. Tapi membeli waktu malam ni, agak kelamlah.

Izzuddin siap bersila lagi, sedangkan Mokhtar dah jadi Warga Bukit Tinggi, sama sama turut menjaja. Tapi Mokhtar menjaja diri sendrilah, manalah tahu ada cewek.....

Tengok bebudak bujang ni, masing masing berbelanja lagi, sedangkan Hisham tak habis habis menghantar lapuran kepada Isteri kesayangan beliau.

Lama jugak saya dan Badrul terpacak dan duduk di sekitar Jam Gadang ni, sementara menanti adik adik bujang ni berbelanja. Akhirnya sekitar jam 940 malam, saya mengajak semua pekena saorang secawan kopi panas di hujung pinggir Jam Gadang untuk menikmati panorama malam Kota Bukit Tinggi.
Dingin malam ini kami panaskan dengan saorang secawan kopi/Koko sambil bertukar tukar kisah yang menarik sepanjang 2 malam di Bukit Tinggi. Yang banyaknya kisah makan.
Sham masih menghantar lapuran, yang lain seronok brsembang, tak diendahkan beliau

4 anak teruna Sungai Layar di Jam Gadang , Bukit Tinggi


Di hadapan persimpangan , tengah Kota Bukit Tinggi berlatarbelakangkan papan tanda
.Kota Kembar Bukit Tinggi -Seremban

Berfoto dihadapan papan tanda ini adalah acara wajib bagi setiap warga Malaysia yang pernah hadir ke sini. Tandanya kita sebudaya, serumpun, sekeluarga.

Ada rakan rakan saya ni yang memberi komen, "Hm, rupanya mereka seakan akan kita ya? Yang Jawa tu kenapa lain?"

Jawapan saya, " Hang Geagrafi SPM dapat berapa?"

Malam ini kami akhiri sekitar pukul 11 malam, Memang mengantuk, tapi, mengenangkan esok sudah nak pulang ke Padang, saya lewatkan juga acara tidur ni.

Mereka sambung menonton TV yang banyak siarannya, saya bantai lena lepas tu.




Latiff Hariri
0732 23022011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment