Friday, 18 February 2011

Belanja Belanja Belanja 10022011

Perjalanan kami teruskan. Sekitar 30 minit kami tiba di kota Padang Panjang untuk solat Zuhur. Ada yang sempat memulakan acara membeli belah disini.

Rumah Gadang di kota Padang Panjang

Toko Butik Lindungan Bulan, Kota Padang Panjang. 3 sahabat Sungai Layar yang mencari sesuatu di Bukit Tinggi. Adat orang bujang, tak gitu?

Dataran Jam Gadang
2 anak gadis manis menyambut kami di Lobi Hotel Ambun Suri

Selesai pendaftaran, kami terus memasuki bilik masing masing. Hanya sekadar 2 kamar dan ditambah 'xtra bed' 3. Lebih seronok beramai ramai sekamar dari tidur berasingan. Ada yang mandi, ada yang sekadar cuci muka. Sebaik selesai semua, kami turun ke Lobi.

Sham, saya dan Badrul di balkoni kamar lantai satu.

Saya suka hotel ini kerana lokasinya di tengah tengah kota Bukit Tinggi, berdekatan Jam Gadang dan Pasar Atas. Kalau dah terlalu banyak membeli pun, senang untuk dihantar pulang barangannya ke hotel , dan boleh sambung belanjanya.

Di lobi , si Ad sudah sedia menanti. Dia dah aturkan untuk Mokhtar menempah barang sehelai dua celana panjang, katanya lebih murah tempah di Indonesia dari di Malaysia. Kita tengok nanti betul atau tidak.
Di Villa Bung Hatta, bersebelahan Hotel penginapan kami

Mokhtar lagi cekap, dia beli kain dan terus tempah seluar sepasang. Pagi Sabtu siap

Mungkin kelaparan, yang lain tiada mood untuk membeli belah, lalu saya cadangkan kami split dengan Mokhtar ditinggalkan bersama Ad, sedangkan saya membawa yang lain ke Restoran Simpang Raya untuk menjamu selera. Ya lah, dah melebihi pukul 4 ni.

Maaf, kualiti kurang menarik, acara makan tengahari sekitar pukul 4 petang di Restoran Simpang Raya Bukit Tinggi. Ternyata rakan rakan saya ni amat berselera dengan menu Nasi Padang ni. Baru mereka tahu kelebihan orang Minang/Nogori

Selesai makan, saya sambungkan semula acara berbelanja ni. Kali ni, saya 'split'kan merekakan supaya senang bergerak. Saya hanya mengajar lebih kurang berapa harga yang patut ditawarkan. Supaya jelas dan tidak perlu saya mengekori atau diekori.

Bila selesai, hanya perlu menalipon, yalah, semua ada simkad Indonesia.

Ole ole untuk dibawa pulang

Memang teruja tengok yang berkerawang , dan baju melayu yang cantik coraknya.

Percaya tak, di kedai ini sahaja kami belanja melebihi RM500.00 . Yang bujang untuk awek dan emak adik mereka, yang dah kawin untuk anak isteri mereka. Kami baru kesini tak sampai sejam, dah sakan belanja, sambung esok lagi, tak tahulah berapa mereka nak perhabiskan.

Hingga pintu kedai ditutup baru kami keluar dari bangunan Pasar Atas ni.

Tengok! Sakan tak mereka berbelanja di Pasar Atas Bukit Tinggi ni. Kalah orang perempuan tau!

Nasir, Mokhtar dan saya, Bapak Latiff. Saya dah mula dikenali sebagai Pak Lurah


Selesai acara belanja, kami mundar mandir didataran Jam Gadang sambil melihat peniaga jalanan berjaja. Sempat jugak saya dan Zul membeli 'burung mainan' ni untuk ole olekan ke Kampuong saya dan dibawa pulang ke Kedah

Kami pulang ke Hotel Ambun Suri melepasi azan Maghrib untuk mandi dan bersolat.

Memang kami teramat mengantuk kerana tidak tidur melebihi 36 jam. Lepas ni ada acara rasmi lagi, kena bertandang ke pesta perkahwinan pulak. Saya sudah sering hadiri pesta kahwin di Bumi Minang ini.

Pesta tu maksudnya kenduri kawin, bukan Pesta Laut atau Pesta Bunga Api tau.Adakalanya bila anda membaca ada acara pesta perkahwinan, maksudnya kenduri kawin.
Ya, acara malamnya ada nyanyian dan tarian tradisi berlatarbelakangkan alunan keyboard.
Bukannya pesta yang 'merapu rapu seperti Jom Heboh tu.


Latiff Hariri
0816mlm 15022011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment