Tuesday, 22 February 2011

Istano Baso Pagaruyung 11022011

Sepertimana penulisan saya sebelum ini, saya memang tak suka dengan kelewatan waktu Indonesia dan Malaysia ni. Walaupun sekadar lewat satu jam dari waktu kita.

Subuhnya di Malaysia pada pukul 615pagi, sedangkan disini subuhnya 520(wib), atau , kalau kita guna jam Malaysia, maknanya beza 5 minit sahaja. Tapi, semuanya lewat satu jam. Kita dah pukul 8 pagi, pejabat Kerajaan dah mulakan tugas, tapi, disini kena tunggu lagi sejam untuk berurusan dengan kantor Pemerintah.


0745 pagi (0645 wib), kami dah menunggu diluar Hotel, untuk acara sarapan. Lapar atau memang tak sabar nak menjamah masakan sarapan Hotel ini

Seingatan saya, menu sarapan tetap sama di Ambun Suri. Nasi goreng menu wajib , adakalanya berpasanagan dengan mihun goreng, berulamkan timun dan tomat dan telur dadar yang dikoyak koyak halus(scramble). Soto tetap ada . Airnya teh dan kopi.

Saya tetap memesan telur setengah matang untuk sarapan pagi, tapi yang ini kena bayarlah.

Memang biasa aje, tapi, sedap!!

Tengok 7 warga Malaysia ni, yang pertama menerpa ke ruang makan hotel

Align Centre
Nasir ketawa besar bila di'kelentong oleh abang Hisham. Sementara Ad duduk sendirian dihujung kiri.

Kami bergerak sekitar pukul 8 pagi(wib) mengarah ke Pagarruyung untuk melihat Istana Baso yang saya kira sudah siap pembinaan semulanya. Terakhir saya kesini pada tahun 2010 bersama Aziz.

Melepasi pejabat Datuk Bandar Kota Bukit Tinggi

Kantor Besar Wali Kota, Kota Bukit Tinggi

Hotel 5 bintang yang terletak di atas bukit, terletak diluar kota Bukit Tinggi

Perjalanan mengambil masa melebihi 1 jam untuk sampai ke Pagarruyung. Tetapi di pertengahan jalan, kami berhenti disekitar lereng lereng yang cantik untuk merakam keindahan alam Bumi Minang ini.

Perhentian pertama untuk pagi ini ialah ke pusat memproses kopi.
Terpesona dengan gunung ganang yang saujana mata memandang, susah nak dapat pemandangan seperti ini di semenanjung Malaysia, kecuali Sabah dan sarawak

Menghampiri satu perkampungan ini, sudah terhidu oleh kami akan aroma kopi yang mengancam hidung kami.
Kelihatan pekerja wanita yang tak melebihi 14 orang sedang membungkus kopi untuk pasaran.

Nampaknya seperti perusahaan IKS sahaja, tapi tuan punya kilang ini memiliki mobil BMW parkir diluar. Macam main main je, tapi......

Maaf ya adik adik bujang, tak ada awek yang kerja disini.

Kami ke arah belakang kilang yang tersedia meja dan kerusi untuk tamu menikmati kopi/teh dan daun malberi , disediakan percuma untuk pelawat.
Saya mencuba secawan air daun malberi....hmmm sedap jugak, dan boleh mengubati berbagai penyakit
Disisi ruang santai ini, ada perkebunan sayur sayuran yang begitu menarik cara ubahsuainya.

Sekitar 30 minit disini dan selepas membeli serba sedikit sebanyak kopi dan ole olenya, kami teruskan perjalanan ke Pagarruyung. Dan terpandang keindahan Masjid ini.


Rekabentuk saolah olah di Asia Barat

Pintu Gerbang Istana Pagarruyung

Istana Besar Pagarruyung, yang siap dibina, tetapi masih belum boleh dilawati kerana belum siap renorvasi dibahagian dalam Istana

Bermacam macam posing yang kami lakukan didalam kawasan Istana ini. Memang cantik, tapi biar pos pos istimewa itu saya siarkan lewat Fb sahaja.

Sedang asyik berpanorama dipersikataran ini, makcik makcik penjaja ini menhampiri, dan Hisham yang sentiasa lapar terus membeli 10 biji ciku siap di potong untuk kami menjamu selera di dataran Istano.
Sham , part melayan makcik makcik memang tera.

Agak lama jugak kami disini, kami kebelakang Istana untuk melihat tapak dimana berlangsungnya acara Primuka/Pengangkap Sekolah tahunan antara Indonesia/Malaysia.

Sudah menghampiri pukul 11, bergerak untuk makan tengahari direstoran yang kami lewati tadi. Kelihatan cantik sebab dikelilingi kolam ikan dan sawah bendang.

Masakan Minang memang enak, tak perlu saya komen lebih. Tapi suasana restoran ini memang unik.
Selesai makan, rakan rakan saya ni menerpa ke arah peniaga jalanan disisi restoran. Habis diborong keris dan parang yang terlalu murah harganya!! Agak kesal, sebab Badrul tidak membeli parang panjang yang begitu cantik ukiranya, serta murah teramat harganya.

Dari restoran ditengah kolam/bendang ini, saujana mata memandang bendang dan gunuang ganangnya


Kami bergerak melepas 1215 (wib) untuk mengerjakan solat Jumaat. Saya minta Ad menghentikan kenderaan di masjid yang berhampiran bila waktu zuhur betul betul menghampiri. Tiada masaalah disini, kita pasti jumpa Masjid setiap 1 km perjalananan.
Ini saya lakukan sebab nak jimatkan masa perjalanan , walaupun pahalanya berkuranganlah.
Untuk memastikan yang ini benar benar pokok kayu manis, Zul mencium sayang
Kedengaran Azan Zuhur sudah berkumandang. Laju kami melangkah mencari tempat berwuduk

Dan mata kami terkedu bila air kolam ini disalur dari sungai/mata air berhampiran, dengan anak anak ikan berenang renang didalamnya. Izzuddin tanya saya, boleh ke guna air ini untuk berwuduk? Mengapa tidak. Air kolam masjid dari sungai berhampiran.

Zul dan Badrul berwuduk

Kami terlewat, jadi hanya terpacak disisi pintu masjid sementara menanti Khatib memulakan Khutbahnya. Walaupun, kesemua pintu sisi ditutup, tapi dek kerana berada di tanah tinggi, nyaman sungguh suasana didalam Masjid ini

Azan Kedua menandakan Khutbah akan dimulakan

Khutbah hari ini bertemakan MauliddurRasul. Khatib hanya berpakaian batik dan berkainkan pelekat. Pada pembukaan Khutbah , beliau membaca teks, tetapi bila sudah melepasi 1/3 , kisah dan nasihat beliau adalah bersahaja dan santai tanpa teks. Yang ini saya gemar kerana ternyata Khatib Khatib sudah dilatih supaya berkata kata dengan bebas tanpa telunjuk dari mana mana pehak.

Selesai solat melepasi pukul 1 tengahri. Kami segera ke mobil untuk meneruskan bahagian kedua acara lawatan untuk hari Jumaat ini. Pada saya ini acara sebenarnya bila setiap kali pulang ke kampuong.

Saya warwarkan kepada rakan rakan supaya kita singgah di hotel sebentar untuk mengambil baju dan tuala kerana hati rakan rakan ni dah teruja bila saya katakan di kampuong , kita boleh mandi air dikali.

Dan mereka terus 'membalas' tuala hotel, yang sengaja diberi lebih oleh pehak pengurusan, mungkin dah tahu yang kami akan bermandi di luar petang ini.

Latiff Hariri
0928mlm 20022011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment