Thursday, 3 February 2011

MASTIKA EDISI FEBRUARI 2011

Misteri Gadis Bunian di Lenggong

Kisah kisah begini memang sinonim dengan orang Lenggong?!!

Maafkan saya jika saya silap.


Mastika pun dah mula bongkar kisah orang Lenggong, anda bagaimana? Nak kisahkan sama?

Apa yang engkau tahu? Engkau asal dari Lenggong ke? Dengar cerita engkau duduk disana dari tahun 1968-1972 sahaja. Alah , duduk pun kat pekan Lenggong, rumah milik kerajaan dengan segala kemudahan tersedia.

Lainlah kami, kami duduk di Temelong, Kg Beng, Luat, Kuak, Pulau Chery, Chepor, Labit.




Tajuk "gadis' tu pelaris sahaja, sebenarnya ada cerita mistik lain yang belum terurai oleh saya di permulaan saya ber'blog' ni.


Ya lah, ya lah, saya akui.

Tapi, saya pun pernah menetap/bermalam di sebahagian dari kampung kampung yang saya sebut ini bersama arwah Bapak saya. Pekerjaan Bapak membuatkan dia punya ramai kenalan dari kampung-kampung pendalaman. Saya tahu, dia ada belajar ugama, berguru silat dan saya sering mengikuti Bapak setiap aktiviti hujung minggu beliau.

Pernah dengar kisah dongeng Lenggong pra-sejarah? Kena baca kat Muzium Purba Lenggong tu tau...

Zaman Jepun /Kominis? Mereka terkapar2 seperti mabuk mencari arah jalan keluar bila 'termasuk' ke kawasan tok nenek/moyang kita. Pernah dengar kisah parang panjang berterbangan? Pernah dengar orang berjalan di atas Sungai Perak? Pernah dengar orang menyelam sambil bertukang didalam Sungai Perak?

Anda Pernah alami cerita pelik seperti yang tertulis didalam Mastika edisi Februari ini? Kalau ya, kita harus kongsi cerita dan renungkan bersama......

Hmm, cuba kawan kawan kenangkan semula....

Saya pernah alami 'sikit-sikit' bersama arwah Bapak saya, secara tak langsung bersama arwah orang dulu dulu yang begitu hebat ilmu dalamannya.


Latiff Hariri
1503 03022011
UiTM Shah Alam

Asri, Batu Puteri kat tepi jalan tu, kalau jual buat batu cincin, boleh buat duit dak?

No comments:

Post a Comment