Saturday, 26 March 2011

Menagih Simpati dalam Majlis Sekolah

Memang aku terpanggil untuk bersama guru guru di suatu pagi itu.

Dah lama berehat dari beraktif bersama mereka. Tiba tiba semangat aku membara , dek kerana sikap saorang bapa yang berlaku biadap terhadap saorang guru. Dah lama rasanya aku menyepi dari bersekolah ni. Kali terakhir bersama mereka ditahun 2008. Sejak itu aku berehat panjang.

Sebaik sahaja berita itu sampai ketelinga ku, aku bergegas ke sekolah untuk mendapat maklumat sebenar dari pentadbir. Ternyata , apa yang disampaikan kepada aku melalui anak aku adalah benar. Guru Kanan (HEP) menceritakan tentang sikap saorang ayah yang begitu biadap , yang menyerang saorang Guru . Dibawa bersama Pegawai Polis serta kata kata ugutan akan menyaman guru tersebut.

Tak ada ruangkah untuk berbincang hingga dibuat lapuran polis?

Dengar khabar bapa tersebut saorang konsultan yang berjaya dengan ijazah berjela jela, tetapi mengapa tindakan beliau mengalahkan pelajar yang mendapat gred 'S' waktu SRP. Eh, masih ada sijil 'S' ke SRP(PMR) sekarang ini? Aku ni ketinggalan sungguhlah!!

Siap sepurnama Meysuarat Emak-Pak dan Guru guru dicanang, aku pun dalam tempoh 24 jam, siap mereka reka ayat yang hendak aku ketengahkan diwaktu mesyuarat agung itu nanti. Memang aku dah nekad untuk menghentam bapa yang baik sungguh perangainya itu.
Hampir terbantut niat aku tau. Nak tau kenapa?

Adakah patut pehak sekolah menjemput wakil rakyat yang gagal memerintah, menjadi tetamu kehormat untuk perasmian majlis ini? Tak jadi lah, tak minat aku dengan puak puak yang dah bangkrap ini.

Tapi, ada suara suara sms yang meminta aku hadir selepas 'pemimpin' tersebut selesai memberi ucapan dan mengundurkan diri dari majlis.

OK lah, ok lah. Aku datang pukul 10 ajelah, walaupun majlis bermula lebih awal dengan harapan, tak perlu mendengar 'kempen ' pemimpin tersebut. Tapi, mana aku nak tahu yang ucapan Pengetua pun panjang berjela hingga ke pukul 11, dan 'Ahli Parlimen dalam Anganan ' ini memulakan ucapan kemudian itu?

Nak tak nak dengar ajelah!!

Melihat kehadiran emak-pak yang memenuhi dewan sekolah, dengan selamba Ahli Parlimen tersebut memohon simpati dari semua penduduk supaya memberi peluang kepada beliau ditahun hadapan untuk masuk ke Parlimen , barang sepenggal, tak mahu lebih pun.
Tiada niat dihati beliau untuk mengaut kekayaan seperti Daim , mantan AP Merbok, mahupun menjadi sehebat DNA. Memadai sepenggal, kata beliau. Ish, malunya!!

" Sekarang saya derma RM5K untuk sekolah dan saya tambah lagi Rm1k untuk membaik pulih......, kalau saya jadi Ahli Parlimen, lebih dari ini saya boleh berikan. Kelmarin dulu saya sempat berJumaat dengan pehak PRDM, khutbahnya dibaca oleh Pegawai Polis dan Tazkirah pun oleh Tuan OCPD. Tuan tuan tahu tak, anak anak Melayu SP menjuarai peratus jenayah tertinggi berbanding dengan bangsa lain"

Aku dah mula cemuih. Dia ni nak berkempen pilihanraya, pergilah ke Sarawak, bukan disini. Meluatnya aku.

Selesai acara kempen beliau, maka beraraklah guru guru menyantuni beliau ke Harrier beliau. Aku berdiri dihujung dewan, dan tak berminat aku nak bersalaman dengan pemimpin bangkrap ini.

Tapi, dia siap tegur aku lagi dan hulur tangan nak bersalaman dengan Datuk L ini!!. Aku...., acuh acuh aje bersalaman dengan beliau sambil meleret mata boring kepada Guru yang mengeyit mata , saolah olah berkata " kau salam ajelah dengan mamat tu"

Aku yang tak reti nak bermuka mukalah!.

Maafkan saya Cikgu.


Latiff Hariri
2310 26032011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment