Saturday, 5 March 2011

Pencari Kartus

Pagi Ahad ni, seawal jam 8 saya mula menapak ke pasar Siteba, kira kira 500meter dari rumah Kak Yus. Kebiasaan saya, setiap kali hari terakhir untuk pulang, acara ni adalah wajib.

Selesai sarapan, saya terus keluar, rancangannya sendirian, tetapi Badrul, Sham dan Zul mahu turut serta. Saya iakan sahaja.



Di pasar ini hanya ada sayuran, daging lembu serta ikan yang tiada pilihannya. Yang banyak ikan tongkol.

Bergerak dari setiap kedai runcit untuk menanyakkan kartus yang terpakai untuk dibuat bagasi yang akan 'dicampakkan' kedalam perut pesawat nanti.

Kedai yang biasa saya beli ni jugak, yang masih menjual kartus.


Dah korang nak ikut, kenalah bawa kartus ni ya




Setiap kali saya ke Padang/Jakarta bersama keluarga, saya pastikan didalam beg sudah tersedia masking tape dan marker pen. Kotaknya saya beli sahaja di sana.

Alasannya mudah, segala pakaian yang kotor atau ole ole yang basah/berbau, saya masukkan dalam kotak untuk memudahkan kita bila menaiki pesawat dengan hanya mengedong beg yang terisi pakaian baru dan ole ole yang berharga sahaja. Lebih selamat dari hilang beg bila dimasukkan ke dalam perut pesawat.

Sebab itu juga, kiranya anda perasan, saya berselipar jepun sahaja, kerana ada kalanya selipar ini saya sedekahkan aje , untuk saya berkasut baru bila pulang nanti.

Malam ni korang kena mulakan acara 'packing'.


Latiff Hariri
1823 04032011
Sungai Petani
(Publish @ 530pm 050311, sempena minum petang bersama rakan rakan OE1981 di Restoran Serai Sate Kajang, Medan Bestari Ipoh - menuju ke 1 Mei 2011)

Alfatihah untuk rohnya Cikgu Mustafa Embi, guru Tingkatan 6 SMKE VII angkatan 70-80, juga guru Kadet Sekolah. Moga diletakkan bersama orang orang yang Solihin

No comments:

Post a Comment