Sunday, 24 April 2011

Datuk Datuk ABCD

Kalau kita rajin mengikuti kuliah Maghrib atau Isyak, yang disampaikan oleh penceramah bebas , yang ilmunya adalah 'hak tetap hak, batil tetap batil' , kita akan mendapat ilmu yang tak terfikir oleh kita. Ya, Ilmu agama sudah pasti yang benar semua, tiada soal menegakkan benang basah, sepertimana 'Ulamak' mereka yang dilantik atas tiket memuaskan nafsu serakah mereka, supaya yang benar disorok, yang batil dihalalkan.

Ini bukan kisah yang saya nak kongsi bersama, sebenarnya ada kisah yang menarik sejak hebohnya kisah Datuk T sebulan yang lalu. Kisah dari sesaorang yang berani berkata benar.....

"Dalam dunia Melayu ni, mana ada Datuk T?", itu mukaddimah awal dari beliau.

"Yang ada cuma Datuk A, B, C, D". sambungnya lagi.

Jemaah yang pada mulanya mula lali dalam khayalan kuliah yang disampaikan, mula tersedar dan memberi perhatian. Ada jemaah yang dah mula menunjuk reaksi, seolah olah bertanya, apa yang dimaksudkan dengan Datu ABCD ni? Tak pun sengaja nak panaskan isu Datuk T. Ya lah , ada dua Datuk T tu asalanya dari SP dan AS, orang Kedah tu! Ustad pun orang Kedah jugak.

"Yang boleh dihormati dan dikagumi, Datuk A", ujar beliau lagi.

"Ya, Datuk A - Datuk Anugerah....., Anugerah yang diberi oleh Baginda Sultan".


Jemaah mula menganguk tanda setuju. Golongan ini payah nak dapat, yang terpilih sahaja yang akan mendapat penganugerahan istimewa dari saorang Raja.

Melihat jemaah mengangguk tanda setuju, Ustad pun teruskan celoteh selingan beliau,

" Datuk B.......... , yang ini banyak bersepah." Berhenti seketika beliau untuk melihat reaksi jemaha.

"Ya lah, Datuk Beli, ramai kat luar tu........, tak boleh beri muka pada mereka ni
".

Jemaah tersenyum sumbing. Tapi masih menganguk kepala tanda setuju. Puas dengan reaksi positif yang diberikan jemaah, Ustad pun teruskan.

"Datuk C........ Datuk cucu. Semua yang panjang usianya dan mempunya zuriat, insyaallah akan mendapat gelaran ini"

Jemaah tersenyum tanda setuju.

"Datuk terakhir, Datuk D, ini kadang kadang, atau jarang kita berikan kepada mereka yang berkepakaran 'online' secara ghaib,..... Datuk Dukun."

Hahaha, dah ada yang ketawa. Baru terasa ceria kuliah kali ini, yalah, dah lepasi jam 2145 malam, dah melepasi sejam waktu Isyak ni.

Ada jemaah yang kaki lawak terus bertanya ustad, " Ustad, yang Datuk T tu?"

Tersenyum ustad. Terdiam seketika......" Itu Datuk T#%^*: " Jawab selamba beliau. Lagi bertambah gamat dengan gelak ketawa.

Saya nak tanya pun mesti kena hentam ni. Jadi saya tanya lewat blog ni aje.

Datuk K?



Latiff Hariri
2127 23042011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment