Wednesday, 20 April 2011

Halwa Telinga

Kalau anda perhati, bukan kesemua foto foto ini dirakam oleh saya. Saya hanya berminat dengan acara rasmi perkahwinan serta adat istiadat Mandailing ini sahaja. Jadi sekiranya ada foto foto yang terkeluar dari yang sepatutnya, ternyata bukan saya merakamkannya. Kalau tak Si Wan, maknanya si Osman. Kalau tak si Osman, maka orang itu ialah Raja Anuar. Hehe.

Termasuk foto dibawah ini!


Ehem ehem

Tulisan tulisan ucap selamat begini amat biasa, sekiranya anda berkunjung di kota kota di Indonesia. Setiap kata kata ucapan berharga sekitar RM80 -RM200, tertakluk kepada ukuran papan tanda. Katanya Pak Suparmin, saya pernah menghantar sebuah papan tanda ucapan dihari pernikahan anak gadis beliau. Mungkin juga, saya dah lupa, tapi, yang pasti ianya menjadi daya penarik untuk tatapan pengunjung, dari mana datangnya pengirim papan tanda ini.


Menyandar si Osman, Wan bergaya ala ala bodyguard SBY, saya macam biasalah....

Acara berzanji dan marhaban bermula. Memang menarik sekali khosidah dan nasyid yang dialunkan oleh kesemua penyanyi lelaki dari badan kesenian Gondang Sembilan ini. Ternyata suara Nash pun bisa dipukul oleh beliau.

Para hadirin menanti diluar sementara menanti acara selanjutnya iaitu persandingan.

Pengantin lelaki sudah pulang kerumah tamu untuk bersalin pakaian, sementara yang perempuan sedang bersiap. Saya kira masih ada sejam lebih untuk menanti acara selanjutnya.



Tetamu kusyuk mendengar nyanyian kata kata pujian keatas Illahi, sungguh mengasyikkan. Raihan harus mendengar alunan dari Kumpulan Gondang Sembilan ini!!

Penyanyi utama dua dari kiri, juga peniup seruling. Rata rata kesemua mereka boleh berzanji dan beratib dengan begitu baik sekali. Teralun saya berada diirama padang pasir.

Ini pun bukan acara saya, dua anak sunti yang akan melayan tamu dengan menghidang kuih kedalam piring , untuk setiap meja tetamu.

Sepupu dari Malaysia bertemu sepupu dari Indonesia

Raja Anuar dan Osman, memang suka menyakat antara satu sama lain

Masa berlalu begitu pantas , walaupun pada mulanya terasa perlahan. Yalah, terlalu asyik dengan irama timur tengah yang mengasyikkan. Hingga terlupa jam sudah melepasi pukul 12 tengahari.

Kami mula terasa lega bila pengantin perempuan sudah keluar dari rumah menuju ke pentas pelamin. Maknanya , bila bila masa pengantin lelaki akan tiba. Bererti jugak, kami boleh pulang mengikut jadual kami.

Irama nasyid masih diteruskan. Saya agak pengantin perempuan menanti melebihi 30 minit, namum tiada bayangnya pengantin lelaki. Para petugas sudah mula memasang kipas dikeliling pengantin bagi mengurangkan bahang panas yang mula menerkam.

Saya dah mula mundar mandir diluar perkemahan untuk mendapatkan aksi pertama pengantin lelaki sebaik sahaja beliau keluar dari mobilnya.


Latiff Hariri
1715 18042011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment