Tuesday, 26 April 2011

Upah Upah

Selesai acara menyambut pengantin dan dipersandingkan, mereka terus dibawa masuk ke rumah untuk acara seterusnya. Sedangkan tetamu masih terus menjamu selera.

Saya turut mengekori tetamu tetamu yang lain memasuki ruang tamu.

Pengantin mengambil tempat dihujung ruang. Dihadapan mereka terhidang setalam makanan( saya agaklah) yang tertutup dengan daun pisang dan kain.

Pengantin sudah ditempatnya menanti permulaan istiadat Upah Upah

Penyelaras adat ini, memulakan dengan memperbetulkan kedudukan talam


Penutup talam dibuka.



Lalu dibawa keluar .

Dari ucapan penyelaras adat ini, katanya penutup daun pisang hendaklah diletak diatas almari makanan, dan pastikan tiada yang melangkahnya.


Pengendali adat Upah Upah memulakan acara dengan menyatakan adat ini adalah simbolik sebagai tanda berpisahnya kehidupan anak anak ini dengan orang orang tua mereka. Walaupun begitu, ikatan itu tetap utuh. Kata kata nasihat pun mula diberikan. Diselang seli dengan kata kata nasihat oleh keluarga terdekat dari sebelah emak kepada pengantin perempuan.

Saya tak dapat mengikuti kerana kata kata ucapan dari orang orang tua yang rapat dengan pengantin diselang seli dengan dialect mandailing. Walaupun begitu, saya faham, kerana rata rata tetamu wanita yang hadir menangis teresak esak, dan yang lelakinya tunduk merenung lantai.

Saya tak sanggup lama disini.....

Pada awalnya saya mengikuti jugak kata bicara mereka, tetapi bila ada yang dah mula teresak esak, dan bahasa yang kurang saya faham, saya mula melarikan diri dari majlis. Hahaha. Tak sanggup melihat kesemua tetamu perempuan menangis, dan yang lelakinya tunduk kebawah. Saya pasti kata kata akhir nasihat dan kenangan kisah lalu sedang diungkit. Pengantin perempuan turut menangis. Sedih macam ni....

Antara kata nasihatnya, acara ini adalah yang terakhir, sorang ibu dan anak boru( pakcik2) memberi kata nasihat dan menyuapkan mereka berdua dengan sajian makanan yang terhidang. Selepas ini tiada lagi, mereka berdua yang akan kendalikan sendiri tanpa dikelilingi oleh sanak saudara.
Pengantin lelaki memberi ucapan ringkas dengan ucapan terima kasih tak terhingga kepada semua yang menjaga beliau dari kecil hingga selesai menjadi saorang suami. Kata kata nasihat akan diguna pakai oleh mereka berdua.

Nasi Putih berlaukkan ayam, telur rebus dan udang. Ayam mempunyai pengertian yang kuat, telurnya yang putih bersih. Tabiat ayam yang patut dicontohi, pabila ibu ayam mengkais makanan, ia akan utamakan anak anak ia makan dahulu. Maknanya rezki yang dicari nanti adalah keutamaan untuk anak anak. Sedangkan udang membawa pengertian, yang hidup kita ini adalah dalam satu kelompok persaudaraan dan ikatan, sepertimana udang yang sering berenang renang mencari rezki secara berkumpulan.

Suapan pertama terakhir dari saorang ibu
.

Dari makcik makcik yang hadir

Aik, Amisya Hani nak kena suap sama ke?


Selesai kata kata terima kasih, hidangan makanan yang masih berbaki itu, diangkat dan disimpan diatas almari makanan didapur. Kalau dulu dulu , letak atas para atau aua gerobok. Macam tu lah lebih kurang.

Saya kira sudah selesai, dan saya sudah berura ura untuk pulang. Terus keluar rumah, berpakat dengan Raja Anuar dan Wan, besiap untuk pulang .


Latiff Harriri
1857 26042011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment