Monday, 2 May 2011

Bersama Anak Anak Yatim OE1981

Adakalanya saya akui, keaktifan saya bergerak seiringan dengan usia saya.

Kalau saya kenangkan diawal pertemuan "SESUDAH 23 TAHUN" dahulu, dengan awal pertemuan "SESUDAH 30 TAHUN " ini, saya rasa keaktifan saya mula menurun. Tapi mungkin jugak, kisahnya ditahun 2004 itu lebih menarik, kerana itu titik permulaan untuk pertemuan seterusnya, sedangkan ditahun 2011 adalah untuk kali kedua. Walaupun dikira kali kedua, tetapi, saya terasa kekuatan fizikal saya mula menurun.....




1) Ini aktiviti saya pada hari hari Sabtu 23 April 2011, bersama" kembar sepusat sepusing saya, mak pak lain lain" , saudara Badrul Hisham Hasanuddin. Ya, kami kembar kelahiran Taiping pada 4 Julai 1964 .

Dirumah Arwah Azhar Aziz, bersama balu dan anak anak arwah. Anak sulong kini berusia 18 tahun dan sedang berencana untuk memasuki institusi pengajian tinggi. Anak Arwah kesemuanya 6 orang, 4 lelaki 2 perempuan. Yang bongsu kini berusia 8 tahun. Sudah 7 tahun pemergian Azhar Aziz.















Ini foto terkini bersama ibu tanpa ayah, sedangkan yang kanan 7 tahun yang lalu.

Ada yang peduli?


2) Sedangkan ini yang terdekat dengan saya. Dekat..., tapi jauh. Saya hanya berkesempatan bertemu dengan adik Yuslinda , yang juga menetap di Sungai Petani. Untuk bertemu balu dan anak anak sudah agak kesuntukan masa. Ya lah, hari ini dah 25 April 2011.

Foto terakhir Ayahanda Yusuff dan anakanda Yusree, di IdulFitri 2003. Sayangnya Arwah Yusree terhadap Ayah, hingga menyusuli Ayahanda selang beberapa bulan sahaja.

Anak anak Allahyarham berjumlah 3 orang. Yang sulong perempuan , kini berusia 17 tahun, dan yang bongsu berusia 7 tahun.

Ada yang mahu membantu?

Yuslinda, satu satunya waris Ayahanda Yusuf yang ada. Kini bersama suami. Bonda berada di Kajang mengasuh anak anak arwah kakak. Bonda ada menanya, "mana kawan kawan Arwah Yusree seangkatan Hoki yang sering berkunjung setiap IdulFitri tu? Yang sering berziarah cuma Azmi Azuar...."

3)Ini kisahnya Isyak 28 April 2011 di Taman Seruling bersama balu dan anak bongsu Arwah Radzi yang perginya belum melapasi 40 hari yang lalu.




Hidangan keropok... belian terakhir Arwah Radzi, menjadi rezki kami malam ini.


Arwah Radzi pun meninggalkan 6 orang cahayamata , 4 perempuan 2 lelaki. Yang sulong sedang belajar di Institut Pengajian Tinggi, berusia 21 tahun, sedangkan yang bongsu berusia 11 tahun.

Ada yang sudi membantu?
4) Ini tengahari 1 May 2011 bersama Azmi Abu Kassim , dirumah balu dan anak anak Marzuki Abdul Latiff, di Kamunting Taiping.

Kenangan saya bersama Marzuki diawal darjah 3 hingga Tingkatan 5. Walaupun berlainan kelas, saya dan Marzuki boleh bergebang bila bertemu,sebab dah masak dengan hati budi dia.

Arwah meninggalkan 3 anak, 2 perempuan seorang lelaki. Yang sulong perempuan berusia 17tahun, dan yang bongsu berusia 8 tahun





Ini foto bersama terakhir di IdulFitri 2008.

Perginya Jumaat dibulan Ramadhan 2010.
Saya boleh tahu mengapa perginya hari Jumaat dan dibulan yang mulia.

Saya?




Ada yang perihatin?


Soalan yang sering saya lontarkan kepada rakan rakan 1964 .

Sudah diambang sore ini, apakah sumbangan kita terhadap rakan rakan seangkatan, yang kecil jumlahnya ini. Tak perlu saya tanya pun , sebaiknya saya tanya pada diri sendiri? Apakah memadai saya sendirian menjenguk mereka? Atau saya ramaikan bersama rakan rakan semua? Kata kata semangat dari rakan saya, Jamal Wahid bila saya dalam keadaaan 'murung' bila gagal menghadapi rintangan..

" Latif, biar kita sedikit atau sendirian...., kita jadi lebah....kalau ramai pun jadi lalat, tak ada gunanya" .
Dalam maksudnya tu Jamal! Tapi, ia menjadi kata kata semangat untuk saya teruskan aktiviti begini walaupun adakalanya sendirian, adakalanya dikelilingi 'lebah lebah' yang faham apa ertinya sebuah persahabatan dan enaknya kemanisan madu yang dibekal dari seekor lebah......

Alfatihah untuk:

1) Aziz Basher
2) Zainal Azmi (McHelm)
3) Sanusi Jaafar
4) Azhar Aziz
5) Yusree Yusuff
6) Zulkifli Bahrain
7) Marzuki Latiff
8) Mohd Radzi


Hanya ini yang termampu saya sedekahkan.....


Latiff Hariri
1129 02052011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment