Sunday, 22 May 2011

Mengenang Guru Sepanjang Minggu Yang Berlalu

Saya cuba mengingati nama nama Guru Kelas saya bermula dari darjah 1 hingga Tingkatan 5 . Sebelum itu, Guru Quran saya, yang mula mula saya ingat adalah saorang Ustazah yang mengajar kami mengenal huruf Jawi bermula dari darjah 1 iaitu Ustazah Maimunah. Ini ustazah SRJK(I) Lenggong. Di KEVII-1 Ustazah Zaharah(Bonda si Anisz)Tapi, ada tigaa Pakcik/makcik yang mengajar kami Muqaddam , yang telah saya lupa namanya, tapi masih segar ingatan akan paras rupanya. Pakcik ni datang mengajar kami setiap petang tertentu, dan yang lagi saorang makcik, yang duduk di perkampungan kedalam Kampung Sira Sekolah, yang mana rumahnya melepasi sungai berdekatan dengan rumah kami di Simpang Pokok Jerai tu. dan yang saorang lagi Pak Mat, guru Quran yang berbasikal setiap hari dari Batu Kurau semata mata mengajar kami di Aulong , Taiping. Saya pasti akan mencari(jika usianya panjang) bila saya bertandang ke Batu Kurau nanti.

Guru darjah 1 - Cikgu Ainun
Guru darjah 2 - Cikgu Lily
Guru darjah 3 - Cikgu Sundram
Guru darjah 4 - ? Cikgu Perempuan(garang orangnya)
Guru darjah 5 - Cikgu Maniam/Guru Perempuan dari TMGS(garang jugak ni!)
Guru darjah 6 - Cikgu Suhaimi Alang Endut (Adik dia boss saya suatu ketika dahulu)

Tingkatan 1 - Puan Azwa(?)
Tingkatan 2 - Cikgu Sugu(?)
Tingkatan 3 - Miss Janet
Tingaktan 4 - Mrs Ng
Tingkatan 5 - Cikgu Rosli

Sayangnya, memori saya sudah terpadam samada nama nama (?) merupakan guru yang menjadi peneraju kelas saya ketika itu. Maafkan saya, tapi wajah wajah guru tersebut abadi dalam ingatan.

Ini tentang balsan sms yang saya terima tahun ini dari guru guru yang mengajar anak anak saya,tapi yang ini istimewa, dari bekas guru saya bila beliau menerima SMS ucapan dari saya:-

" Thanks for appreciating us. We are so happy to see u & Roziah doing se well. Teruskan kejayaan ini ."

Diri saya dan Roziah pulak yang dipuji saorang guru, padahal, tanpa mereka dulu, pasti kami pun entah kemana........

Lagu ini dituju khas kepada Guru Guru yang pernah mendidik saya dari kecil hingga dewasa. Terima Kasih Cikgu. Lagu nyanyian Lulu lagu asalnya, tapi kena ikut perubahan masa. Mereka berjaya membawa lagu ini dengan baik sekali termasuk ekspresi mukanya.....



Terima Kasih Cikgu Cikgu semua!!

Dan sempena hari guru ini juga, kami berlima makan makan , meraikan Hari Guru dan hari lahir yang secara kebetulan jatuh pada hari yang sama.

Mokhtar dan Zulkifly menjadi tetamu sempena hari kelahiran ini, ya lah, mereka yang duk jenguk jenguk rumah saya setiap kali saya berhujung minggu keluar kota.

Dah tu, Selasa pulak cuti umum, sebaik selesai saya menyembur racun rumpai sekeliling rumah dan dari mula jalan masuk di taman perumahan ini, saya bergegas ke kebun, tengok, kalau kalau ada durian yang luruh.

Ini pokok buah jugak ni.

Ini durian buruk yang luruh dari satu pokok, yang saya kira berpenyakit, sebab hanya pokok ini yang meluruhkan buah yang busuk. Kena tolak lebih 60 biji dari pokok ini. Faktor cuaca memainkan peranan.

Pokok ini gagal untuk tahun ini.

Yang ini antara buah yang terbaik, tapi sedikit buahnya tahun ini.


Ini antara durian kampung yang kecil, tapi manis.....

Yang ini gara gara menyambut buah durian yang luruh dari pokok, teringat main rugby menentang Clifford 1976 dan BM Hi-School 1979. Hehe.

Latiff Hariri
2128 24052011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment