Thursday, 2 June 2011

Day 1 - Alor Setar-Shah Alam-Cherating

Pukul 615 pagi dah bergerak ke Alor setar untuk temu janji pertama.

Senang bila kita tepati janji, dan kita diberi tempat pertama untuk temujanji itu. Bermula pukul 8 pagi, dan semuanya selesai pukul 822 pagi.

Terus bergerak semula ke Sungai Petani, dan hanya bergerak mengarah selatan pada pukul 10 pagi. Perjalanan lancar, tapi saya perlahankan kerana cukup pasti , kiranya tiba pukul 1 tenghari, pejabat pulak tertutup untuk makan tenghari. Lebih baik tiba sekitar pukul 2 petang

Temujanji kedua ini agak panjang, sekitar pukul 240 baru selesai, dan kami mula memasuki terowong Genting sempah sekitar 305 petang.

Tiada apa yg menarik selain dari tolnya yang agak mahal, itu sahaja.

Berhenti makan sekitar pukul 5, dan kami terlepas acara memotong kek pada pukul 5 bersama keluarga yang lain.

Tiba diperkarangan Impiana ni pun dah melepasi 605 petang.

Terkejut jugak bila tengok papan ucapan ini didepan tangga lobi. Ini sah kerja Kak Sham, pengelola 'cuti cuti Malaysia' ni.


Nama nama yang hadir, genap 20 orang.

Izzuddin didepan papan notis.

Menapak ke kamar.


Ke kamar utama dimana emak dan Rahman sekeluarga menginap . Minum sorang secawan teh dan potongan kek Hari Jadi Madihah Jabar.

Bersama Rahman dan emak dibilik Utama. Minum petang.

Akhirnya, semua tak tahan bila melihat ombak didepan kamar ini yang melambai lambai. Terus semua turun ke pantai....

Dua abang 'besar' dari keluarga Hariri. Ya, Rahman anak kedua, sedangkan saya ketiga.

Aqilah, cucu pertama emak, Hajjah Fatimah Zaiton Adam.

Kami menginap di kamar dilantai yang sama, cuma kami dihujung. Tengok kamarnya, tak nak kata apa dah, puas hatilah. Ya lah, percuma semuanya!! Bawa perut dan isi minyak dan bayar tol sahaja.

Kamar 146. Sakan anak anak berposing didalam kamar ni.


Memasuki kamar sendiri pun dah melepasi pukul 7 senja. Bersiap siap apa yang patut. Kak Sham & Abang Jabar dah belikan 'nasi bungkus' untuk setiap orang untuk makan malam. Kami makan dibilik sahaja, supaya cepat , untuk acara selanjutnya malam ni.

Janjinya bergerak pukul 9 malam, tapi kami semua dah bersedia dilobi sekitar 830 malam.

Menuju ke pusat kawalan pendaratan penyu. Kami bergerak dengan dua kali perjalanan, kerana Van hanya boleh memuatkan 9-10 penumpang untuk satu perjalanan, sedangkan kami melebehi
18 orang.


Trip pertama.

Kami tiba di penempatan sekitar 945 malam. Malam agak panas. Terus menapak ke pantai yang dikawal rapi oleh renjer dari Pusat Pemeliharaan Penyu.

Baby ninja turtle.

Kami meredah pantai dalam kegelapan malam.

Menanti hingga sekitar jam 11, bila secara serentak, 2 ekor penyu mula mengeluarkan telur, dan dapat melihat secara mata kasar.

Enjoy dapat berjalan malam malam buta ni ya?

Foto menghala ke Kuala Kemaman,hasil Muhd Izzuddin Janaton.

Pemandu pelancung memberi tunjuk ajar apa yang harus dilakukan bila melihat penyu bertelur nanti supaya tidak mengganggu penyu.

Anak penyu yang kami lepaskan melebihi 30 ekor.

Sebaik selesai melihat penyu bertelur, hujan pun turun selebat lebatnya. Habis lenjun kami bermandikan hujan.

Sampai ke hotel melepasi pukul 12 malam dalam kesejukan.


Latiff Hariri
1250 02062011
Impiana Cherating

No comments:

Post a Comment