Wednesday, 8 June 2011

Day 2 - Acara Bebas

Selesai acara sukaneka ni, kami yang lelaki main bolasepak pantai.... memang pancit.

Ruginya, bila bateri kamera pun mati, yang gantipun mati jugak, terpaksa re-caj ,jadi tiadalah aksi aksi angkatan 48- 47 ni menjaringkan gol.

Yang anak anaknya bermain kolam dan ke pantai, sedangkan saya terus kekamar untuk rehat rehat.




Akmal dan Izzuddin. Akmal tua setahun dari Izzuddin.

Cari telur penyu.

Ini aksi biasa yang saya tengok , si Rashi memang begini setiap kali bersama anak bongsu kesayangan dia tu.

Ohhh, korek untuk 'matikan' ilmu dukun Jawa, si Hakim.

Hakim memang suka mengusik. Dengan ukuran XXL badan beliau, seoalah olah lagak saorang bomoh bila setiap kali kami bermain sukaneka. Pasti dia berdoa dan berjampi serapah supaya kami gagal menjaringkan gol mahupun menjatuhkan botol dalam acara Bowling buah kelapa.

Dia terlupa yang abang abang dia sengaja nak perkenakan dia....bila dia gagal keluar dari lubang pasir yang menimbusi sebahagian badan beliau.

Selesai solat Zuhur, kami bergerak ke Chukai menuju kerumah Ayah Long. Rashi dan keluarga sudah bergerak seawal jam 12 tadi menuju ke Dungun untuk pekena sotong bakar berdekatan UiTM .

Mak Long tiada dirumah, sudah pulang ke Besut. Hanya bertemu Pak Long, cik De dan Hanani yang sedang bercuti sem dari UIA. Hanani yang kami hantar tahun lalu ke Kolej MARA Kulim untuk kursus matrik, tetapi disaat akhir bertukar ke UIA untuk kursus kedoktoran.


Bersama Ayah Long, Cik De dan Hanani.

Ziarah ke rumah Mak Teh disebelah. Mak Teh adalah adik ipar kepada arwah emak Roziah. Pak Teh baharu sahaja meninggal sebulan yang lalu pada usia 70 tahun. Kami tidak dapat berziarah pada hari tersebut kerana Pak Teh pergi mengejut, dan disegerakan semadinya tak melebihi 5 jam.

Roziah dan Aqilah bersama Mak Teh dan sepupu beliau, anak kpd Mak Teh.

Kami bergerak menghala ke Kuala Kemaman untuk pekena sata dan minum petang. Saya siap beli 6 cucuk, bersamaan 54 biji untuk saya promosikan kepada keluarga saya di Impiana Cherating, dan berpuas hati bila semua memuji akan keenakkan sata ini.



Sata ini yang terbaik pernah saya makan.

Kami kembali ke hotel sekitar jam 6. Rupanya Rahman sekeluarga lena keletihan sedangkan Kak Sham/Abang Jabar sambung bermain dipadang tepian pantai.

Kami terus bersiap untuk acara selanjutnya

Latiff Hariri
1845 03062011
Nilai, NS

No comments:

Post a Comment