Friday, 17 June 2011

Ini kisahnya, 'Kisah Saorang Gadis'

Kalau anda tahu serba-banyak latar belakang kami ni, anda akan perasan, banyak kisah kisahnya tentang kedudukan rumah kerajaan yang kami tinggal dari kecil hingga remaja ini. Semuanya rumah yang berdekatan dengan Balai Polis atau berjiran dengan Polis.

Memang begitu pun rancangan penjajah, mengumpulkan kesemua kakitangan kerajaan disatu kelompok yang agak selamat.

Saya pernah menginap dirumah kerajaan bersebelahan SRJK(I) Lenggong tu, dimana rumah kami betul betul dihadapan Balai Polis Lenggong. Tetapi kemudiannya Bapak dapat sebuah rumah 'banglo' di Simpang Pokok Jerai .

Bila pindah ke Taiping, Bapak menyewa di rumah sekitar Pokok Asam dan Aulong, sebelum berpindah ke kuarters kerajaan betul betul didalam tapak Balai Polis Aulong .

Pada awalnya ramai yang terkeliru mengatakan yang saya ini anak Polis dan Bapak berpangkat Inspektor, ceh. Hehehe.

Ya lah, sedangkan Sarjannya (ketua Balai) berumahkan kayu sebuah, berwarna hijau, dan rumah kami banglo 4 bilik. Tak dinafikan, adakalanya, diawal perpindahan kami, pakcik pakcik Polis yang bertugas menjaga Balai akan memberi tabik hormat kepada Bapak setiap kali kami melalui dipintu pagar Balai. Kelakar jugak.

Ditahun 1978 bila Bapak berpindah ke Kuala Kangsar, pun, selesai berpindah randah dari Kg Changkat, Bukit Chandan dan kuarters didepan SM Clifford tu , rumah terakhir kami pun bersebelahan dengan Banglo Tuan OCPD Kuala Kangsar. Dan pada awalnya hanya berjiran biasa, tetapi akhirnya , baru tahu yang Pak Su Yusoff tu ada tali persaudaraan dengan Bapak. Makin mesralah kami.

Jadi, bila minggu yang lalu saya gagal mencari anak Polis ini yang pernah berjiran dengan kami dahulu, kali ini sebaik pulang dari Cherating, saya terus ke Nilai menjengok anak dan pada waktu yang sama mengarah ke Seremban mencari Pakcik Sarjan Mokhtar dan isterinya Makcik Mai( Jamaliah).

Kali ini perjalanan lebih terancang kerana saya berjaya mencari salah saorang anak Pakcik Mokhtar melalui Facebook. Dan kami tiba di Taman Senawang Indah ini sekitar pukul 11 pagi.

Ternyata Pakcik Mokhtar dan Makcik Mai menanti kehadiran kami semula, selepas lebih 15 tahun tak berjumpa.

Saya terus memeluk Pakcik Mokhtar, dan kemudiannya Husni.

Saya ada kisah peribadi antara Bapak dan Pakcik Mokhtar ni, diawal perkenalan mereka sebelum kami berpindah ke dalam Balai Polis Aulong tu. Kisah menarik, yang saya simpan, mungkin pakcik Mokhtar pun ingat bagaimana Bapak mula mengenali pakcik Mokhtar. Emak jangan ceritalah, bila dia jumpa orang Nogori berjiran sebelah rumah dengan dia ni.

Kami dihidangkan roti canai dan mee goreng

Makcik Mai

Pakcik Mokhtar. Saya rasa dah Haji Mokhtar ni....

Bersama Husni Mokhtar. Ini kisaynya dua remaja yang berdendangkan lagu D'lloyd, Kisah Saorang Gadis.

Dan Husni sempat mengungkit kisah 'cinta monyet' masa kat Aulong. Saya ketawa , dan mengingatkan beliau setiap nama anak anak gadis yang menjadi igauan satu masa dahulu.

Satu tumbukan mesra saya tujukankan ke bahu Husni!! Hahaha.
Pakcik Mokhtar dahulu adalah Ketua Balai, Balai Polis Aulong. Kira warga Aulong , kalau tak kenal Pakcik Mokhtar, silap banyak la.

Dah anak Hariri pun kenal mesra dengan Makcik Mai, kini cucu cucu pulak.

Kami di sini sekadar satu setengah jam. Bertanyakan khabar dan membawa khabar. Dan saya diberitakan, bahawa salah saorang pakcik Polis di Aulong dahulu pun berada dalam keuzuran, tapi ramai yang telah tiada.

Bersalaman dengan makcik Mai, dan salam dikirm kepada emak saya. Saya sempat menalipom emak , dan Makcik Mai dapat berbual sekettika dengan emak, yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping tu.

Mengucapkan terima kasih kerana layanan yang diberikan. Sempat saya mencuri sekeping dua foto foto lama , untuk simpanan saya, dari Husni.

Ingat ek, 30 Taman Senawang Indah, Senawang, Negeri Sembilan.

Bergerak ke Shah Alam menggunakan laluan Lekas dan keluar melalui Nilai. Tiba di Shah Alam sekitar pukul 1 tengahari untuk tinggalkan Aqilah, dan teruskan perjalanan pulang ke Kedah.

Tiada rancangan apa apa rasanya, kecuali jika ada 'halangan' di Ipoh. tapi, biar sampai di Ipoh, baru salam diberi. Tak nak biarkan orang menanti lama, ya lah, manalah tahu, kalau kalau lebuhraya sesak secara tiba tiba.


Hadiah kerana berjaya mendapat segulung Ijazah, dari Pakcik Makcik yang hadir, dibuka didepan adik Aqilah, Noor Faiqah.


Latiff Hariri
2215 14062011
Sungai Petani

No comments:

Post a Comment