Sunday, 26 June 2011

Rancang, tapi Lain Yang Jadinya

Jumaat 17062011

Adakalanya kita merancang awal, kita doa supaya rancangan kita menjadi kenyataan, tapi adalakalanya lah, rancang sangat sangat , lain yg jadi. Tak rancang lagilah jadi caca merba akhirnya. Fikir fikir, dan bicara sana sini bersama rakan rakan. Siap pujuk , siap 'reminder' dikirim, akhirnya terpaksa tukar haluan.

Selesai kerja sekitar 5ptg, saya terus pulang, menjenguk durian yang luruh di kebun. Hm, sekadar 1 biji!? Ya, dua pokok yang lebat luruhnya sudah hampir kehabisan buah. Tak sampai sekitar 20 biji yang masih bergayut. Sedangkan yang 3 lagi,masih segan untuk luruh sepenuhnya.

Bila saya kirakan durian yang ada di dapur ni tidak melebihi 50 biji, saya terpaksa tukar haluan. Hantar dahulu apa yang ada untuk keluarga di Kuala Lumpur. Dan cuba aturkan minggu yang lain untuk rakan rakan OE/SMDA ni.

Untungnya ramai yang mahu menemani saya ke Kuala Lumpur. Anak anak jiran saya, Abang Omar, Si Mokhtar dan Zulkkifly menyerah diri untuk menjadi pemandu perjalanan malam ini. Dan disaat akhirnya juga, jiran, Najib memohon turut serta. Tak kan saya nak menolak.

Kami bergerak sekitar 630 petang sewaktu dengan Izzuddin mengarah ke kelas pianonya. Kami berempat memasuki Tol Kepala Batas sekitar 650 petang. Melepasi Taiping sekitar 8 malam, dipandu sepenuhnya oleh Mokhtar. Angkatan pakcik pakcik duduk dibelakang.

Mungkin pertamakali Mokhtar memandu memasuki Kuala Lumpur dengan bantuan hala tuju dari saya. Dan kami hanya tiba di Bandar Tun Hussein Onn sekitar 1130 malam.


Di rumah Rahman Hariri , bersama Zul, Tart dan Najib.

Selesai menurunkan sekitar 40 biji durian di rumah Rahman, kami dihidangkan kopi panas, mertabak segera serta lauk lomak cili padi berisikan umbut kelapa dan 'lobster' kecil. Meleleh air liur kami . Sekadar sorang satu dua hirupan tanpa nasi. Mengelak makan nasi supaya tidak mengganggu rancangan awal saya untuk menjamu jiran jiran ini di tempat kebiasaan saya.

Kami memasuki Al Rawsha sekitar jam 1230 malam untuk makan malam!


Selalu depa duk tengok aje dalam foto, la ni depa yang berada dalam foto disini.

Selesai makan sekitar 120 pagi. satu untuk kenangan.

Terus mengarah ke Dataran Merdeka, juga dipandu Mokhtar, untuk melihat apa yang 'happening' disini.

Datuk Najib dan Pak Latiff, jiran setaman. 130 pagi 18 June 2011

Untuk rekod aje memasuki Dataran ini, yang kami dah sampai KL, kami terus ke Shah Alam untuk kiriman durian kepada anakanda dan adik saya disana .

Tiba di Seksyen 17 sekitar 230 pagi.

Dalam diam, Mokhtar sudah mengayat pakciknya di Seksyen 25 untuk diajak keluar, dan diterima dengan besar hati oleh abang kita ni.

Bersama Bg Shipol, pakcik kepada Mokhtar/Zulkifly ni, Jam 3 pagi.

Selesai acara ini kami teruskan perjalanan pulang . Perjalanan dipandu oleh Mokhtar, Zul dan Najib, saya rilex aje.

Berhenti rehat di Tapah dan solat subuh di Kuala Kangsar sekitar jam 620 pagi. Memulanya, nak minum pagi disini, tapi saya cadangkan sarapan di SP sahaja, tapi sebelum tu kena jengok durian dulu.

Kami tiba di kebun sekitar 8 pagi, dan inilah hasilnya.



Sarapan durian di kebun.

Dapat dalam 10 biji pagi ni.

Dua biji kami langsaikan di kebun, 5 biji saya sedekahkan untuk Wan di Pinang Tunggal, lagi 3 saya bawa balik kerumah untuk anak anak.


Siap mandi, saya sambung lena hingga jam 3.30 petang. Itu yang panggilan tidak berjawab melebihi 6 panggilan tu. Semuanya dari rakan rakan SMDA yang menanti dan mengharap kehadiran saya untuk minum petang di Setiawangsa.

Maafkan saya semua, terutamanya Kak Mah , dik Nah dan Awie. Memang saya tak berdaya dan ada rasa bersalah, mengapalah hanya sekadar 40 biji durian yang gugur untuk dibawa ke KL. Kalau melebihi 50 biji, harus saya bawa bersama untuk minum petang bersama mereka. Ini alasan saya, tapi sebenarnya banyak alasan lain yang terpaksa saya terima demi keluarga dan anak anak. Letih tau, travel harian ni, kerana Ahadnya adalah hari bersekolah dan bekerja di Sungai Petani.

Saya pun terfikir juga, adalah baik kiranya rakan rakan SMDA dapat bersama sesama mereka, tanpa kehadiran saya dan Roziah.

Dalam duk berangan diatas katil ni, Badrul Hisham menalipon saya, yang beliau akan hadir untuk bertandang kerumah waris waris rakan OE1981, untuk permulaan agihan sumbangan dari rakan rakan OE1981.

Hanya teh o untuk Badrul sebelum kami berangkat kerumah Arwah Radzi dan , masih menanti panggilan Linda, adik kepada Arwah Yusree.

Dah siap tandatangan cek dan surat lampiran kepada 7 penerima yang pertama, sementara Arwah Aziz Basheer masih dinanti nama penuh emaknya , dari Jawaed.

Kami menuju ke rumah Cikgu Shamsinar, balu Allahyarham Radzi.

Di rumah Arwah Radzi sekitar 630 petang.

Sham menandatangani surat pendua sebagai pengesahan penerimaan cek dari OE1981.

Kiriman kata kata dari Cikgu Shamsinar , " Sampaikan salam saya dan anak anak untuk semua rakan Radzi dan ucapan terima kasih atas ingatan ini. "

Dan saya ingatkan Shamsinar supaya sentiasa kemaskini perkembangan pelajaran anak anak, dan berkongsi saat suka duka mereka bersama OE1981.

Linda adik Yusree masih membisu dan kami hanya sekadar 10 minit dirumah Shamsinar.

Bergerak ke kebun saya untuk tengok apa yang ada , Badrul mengekori dari belakang.


Memasuki kebun.

Badrul bertanya, apa rancangan selanjutnya di kebun ini. Jawapan saya , nak bina apartment 10 tingkat, hahahha. Apa punya jawapan!!?

Senja di Permatang Kedondong.

Dapat 2 biji durian senja ini, satu untuk engkau, satu untuk aku.


Sebelum beredar, dua rakan yang tarikh lahirnya sama ni, berfoto dahulu, bezanya mak pak lain lain. Tapi lahirnya di Taiping jugak, nasib baik tak tertukar masa kat hospital tu.

Menghantar Badrul sehingga simpang Pinang Tunggal, untuk beliau pulang ke Kulim melewati Padang Serai-Lunas.

Sekejap aje pun , tapi sebagai Setiausaha Bersama OE Class 81 ni, dia sanggup datang untuk pengagihan sumbangan kepada anak anak yatim OE1981.

Terima kasih Badrul. Terima Kasih Mokhtar, Zul dan Najib yang sudi menjadi pemandu sepanjang perjalanan pergi balik ke KL tu.


Latiff Hariri
1340 19062011
Sungai Petani

Disiarkan serentak dengan sarapan pagi bersama rakan rakan SK King Edward VII-1 di Taiping.

No comments:

Post a Comment