Saturday, 30 July 2011

Ramadhan Muncul Lagi

Sepanjang saya membisu ni, bukannya duduk diam pun. Merata jugak saya merayau. Nibong Tebal, Parit Buntar saya terokai. Bertemu pelanggan dan rakan taulan. Rata rata isu Bersih masih bermain dibibir mereka.

Berkisah soarang pelanggan saya yang terpaksa atau dipaksa bekerja ke Kuala Lumpur untuk memberi bantuan kepada rakan rakannya di sana, pada hari perhimpunan tersebut.

"Kacau sungguh, kami dah lah sibuk, disuruh ke KL bekerja menjaga Bandaraya sempena Bersih. Tak ikut arahan, kami kena tindakan, ikut arahan, kami buat dalam terpaksa. Nanti susah pulak, kena tindakan dari bos bos kami. Bukan kami suka pun, tapi..., sebab tu saya lewat bayar hutang ni", Keluh kesah saorang Polis yang memberi alasan keperitan membayar hutang kereta beliau.

Saya bukan nak dengar aksi beliau 'membelasah' anak anak bangsa di "Bersih 2.0" tu, lebih kepada persoalan bagaimana saorang Polis yang berpangkat Koperal boleh memandu V6 terpakai, hehehe, dan alasan kantoi membayar ansuran bulanan.

Itu belum lagi bagaimana saorang DSP boleh memandu BMW 3 series dan kantoi 4 bulan ansuran!!

Sama aje, baik bos, baik anak buah....

Tapi malam tu, saya terima panggilan dari nombor yang saya tidak kenali, bila saya jawab, ini jawapan beliau sebaik memperkenalkan diri.

"Saya ada kat SP ni, tapi dah nak balik dah".

Laaaa, kawan saya sorang ni selalunya begini, setiap kali bertandang ke SP, dia hanya memberitahu yang dia sudah bersedia untuk balik. Bukannya nak beritahu baru sampai SP ke, baru cek in hotel ke? Jadi kali ini saya tahan beliau supaya makan malam bersama sebelum pulang. Selama ini saya biarkan aje dia balik KL, hahaha.

Berbekalkan sebiji cempedak dan dua biji durian , saya ke bandar menunggu beliau yang bergerak dari Merbok.


Ismail , towkay bbq kambing dan perabut kayu. Dia pakar dalam kedua dua bidang ini.

Ismail adalah rakan sekolah rendah saya dari 1971-1972, ditakdirkan berjumpa semula pada tahun 2009, sempena Re-Union CoolBatch 1975 SRJK (I) Lenggong.

Berbual hingga hampir melepasi waktu Maghrib, dan kami berpisah dengan membekalkan beliau dengan cempadak dan durian yang masih tersisa dari kebun saya.

Hujung minggunya pulak, kesemua anak anak saya pulang untuk bersama seketika.

Sempat saya berkunjung ke Ipoh untuk mengambil anak di stesen keretapi Ipoh, yang terlewat pulang gara gara kelas tamat sekitar pukul 5 ptg.

Makan makan malam bersama disekitar bandar Sungai Petani menjadi acara kemestian setiap kali dapat berkumpul bersama kesemua anak anak.


Makan malam di Village Mall Sungai Petani.




Tiada aktiviti luaran yang saya lakukan. Lebih kepada bersama keluarga dan jiran tetangga.

Ramadhan semakin hampir, semoga kita dapat tambahkan amalan kita.

Salam Ramadhan AL_Mubarrak.


Latiff Hariri
2105 30072011
Sungai Petani

Friday, 22 July 2011

Bersama Bakal Menteri Pendidikan

Ok.Ok

Korang kata saya terlalu banyak menulis tentang politik sebelah sini aje, yang sebelah sana tak pernah nak cerita yang elok pun. Engkau tak reti nak bergaul dengan yang sana ke Latiff? Itu perli kawan kawan saya.

Saya bergaul dengan semua rakan rakan , tapi dari segi pendirian saya serta teguran saya tetap sama. yang tak boleh terima , minta maaflah.

Pagi Ahad ini, saya ada tugasan lagi bersama pehak Sekolah. Dek kerana Yang DiPertua PIBG berada di luar daerah menghadiri kursus(atau sengaja mengelak, sepertimana perangai saya jugak), saya menjadi wakil kepada beliau. Saya pun tak sukalah nak mengelak selalu, nanti dilabel anti dot dot pulak, jadi saya terima dengan hati terbuka.

Apa salahnya berkenalan dengan lebih dekat puak puak disebelah sana, manalah tahu boleh 'terkaleh' undi saya(tak pun undi dia, hehehe) kepada mereka. Jangan anggap mereka ni sama seperti tuan mereka, kenal kenallah dulu. Kut kut dapat projek buat sekolah ke, dan sebagainya, bukannya rugi pun.


Saya tiba seawal 1040 pagi, beriringan dengan Datuk Tajul Urus , memasuki Pejabat Sekolah.


Datuk Tajul Urus menandatangani Buku Pelawat di Pejabat Pengetua.

Mengiringi Datuk ke Dewan Semarak.

Acara telah bermula seawal pagi jam lapan. Kehadiran Datuk bersama saya adalah lebih kepada acara rasmi Penutupan Hari Motivasi .

Penutupnya dimulakan dengan doa, dan diikuti ucapan dari wakil YDP sekolah, dengan ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan RM5,000.00 dari Datuk Tajul Urus.

Diikuti ucapan Pengetua serta ucapan dari Datuk.

Semuanya berjalan lancar, saya hanya mengekori dari belakang bila rombongan bersalaman dengan Bapa waris waris . Ikut aje dengan bersalaman dengan kesemua hadirin.

Ucapan penutup dari Pengetua

Bapa bapa yang ramainya hanya setengah dari ibu ibu

Ibu ibu yang lebih berminat dengan perkembangan pelajaran anak anak ni.


Sepatah dua kata dari Datuk Tajul Urus, insyaallah, bakal Menteri Pendidikan PRU13 nanti!!

Terima kasih Datuk!

Tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah Sejahtera kerana membenarkan ahli politik memasuki Sekolah untuk meraih undi mudah!


Latiff Hariri
1802 17072011
Sungai Petani

Wednesday, 20 July 2011

Tak Tumbuh Tak Melata, Tak Sungguh, A SAMAD SAID Tak Kata

Petang Sabtu kedua, lepas Bersih 2.0.

Laa, engkau ni , tak habis habis dengan Bersih lagi ke?

"Yes." Itu jawapan saya. Sebabnya Radio dan TV pun masih tak habis habis mengutuk Bersih termasuk orang No 2 PDRM tu, jadi saya tak akan berhentilah.

Saya bekerja hari ini dengan baju bertemakan warna KUNING sepertimana Ratu England menyambut dot dot dot tu, cuma saya tak pakai gaun.

Ke The Store beli barangan dapur, ke kedai Sukan beli peralatan permainan ping pong, ke Gerai Makan membeli kuih untuk minum petang : semuanya dengan berpakaian KUNING.
Siap dapat perhatian serta usikan dari tetamu dan pelanggan yang lain lagi. Ada abang gerai tu orang kuat belah sana pun kena perli dengan rakan gerai sebelah beliau gara gara saya melanggan kuih muih beliau. Hehehe. Orang SP memang sporting.

Petang ni acaranya Team Kuning melawan Team Cacamerba , hehehehe.(Sorrylah Datuk Najib dan Tart)



Semangat Kuning tu!

Acara setiap hujung minggu, peluhkan badan sekitar 1-2 jam.

Ini yang dibeli, 2 pasang, serta bolanya sudah mencecah RM85.00. Dulu murah je, sejak penyelarasan minyak ni......

Baju yang menjadi igauan kawan kawan sekolah aku.

Terlalu kuat pukulannya, hingga hilang kedalam hutan disebelah rumah

Seperti biasa, acara mengambil oksigen selepas 6-7 game, memang lega dalam keletihan.


Tak perlulah marahkan saya. Saya bukan buat cerita, Tapi , kalau Sasterawan Negara pun dah kata, apa yang nak korang kata?!

Memang, kata kata saya 'kasar' dah tepat tembakannya. Tapi , dah 54 tahun dah. Kalau kita ni, kira lagi setahun dah nak pencen, tapi , masih ditakuk yang sama. Tak kan nak bersuara dengan kata kata yang lembut lagi.


Kesemua Sasterwan Negara menentang KERAjaan pimpinan ..............(aku tak nak sebut)


Jadi , ini semangatnya. Kalau saya berkata salah , maka silaplah saya, tapi kalau kesemua Sasterawan Negara seirama dengan saya yang tak bersastera ini, maka, apakah tindakan anda yang berada didalam 'kegelapan' dari mendapat sinarNya?

Kau kasi pukul dan gas pemedih mata aje Labu!

Latiff Hariri
1549 17072011
Sungai Petani

Monday, 18 July 2011

Keresahan DiHujung Nyawa

Aku nak gelak, ketawa dan menangis.

Gelak dan ketawa sebab tengok ketakutan puak puak yang tersasar dari perjuangan
sebenar sebagai saorang Polis. Gelak dan ketawa besar mengenangkan rakan rakan aku yang masih berkiblatkan Apco. Gelak kerana mereka masih menebal sifat perkauman yang ada didalam rakan rakan sekolah aku dahulu. Apakah mereka lupa, mereka juga mempunyai rakan dan guru dari bangsa lain, yang mendidik dan mengajar mereka hingga kejayaan mereka hari ini. Mereka lupa bahawa yang dahulu itu telah lama diharamkan, yang ada kini adalah milik 'seorang mamak' yang entah apa pegangan hidupnya.

Mereka teramat takut bila 6-7 dari 10 Melayu tidak menyokong mereka, dan 9 dari 10 Cina tidak mengampu mereka. Lalu mereka laga lagakan Melayu supaya 'membelasah' anak anak Melayu yang menuntut hak mereka. Mereka memanggil persatuan Silat bersama mereka untuk mengganyang anak anak Melayu ini.(Tapi sabatang hidung pun tak datang, yang ada hanya Mat Mat Bangla yang berpakaian 'Pirate' di Bukit Bintang)

Mereka memutar belit fakta dan memberi amaran melalui kumpulan Selempang Merah agar kaum Cina berhati hati dengan mereka. Apakah mereka lupa kumpulan Selampang Merah adalah wira wira bangsa yang menjaga maruah menentang kominis Bintang Tiga? Dan bukannya menentang bangsa dan rakyat Malaysia.( Pun tak ada wajah mereka yang hadir).

Kenapa takut sangat ni? Takut pada kekalahan dan akan kehilangan kuasa pada PRU13?



Bukan bererti saya menyokong amalan demokrasi, tetapi cara mereka melaksanakan demokrasi ni tak betul. Saya lebih percaya kepada sistem Peemerintahan Islam yang ditadbir-urus berlandaskan sepertimana yang dibawa 4 Khalifah terkemuka serta para Ulamak. Bukannya mamak!


Apa yang saya minta adalah keadilan bila mengundi. Tiada Mat Bangla, Mat Kemboja dan Mat Indonesia yang memangkah masa pulihanraya nanti. Tiada undi Pos, tiada nama yang bertindan di dua atau tiga tempat pemilihan. Tiada perubahan tempat mengundi yang sengaja diubah ubah oleh SPR bagi mengalahkan Pakatan.


Jangan takut kawan. Kalah bermakna pemimpin anda tidak diperlukan lagi, dan anak anak Melayu yang terasuh dan terbuka mindanya, mahukan perubahan. Mereka mahu hentikan rasuah Scorpene, rasuah enjin jet, rasuah duit RM5.00 di Austarlia, rasuah yang berleluasa oleh Jabatan Kerajaan didahului oleh KeMENTERIan, PRDM, JPJ, KASTAM, IMIGRESEN, SPRM bahkan membina masjid sekalipun dihentikan rasuah delam membidanya!!

Belum lagi bercakap pasal kenduri kawin anak di Uzb....entah apa namanya, seakan akan than dibelakangnya tu. Beli beg tangan seperti membeli BMW 3 series. Cincin yang bernilai dot dot dotu juta ringgit tu.

Kami mahu hentikan pembunuhan sesuka hati di PRDM dan SPRM. Mengapa budak sekolah mahu dibunuh, mengapa apek tua dibunuh didalam lokap? Mengapa remaja India dibunuh didalam tahanan?

Ini kah yang anda bangga dan pertahankan?

Ada TV antarabangsa pulak didepan tu, apa lagi Jurukamara Hariri pun turut merakam detik bersejarah ini.

Setakat satu calit aje ke? Ada kuasa, semua boleh 'beli'. Tembak aje kepada anak bangsa Malaysia yang bangun menentang.(Foto MGH)
Polis Trafik pun nak kawal lalu lintas gas pemedih mata supaya tidak tersasar.Foto MGH

Nana mahu pergi Solat daaaa(Foto MGH)
)

Memohon perlindungan dari Nya.

Tangkap la datuk datuk da makcik makcik tu...Akai cetek bebudak Pulapol.

Nama dia Nazim!! Terbalikkan jadi Mizan. Malu agaknya, tak nak anak anak tahu.

Gadis Sabah ni memang berani. Aku nak tabik dia 3 kali kalau terjumpa dimasa akan datang.

(Foto2 ehsan dari MGH- Hariri Photographer)

Sebaiknya , korang nilai semula diri korang, mengapa Rakyat bangun menetang korang.

Pada saat saat getir menghadapi 'kematian' ini, korang 'hisab' diri sendiri,
mengapa jadi begini?

Saya pun tahu, tak semudah itu sebuah perjuangan, entah saya bisa kecapi, atau anak cucu saya yang bakal mewarisi perjuangan yang tiada noktah penghujungnya.

Lawan tetap Lawan!!





Latiff Hariri
1455 17072011
Sungai Petani

Thursday, 14 July 2011

Dua Rakan Lama di Teluk Intan.

Ahad , sehari lepas Bersih 2.0 , saya masih merayau, meninjau ninjau daerah daerah yang sememangnya jarang untuk saya terokai. Sepertimana saya ceritakan dahulu, daerah hilir Perak memang terlalu asing bagi saya. Terakhir menjejaki Teluk Intan sekitar tingkatan 3 bersama kawan kawan rapat saya. Dan kini sekali lagi selepas lebih 32 tahun.

Kenal dengan wajah ini? Orangnya penyayang dan 'sentimental' .

Saya agak , foto ini dirakam semasa usianya 12 tahun? Tak pun muda dari itu.

Ini dihari bersejarah Allahyarham Zulkifly Bahrain bersama Cikgu Aspah. Saya rasa ini rumah pengantin lelaki ni.

Kami berada di teluk Intan tepat pukul 1230 tengahari, mengarah ke KFC untuk temujanji. Pertamakali Izzuddin melihat Menara Condong.

"TaK condong pun?" itu kata kata Izzuddin.

Tak lama menanti , Aspah Isni bersama ketiga tiga anak Arwah Zulkifly Bahrain pun memasuki KFC .

Bertemu buat pertama kali dengan anak anak Zul. Sedih, Zul tiada.

Bersama mereka penuh satu beg dengan lebih dari 10 albm foto foto lama kenangan Allahyarham Zul. Saya tak banyak bicara, terus telaah setiap album yang dititip. Ada foto foto lama alam Edwardian!

Sambil makan , saya teruskan kerja kerja saya bersama Izzuddin. Sedangkan isteri saya dan Aspah Isni terus bercerita tentang terkini serta kisah manis kenangan silam.

Acara berkenalan ini tamat sekitar 130 tengahari.

Saya teruskan dengan acara sebenar.

Kiriman dari OE Class 81 saya wakilkan kepada isteri untuk Puan Aspah dan anak anak Zul
Dan sedikit kata kata penutup dari saya, serta ucapan terima kasih dari Cikgu Aspah.

Seperti biasa, saya meminta agar perkembangan anak anak diberitakan selalu kepada OE81. Dan kata kata nasihat dan semangat kepada anak anak Zul supaya kuat belajar.

Memang, selalunya bila bersalaman dengan anak anak yatim ini, saya akan curi usap rambut mereka, ini acara sopan, lagi wajib!

Terus ke Taman Ros, mengarah ke Jalan Kempas. Berhenti di Resotran ini.

Mastan Ghani , Mee & Rojak.

Tak kan nak makan lagi, baru pukul 2, tadi dah kenyangpun kat KFC. Hanya sekadar segelas air, menanti kehadiran kawan OE ni.

Laaa, ini restoran ayahnya, saya tersilap. Di restoran ini sudah menanti adiknya , Shariff, yang akan menghantar kerumah kawan kita ni.


"Aku siap makan ubat lagi hari ni, sebab rasa macam ada nak jumpa orang, ada orang nak datang. Kalau aku tak makan, memang aku tak kuat dan sakit. Rupanya memang hang yang datang".

Sekitar usia beliau 20 tahun, tulang belakang beliau terkeluar dari sendi, gara gara mewakili Malaysia dalam Bola Sepak. Terus pencen bermain, dan bernikah pada usia 21 tahun.

" Dah 2 kali kena bedah Latif, skru tak kuat, baru guna , dah patah. Doktor pakar kata, aku kena tipu, sebab doktor yang buat operasi tu guna skru 'made in China'.

Sambil beliau membawa keluar 5-6 batang skru yang sudah dikeluarkan, dan ternyata patah 2. Satu skru siap bedah dan pasang, harganya RM6,000.00 .

"Engkau kali 6 batang skru, dah menghampiri RM36,000.00 sekali operasi!"

Kadir ada memohon bantuan dari Mumtaz Jaafar selaku orang kanan ehem ehem tu, dan bantuan MB Perak, tapi.....biasalah, kena tunggu.

Mana perginya Persatuan Sukan,bekas pemain Negara ni, mereka tak ada insuran kah?


Kadir rupanya bersaing dengan saya, kawin pada usia 21 tahun.

Kan saya dah kata, Kadir dulu kurus tinggi lampai, dan ditambah kaki kelakar dan senang disakat, sebab dia sporting teramat.

Kini pun dia masih tinggi dari saya, cuma saya maintain, sedangkan Kadir...., hehehe.

Saya dah kata pada Kadir, engkau kena kuruskan badan tu. Dia kata , nak buat macamana, kerja memasak, ambik bau pun dah cukup mengenyangkan, belum makan lagi. Hahaha.

Saya beredar dari rumah Kadir sekitar jam 3 petang. Moga Kadir kuat dan akan saya warwarkan untuk bantuan kepada beliau, dari rakan rakan OE .

Memandu laluan T Intan-Kampar. Ternyata jalannya lurus, dan saya meluncur laju memasuki Plus, terus pulang ke Sungai Petani.

" Tak nak singgah rumah Faridah ke?" Itu soalan dari isteri saya.

Saya menggeleng. Bukan tak sudi, nanti panjang ceritanya. esok nak kerja semula. Kena tidur awal malam ni, jaga suara.

Kepada rakan rakan OE 81, sudi sudi ziarahi Kadir , terutama yang terdekat, T Intan, Ipoh dan persekitaran.


Latiff Hariri
2112 12072011
Sungai Petani

Tuesday, 12 July 2011

Sukan Tahunan ke 17

Cuti Khamis ni, tak kemana mana.

Berfikir, pakaian apa yang sesuai dipakai untuk Hari Sukan Tahunan Sekolah ni? Tak kan nak berbatik sepertimana setiap kali bermesyuarat, cemuih eh. Hmmm, apa kata ber'track bottom', kasut sukan dan baju sukan, ok gak ni. Tapi.....

Ah, pakai ajelah baju ni.


Ni berlagak depan kamera je, dengan topi basikal warna merah tu. Semangat Edwardian memang macam ni.

Saya bergerak ke Sekolah Menengah Sungai Layar sekitar 155 tengahari, terus memasuki kawasan sekolah, langsung ke pejabat Pengetua. Sementara menantikan kehadiran Tuan Haji YDP kita, saya telaah dahulu surat khabar. Ya, saya tak minat nak baca The Star sejak mejak ni, sekadar membelek apa gambarnya didalam. dan terpandang wajah yang saya kenal sejak 1971 ni

Chew Ka Gee - Terkejut dia, dia ingat saya jenis baca paper online sahaja.

Tak juga Ka Gee, setakat ini, saya gemar berita alternatif sahaja. Akhbar milik parti pemerintah, saya hanya curi curi pandang je, haram menyentuh Utusan Malaysia!

Akhirnya jam sudah menunjukkan ke angka 230 petang, saya dan PK Kanan serta Pengetua bergerak ke Padang, paling tepat kebawah khemah.

Menanti kehadiran Tuan Haji Shahbuddin.

Kehadiran YDP SM Sungai Layar disambut Pengetua.

Serentak, acara lintas hormat pun bermula.

Bendera Sukan SM Sungai Layar.

Kontinjen Kadet Polis Sekolah menengah Sungai Layar.

Seni Silat Lincah.

Pengangkap Sekolah

Cikgu Hj Halim, Tuan Pengetua bersama saya dan AJK PIBG.

Untung hari ni saya cuti. Saya setia disini hingga acara terakhir, iaitu acara Tarik Tali.
Tidak banyak pertandingan yang ditandingkan, lebih kepada acara balapan akhir setiap peringkat kelas 1, 2 dan 3.


PK Koku, Cikgu Radzi

Dan Pengurus pasukan yang bertanding , kedua duanya cikgu perempuan. saya tumpang beri semangat.

Akhirnya....kalah.

Olahragawan sekolah 2011

Olahragawati Sekolah 2011





Acara tamat sekitar pukul 6 petang dengan acara mengutip sampah di Padang. Hahaha, biasalah, sekolah King Edward, dahulu pun macam ni. Masa ni ramailah yang mengelat.

Dapat ole-ole dari sekolah, dan saya pulan sekitar 630 petang.

Sambung main tenis meja.


Latiff Hariri
2035 07072011
Sungai Petani

Sunday, 10 July 2011

Senja Awal Julai 2011

Hujung minggu akhir bulan June ni, saya berkesempatan merayau ke Utara Perak. Dalam merayau tu, sempat mmbeli 2kg ikan haruan, 1kg ikan sepat ronggeng, sebalang pekasam ikan sepat dan setengah kilo ikan kering sepat. Sedap buat sampingan makan malam dan 'penyengat' Ramadhan nanti.

Dalam merayau tu, masih sempat mengatur arah tuju pada keesokkan harinya bersama Badrul.

Selesai kerja Jumaat 1 Julai, saya bergerak pulang, diekori dari jauh oleh Badrul dan kami bertemu di Taman Sejati Indah, Sungai Petani. Minum petang dan bersembang.

Tapi, kenapa kami boleh terlupa nak berziarah Azmi Abu Kassim ni, yang menetap disini?

Tunggu dan tunggu, akhirnya mencecah waktu maghrib, lalu kami bergerak ke perkarangan Parkson untuk berjumpa dengan sesaorang.



Badrul berbicara dengan Azahani, balu kepada Arwah Yusree . Anak sulong beliau menetap di asrama di Kulim. Bersama dua anak kecil teruna beliau.

Kami dah serahkan wang sumbangan OE Class 81 kepada Azahani, balu Allahyarham Yusree Yusuf.


Sabtu, 2 hb saya mula memikir , apa aktiviti untuk hujung minggu ni. Hm, terus sms kepada Zul dan Zamri untuk minum petang. Cuma Zul yang membalas.

Petang tu, sekitar pukul 4, Zul dan Ani pun muncul.

Mereka hanya berdua

Pisang goreng, serawa , pulut dan mihun goreng, menu biasa sejak sebulan dua ni.

Sesekali bertemu begini memang saya galakkan.

Sedang Zul mengundur diri, jiran jiran tetangga ni dah lama buka meja ni, untuk pukul bola plastik tu.

Saya sambung petang ni dengan acara berpeluh, acara berpasangan menjadi kegemaran kami, dan sepertia biasa, saya dan Zul, 'sayurkan' Najib dan Tart.

Juara 2 minggu berturut turut.

Lan pun turut hadir memberi komen dimana silap mereka berdua ni , bila setiap kali prlawanan kalah dengan team Bapak Latiff. Lan berguru dengan 'coach' sebelah rumah dia agaknya?! hehehe

Ini acara sebelum menjelangnya Ramadhan yang sememangnya dinanti kehadirannya.


Latiff Hariri
2058 10072011
Sungai Petani