Berkisah soarang pelanggan saya yang terpaksa atau dipaksa bekerja ke Kuala Lumpur untuk memberi bantuan kepada rakan rakannya di sana, pada hari perhimpunan tersebut.
"Kacau sungguh, kami dah lah sibuk, disuruh ke KL bekerja menjaga Bandaraya sempena Bersih. Tak ikut arahan, kami kena tindakan, ikut arahan, kami buat dalam terpaksa. Nanti susah pulak, kena tindakan dari bos bos kami. Bukan kami suka pun, tapi..., sebab tu saya lewat bayar hutang ni", Keluh kesah saorang Polis yang memberi alasan keperitan membayar hutang kereta beliau.
Saya bukan nak dengar aksi beliau 'membelasah' anak anak bangsa di "Bersih 2.0" tu, lebih kepada persoalan bagaimana saorang Polis yang berpangkat Koperal boleh memandu V6 terpakai, hehehe, dan alasan kantoi membayar ansuran bulanan.
Itu belum lagi bagaimana saorang DSP boleh memandu BMW 3 series dan kantoi 4 bulan ansuran!!
Sama aje, baik bos, baik anak buah....
Tapi malam tu, saya terima panggilan dari nombor yang saya tidak kenali, bila saya jawab, ini jawapan beliau sebaik memperkenalkan diri.
"Saya ada kat SP ni, tapi dah nak balik dah".
Laaaa, kawan saya sorang ni selalunya begini, setiap kali bertandang ke SP, dia hanya memberitahu yang dia sudah bersedia untuk balik. Bukannya nak beritahu baru sampai SP ke, baru cek in hotel ke? Jadi kali ini saya tahan beliau supaya makan malam bersama sebelum pulang. Selama ini saya biarkan aje dia balik KL, hahaha.
Berbekalkan sebiji cempedak dan dua biji durian , saya ke bandar menunggu beliau yang bergerak dari Merbok.
Ismail , towkay bbq kambing dan perabut kayu. Dia pakar dalam kedua dua bidang ini.
Ismail adalah rakan sekolah rendah saya dari 1971-1972, ditakdirkan berjumpa semula pada tahun 2009, sempena Re-Union CoolBatch 1975 SRJK (I) Lenggong.
Berbual hingga hampir melepasi waktu Maghrib, dan kami berpisah dengan membekalkan beliau dengan cempadak dan durian yang masih tersisa dari kebun saya.
Hujung minggunya pulak, kesemua anak anak saya pulang untuk bersama seketika.
Sempat saya berkunjung ke Ipoh untuk mengambil anak di stesen keretapi Ipoh, yang terlewat pulang gara gara kelas tamat sekitar pukul 5 ptg.
Makan makan malam bersama disekitar bandar Sungai Petani menjadi acara kemestian setiap kali dapat berkumpul bersama kesemua anak anak.
Tiada aktiviti luaran yang saya lakukan. Lebih kepada bersama keluarga dan jiran tetangga.
Ramadhan semakin hampir, semoga kita dapat tambahkan amalan kita.
Salam Ramadhan AL_Mubarrak.
Latiff Hariri
2105 30072011
Sungai Petani