Bee Gees

Friday, 20 February 2015

Tamat Qurban 1435/2014

Pergerakkan pulang dari Luuk Sikaping menuju ke Kampung Haraban seterusnya ke Kota Bukit Tinggi mengambil masa lebih 3 jam. Saya tidur tidur ayam menemani si Ad.

Sebaik tiba, terus masuk Hotel Ambun Suri dan terus menapak ke Pasar Atas untuk berbelanja lagi.


Ramai rakan yang kirim buku karya HAMKA. Murah....sedih, sebab  cetak rompak berleluasa.


Kerudung menjadi pilihan anak anak di lereng Pasar Atas.

Sempat tu berbundut....

Terus mencari rumahnya anak buah saya yang menetap di Kota Bukit Tinggi. 

;
Wir minta saya nginap dirumahnya sahaja untuk tahun tahun mendatang.

Malam sebelum keluar 'dinner' ada surptise dari si Ad untuk Faiqah sempena 22 tahun.

Terkejut anak anak siap ada banner.

Untuk meraikan kejutan si Ad dan pengurusan Hotel Ambun Suri, saya pun membawa mereka semua makan makan di Kafe berdekatan untuk berhibur apa apa yang patut.

Baby Nazilah, Ojha, Eka dan Qilah.

Malam ni Ad jadi kumpulan Padi

Aqilah layan mikrafon

Leni, menantu Towkay Ambun Suri pun hadir.

Roni dengan lagu terkininya.

Hingga pukul11 malam, dan letih dan ngantuk. 

Esok dah nak balik ke Padang pulak.

Bersalaman dengan kakitangan Ambun Suri. Saya adalah penghuni tetap Ambun Suri sejak 1998.


Perjalanan pulang ke padang kami lakukan sebaik selesai membuat belian saat terakhir di Pasar Atas, anak anak punya cerita.

Makan ikan bakar disisi bendang menghampiri Kota Padang, ini satu lokasi restoran yang enak masakannya.

Kami tiba sekitar jam 4 , terus ke kedai buku Gramedia, cari Novel Novel karyawan Indonesia. Anak anak duk follow selalu dan tahu buah tangan terbaik dari Noverlist Indonesia.

Gramedia Padang - 5 tingkat kedai.

Cek ini di Hotel Bunda, dan terus keluar makan malam sebaik selesai solat.

Ad melayan....


Kalau ke Padang, Rumah Makan ini wajib, ada kelas tersendiri

Pagi Rabu tu kami bergerak seawal 615 pagi ke Bandara. Penerbangan jam 830 pagi.
Tiada masaalah di Chech in atas jasa baik Ad dan rakan AirAsia.


Minum minum dulu.

Perjalanan mengikut waktu. Seperti telah berjanji, akhinya budak OE81 duduk sebelah abang OE65.

                                    
Datuk Dr Nordin, mantan Pengarah Veterinar PurtaJaya.

Kami tiba tepat 1030 pagi, sempatlah makan makan dahulu dengan Aqilah sebelum beliau meretuskan penerbangan ke Sandakan.

Selamat Jalan untuk Aqilah pada pukul 12 tengahari.

Saya berdua dengan Faiqah bergerak pulang ke Sungai Petani. Memang mengantuk, tapi kena pandu jua, tak mengharap sangat dengan Eka untuk memandu.

Lentok....


Tiba di Sungai Petani sekitar Asar. Esok dah Khamis, kena pi kerja.

Latiff Hariri
1508 20022015
Sungai Petani

Friday, 6 February 2015

Eid Adha 1435H/2014


Bersama Yogi di Bandara. Yogi datang dari Kerichi semata mata mahu kirim baju batik untuk saya dan Izzuddin!!

Pagi Eid Adha tu kami bergerak perlahan ke Masjid Desa Haraban. Memang beraya di kampung ni ala kadar sahaja. Tiada mewah mewahnya. 

Tiada rendang daging atau ayam, tiada nasi tomato. Tiada ketupat kuah kacangnya. Yang ada lemang kering yang kurang santannya dicicah dengan gula!!

Sepupu jauh, Yulinas, Cikgu Ratmi dan Azhar.

Masjid Kampung Haraban

Solat Eid Adha

Seperti tahun tahun terdahulu, sebaik selesai Khutbah, kami dijamu oleh para ibu ibu dengan hidangan yang teramat mudah. Biskut kering, kuah bahulu , lemang yang tiada lemaknya, gula, kopi o atau teh o. Pisang Embun punyalah banyak sebagai pencuci mulut.

Sekitar 930 pagi saya pulang ke rumah Gadang seketika untuk bersalin pakaian, dan dijemput semula oleh AJK Masjid untuk segerakan acara Qurban.

Qurban tahun ini berjumlah 4 ekor. Bemula sekitar 1030 pagi.

Panatia Masjid begitu laju mengejakan ibadah ini, kerana mereka sudah ada 'terget' iaitu sekitar 130 tengahari wajib siap diagih agihkan. Saya tukang tengok je.


14 nama dari Malaysia - Shah Alam, Ampang, Teluk Intan dan Taiping. Taiping tu asal Lenggong jugak, kawan Sekolah.


Ini salah satu Qurban dari Malaysia, Syukur Alhamdullillah.

Sementara menanti siapnya kerja melapah , saya layan aje pakcik yang menjual ais kerim kampung ni. Ais Kerim tiada jenama yang diminati anak anak kecil.

Pagi ni Paman Latif belanja lebih kurang 80 anak anak Kg Haraban.

Antri - mereka beratur untuk mendapatkan ais kerim percuma.

Terus terang memang saya 'sayu' melihat anak anak kampung ini, walaupun mereka bersekolal, ada yang sudah berjaya, tetapi saya masih terbayang seakan akan saya berada di Malaysia di awal tahun 1970!


Salah saorang kakak sepupu saya yang 'brutal' memijak darah lembu untuk mengubat kakinya. katanya ini cara tradisi mereka mengubat tapak kai mereka yang pecah pecah.

Saya tunggu hingga hampir selesai pengagihan daging kepada warga kampung yang ada sekitar 160 buah rumah. Puas hati melihat wajah wajah mereka yang tersenyum gembira menerima hak mereka. Purata saya anggar tak melebihi 2kg untuk setiap rumah.

Sekitar pukul 3 petang, makan tengahari dan doa selamat pun bermula di Rumah Gadang Moyang saya ini. 

Memang menarik acara berbalas balas kata antara sanak saudara sebelum doa dimulakan, Bahsa Minang mereka cukup indah dan pekat!!

Kalau ikut nafsu memang nak habiskan semua ni, Masak guna dapur tanah je....

Sekitar 430 petang kami mula bersiap untuk bergerak pulang ... meninggalkan kampun. Setiap waris sekurang kurangnya saya sedekah 1 paket Milo dan 2 tin susu cair serta wang saku RP400,000.00
Bukan duit saya pun, kiriman sanak saudara dari Malaysia, yang beri US Dollar pun ada, hahaha.


Pensil, pewarna, merupakan ole ole untuk anak anak Kg Haraban dari Aqilah dan Faiqah dengan doa mereka berjaya dalam pelajaran masing masing.

Memang sedih bila berpisah. Kami bergerak menuju utara  ke Lubuk Sikaping. Malam Isnin ni kami tidur di rumah abang Syafirman.

Abang Syafirman merupakan Guru dan isterinya Ustazah

Dingin gila Kota Lubuk Sikaping ni, seoalah olah Taiping, berlatarbelakangkan gunung.

Rumah ayahnya si Roni , juga di Lubuk Sikaping.

Setelah berkisah dengan abang Syafirman sekeluarga, sepanjang petang dan malam itu, paginya Isnin, kami pun bergerak pulang ke Bukit Tinggi seketika.

Kota Bonjol - Garisan 0" Khatulistiwa. Disini Ulamak penantang Penjajah Belanda dilahirkan, Imam Bonjol!!. Angkatan Janaton......

Perjalanan santai . Kami singgah di Kota Kumpulan untuk isi minyak dan beli jajan untuk makan dalam perjalanan yang saya kira melebihi 3 jam.


Singgah di Kampung Air Kijang, 

Rumah Kak Husni, yang pernah bertandang ke rumah saya di SP tahun 2013 lalu

Nyaman kampung mereka ni.

Kami teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Malam ni kami tidur di Ambun Suri lagi,  untuk shoping saat saat akhir.

Latiff Hariri
0718 06022015
Sungai Petani

Monday, 2 February 2015

Edwardian di NSC - North Salak Camp



Saya ni bukanlah orang yang peting sangat didalam perkumpulan OldBoys ni. Yang paling power OldBoys Taiping, yang berusaha OldBoys Kuala Lumpur. Saya dan OE81 ni selit celah celah gigi je, kalau nak dibandingkan dengan dua Abang besar tu.

Tapi, King Edward VII tetap jemput kami untuk turut serta acara wajib guru guru King Edwar Vii ni, jadi bila orang dah jemput, kami tumpang sekaki lah.

Bergerak dari Taiping pun kami dah lewat, sedangkan guru guru bergerak dengan 3 bas sekitar pukul 730 pagi. Kami? Kami 1230 tengahari.

Cari lokasi pun terkial kial guna Google Maps, padahal orang lain dah guna Waze.

Terpegun tengok guru guru berjemur dirembang tengahari.

Ketawa tengok guru guru tak reti kendali canoe. Ingatkan murid murid je yang tak reti.

Kem Salak North kendalian salah saorang OldBoy

Kami menyadin je masuk dalam ruang makan seakan akan dewan terbuka dan terus bersalaman dengan guru guru lelaki.

Saya sebuah kereta dengan Badru, sedang Prof Azlin dari Bangi sendirian.

Ni antara orang kuat OE81

OE77 Hamdan Azmir, Komandan Kem.

Sesi suaikenal, padamulanya Prof masih tertanya tanya siapa dia Hamdan ni?

Akhirnya beliau ingat, swimming gala di Burmese Pool tu, Hamdan hero renang yang hebat masa tu, boleh kalahkan pelajar pelajar Cina yang tak kurang juga hebatnya.


Episode terakhir acara berkumpulan

Bertukar tukar cenderahati.

Cenderahati untuk guru gur bertuah dari OE81


Pengacara Cikgu Alisyah dan Pengetua OE72 Cikgu Aziz

Hamdan teruja dengan payung OE81

Kami mengapit Cikgi Roziah Sulaiman, adik kepada OE81 Cikgu mat Salleh, bersama OE80 Cikgu Siva

Acara tamat sekitar pukul 5 petang. Saya berpisah seketika dengan Badrul yang mengekori Azlin sedangkan saya ke Ipoh arah berbeda. 

Kami berjumpa semula sekitar pukul 8 malam di MCD tepi susur keluar Ipoh. Menziarahi Makcik Rose, emak kepada Zairul Hisham.

Tiba Changkat Jering sekitar 915 malam, makan dahulu sebelum hantar Badrul pulang ke rumah enaknya di Changkat Jering, dan saya terus ke Sungai Petani.

Mee Udang Changkat Jering, OK, boleh makan

Satay pun ada....


Saya tiba SP sekitar 1145 malam.

Cerita yang menarik pada 24 Januari 2015 ni...


Latiff Hariri
 12:58 01022015
Sungai Petani