Bersama Yogi di Bandara. Yogi datang dari Kerichi semata mata mahu kirim baju batik untuk saya dan Izzuddin!!
Pagi Eid Adha tu kami bergerak perlahan ke Masjid Desa Haraban. Memang beraya di kampung ni ala kadar sahaja. Tiada mewah mewahnya.
Tiada rendang daging atau ayam, tiada nasi tomato. Tiada ketupat kuah kacangnya. Yang ada lemang kering yang kurang santannya dicicah dengan gula!!
Sepupu jauh, Yulinas, Cikgu Ratmi dan Azhar.
Masjid Kampung Haraban
Solat Eid Adha
Seperti tahun tahun terdahulu, sebaik selesai Khutbah, kami dijamu oleh para ibu ibu dengan hidangan yang teramat mudah. Biskut kering, kuah bahulu , lemang yang tiada lemaknya, gula, kopi o atau teh o. Pisang Embun punyalah banyak sebagai pencuci mulut.
Sekitar 930 pagi saya pulang ke rumah Gadang seketika untuk bersalin pakaian, dan dijemput semula oleh AJK Masjid untuk segerakan acara Qurban.
Qurban tahun ini berjumlah 4 ekor. Bemula sekitar 1030 pagi.
Panatia Masjid begitu laju mengejakan ibadah ini, kerana mereka sudah ada 'terget' iaitu sekitar 130 tengahari wajib siap diagih agihkan. Saya tukang tengok je.
14 nama dari Malaysia - Shah Alam, Ampang, Teluk Intan dan Taiping. Taiping tu asal Lenggong jugak, kawan Sekolah.
Ini salah satu Qurban dari Malaysia, Syukur Alhamdullillah.
Sementara menanti siapnya kerja melapah , saya layan aje pakcik yang menjual ais kerim kampung ni. Ais Kerim tiada jenama yang diminati anak anak kecil.
Pagi ni Paman Latif belanja lebih kurang 80 anak anak Kg Haraban.
Antri - mereka beratur untuk mendapatkan ais kerim percuma.
Terus terang memang saya 'sayu' melihat anak anak kampung ini, walaupun mereka bersekolal, ada yang sudah berjaya, tetapi saya masih terbayang seakan akan saya berada di Malaysia di awal tahun 1970!
Salah saorang kakak sepupu saya yang 'brutal' memijak darah lembu untuk mengubat kakinya. katanya ini cara tradisi mereka mengubat tapak kai mereka yang pecah pecah.
Saya tunggu hingga hampir selesai pengagihan daging kepada warga kampung yang ada sekitar 160 buah rumah. Puas hati melihat wajah wajah mereka yang tersenyum gembira menerima hak mereka. Purata saya anggar tak melebihi 2kg untuk setiap rumah.
Sekitar pukul 3 petang, makan tengahari dan doa selamat pun bermula di Rumah Gadang Moyang saya ini.
Memang menarik acara berbalas balas kata antara sanak saudara sebelum doa dimulakan, Bahsa Minang mereka cukup indah dan pekat!!
Kalau ikut nafsu memang nak habiskan semua ni, Masak guna dapur tanah je....
Sekitar 430 petang kami mula bersiap untuk bergerak pulang ... meninggalkan kampun. Setiap waris sekurang kurangnya saya sedekah 1 paket Milo dan 2 tin susu cair serta wang saku RP400,000.00
Bukan duit saya pun, kiriman sanak saudara dari Malaysia, yang beri US Dollar pun ada, hahaha.
Pensil, pewarna, merupakan ole ole untuk anak anak Kg Haraban dari Aqilah dan Faiqah dengan doa mereka berjaya dalam pelajaran masing masing.
Memang sedih bila berpisah. Kami bergerak menuju utara ke Lubuk Sikaping. Malam Isnin ni kami tidur di rumah abang Syafirman.
Abang Syafirman merupakan Guru dan isterinya Ustazah
Dingin gila Kota Lubuk Sikaping ni, seoalah olah Taiping, berlatarbelakangkan gunung.
Rumah ayahnya si Roni , juga di Lubuk Sikaping.
Setelah berkisah dengan abang Syafirman sekeluarga, sepanjang petang dan malam itu, paginya Isnin, kami pun bergerak pulang ke Bukit Tinggi seketika.
Kota Bonjol - Garisan 0" Khatulistiwa. Disini Ulamak penantang Penjajah Belanda dilahirkan, Imam Bonjol!!. Angkatan Janaton......
Perjalanan santai . Kami singgah di Kota Kumpulan untuk isi minyak dan beli jajan untuk makan dalam perjalanan yang saya kira melebihi 3 jam.
Singgah di Kampung Air Kijang,
Rumah Kak Husni, yang pernah bertandang ke rumah saya di SP tahun 2013 lalu
Nyaman kampung mereka ni.
Kami teruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Malam ni kami tidur di Ambun Suri lagi, untuk shoping saat saat akhir.
Latiff Hariri
0718 06022015
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment