Bee Gees

Monday, 31 May 2010

TALENT TIME 1978

Seingatan saya, saya mula aktif berpetunjukan pentas/drama sekolah ni di tahun 1973.
Waktu tu kami memasuki kumpulan koir sekolah yang mendendangkan lagu Inggeris bersama petikan gitar saorang guru berbangsa Tionhua, yang namanya sudah saya lupa(maafkan saya). Kalau tak silap Mr Ng? Mungkin rakan rakan masih ingat nama guru ni. Nyanyian pertama kami adalah lagu Cat Steven - Morning Has Broken . Lagu ni lagu hit di Gereja masa tu, dan saya mendapat kritikan dari abang kerana menyanyikaln lagu yang berunsurkan "Tuhan" mereka.
Tapi kini dah jadi hit lagu anak teruna saya sebab penyanyinya Yusuf Islam.

Seterusnya darjah 4 hingga 6 , saya dan rakan rakan melakunkan drama yang diambil skripnya dari buku buku Dewan Bahasa yang bertemakan pementasan drama. Guru guru yang aktif masa itu Cikgu Maniam dan Cikgu Suhaimi. Mungkin juga kerana tidak mahu menyanyi lagu lagu gereja, saya mengalihkan aktiviti drama pentas Bahasa Malaysia. Ya lah, nak hafal lagu Inggeris ni bukan senang, hehehe.

Foto dari Rahmanhariri.blogspot.com


Cgu Suhaimi, Cgu Maniam, (Mr Ng ?) Guru koir tu. Lee Tat Choy
Ust Adnan, Cgu kamaruddin, Mrs Wong, Cgu Mat Taridi,GB, Mrs Kuppu,(?)x3, Cgu Siva(Suhakam)

Mungkin ada yang boleh membantu saya dengan nama nama guru guru ni

Sayangnya, dizaman kanak kanak ini, saya tidak pandai menyimpan foto atau majalah sekolah,. jadi tiada bukti yang dapat saya tunjukkan disini.

###

Bermulanya zaman peralihan kanak kanak ke remaja, di tingkatan 1 saya mula berjinak jinak dengan kumpulan Orkestra King Edward VII. Tertarik dengan pakaian seragam abang abang senior, saya pun mendaftar sebagai ahli baru , bersama sama dengan Shaiful (Boy) . Maka bemulalah latihan dimana kami dikenakan bayaran RM1.00 sebulan.
Saya dan Syaiful memulakan latihan biola setiap petang Rabu, kalau tak silap, hanya kami berdua, maka bermulah perkenalan dengan 'tauge tauge' yang menjadi ayat ayat irama biola kami. Guru yang mengajar di import dari luar, dan Sekolah terpaksa membayar Rm40.00 kepada Guru tersebut. Satu kos yang agak mahal . Selain itu, biola harus dibeli sendiri, dan hanya berbekalkan biola kakak saya, saya pun mulakan dengan harapan dapat bersama sama menaikkan imej muzik sekolah nanti.

Semuanya hanya sementara, di akhir tahun 1977, Orkestra King Edward VII dibubarkan, kerana kos yang tinggi. Yang tinggal hanya Kumpulan Pancaragam Sekolah . Jadi setakat itu sajalah persembahan saya.

Sempat juga saya menaiki pentas di Dewan Bahasa dan Pustaka, di akhir tahun 1977 mendendangkan lagu Latiff Ibrahim - Mengenang Dikau Kembali , dibawah kelolaan Pakcik Jamil Kerdil. Ada sesiapa yang ingat kepada Pakcin Jamii ni? Dai Juruhebah RTM yang popular di tahun 70an terutamanya kepada anak anak sekolah.

Semasa memasuki alam sekolah menengah ni, setiap pelajar dimestikan berpesatuan. Setelah Orkestra dibubarkan, saya yang sememang bukan ahli sukan ni, mula memikirkan, dibawah persatuan apa yang saya boleh bernaung. Yang mudah, Persatuan Bahasa Malaysia dan Agama Islam. Jadi bernaunglah saya disitu, bersama aktiviti aktiviti yang disediakan guru , iaitu Puan Azwa . Bermula dengan bahasnya, pantunnya, puisi lah pulak, sajak gurindamnya, saya hanya ikut ikut aje didalam perahu, tak minat sangat, sambil sambil lewa aje mengisi jadual harian.

Tup tup, bila menghampiri hujung tahun aje, setiap persatuan diharuskan memberi persembahan di pentas, hmmm, saya mula menunjukkan minat. Waktu itu yang aktif didalam Persatuan Bahasa Malaysia ni , Badrul Hisham, Yem, Azhar Shaharuddin, tapi, bila diasak naik ke pentas, mereka menolak. Jadi hanya yang beberapa kerat ni aje yang 'daring' untuk keatas.

Bermula dari watak temudaga menjadi pembaca berita, yang dibawa oleh Azhar Shaharuddin , ke lakunan dan nyanyian , semuanya di satu'package'kan. Pada awalnya lagu GoodBye Girl nyanyian David Gates menjadi lagu persembahan saya, tapi dikritik keras oleh rakan rakan. Maka bertukar kepada lagu Bob Tutopoli - Widuri .
Lakunan latar oleh Wizan sebagai Widuri , dan Zairul Hisham sebagai heronya.

Dipermulaan lebih kepada lawak jenaka anak anak yang baru akhil baligh, saya pun dah lupa sketsa apa yang saya dan rakan rakan buat , sepertimana foto ini.
Badrul dengan waak sebagai pembaca berita, Azhar dengan berita sukan dan Kajicuacanya. Skrip kami sendiri reka reka. Dan sepertimana P Ramlee, saya menjadi Hostnya.


Mior Ariffin(asal dr Lenggong jugak ni) , Saya, Zairul Hisham(kini di Ipoh) Mohd Hairani ( di Kuala Lumpur)


Yang saya ingat keistimewaan Zairul Hisham, dia pandai menari gaya John Travolta dan jugak School runner pecutan 100m . Saingan utama beliau masa itu ialah Azizun (junior) yang jugak asalnya dari Lenggong.

Mior Arifin, rasanya masih di Taiping, memang dah tak bertemu melebihi 28 tahun dah. Dia duduk di Simpang , sekampung dengan Marzuki dan Azhar Shahrudin? Marzuki terakhir jumpa di atas gerabak keretapi, menghulur 'ketip tiket' mahu di ketip tiket saya, di tahun 1986- 1987, masa tu saya penumpang setia KTM .

Mohd Hairani bertemu terakhir di Re-union Sesudah 23 Tahun...... Ni pun rakan nakal nakal waktu meningkat remaja dulu.

' Dan dipersilakan Widuri naik ke pentas ' Habih, nak buat macam mana? Mana ada pelajar perempuan di King Edward, yang ada kakak kakak Form Six aje.

Siapa interview siapa ni?

Dewan gamat sebaik saja Widuri menasuki pentas, yang menjerit , bersiul . bersimpang siur. Yang saya tak tahan melihat muka Miss Ong , Puan Azwa kemerahan menahan malu(?) lucu.
Dan abang abang senior esp Raja Pecut Sekolah K Ganesh, yang kami lawakkan nama beliau menjadi K Ganas.

Menyanyi dengan penuh perasaan tanpa 'mike' supaya jelas setiap lirik didengari dan lakunan 'Widuri' dan Zairul seiring dengan lirik. Menjadi gamat bila lirik - 'sateleh kutahu apa yang terjadi ' dan 'bukalah pintu hati untuk ku' . ' Widuri' dengan selamba menggayakan watak dan Zairul sebegai heronya pulak .....aduh, gamat dewan petang tu.

Ke esokkannya, heboh satu sekolah, ada yang memuji dan ada yang 'perli' . Adatlah. Tak kisah, yang penting suasana ceria dipenghujung tahun.

Tapi, saya masih teruja hingga kini bakat bakat senior dua tahun dari kami, yang mempersembahkan tarian dan nyanyian dari filem Grease . Watak utama John Travolta adalah budak asrama yang menari dan menyanyi lagu Grease Lightning sepertimana John Travolta menari diatas arena stadium lagu tersebut, penari penari latar semuanya lelaki dan 'a few' kakak tingkatan 6 yang berpakaian ala 60 an, memang mereka berbakat.

Keaktifan saya berpentas terbawa bawa ke alam pekerjaan saya, cuma dah mula slow bila berpindah ke utara ni.



Rasmadi , Prem , Daud, Riduan ,Zulkifli Bahrain
Saya , Zainal , Radhi

Ini suasana dorm asrama King Edward. Tingkatan 4 . Rasmadi guru di Kelang? Tak pasti. Daud di Kuala Lumpur, Riduan di Kuala Lumpur, Zainal di Shah Alam(Uitm?) Saya dan Radhi di Sungai Petani.

Roslan, Saya, Rosli dan Nazri. Tingkatan 5Sc1

Roslan dimana ek? Terakhir dengar di Uni Tenaga? Rosli masih di Jitra? Nazri kawan ketat masa Tingkatan 4-5, masih di Ipoh.


Saya berkesempatan menginap di asrama dari tingkatan 3-4 . Sekejap, bercampur suka duka, tapi, rata rata saya tidak berminat anak anak saya memasuki asrama di alam persekolahan mereka. Ini foto pelajar asrama tingkatan 4 tahun 1980 . Warden Asrama Cikgu Harun aka John Lord. Memang terkenal dengan watak 'cengei' beliau, tapi, rata rata, kami semua menjadi 'orang'.

Terakhir jumpa Cikgu Harun 2002 di dearah tempat saya bekerja. Makan tengahari bersama beliau dan keluarga beliau, syukur, dapat belanja Cikgu Harun sekeluarga. Saya hanya memberitahu nama saya Latif, dan beliau terdiam memutar memori dikepala beliau.

' Abdul Latiff Janaton Hariri ya? ' itu yang terpancul dari mulut Cikgu Harun .

Apa yang boleh saya katakan lagi?

(?), Hatta, Rasmadi,Hatta,Nazir, Kadir, Jamal,Dollah(?)Solihin,Rosli.,Khairul
Aziz, Roslan,Fathi, Akmar,(?), Bahrul,Radhi,(?)Fadhil,Zawaher, Shamsul,Daud,Hariri, Zainal,McHelm(arwah)
Nazri,Saya, Zul , Ust Wahab, Cikgu Harun, Cikgu(?), Mohd, Shaharudin, Azmi,Megat, Hashim



Saya ditangga bas bersama Amir Hamzah(Amir ni ND Lala ke?} anak Polis Taiping
Khairul, Fathi,Alias, Bad, Aziz(arwah)
Ini kenangan rombongan Kak Kiah ke Kuala Kangsar, pertandingan akhir Negeri, 1979 Ragbi. King Edward vc MCKK . Juara Negeri lagi


Khairul, Zainal, Rasmadi. Roslan, Arumugam, Shamsul Kamal, Singh, Nazri
(?) Jamal, Suhaimi dan saya. Tingkatan 4sc1 1980

Gambar diambil ditahun 1980 dihari akhir saya bertukar ke Clifford untuk sehari .
Kenapa sehari ek? Guru Kanan Clifford 'reject' saya, dengan alasan King Edward lebih baik didikannya untuk saya. Masuk semula ke King Edward di kelas yang sama. Semua ni gara gara banyak bermain yang membuat Bapak marah dengan prestasi saya.

Sebenarnya masih banyak foto kenangan remaja dan dewasa bersama rakan rakan King Edward yang tersimpan. Nantilah, perlahan lahan akan saya 'singkirkan' dari album buruk saya ni kedalam blog . Foto reunion Sesudah 23 Tahun, reunion SRJK(I) Lenggong pun masih banyak tersimpan. Foto SRJK(I) Lenggong bersama guru guru pun ada lagi. Cuma masih mencari dari rakan rakan SMDA foto anda semua meniti zaman remaja anda.

Moga masih ada usia yang tersisa untuk bertemu muka


Latiff Hariri
1327 01062010
Sungai Petani

TIADA TEMU JANJI

Sepanjang minggu keempat Mei 2010 ni, menarik jugak, terutamanya kisah Orang Tua tu yang masih merasa dia diperlukan di bumi Malaysia ni. Dah ramai kaum kata masa dia dah tiba , tapi, dia masih menongkat langit. Ada bagusnya dia tak turun dari singgahsana, akan lebih celaru puak disana. Bukan puak disini suka dia turun pun, tak turun lagi bagus, sekurangnya makin cerah PRU13 ni. Mungkin jugak dia teringin menjadi PM, yalah, kalau ikut susunan 'kekananan' beliau didalam Pentadbiran, selayaknya beliau menjadi PM. Tapi , itulah , lepas DrM ditunjuk pintu keluar, yang naik Pak Lah, Dr Ling pun tahu tak ada peluang jadi PM, dia pun cari pintu keluar, yang maca ni masih mengharap . Tapi, mungkin jadi kenyataan , kalau dia masuk puak sini, harapan untuk menjadi TPM kedua, amat cerah, kalau tak pun dia jadi Penasihat Kanan Negeri Tamil Nadu . Rata rata rakan rakan india saya semua dah meluat tengok muka maca ni, inikan kami orang puak sini.

+++++

Yang jadi tukang karut tentang kewangan Negara sekarang ni, Datuk Idris Jala. Mungkin jugak kedudukan jawatan beliau sebelum ini, yang dikira berjaya dalam Koperat serta kebijaksanaan beliau mentadbir Shell dan MAS. Tapi, apa dah jadi dengan MAS? Dengar kabar dah tiga tahun tiada kenaikan gaji kakitangan, betul ke?
Dan khabar angin jugak, mengatakan MAS akan bangkrap sepertimana terjadi kepada Japan Airline tu. Sebelum Datuk Idris dimalukan, dia harus dilantik menjadi Senator
dan Menteri supaya ada yang boleh dikambinghitamkan.

Yang tak sedapnya, beliau kata Malaysia akan bangkrap kalau sabsidi masih diberi kepada warga. sedangkan yang mendapat sabsidi nanti mereka dan kroni jugak. Rakyat masih naik kapcai buruk. Apa kata kalau rasuah yang mereka ambil itu, di derma semula kepada Negara?

Lepas dia ke Singapura dengan Penganugerahan Tanah KTMB kepada Temasik, dan tidak lupa pemberian Blok Minyak kepada Brunei, kini kemana pulak? Ternyata APCO milik Israel tu, berjaya 'melondehkan' seluar kita. Saya terfikir skandal Kapal Tak Selam dan Ratu Monggolia tu, mungkin Singapura pun ada simpanan rakaman 'aksi' mereka disana. Waktu Pak Lah, Peguam Negara berjaya mengalah dengan menyerah Pulau Batu Putih Mata, jangan lepas ni Iskandariah pulak sudahlah!!!

XXXXXXXXX

Berjalan jalan disekitar Salak Tinggi , Nilai dan Putrajaya ni sekadar menghabiskan hujung minggu yang panjang selain dari menghabis minyak kereta. Tapi ini pertama kali menjejakkan kaki ke stesen ERL Salak Tinggi, yang mana bentuk stesennye mirip ' cengkerang' siputbabi. Bila setiap kali sebut Siputbabi, saya teringat SB, mengapa ek?


Yang boringnya mamasuki KL waktu cuti panjang ni ialah, kesesakan lalulintas, gara gara orang ramai keluar berbelanja. Duk mundar mandir didalam Jaya Jusco Taman Maluri, siap tengok adengan seluk saku lagi, tiba tiba, terdengar suara memanggil nama saya.

Saya menoleh, mencari arah suara itu. Hm, ada abang ni bersama anak anak teruna duduk menyorok disebalik rak kasut bila leher kepala saya memnjang bagaikan zirafah mencari. Setelah pasti, saya terus ke arah belakang rak kasut tu. Abang ni sedang mengukur tapak kaki dikaki sendiri, hahaha.

" Tip, apa kabar ? "

"Baik " Kami bersalaman . Saya masih bingung dan cuba memutarsemula memori komputer dikepala saya .

" Apa cerita kau Tip? Lama tak dengar cerita? Engkau sihat? Apa khabar Bie, anak anak? Eh mana mereka ? "

Hm, dia ingat semua ni, malu aku. Nama isteri dia pun aku dah lupa, dan dia lagilah aku tak ingat. Malu sungguh .

" Kau nampak lainlah Tip, tak mcm dulu "

"Dulu ada misai , tapi sebab uban misai macam tiang letrik, jarak jauh jauh, tak hensem, aku buang semua " Senang je jawapan saya, tapi sebebarnya supaya nampak muda!!

"Engkau masih kayuh basikal? "

"Eh, mana hang tahu ni? " Sangka saya dia ada membaca tulisan saya.

" La, kan kau kat Shah Alam lagi gilakan basikal . Masa sekolah pun kau ada cerita ."

Haaaa, dah tangkap dah bila abang ni berceloteh panjang .

"Laaa, Bob!! Sorry, aku baru dapat kenal suara hang, masih tal lekang dengan 'telo' Kuale hang"

"Abih, dah kita orang Perak ," Lalu diperkenalkan kepada kelima lima anak beliau serta isterinya, yang juga orang Perak, Parit Buntar paling tepat.

Maka terkenanglah kisah permulaan perkenalan dengan Bob, disaat hari indah beliau bernikah, hingga kelahiran pertama beliau. Kisah ni dah menghampiri 20 tahun berlalu. Kami sepejabat, dan selepas anak pertamanya, beliau berhijrah ke 'tanah yang lebih hijau' meninggalkan saya. Bob juga penah bertandang ke SP diawal 2000, tetapi, ini perjumpaan semula selepas 10 tahun menghilang .

Selesai bertukar nombor handphone, kami pun berpisah.Insyaallah , saya akan ke rumah Bob dalam masa terdekat ni, dan anak Bob pun ada yang menuntut di utara rupanya, bolehlah kita kerap berjumpa

Bob sebenarnya Burhanuddin Hasan Basri, anak Polis jugak ni, member sekepala masa sama sama di Jalan Ampang dulu. Sayangnya kamera tak bawa, tiadalah rakaman foto kami berdua.

#####

Tempat ni tempat terawal saya mengenali Supermarket, di Lenggong hanya tahu kedai Pakcik Lasah, kedai runcit milik Tionghua sepanjang pekan Lenggong. Jadi saya suka lepak kat sini, bila ada kesempatan . Dari tahun 1972 saya sering dibawa Mak Cak , tak pun Pak Long dan Pak Lang
setiap hujung minggu percutian sekolah. Filem P Ramlee, Madu Tiga, yang kak Tipah shopping , bertemu dengan isteri kawan Cik Jamil tu.

"Eh, kak Tipah yang benarkan, buat buat tak tahu pulak"

" Ya lah, sekejap lagi perang besarlah." Balas Kak Tipah.

Mereka berlakun didalam Pasaraya Ptizpatrick, kira satu satunya rangkaian pasaraya pertama di Tanah Melayu dan Singapura. Kira Ampang Park tempat happening diawal 70an dululah. Saya ingat tempat ni sebab adakala ikut Mak Cak, Mak Lang atau Mcik Miah beli barang dapur disini, dan kami naik ketingkat paling atas, main 'game' bersama sepupu sebaya Azri dan Azni.

Selesai makan tengahari selewat jam 4 petang, mata saya tertumpu pada mamat ni, adalah dalam 12 orang duduk semeja dengan beliau. Ni mesti makan makan keluarga ni. Selesai aje, sudah pasti, dia ni akan bangun dulu, keluar , ambil oksigen . Saya pun ikut dari belakang, terus menepuk beliau deri belakang dengan suratkhabar Harakah saya. Selamba aje dia menoleh, terkejut pun idak.

" Jimmy, apa habak? Kenapa tak beritahu nak makan kat sini ?"

Setelah beliau mengamati muka saya , " Abang Latiff!!"

Ketawa pun berderai, sambil memerhati ke arah bawah gerai jualan, kami berpeluk pinggang tanda ikatan persahabatan masih belum terungkai.

Sama seperti Bob, Jimmy jugak mempunyai anak 5, hebat Jimmy dari Bob, sebab semua anak dia lelaki!! Bob tua dari saya setahun, sedangkan Jimmy muda dari saya dalam 5 tahun rasanya.

Jimmy, Bob dan saya adalah rakan sepejabat di Jalan Ampang. Yang menarik tentang Jimmy ni dulu dia saorang pelatih juruterbang TUDM, tapi kerana takutkan lipas, dia ter'eject' kerusi kecemasan pesawat , maka gagallah dia!! Hahaha, tak pasti cerita ni rekaan atau sebenar, tapi, memang pun Jimmy pernah bergelar Tentera Udara sebelum memasuki pejabat kami.

Kini Jimmy dan Bob didalam organisasi yang sama, cuma mereka tak pernah berjumpa. Jimmy sebenarnya Fazrul Azhar Ramly, bapak budak Keramat kat area Jelatek Height.




Fazrul Azhar aka Jimmy " Perut u maintain bang." Komen Jimmy sambil mengusap perut saya.

########

Macam kenal lama aje

Tak tahu nak kearah mana, saya menalipon Nora Ramly, menanyakan nama rakan SMDA beliau yang teringin bertemu muka dengan saya.

" Dia sama sama SRJK dengan I di Lenggong ke? "

" Rasanya tak Latiff, tapi dia teringin nak jumpa u, sebab dia kata u ni beria cari kawan kawan . Dia suka nak kenal kenal ." Balas Nora .

" Ok, nanti U SMSkan no hp dia kat I, kalau sempat i jumpa dia ."

Setahu saya area tempat kerja beliau ni dekat jalan Chan Sow Lin. Saya pernah memasuki kedalam pejabat ni masa sekolah rendah lagi, dibawa Pak Long dan Pak cik Mat, yang merupakan kakitangan didalam pejabat ni di awal tahun 70an dulu.

"Hallo....." Salam pun diberi, perkenalan bermula, dan memang, sepertimana saya mulakan perbualan pertama dengan Nora, Zawawi, Asri, Ridzuan , semuanya sama!! Macam pernah duduk sekelas di SMDA pulak. Kemesraan datang secara semulajadi.

Hmm, tak boleh menolak lagi, selesai urusan di Nilai, saya terus mencari jalan pintas ke Semenyih, melewati Bandar Mahkota . Tak sampai 30 minit dah berada di depan EON bank Semenyih. Hmm, bayar hutang dulu.

Didepan Eon kami bersalaman dan berpelukan. Eh, mecam member lama masa sekolah yang dah lebih 28 tahun tak berjumpa. Terus mengekori dengan kereta menuju kerumah beliau .
Saya masih ingat dengan laluan sekitar rumah beliau. Seawal perkahwinan saya diakhir 80an, saya sering bertandang ke Batu 18 Langat, Lenggeng, Kuala Pilah, Seri Menanti , Seremban dan persekitarannya. Memang Semenyih ni kira pendalaman waktu itu, tapi , sekarang ni sedang meningkat maju.

Bermacam macam kisah lama disebut, nama nama rakan yang tak saya kenal pun diberitahu kepada saya. Maaf ajelah. Memang saya tak kenal , sepertimana jugak, saya tidak mengenali beliau. Yang pasti , kita pernah berkampung di Lenggong suatu ketika dulu.





Teh O dan karipap panas. Saya memang penggemar Teh O. Saya tak minat Nescafe dan Milo. Lebih best teh cap Masjid dan 888 yang sering saya minum di tahun 70an dan awal 80an dulu.
Pelikkan. Tak kenal pun masa remaja, tapi, bila kata aje pernah duduk di Lenggong, dan saling mengenali rakan rakan seangkatan yang lain, terus jadi 'klik' .

Rupanya Rosli Yusuf Said, masih tak berpuas hati. Mungkin jugak dia tahu kegemaran saya memberi rating setiap gerai/restoran yang saya masuk untuk menjamu perut. Terus diajak kami ke pekan Semenyih, nak kenalkan Nasi Ayam depan simpang pekan Semenyih. Ternyata , orang terlalu ramai beratur mendapatkan nasi. Jadi saya dan anak saya di bawa ke Restoran AniSupUtara . Pekena Sup pulak saorang sepinggan . Tapi, saya tak boleh memberi rating makan disini secara jujur, sebab, 'part' kawan kawan belanjan makan ni, saya selalu beri rating 10 aje, markah penuh!! Hahaha.




Sesungguhnya memang terlalu banyak kisah yang boleh saya bongkar dari Rosli ni, tapi masa tidak mengizinkan. Nantilah, 5 Jun mendatang di rumah Faridah. Kita ungkit kisah kisah lama , kenangan pahit manis masa alam budak budak hingga remaja . Ini saat yang masih tersisa untuk saya rakamkan kisah lalu . Ya lah, masa umur awal 20an hingga ke pertengahan 30an, kita(yang sebenarnya adalah saya) terlalu sibuk mengejar kehidupan, membesarkan anak anak yang sebenarnya. Tapi, bila mencecah 40an, suasana bertukar, tiada lagi terkejar kejar, sebab utamanya, anak anak dah hampir melepasi remaja, sepertimana Faridah, yang sibuk menyambut menantu nanti. Sedar tak sedar , ada lagi 9 tahun untuk pencen dan boleh joint kelab Cikgu Cikgu SRJK/SMDA kita nanti.





Sepertimana harapan saudara Rosli, saya pun begitu, moga ikatan persahabatan ini berpanjangan hingga ke akhir hayat. Saya dah bertandang mencari Rosli, dan diberi layanan istimewa dari seisi keluarga Rosli. Jadi, kira baru 1-0 . Kehadiran Rosli di Utara nanti, akan saya balas dengan jaringan yang menjadikan 1 - 1 . Putaran kehidupan begitu, anak anak Rosli di utara, anak anak saya di Selangor, sekurangnya kita tahu, siapa nak kita cari bila bertandang menjenguk anak anak kita nanti.

Selalu saya alami begini. Tak perlu temujanji, secara kebetulan, atau main redah aje, kira nasib baik dizinkan Nya, kita berjumpa. Alah macam Asam di darat, ikan dilautlah jugak, kalau dah memang tercatat akan berjumpa, mesti jumpa punya. Dan, kalau tiada niat nak jumpa pun, dan Allah kata jumpa, maka, terjumpalah sepertimana tercatit kisah diatas.

Terima kasih kepada Rosli sekeluarga terutamanya, kepada Bob dan Jimmy , kerana menjadikan perayauan saya kali ini ke Kuala Lumpur/Selangor suatu kenangan manis untuk ditulis didalam blog ini.

Siapa lagi selepas ini. Tunggu 5 Jun aje, Ok. Nak makan makan dulu.


Latiff Hariri
1205 31 Mei 2010
Sungai Petani

Wednesday, 26 May 2010

Cukai Jalan Mati

15 April 2009 - Shahril Azlan Ahmad Kamil , 26 tahun, ditembak Polis gara gara panik disekatan jalan raya di Seksyen 7 Shah Alam. Beliau ditembak 2 anggota Polis berpakaian preman dan terkena anggota badan beliau. Setelah menyedari terkena tembakan, beliau berhenti dan merayu Polis menghantar beliau ke Hospital, tetapi sebaliknya beliau diarah membuka bonet kereta kerana didakwa membawa dadah. Ambulan hanya datang setelah menunggu lebih dari sejam .

Pihak Polis hanya menghantar wakil dan memberi Rm200 kepada ibu beliau sebagai 'rasuah' untuk membayar bil hospital, tetapi ditolak ibu beliau dengan baik. Ayah Shahril membuat lapuran Polis pada 16 April 2009, tetapi tiada tindakan selanjutnya yang mereka terima . Dan sekali lagi pada 19 Mei 2010, lapuran polis susulan dibuat oleh Ayah beliau.

-Sumber Suara Keadilan -

######

Ingat tak kisah Doktor bujang keturunan Tionghua, yang berduaan dengan teman wanitanya, di stesen LRT suatu ketika dulu, yang juga mati ditembak gara gara terkejut bila dalam kegelapan malam, tiba tiba tingkap keretanya diketuk Polis yang meronda, dan terus memecut, dan diberi hadiah tembakan maut dari Polis.

Apa jadi kes itu? Selesai disitu dengan membayar peti keranda dan upah mengebumi jenazah sahaja? Ada sesiapa yang tahu?

Saya sering menasihat anak saya di Shah Alam supaya , bila tamat kelas, terus pulang, jangan lepak lepak di restoran mamak. Pastikan tiada kayu, senjata tajam dan dadah didalam kereta setiap kali memandu ke/dari UiTM. Saya takut, anak saya , dan jugak anak anak UiTM yang lain pulak menjadi mangsa seterusnya , dek gara gara kecelaruan PDRM ni.

Kelcelaruan ini , dari firasat saya, adalah doa dari Rakyat marhaen yang ditindas , serta solat solat hajat yang sering kita hadiri disetiap perhimpunan 'halal' yang haram oleh akta kejam Polis . Kalau dahulu Polis berperang dengan kominis atau penjenayah rompak, kini kerana tiada lagi kominis , anak bangsa yang menentang pemerintah dijadikan objek melepaskan geram mereka dek lamanya tidak mengasah senjata di hutan belantara .

kPN, anda angkuh dan bongkak. Tiada maaf dari kami, kerana maaf kamu terhadap Allahyarham anakanda Aminulrashid terlalu mahal untuk kamu lafazkan.

Kita pakat pangkah lagi la...

Latiff Hariri
2254 26052010
Sungai Petani

AL-DIAFAH -SRI PETALING

Selesai urusan di Nilai , kami bergerak kearah utara melalui lebuhraya Plus . Mungkin juga bertepatan dengan waktu makan , saya menyusuri susur ke arah Stadium Bukit Jalil. Terlupa, perlawanan akhir Piala Thomas, jalan agak sesak. Saya menyusuri jalan mengarah Carrefour menuju ke Hotel Sri Petaling. Terus parkir dan menapak ke tingkat satu Al-Daifah .





Ahlan Wasahlan






Yogmush RM12.00


Rasanya macam roti pita yang diisi daging kisar serta daun daunan , mungkin juga kentang.
KIra karipap timur tengah lah ni



Tak sabar nak jamah dan menilai rasa masakan disini, pertamakali ni, Nasi Mande Kambing



Tak banyak, kalau terlalu lapar , cukup untuk saorang saje ni



Kebab masih berbungkus, fries dan cili muda berjeruk
Kebab yang agak panjang, boleh la share ramai ramai.


Ish, payah pulak nak bayar ni, mana duit ni.


Hiasan dalaman yang menarik
Susunan di cermin laluan tangga
Memang cantik, sesuai dengan lokasi, harga dan kenyamanan menikmati juadah



Harga saekor kambing 'tergolek tanpa tumit kaki dan kepala RM940.00!! Nak buat qeqah elok sangat ni.

Rata rata saya berpuas hati dengan layanan yang diberi. Tempat memang ekskulif , sesuai untuk temu janji perniagaan atau acara rasmi pejabat. Suasana aturan kerusi meja agak rapat dan sesak, tetapi bolehlah. Latar belakang bersuasanakan timur tengah.

Harga agak mahal berbanding dengan reatoran AR Rawsha di Jalan Damai, Off Jln Sejahtera, Ampang, tetapi kena dengan kenyamanan dalaman yang berhawa dingin sepenuhnya. Masakannya pulak, kurang sedikit dari Ar Rawsha.

Ini rating saya : AL Diafah dan AR Rawsha

Harga : 9.00 :7.80
Keenakan : 8.20 :9.00
Layanan : 9.50 :8.60

Kalau di AR Rawsha, satu pinggan penuh nasi mande, boleh dimakan untuk 2 dewasa, disini mungkin untuk saorang dewasa dan anak dibawah umur 10 tahun.

Kepuasan seluruhnya Al-Dafiah 8.00 , Ar Rawsha 8.80


Kalau ada gerai/restoran yang halal yang sedap/murah/berpatutan , beritahu saya, sekadar KL boleh segera sampai, kalau dah di Johor seperti Nasi Beriaya Gam , Gulai Asam Pedas dsbnya, kena tengok jadual lainlah. Sekadar makan makan hujung minggu boleh saja.


Latiff Hariri
2055 260510
Sungai Petani

Sunday, 23 May 2010

Saya dan anak anak Polis II

Di petik dari Beautiful Houses of My Soul

Terima kasih kepada penulis yang menambah nilai kisah Saya dan Anak Anak Polis terdahulu
Saya terjemahkan dengan bantuan Google , sebahagiannya, diolah seminima mungkin.


PWD 1290, JALAN SULTAN, AULONG




Dan kemudiannya, setelah menetap di 1071, Lorong 45, Aulong, Bapak diizinkan untuk menetap di banglo di dalam Balai Polis Aulong.

Saya masih ingat hari itu, kami diarah Bapak menyamak rumah tersebut kerana penghuni terdahulu adalah dari keturunan Tionhua. Memang menyeronokkan bermain air dan pasir, sampai kami tergolek golek tergelincir dek kerana lantai licin .

Ini adalah rumah terakhir kami di Aulong. Secara peribadi rumah ini lebih baik daripada rumah bunglo di Lenggong, walaupun bentuknya agak berlainan dari biasa. Rumah ini lebih tenang, dan jarak agak jauh dari pekan Aulong, tapi lebih dekat mengarah ke bandar Taiping. Kami sering menggunakan laluan keretapi Taiping-Port Weld yang merupakan jalan pintas kami menuju ke bandar, dan masih dekat jika mahu ke rumah nenek kami dan tentu saja ke dua dua rumah teman baik saya yang juga tinggal di Aulong , iaitu Zaki dan Zulkaperi .

Sayangnya ketika saya pergi ke rumah ini empat tahun lalu, rumah ini berpenghuni, jadi saya tidak mengambil gambar dari bahagian depan rumah. Tapi ya, pintu masuk rumah ini dari belakang - tidak pasti mengapa kami sering dapat merasai bentuk rumah hasil rekaan penjajah ni, dimana laluan masuk utama adalah melalui pintu dapur. Ruang tamunya tersorok di hadapan yang tiada ruang laluan kenderaan.

Awalnya rumah ini adalah di dalam kawasan Balai Polis Aulong, tetapi bila terbinanya kompleks baru Balai, ternyata rumah tersebut bukan milik PDRM. Ketika berada di dalam kawasan Balai, setiap kali kami melewati sentri, pegawai yang bertanggung jawab akan memberi ' tabik hormat' kepada kami.(Kami tu, Bapaklah).

Tidak ada perubahan besar dalam gambar di atas. Walaupun pemandangan hadapan kurang menarik, kerana dipenuhi hutan, tapi kawasannya memang luas , dengan 4 bilik dan 3 bilik mandi, dan dapur dan ruang makan berasingan .Dua kamar utama berkembar dengan bilik mandi, dan ada kolam lagi untuk berendam !!

Dan jika anda melihat gambar Balai Polis Aulong ini, anda akan melihat pohon besar di latar belakang pada sebelah kanan gambar di bawah ini. Pohon itu adalah unsur utama di dalam foto pertama di atas - pohon dibelakang rumah arah kiri . Dengan kata lain, kedua-dua gambar diambil dari arah berlawanan, yang bermaksud PWD 1290 tepat berada di belakang Balai Polis ini.





Ini adalah 'Balai Polis baru' yang siap binaan pada tahun 1979. Balai yang tua dibina pada 1951 dan terdiri dari binaan kayu berwarna hijau, dan kelihatan seperti Balai dahulu diwaktu darurat. Sempena 100 Tahun bandar Taiping dahulu, pernah tersiar pekan Aulong dan persekitaran, tapi slot Balai Polis lama sengaja dihilangkan, mungkin keadaan yang daif dan memalukan untuk ditayang dikaca TV.

Dengan empat pohon rambutan, dan dua pohon durian menghiasi kawasan, lengkap untuk sebuah banglo yang dihuni 8 beradik waktu itu . Pohon-pohon rambutan dan pohon mangga menjadi tapak kami untuk bermain ' rounders ' - dan yang peliknya, kami bermain dengan raket dan bola tenis milik bapak. Setiap kali musim buah, anak-anak Polis akan datang mengendeng rambutan kami, saya kira waktu itu bukan waktu terbaik untuk kami berkawan dengan mereka. Setidaknya bukan saya, kerana sebahagian besar masa saya dihabiskan di Kota Bharu (dari 1976 dan seterusnya). Mereka agak berbeza dari kami - berbeza dalam mentaliti dan asuhdidik, anggapan saya. Jelas mereka bebas dan agak 'kasar ' perwatakkannya.

Meskipun banyak pohon buah-buahan di rumah kami, memanjat pohon bukan sebahagian dari kebolehan kami -keahlian saya memanjat hanya pada paras ketinggian orang dewasa!!. Maaf, tidak lebih dari itu. Saya tiada kemahiran ' monyet' untuk memanjat pokok. Dan rambutan bukanlah sesuatu yang kami harus beli, banyak kali Mak akan berkongsi bersama keluarga dari BalaiPolis , dan baki bakiberlebihan akan diberi kepada Baharom yang akan menjualnya sebagai upah memanjat pokok.

Sebagaimana yang telah saya katakan, sebahagian besar remaja saya di Kota Bharu, jadi saya tidak ingat banyak tentang anak-anak Polis ni. Yang saya ingat mereka bermain' popia ' bola tenis milik kami yang bersepah diluar rumah, jadi, ketika bola bergolek ke arah rumah kami, kami mengambil dan tidak mahu memulangkan kepada mereka semula. Tentu saja mereka mendakwa mereka membeli bola tenis tersebut, dan akhirnya kami mengalah dalam protes, kerana pasti bola tenis itu milik kami .




Kami membesar di rumah ini, sebahagian dari kami lalui alam remaja di sini. Salah saorang adik lelaki saya pasti akan memainkan piring hitam dan menyanyikan lagu Barry Manilow ' I Can't Smile Without You ' sekuat mungkin setiap kali anak-anak gadis sunti Balai Polis melalui pada jarak yang agak dekat dengan rumah kami. Yang pasti ketinggian nada lagu ini melebihi dari lagu lagu lain yang didendangkannya

Saya akui, satu pilihan lagu yang tepat untuk saorang remaja era 70an.

Dan saya pasti tidak akan lupa pada satu lirik lagu yang popular sekitar 77/78, sekumpulan anak-anak Polis akan bernyanyi lagu Juriah , sebuah lagu yang dipopularkan oleh Hail Amir. Dan mereka akan menyanyi dengan kuat, cukup kuat bagi saya untuk mendengar mereka dan mengingatinya.

"Juriah, engkau cantik , engkau manis ..." begitulah lirik lagunya. Saya tidak ingat keseluruhan liriknya. Bukanlah lagu yang agak popular dari Hail Amir ketika itu, tapi, mungkn ada cerita menarik yang membuat anak anak Polis ni mendendangkan lagu ini sesama mereka disekitar tahun 70an.

Mungkin juga, ada anak gadis yang cantik yang bernama Ju - Saya tidak pasti sama ada nama sebenarnya , Juriah atau Junaidah. yang pasti nama awalnya adalah 'Ju', yang menjadi dambaan anak anak Polis sebagai meluahkan perasaan mereka.

Pada saya, terlalu banyak anak gadis yang comel comel di Kota Bharu sepanjang pengajian di sana. Jadi saya tak ambil pusing tentang anak anak gadis di BaLai Polis ni dan saya pun tidak rapat dengan mereka.

Dan saya ingin membuat deklarasi penuh sekarang bahawa saya tidak ada hubungannya langsung dengan kisah memuja anak gadis gadis disini!

Saya ingat kisah ini kerana saya fikir mereka lucu, dan benar-benar berani - kalau bukan bodoh, untuk melakukan apa yang mereka lakukan. Dan memang tersenyum sendirian bila terkenang. Pernah menoton filem lama kan? Terutamanya lakunan P Ramlee dan S Shamsudin yang mana mereka akan bernyanyi disisi rumah anak gadis , dan akhirnya bapaknya yang keluar siap bersenapang lagi!!

Memang berani - anak-anak Polis ni. Dan mereka harus mempunyai 'kulit muka yang tebal' waktu itu, hahaha ..

Setiap bulan, kakitangan Majlis Tempatan Taiping, seperti juga di Lenggong , berketurunan India akan datang memesin rumput dipersekitaran rumah kami. Dan menjadi tugas kami menyapu sisa rumput yang telah dipotong. Selain itu , menjadi tugasan kami menyapu daun daun kering disekitar rumah yang mana terdapat 4 pokok utama yang menutup tanah tempat permainan kami...aduh, meletihkan.

Dan kami dikerahkan Bapak setiap Sabtu untuk menyapu daun kering disekeliling rumah, memang bercinta lah. Berbagai alasan diberi untuk mengelak dari menerima tugasan dari Bapak ni, tapi, yang pasti , sekembalinya Bapak dari pejabat untuk makan tengahari, Bapak pastikan kawasan rumah sudah bersih dari daun kering!.

Di rumah ini saya dan adik lelaki saya disunatkan . Masih sempat bermain 'popia' sebelum dan selepas bersunat. "Bentan nanti," kata Pakcik Usop . Anak-anak, apa yang kita tahu, eh?




Gambar di atas diambil pada tahun 1974 dengan MCak dan Tok Chu di depan rumah. Mereka datang melawat dari Kuala Lumpur. Ya, ini makcik kesayangan kami. Masa ini kami lapan beradik, belum dicampur lagi empat yang mendatang di akhir tahun tahun seterusnya.

Ini adalah bahagian hadapan rumah menghadap bukit Maxwell dan perlombongan Kapal Korek bijih timah , kira kira 700 m jauhnya dari rumah kami. Cahaya kelipan lampu dari bukit Maxwell dan cahaya kilauan dari Kapal Korek sangat menarik, terutama pada malam hari. Saya telah menulis tentang ini dalam penulisan saya, tentang sekolah saya , pada tahun 2007 - This Used To Be My Playground .

Map Aulong


Sebagai catatan, di sini adalah peta Aulong dan tiga bintang merah merupakan tiga rumah tersebut di atas. Sesaorang boleh berjalan kaki dari satu rumah ke rumah lain, walaupun berbasikal akan menjadi pilihan yang lebih baik. Nenek Bulan, akan berjalan dari rumah ke rumah semata mata untuk menjual kuih 'cucur peneram ' atau- 'telinga keling ' (maaf ya, tiada niat mempersenda kaum lain) , sememangnya nama kuih ni begitu. Saya tidak pasti berapa hasil juala nenek Bulan, tapi, seperti Bapak jugak, Nenek lalui liku liku hidup yang amat susah dan menyedihkan.

Nenek tidak berkesempatan mengecapi kemewahan hidup. Di hari pemergiannya, saya baru memulakan karier saya, tapi yang pasti Mak Su Azizah sempat memberi kemewahan sementara kepada Nenek sebelum dia pergi. Mak Su masa itu bekerja sebagai Paramugari MAS dan bersuamikan Juruterbang MAS jugak. Dan saya sangat yakin, apa yang Nenek usahakan di dunia ini, akan berbalasi di akhirat kelak, insyaallah.....

Alfatihah untuk nenek Bulan .

#####

Tulisan ini dari abang saya dari RahmanHariri.blogspot.com
Ternyata apa yang beliau tulis , tepat pada waktunya bila saya menulis tentang Anak Anak Polis
Ya, Izzuddin ada bertannya , 'Abah ke yang menyanyi lagu Barry Manilow tu ?"

Saya hanya senyum kepada Izzuddin. Ya, kisah benar tu. Rakan rakan di Balai Polis yang rapat dengan saya, Husni Mokhtar, abang dan adiknya, Halim dan Hasnan , Abang Det ( 72156 Mahathir Ahmad) Suhaimi Ghani berpindah kesini dipenghujung tahun 1978 sebelum kami berpindah. Saya ingat abang AA, Tok Chomat, Pak Ibrahim dan Mcik Esah, Kak Nab, Pak Ghani dan Mcik Som, Pak Mat dan Mcik Om, Tok emak kpd Mcik Om, Pakcik Mokhtar dan Mcik Mai (Orang Nogori ni) Tok Megat dan keluarganya yang besar .

Rahman tak berkesempatan ber'klik' dengan anak anak Polis ni, dan betul tu, memang pada awalnya kami menjarakkan pergaulan dengan mereka, tetapi bila bertambah remaja, saya mula pandai berkawan dan tahu perlunya mempunyai kawan yang ramai dari kejiranan terdekat.



Monday, 17 May 2010

Perkeso , Carlsberg. Magnum dan Penasihat Syariah

Saya rasa tercabar bila wang caruman saya dilaburkan kedalam saham Carlsberg, serta wang Amanah Raya Berhad dilaburkan kedalam Magnum Corporation yang memang syarikat judi terbesar sejak dari pemerintahan Tunku Abdul Rahman lagi.

Padahal mereka yang dilantik mentadbir Amanah Raya Berhad ni bukan calang calang orang, semuanya berpangkat Ulama' tapi Ulama' DK&Slah, yang mana, haram itu halal, halal itu haram, mengikut tafsiran Pemimpin mereka jugak, bukan tafsiran Al-Quran.

Dato' Dusuki Ahmad adalah Pengerusi Amanah Raya Berhad, dan Dato' Harussani Zakaria , Mufti Perak tu, adalah Penasihat Syariah Amanah Raya Berhad. Dua nama hebat ni, tapi, Ulama' dunialah. Apa yang anda berdua lakukan dalam menegakkan Syiar Islam dikalangan penyokong DK&S khususnya dan seluruh Muslimin amnya?

Lebih baik lantik ketua MCA/Gerakan jadi Penasihat Syariah DK&S, dah sah mereka tak tahu hukum Al-Quran, daripada mereka berdua ni, yang , kununnya berlatarbelakang agama, tapi berkiblatkan kitab mazhab DK&S .


********

Jumaat 21052010 akan menjadi kenangan 'pahit pahit manis' bagi kami berlima serta hampir keseluruhan rakan sepejabat. Dah selalu sangat saya bercerita tentang Jumaat yang berlainan dari Jumaat Jumaat yang telah saya lalui sepanjang usia saya.

Selain dari Bolasepak Piala Dunia dan judi halalnya dan tentang Awang dari Zimbabwe. Makmum juga dikejutkan dengan haramnya bermain bola bila 'waktu tidak diraikan', niat 'berriadah dan bersilaturrahim' diketepikan. Ini sebahagian dari isi kandungan Khutbah Tok Khatib. Memang keras amaran beliau, tapi, itulah hakikatnya!!

Kalau saya bertanya kepada rakan rakan yang sering berjemaah di Masjid Batu, Permatang Pauh, pasti apa yang saya ceritakan ini, tiada apa apa keistimewaannya. Bila Khatib kerkhutbah, disahut dengan Takbir , itu sudah biasa kepada saya. Tapi, yang ini lain. Tak terfikir saya , bila doa yang biasa diAminkan jemaah setiap kali Khutbah sampai kepenghujungnya, terhenti, bila 'kami' jemaah di'jerkah' Tok Khatib, gara gara mengAminkan ayat doa beliau yang pertama sambil lewa. Terkedu jemaah, tetapi, dalam keadaan senyum tersipu sipu kami, selepas itu satu masjid mengAminkan doa beliau bersemangat sepertimana teriakkan didalam stadium Bukit Jalil , Piala Thomas tempuhari.

Sememangnya Ustad Shahul Hamid membawa kelainan didalam Khutbah beliau. Beliau memang dikenali di Negeri Pulau Pinang ni . Jemaah yang terlena, yang tak sempat memberi salam kanan kiri Solat Jumaat terus angkat kaki meninggalkan Masjid, yang Solat Express, semuanya berdisplin hari ini. Tiada yang berani bangun meninggalkan barisan sehingga selasai zikir dan doa dari beliau.

Di pejabat, kami terlewat 15 minit gara gara panjangnya Khutbah beliau . Tapi, rata rata menyatakan kepuasan dari mulut kami. Abang Nal yang dah dikatahui dimana pendiriannya pun, untuk kali keduanya, menyatakan kepuasan hati beliau terhadap Khutbah tanpa teks yang di bawa oleh kerajaan Pakatan.

' Tak pa anag Nal, minggu depan kita Jumaat di Masjid Batu pulak ' saya memulakan.

'Tak boleh, itu masjid kayu , bukan batu ' balas abang Nal.

Ya, kami faham maksudnya, memang benar Masjid itu dibina dari kayu , berbanding dengan masjid seberang jalan Masjid Batu, yang dibina dengan batu sepenuhnya. Ya, betul, ada dua Masjid disini, bersebelahan, dipisahkan jalan raya , yang mengarah ke UITM Permatang Pauh. Aik, kenapa ada dua? Nanti saya fotokan, dan ceritakan serba sedikit tantang dua dua Masjid Batu ni.

++++++

Latiff Hariri
0717 22052010
Sungai Petani

Saya dan Anak Anak Polis

Dialam kanak kanak , bila kita telebih nakal, kita sering diugut, atau disakat, ' Polis, ambik budak ni, nakal sangat '. Dan kita pun terhenti seketika dari kenakalan kita. Tapi, lama kelamaan kita menjadi lali. Bila kita mencecah angka 12, dan memiliki kad penganalan, kita mula terasa dewasa, dan bersedia, jika ditahan Polis, kad pengenalan akan menjadi bukti kita warga negara. Tetapi waktu itu mana reti pakai dompet, selalunya, kad pengenalan tertinggal kat rumah aje.

Semasa di Taiping dan Batu Gajah, kuarters kerajaan tempat kami menginap terletak di satu kawasan khas untuk kakitangan kerajaan, begitu jugak, sewaktu di Lenggong. Kami cuma berkesempatan menginap kuarters yang betul betul mengadap Balai Polis Lenggong selama setahun. Dan sekali lagi bila Bapak berpindah ke Taiping, kami berkesempatan menginap di kuarters kerajaan di dalam kawasan Balai Polis, iaitu Balai Polis Aulong. Waktu itu saya sering disalah anggap sebagai anak Inspektor Polis. Ya lah, rumah banglo batu, sebuah sahaja, sedangkan kuarters kayu Polis serta rumah Sarjan(Ketua Balai) masih rumah kayu. Kami disini dari tahun 1974 - 1978 .

Persahabat agak perlahan pada mulanya, tapi bila semakin remaja, saya mula ber'klik' dengan anak anak Polis disitu. Setiap petang permainan bola sepak adalah kemestian ,hinggakan kami mempunya 'team' Balai Polis Aulong .

Pertangahan tahun 1980, sekali lagi Bapak mendapat kuarters kerajaan, kali ini banglo untuk Penolong Pegawai Daerah, yang mana mempelawa Bapak menginap, kerana beliau tidak mahu rumah tersebut, mungkin terlalu besar untuk keluarga muda beliau. Yang ini pun sama, di atas Bukit Kerajaan(Resident) Kuala Kangsar. Rumah kami berdepan dengan banglo KPD Kuala Kangsar serta Pengetua MCKK . Dan lebih ceria bila Tuan KPD pun 'saudara jauh' kepada bapak yang kami panggil Pak Su Yusof.

Ini kisah kuarters yang kami duduk di awal remaja kami, belum lagi kisah kisah rakan rakan sekolah , khasnya anak anak Polis yang berkawan rapat dengan saya. Saya akui kenakalan mereka adakalanya melebihi dari anak anak yang lain. Mungkin juga, bila dah ramai anggota Polis di sesuatu tempat, maka berbagai kerenah dan kelakuanlah. Tapi, yang saya pasti, ada dua kelompok anak anak Polis ni. Satu yang pelajarannya amat dikagumi, satu lagi yang terlebih nakal, serta pelajaran agak ketinggalan . Tapi, rata rata, kawan kawan yang lain pun ada yang diatas , dan ada dibawah, tapi hakikatnya, anak Polis ni terlalu ramai jika nak dibandingkan dengan anak anak dari Pejabat Tanah.

Saya tetap kagum dan hormat dengan rakan rakan dari kelahiran PDRM ni, tanpa ada rasa prejudis terhadap mereka dan ibu bapa mereka. Dan saya akui , anak anak saya pun berdatukkan Polis jugak! Sekiranya, tulisan saya terdahulu serta yang akan datang
agak ' beremosi ' terhadap Polis, percayalah, saya hanya tujukan kepada KPN dan mereka mereka yang didalam PDRM yang menyalahguna kuasa mereka serta masih bertindak 'zalim era jahilliah' Segelintir mungkin, tapi pasti , majoriti yang cintakan keadilan ramai di dalam PDRM

" Tiada rasa Prejudis terhadap sanak saudara, sepupu, ipar duai, rakan rakan yang berkerjaya Polis, kenalan kenalan saya melalui urusan kerja saya yang banyak berinteraksi dengan Polis . Saya menghormati anda, tiada niat lain selain dari memperbetul apa yang saya kira salah dari kacamata saya" .

Isteri saya pun anak Polis jugak!!


Latiff Hariri
1925 19052010
Sungai Petani

Pastikan menonton malam ini di TV3, samaada KPN bercakap dalam nada berbudi bahasa mesra Rakyat, atau masih angkuh dan sombong bila menegakkan benang beliau yang sememangnya sentiasa basah itu.

Jemputan 5 June 2010 kepada Rakan Rakan SMDA/SRJK Lenggong, Perak

Daripada Faridah Baharum dan Yamin Ibrahim kepada semua kenalan beliau tak kira pangkat usia, terutamanya dari Lenggong Perak. Jom kita ramai ramai meriahkan majlis ini.


Mudahnya , keluar dari Hi-way Plus kearah Chemor, kira kira 20 minit exit Hi-way.





Tarikhnya , Sabtu 5 Jun 2010 , cuti penggal persekolahan mendatang, Faridah dan abang Yamin nak timang menantu sulong.


Tu dia, sekotak kad jemputan, kalau tak datang jugak memang saya rugi

Menu hari tu, air tangan Abang Yamin dan Faridah jugak, ada air asam/ sambal belacan dengan ulam-ulaman . Jemputan melebihi 1000 orang, jadi fikirkan kemeriahan yang bakal dialami. Saya tergamam jugak , bila Faridah kata, ada yang nak datang Jumaat tu, bergotong royong didapur. Wow, hebat rakan rakan SMDA/SRJK . Saya rencana hanya bertandang selepas jam 4 petang , dan akan pulang ke SP sebelah malamnya. Ada jugak berangan dengan Asri, nak bermalam di Ipoh, dan pulang pagi Ahad.



Hm, duk atas lantai aje? Mcm baru kawin aje rumah Bang Yamin ni. Ya la, kami sampai waktu mereka berdua tengah mengecat dinding rumah penangan nak menyambut menantu ni.


Sambil pekena teh serta mi goreng air tangan anak kedua Bang Yamin (kira luluslah, kalau nak bersuami selepas ni). Habis satu rumah bersin gara gara tumisannya di dapur.


Kan saya kata, clear



Satu untuk dua keluarga


Kepada yang tidak berkesempatan, acara bertandang kerumah Pengantin lelaki akan disambut pada Ahad 13 Jun 2010 di Padang Besar, Perlis. Kemungkinan besar, rumah kami akan dijadikan tempat persinggah rombongan Pengantin dari Ipoh yang akan bermalam pada 12 Jun 2010 nanti. Silakan, saya sudi menerima kehadiran seramai mana rombongan nanti, serta rakan rakan sekolah SRJK/SMDA nanti .

Ini menantu pertama dari batch SRJK/SMDA Lenggong, batch 1971-1981 rasanya. Hebat mu Faridah!!


Latiff Hariri
2024 17052010
Sungai Petani

Kesihatan Norarrfah Ramli II



Syukur yang tidak terhingga. Itu saja yang boleh saya katakan disini. Doa anak anak dan emak Yong Rahmah, saudara , rakan rakan semua.

Tidak seperti keadaan kelmarin, yang agak menyedihkan bila menziarahi Nora. Mungkin kesan ubat pelali yang semakin berkurangan serta Nora sudah mula merasa sakit setelah bahagian hidung beliau dipotong di bahagian dalam. Ternyata tiada cacat celanya diwajah Nora. Risau jugak bila muka ditoreh ni.

' Bie, hidung Nora ada lagi tak ? ' Itu soalan pertama Nora di senja 14 Mei 2010.
Sambil meraba raba hidung sendiri . Darah masih banyak terlekat dikapas balutan luka beliau . Saya tengak pun seriau.

Tapi ternyata , teknologi terkini meminimakan bedahan diluar. Jadi, hanya potongan kecil tulang didalam hidung. Itu yang menyakitkan , selain tiub penyedut(mungkin juga kamera) serta tiub pemotong yang saya sendiri pun tak tahu macamana bentuknya.

Kami bertandang lebih dari sejam, petang Ahad 16 Mei 2010, sebelum pulang ke SP.
Kepada yang masih belum berkesempatan , ini alamat katil terkini Nora, hahaha :-
bilik ICU, tingkat 5, Menara Utama, Pusat Perubatan Universiti Malaya .

Tepi lebuhraya Persekutuan, bahagian kanan, ke arah PJ, bertentangan dengan KWSP, kalau tak silap. Parking di lot bertingkat, bersebelahan surau, dan panjat bukit ke Menara Timur, dan ada lorong kaki lima berbumbung menyambung Blok Timur dan Menara Utama.

Ada kalanya, saya merasa satu kewajipan menziarahi orang sakit ni.

Sempena Hari Guru Semalam, kepada rakan rakan Guru, Cikgu Faridah, Hizam, Lily, Aziz, Maniam, Mat Taridi, Suhaimi, mantan guru guru SRJK (I) Lenggong, SR KIng Edward VII-I, SM KIng Edward VII, guru guru SK SYed Jan Al-Jafri , SMK Sungai Layar , khasnya, tidak dilupa juga kepada Ustad Ustad di Sekolah Tahfidz Al Quran Masjid Al-Amin. Teruskan perjuangan. Ya lah, gaji serta imbuhan mesti diberi, tapi yang penting keikhlasan hati guru guru mendidik tidak dipersoalkan. Yang ditanya, hmm, baru nak beri pada guru guru, Polis dah dapat dulu lagi....hehehe. IKhlaskah pemberian TPM ni atau ahem ahem aje.


Latiff Hariri
0800 17052010
Sungai Petani

Saturday, 15 May 2010

KESIHATAN NORARRFAH RAMLI

Seperti yang dirancang, kami bergerak meninggalkan SP pagi Jumaat, dan in kali pertama kami meninggalkan Izzuddin sendirian dirumah. Semuanya gara gara Hari Guru 16 Mei 2010, bersempana dengan hari kelahiran Izzuddin jugak.

Hati ini bedolak dalik, mahu segera sampai ke PPUM, tetapi duk bercongak jugak, Jumaat ni , sempat ke tiba di KL sebelum Jumaat, atau singgah Chemor rumah Faridah. Faridah dah pelawa bertandang dan makan tengahari dirumahnya. Selepas menyusuri terowong Ipoh, baru saya buat keputusan , kerumah Faridah dahulu. Tepat jam 11 kami sudah di simpang restoran Nazmir di Taman Kelebang Restu. Hmm, rupanya dekat dengan rumah Noormah Ghali jugak ni.

Selesai menjamah mi goreng air tangan anakdara Faridah, tepat jam 1230 kami bergerak ke KL.
Berada di lokasi PPUM tepat jam 3, ternyata pembedahan ditunda, dan anak Nora pun tidak menjawab panggilan talipon saya. Kami pulang ke kamar dahulu untuk mandi dan makan malam di restoran Al Rawsha, biasalah, rindu kat nasi Arab ni.

Sambil ber'sms' dengan anak teruna Nora, tepat jam 1930mlm, Nora sudah berada diluar bilik bedah dan kini didalam ICU pulak. Tiba tepat jam 2000 mlm, bergegas ke tingkat 5, dan syukur,mungkin rezeki orang jauh. Kami dibenarkan masuk .Nora dah sedar, tapi lesu. Dia mahu berbual, tapi perlahan (Terfikir jugak, tak sepatutnya kami masuk dan berbual)
Lama jugak saya terpacak disisi katil. Roziah duduk mengusap ngusap tangan Nora. Hidungnya masih berdarah, dan katanya sakit.....
Walaupun pembedahan moden terkini, tiada bedahan terbuka yang besar, tapi tetap berdarah. Saya agak, mungkin sebahagian kecil hidung di bedah, dimasukkan tiub berkamera serta alat tertentu yang akan menyedut/memotong ketumbuhan dibelakang mata berhampiran otak beliau. Ngilu nak bayangkan.

Kami berbual panjang dengan emak Nora, Yong Rahmah di ruang menunggu, rupanya Nora ni ada 'bau bau bacang' dengan Hatta Ghazali. Ya lah, mak Nora ni pun duduk di Padang Rengas.
Berita ini akan saya sampaikan kepada Hatta petang nanti.

Tiada foto, sebab tak sampai hati nak rakamkan keadaanNora di wad ICU. Tapi, untuk rekod. Saya puji budibicara PPUM, masih benarkan kami menziarah diluar waktu melawat, tidak seperti yang terjadi di Hospital Umum lain, yang mana Pengawal Keselamatan 'membelasah' pelawat yang berkeras mahu memasuki/ atau tak mahu keluar bila tamat tempoh melawat.

Berita sedih saya terima dari Normah, bapak Rozita(SRJK(I) Lgg 1970-1975), Cikgu Razman, telah kembali ke Rahmatullah di Ipoh, dan akan dikebumikan selapas solat asar petang ini.

Salam Takziah buat kak Tata dan keluarga dari saya dan Roziah.


Latiff Hariri
1611 15 Mei 2010
Nilai , Negeri Sembilan .

Thursday, 13 May 2010

Gunung Jerai/Salam Perpisahan

Tiada rencana mahu kesini lagi , selepas hilangnya Ayah Long berjoging pada hari Sabtu .Tetapi, bila melintasi susur keluar Kepala Batas, terpampang didepan mata, banjaran kecil Gunung Jerai .

' Yang itu Gunung Jerai? ' Ayah Long menegur.

'Ya ', jawab saya. ' Kenapa, Ayah Long nak pergi ke? ', saya menanya, tanpa menunggu jawapan dari Ayah Long, 'Jom, kita terus kesana. dekat aje'

Walaupun Che De memprotes, katanya jauh dan masa terbuang , saya teruskan. Dari Kepala Batas tak sampai pun 20minit , kami sudah keluar Tol Gurun. Perut masih terasa kenyang, tetapi memikirkan inilah kalinya yang Ayah Long berada di Gurun, saya terus ke Gerai Pak Su meminta 5 hidangan laksa dan 1 dibungkus. Che De menolak , katanya masih kenyang. Dan saya memang suka , bila sesiapa jua tetamu saya, memuji keenakan masakan di gerai yang saya bawa.


Laksa Pak Su. Paling 'kaw' di Negeri Kedah ni. Terletak berhampiran lintasan keretapi Gurun, dari arah Jeniang atau susur keluar Tol Gurun

Perjalanan sebenar dari kaki Gunung Jerai ke puncak adalah 12 km, dan kami tiba setengah jam kemudian, di Hotel Regency Gunung Jerai. Kini telah diswastakan , dahulu milik penuh PKNK. Penswastaan dilakukan oleh mereka dan kroni kroni. Dahulu, walaupun agak daif bangunan banglo/hotelnya, memang didalam jangkauan marhain untuk menginap. Satu banglo 3 bilik baru RM120 , kini satu bilik bermula dari RM200, dan berakhir RM500.
Pengunjung pun tak dibenarkan sewenang wenang memasuki kawasan Hotel. Agak menyedihkan.

Nikmati keindahanan suasana puncak Gunung Jerai , berpemandangan Sawah Bendang dan pantai serta Pulau Bunting yang saya kayuh tempohari.



4km ke puncak, Muzium Perhutanan Gunung Jerai




Banglo 3 bilik ni, dulu la, sekarang di jadikan 3 bilik berasingan pada harga RM200++ minima satu bilik. Ni kerakusan maksima mereka. Cuma yang terkini ni gah lah, yang dulu, macam rumah rehat tahun 70an.

Bunga bungaan


Romantikkan , pemandangan ini.


Dataran Pemandangan disiang hari, bertukar menjadi tapak BBQ dimalamnya pulak.


Ayah Long


Pulau Bunting dari puncak dataran Gunung Jerai


Sebahagian dari Sawah bendang yang kelihatan, kedudukan dataran ni agak mengereng, jadi Lebuhraya Plus tidak kelihatan



Kelihatan Jambatan Pulau Bunting satelah difokusdekat








Hotel Regency ni bakal dirasmikan oleh Baginda Sultan Kedah dalam masa terdekat ni. Kerja ubah suai terakhir sedang rancak dilakukan


Kaunter bas Cekap Expkress, satu satunya bas ke Kemaman dari SP


Stesyen bas ni adalah sementara sahaja, kompleks sebenar dalam pembinaan, dan memang, setiap bas express hanya akan meninggalkan penumpang di tepi jalan berhampiran stesyen bas antara pekan, kerana tiada kemudahan seperti di Kamuting Taiping, yang khusus untuk bas express


Salam Perpisahan........ setahun aje Che De Ayah Long , Aisyah di Kulim, lepas ni entah kemana pulak, mungkin ke luar Negara.

Masa bergerak begitu pantas. Kalau di hitung, anak anak hanya bersama kita hingga ke umur 12 tahun, dan selepas itu, mereka akan pergi hingga mencapai umur 23-25 tahun, sebelum tamat pengajian mereka, dan kita kembali keasalnya berdua, lainlah kalau anak kita satu team bola, atau seperti keluarga Bapak, yang kurang 2 orang, boleh mewakili permainan Ragbi menentang SMK King Edward.

Insyaallah Ayah Long, kita ketemu dipercutian sekolah dihujung tahun nanti.

Ok, ni dah dalam perjalanan ke PPUM KL menziarahi rakan kita disana.


Latiff Hariri
0745 14052010
Sungai Petani