Bee Gees

Thursday, 27 March 2014

SOJ2- Shhhhh....Kelas Sedang Berjalan

Sementara menanti pergerakkan pelajar pelajar ke bilik darjah masing masing, para para VVIP dihidangkan dengan jamuan sarapan pagi bersama Pengetua di Kantin Sekolah.

Dua kali sarapan korang ek?

Pengetua melayan Jalil.

Saya dan Badrul sibuk mencari setiap lokasi kelas yang tersedia.


Rasiyuddin Hariri OE89 dengan Hotel Managementnya

Roslan Abdul Rahman dan Badli dan Wan Akmar dengan Accounting/Business/Bankingnya

Zainal Abidin, Wizan, Anuar, Roslan Wahab dan Hasnol dengan Survey dan Engineeringnya.
Kelas ini berjaya mengumpul pelajar teramai dan teraktif.

Mie dan Anwer dengan ITnya

Abang Asri OE79 dengan MassComnya.

Kelas Mass Com ini akhirnya ditukarkan ke bilik bersebelahan yang lebih sesuai dari duduk dilantai.

Razak Yusoff dengan Town Planningnya.

Nazri dan Jawaid dengan Keusahawannya.

Guru Guru Kanan Bidang Matapelajaran, dengan Latiffnya.

Suhaimi berduet dengan Anwer.




Dr Ismail dengan Kedoktorannya.

Jadi kehulu kehilirlah kami berdua mengikuti perkembangan setiap kelas yang mengambil bahagian. Terasa usia memperlahankan pergerakkan kami. Tiga tingkat untuk kami mendaki turun dan naik, tidak termasuk bangunan Komputer yang pada awalnya menempatkan Kelas MassCom .

Kami juga menyediakan 2 hadiah untuk setiap kelas bagi memastikan murid murid terhibur dengan penerangan yang kami beri.

Kami jangkakan memadai 2 jam penerangan yang diberi kepada setiap kelas. Ada kelas yang tamat awal seperti yang dijangkakan, ada yang berlarutan hingga mencecah 3 jam ketiga, terutamanya Survey dan Engineering. Ternyata ramai pelajar yang berminat dengan bidang profesioanal ini.
Saya pastipun , King Edward banyak melahirkan profesional dari bidang bidang pentadbiran.

Ada kelas yang tamat sekitar pukul 1130, ada yang sekitar 12 tengahari, ada yang sekitar 1230. Kelas yang terakhir itu adalah kelas Engineering. Yang terawal kelas IT.

Untuk rekod, kesemuanya ada 8 kelas.

Kami bergerak ke Kantin untuk makan tengahari...

Latiff Hariri
1958 27032013
Sungai Petani



Sunday, 23 March 2014

2014 Sharing Our Journey II

Subuh tu saya terjaga sekitar pukul 5.

Mandi , kemas kemas apa yang patut supaya waktu pulang nanti tidak berkelam kabut untuk mengemas rumah tumpangan kami ini.

Sebaik selesai Subuh, sekitar 630 pagi baru saaya terperasan ada 'missed call' dari rakan saya ni.

Alamak alamak. Maafkan saya.

Untungnya kami semua sudah bersiap untuk keluar sarapan di 'pelabuhan' biasa kami sekitar 80an dahulu.

Jadi saya dan Pak Lan terus ke Stesen Bas kamunting untuk menjemput Muhammad Nassir Hanapi yang berangkat dari JB sekitar pukul 10 malam tadi.

Yang terjauh untuk SOJ2. Tahun 2013 yang terjauh adalah Khairul Azlin dari Kuching, Sarawak.
Tahun ini kerana kekangan masa Prof Azlin tidak dapat bersama. Tetapi kehadiran wakil UTM untuk kali kedua ini mengharukan kami

Jadi, sempatlah kami pekena saorang sekeping roti canai pagi ini.

Dalam foto atas, Anuar Othman, Dr Ismail dan Razak Yusoff .Pak lan dan saya dibelakang.


Mie Gelong, Anwer dan adik saya Rashi.

Nassir Hanapi....., tiada dalam foto Badrul, jrukamera kita, serta Badli yang lewat.

Kami bergerak sekitar 745 pegi menuju ke Lorong King Edward.

Dan sudah menanti guru guru dan pelajar akan kehadiran kami. Hati saya dah teruja.

Anuar Othman, Jalil Shaaib Naib Presiden OEKL, Roslan Rahman Presiden OE81 dan Razak Yusoff.

Acara bermula sekitar 820minit pagi, dan berlarutan hingga ke pukul 9 pagi.

Nyanyian lagu sekolah.

Foto dari atas pentas...kata kata aluan dari Pengetua.


Guru Kanan Tingkatan 6, OE Jalil, OE Pengetua Hj Aziz, OE81 Pak Lan dan OE79 GPK Zakaria.

Pak Lan mengalu ngalukan pelajar dan guru guru.


Ole ole dari Sekolah untuk OE81

Sebaik selesai acara bertukar tukar ole ole ini, acara peringkat pertama ini berakhir. Selain dari Pak lan dan Pengetua berucap, OEKL Jalil pun turut memberi sepatah dua kata untuk kami semua.

Untuk rekod , seperti tahun yang lalu, kami memberi Gambar berbingkai kepada Tuan Pengetua sebagai tanda kenangan Kumpulan OE81 ber'dinner' bersama Tuan Pengetua tahun 2013 yang lalu. Bersama foto tersebut terkepil sekeping cek brnilai RM1,000.00 dari OE81 untuk PIBG Sekolah.

Ini permulaan yang baik, kerana pada tahun 2013 tiada sumbangan kewangan dari OE81.

Sementara menanti, empat jejaka idaman ini beraksi di luar Dewan. Anwer, Nazri, Wizan dan Suhaimi.

Bersama orang kuat OE80 Cikgu Siva dan Cikgu Alisyah, orang kuat TMGS81.

Senang berurusan dengan Guru Guru ni.

Para hadirin VVIP dibawa bersarapan bersama Pengetua sedangkan kami dengan acara memilih pelajar yang mahu memasuki bidang bidang yang kami ceburi.

Latiff Hariri
0918 23032014
Sungai Petani

Thursday, 20 March 2014

Misi Kedua 2014

Pagi Ahad , 16 haribulan ni, seperti pagi minggu yang biasa. Pulang dari pasar tani, terus bersarapan sendirian.

Difikiran hanya memikirkan jam berapa harus saya bergerak. Tak mahu sampai awal sangat, tak mahu lewat sangat. 

Kalau awal sangat, tiada teman bicara pulak, kalau lewat sangat, kasihan rakan rakan menanti.

Jadi , saya berada 1 km dari Tol Kamunting ni sekitar 240 petang.

Pukul 10 pagi baru nak mulakan percetakan hitam putih kad aturcara majlis.

Sampai awal, sempatlah saya bertemu adik saya untuk mengambil lebih dari 16 kotak, air mineral untuk diagih agihkan kepada pelajar nanti. DSaji Felda taja airnya.

Bertemu seketika di KamalLodge, dan terus bergerak ke Homestay di Kagmpung Jambu untuk mengambil kunci rumah.

Hanya seketika jua, terus mengelilingi Bandar Taiping. Saya masih belum berkeputusan samaada nak makan di Dolly, Casual marker atau  Cendol Bismillah sahaja.

Akhirnya saya memilih Casual Market dengan mee kombatnya.

Selesai sepinggan kueteow goreng dan air kelapa. 

Ke kedai peralatan penulisan dan buku, beli apa yang dipesan rakan saya di Kuala Lumpur itu.

Dan terus pekena cendol semangkuk.

Lepak sendirian di Homestay dari Asar hingga ke Maghrib. Ini kira saya dah terlalu awallah ni.

Badrul tiba selepas Roslan , sekitar Maghrib.

Kami sempat menyelesaikan kerja kerja kecil ini sekitar 915 malam. dan bergerak ke Tigers Corner untuk makan malam.

Memang saya lapar. Hanya berbekalkan mee kombat siang tadi, saya pun memesan sepinggan kueteow goreng dan burger.

Dari bertiga, jadi berempat, jadi berlima dan berlarutan hingga ke pukulm12 tengah malam....

Dari kiri, Rasi (adik saya), Badrul, Wan Akmar, Nor Kamal Azmi, Mie Gelong, Razak, Badli dan Zainal Abidin.

Antara yang awal tiba, Jawaed , Razak  dan Zainal.

Nor Kamal Azmi tak berubah wajahnya.

Anwer tak bawa adiknya Dr Ismail.

Bersalaman untuk berpisah pun, Mie Gelong masig bertanya, ni Zainal mana?

Jadi malam Isnin 17 Mac ini penuh dengan hilai gelak ketawalah.

Tidur pun melepasi pukul 1 pagi.

Latiff Hariri
0648 20032014
Sungai Petani

Wednesday, 19 March 2014

Hari Ke 8

Petang Sabtu 15 Mac 2013 . Sekitar 340 petang. Hujan mencurah curah diikuti ribut kecil melanda Taman Teratai Indah khasnya, dan Sungai layar amnya.

Ini merupakan satu rahmat besar ! Sudah melebihi sebulan kemarau melanda Negara, dan sudah melebihi 8 hari pesawat MH370 tidak ditemui. 


Leganya hati ......hujan.

Dan dalam kesibukan ini juga, sempat saya kesana sini mengisi ruang yang tersisa untuk menyediakan sesuatu yang baik untuk perjumpaan bekas pelakar King Edward ini di Dewan Sekolah nanti.

Foto kenangan Makan Malam OEKL pada 2013 bersama Pengetua, Tuan Haji Abd Aziz Sahbuddin.

Dalam sibuk mengisi masa lapang saya, saya masih mengikuti perkembangan MH370, yang pada awalnya dengan penuh minat. Tetapi kerana terlalu rapat mengikutinya, akhirnya saya bosan!

Ya lah, dah hari ke 8 ni! Koman sangatkah Negara aku ini yang mengaku menuju Negara maju menjelang 2020. Dalam kegemparan dunia akan tragedi ini, Perdana Menteri itu boleh berbelanja di pasar dan dicanangkan harga ayam yang dia beli RM1.00 seekor !!



Dalam kesibukan Negara alain menggunakan segala aset yang ada, pemimpin Umno yang rasuah itu menggunakan khidmat khadam bomoh!

Ya, ungkapan yang sesuai untuk kerajaan dan kepimpinan yang bodoh sombong. 

Ehsan, anak remaja ni pun tahu akan apa yang berlaku didalam Negara kita ni.

Sat kata dekat Laut Cina selatan, terputus hubungan sekitar 1 pagi.
Sat TUDM kata ada pesawat misteri di sekitar Butterworth
Sat Hishamuddin nafi.
Sata kata kat Pulau Perak
Sat mengaku komunikasi berlarutan dengan Pesawat hingga jam 8 pagi Sabtu.
Sat kata tak mungkin kena hijack
Sat kata ada terima isyarat 'Tango' yang membawa erti Hijack
Sat kata erti Tango boleh membawa maksud lain.
Sat Vietnam tarik diri dari operasi
Sat delegasi China datang bermesyaurat tertutup.
Sat pergi serbu rumah Pilot
Sat kata Pilot bunuh diri

Macam sarkaslah korang ni pemimpin Umno.

Ni Bomoh 1Malaysia. Kawan Umno aku yang sorang tu siap 'fitnah' dengan foto bendera PR kununnya dia Tok Moh ini orang kuat Pakatan.

Now......dah londeh semua yang beliau kenal kesemua, baik Tun Razak, Tun Mamak , Tun Daim, alih aih dia pun kenal DSAI dan nak saman DSAI pulak? Apa kejadahnya ni?

Memang mentaliti kelulusan darjah 3 .

Andaian saya. Pesawat masih di semenanjung atau disebuah negara jiran berdekatan. Tentera dan KDN tahu cerita sebenarnya. Tak payah buat wayang sampai 3 minggu episodnya. 

Cek Kem Gong Badak. Cek negara jiran bersebelahan, atau kau cek aje kat pantai barat semenanjung ni.
Jangan terkejut lepas ni, Ketua DCA, Juruterbang, dikambinghitamkan.
Jangan tak biasa kalau lepas ni ada pemimpin PR ditangkap kerana dituduh bersubahat.

Ini semua mainan mereka yang sudah kecundang di gelanggan sendiri mahu pun di gelanggang antarabangsa.
Amerika duk perhati aje buat buat bodo, sedangkan mereka adalah dalang utama.

Ada yang kata dan sampai ke Khazakstan, Tumikstan, Monggolia....ingat mudah ke nak lepasi ruang udara orang lain begitu sahaja. 

Tapi, bila fikir Monggolia ni, hm....cerita tapai selam tu timbul balik. Mungkin jugak ni.
Tapi bila fikir Kazakhstan, teringat pulak menantu yang saorang tu, yang katanya penjenayah besar...

Ada berani ke?! 

Jom tengok Langkah Kajang 22 haribulan ni. Episod akhir , mungkin.

Latiff Hariri
0618 19032014
Sungai Petani 

Monday, 17 March 2014

Mesyuarat Agong PIBG SunLay ke 18

Saya memang menantikan acara ini.

Saya dah sedia untuk kehadiran kali terakhir untuk acara ini. 

NYDP, Pengetua CikgiMailSP, dan YDP Hj Shahabuddin

Saya NYDP sesi 2011/2012, 2012/2013 dan 2013/2014.

 Acara brmula 840 pagi. semua hadir mengikut jadual.

KPD Kuala Muda/Yan ACP Khalil Ariffin merasmikan mesyuarat PIBG ke 18.

Pengetua Cikgu Ismail.

YDP Tuan Hj Shahabuddin.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda/Yan, Tuan ACP Khalil Ariffin.

Kali ini, bersesuaian dengan kurangnya kempen politik, jemputan VIP Sekolah datangnya dari PDRM. Jadi bicara pagi ini lebih tertumpu kepada disiplin pelajar dan orang awamlah. 

Macam biasa, tumpuan utama ialah peratusan jenayah yang membabitkan anak bangsa.

Sebaik  perasmian oleh KPD Tuan Khalil, acara berhenti rehat  untuk jamuan sebelum bermulanya meyuarat Agong PIBG kali ke 18.

.
Anugerah Kecemerlangan PMR. ada 12 pelajar straight A's


Jamuan kecil lagi segera untuk tetamu pagi ini, sekitar 1100 pagi

Sebaik bermulanya acara pemilihan AJK baru, saya dengan rendah diri mohon berundur diri. Saya sering katakan sekiranya kita tidak mempunyai anak anak lagi di sekolah ini, kita tak perlu lagi menjadi AJK PIBG, walaupun tiada kesalahannya. 

Yang saya rasakan selama ini, PIBG harus digerakkan oleh Guru Guru bersama Ibu bapa, bukannya ibu bapa yang sudah tiada anaknya didalam sekolah. Kerana bila berlaku kecemasan atau apa jua permasaalahan, tindakan hanya dilakukan oleh Guru Guru tanpa pengetahuan IbuBapa. 

Bersama AJK 2014/2015 yang dilantik.

Ini hanya foto kenangan bersama AJK baru. Saya secara rasminya mengudur diri.

Selamat berjuang warga Snulay semua.

Latiff Hariri
0608 16032014
Sungai Petani



Friday, 14 March 2014

Terbakar Siang Malam

Memang kami perasan senja itu. Kejiranan TTI juga yang empunya kerja ni. Dia bakar sampah waktu Maghrib, lepas tu dia tinggalkan.

Hati kami terdetik, silap silap terbakar lagi hutan sebelah kubur ni!!


Dan betul pun, Bomba sampai 815 malam.

Sekitar 20 minit semua selesai.

Bomba SP.

Saya tak terkata apa dah. Memang payah bila kita bermasyarakat, tetapi saorang dua atau tiga, tak mahu bermasyarakat!

Nanti duk dalam kubur sebelah TTI ni, baru hidup tak bermasyarakat lagi.

Latiff Hariri
1628 11032014
Sungai Petani.

Thursday, 13 March 2014

Rumah Pusaka Semakin Usang

Sejenak di Kuala Kangsar mengenang kenangan lalu bersama Arwah Tok Bab, Wan Tak , makcik Miah dan Pak Cik Mat. 

Rumah Pusaka yang tak boleh dimiliki lagi.

Rumah ini semakin usang....Sudah melepasi usia 60 tahun. Kg Talang.

Latiff Hariri
1618 11032014
Sungai Petani

Wednesday, 12 March 2014

Menantu Kedua Abang Omar dan Nor'Ain

Selesai bersarapan pagi Ahad, kami bergerak meninggalkan Shah Alam sekitar 1045 pagi, menuju ke Pandamaran. 

Lebih mudah menggunakan laluan Persekutuan dari menuju ke Kampung Idaman. Tak sampai 45 minit kami sudah berada di rumah pengantin .

Kami dusambut Bapa Pengatin perempuan di pintu gerbang, dan terus ke khemah jamuan untuk menjamah hidangan. Kami antara yang terawal. 1130 dah mula makan.

Bersama sepupu saya Jamal, dari salasilah Sariah.

Izzuddin dan Pak Cik Nednya.

Pak Cik Ham, adik kepada arwah emak saya.

Kami disini melebihi 1 jam 15 minit. Memang susah untuk meninggalkan Majlis begini bila semakin ditunggu semakin ramai sanak saudara yang hadir.

Sekitar 1245, akhirnya saya memohon diri untuk beransur, walaupun dihalang supaya menunggu sanak saudara yang lain hadir.

Mengapit bapa pengantin perempuan, abang Omar.

Sebaik melangkah pergi , saya bertembung dengan abang saya serta makcik saya dari Seromban.

Pakcik Ghani dan Makcik Norma, adik arwah emak.

Bersama Rahman.

Pulang memasuki PLUS sekitar 120 tengahari dan tiba Sungai Petani sekitar 5 petang. Sempat pekena teh tarik dengan kejiranan.

Tahniah Abang Omar dan Kak Nor'ain untuk menantu kedua mereka.

Latiff Hariri
1608 11032014
Sungai Petani