Bee Gees

Showing posts with label janaton. Show all posts
Showing posts with label janaton. Show all posts

Saturday, 12 July 2014

Alfatihah Untuk Pakcik Ya - Zakaria Bab

Pagi Rabu tu dah 4 Ramadhan bersamaan dengan 2 Julai 2014. Saya bekerja seperti biasa, tapi hati dah melonjak  lonjak, tak sabar nak menanti hari keramat itu.

Sempatkah saya mencapainya?

Sekitar 1140 pagi panggilan masuk, dari kakak saya.

"Assalamualaikum Boy, nak beritahu kamu ni, pakcik Ya dah tak ada...."

Hanya Innallillahhiwainnahirojiun yang dapat saya ucapkan.

Ringkas dan pendek. Katanya akan dikebumikan selepas Asar hari yang sama.

Saya mula memikirkan samaada mahu sendirian atau sekeluarga. Bertanyakan adik saya Fadhil di Balik Pulau. Beliau pun kela kabut tengah uruskan percutian isterinya , dan urusan anak anak.

Akhirnya, saya pulang dahulu ke rumah sekitar pukul tengahari, dan bergerak semula dari Sungai Petani pukul 2 tepat. 

Pemanduan yang laju, dan saya memasuki Bandar Bidor pukul 415 petang.

Sempat ke rumah Shirman, anak pakcik Ya. Jenazah sudah siap dimandi dan dikapankan.

10 minit sebeleum asar, ke Masjid Bandar Bidor.

Salah saorang anak Pak Ismail, pakcik Ya's best fren/relative. Saya agak belah Tok Bab.

Selesai solat jenazah sekitar 530 dan kami bergerak ke tanah perkuburan yang terletak kira kira 10 km dari Bandar Bidor, Tanah Perkuburan Ladang Bikam.

Antara sanak saudara rakan taulan yang mengiring Arwah Pak cik Ya.

Tahlil oleh Imam Masjid Bidor.

Saya diberitakan bahawa Pakcik Ya sudah berpesan kepada Imam, bahawa kubur pilihan beliau terletak di Jalan Slim River-Bidor, dan mahu yang berhampiran jalan besar. Hasratnya tercapai bila Imam memberi laluan untuk beliau.

Kereta yang mengiringi Jenazah melebihi 20 buah.

Selesai talkin sekitar 630 petang. Saya sempat menatap kali terakhir wajah PakcikYa , ternyata ketenangan dan senyum manis terukir, walaupun saya lihat dari sis jenazah yang di merengkan mengadap Kiblat.

Shirman, Ku Wan dan Zainis.

Anak anak dan cucu cucu Hariri.

Petang 2 Julai ini juga, buat pertamakalinya kami dapat berjumpa dengan kedua dua anak Pakcik Ya.

Semoga Pakcik Ya aman di Sana. 

Kenangan dengan Pakcik Ya ni, masa saya darjah 2 beliau pernah datang dan menghadiahkan 'basikal lipat' untuk saya dan abang saya bagi memudahkan kami bergerak terutamanya ke Sekolah. Waktu itu memanh gah , kami satu satunya budak Lenggong yang ada basikal itu.

Semuanya sebagai hadiah kecemerlangan kami dalam bidang akademik ketika itu.

Bila berpindah ke Taiping, dan kami menetap di Aulong, Pakcik Ya yang masih bujuang ketika itu turut duduk serumah dengan kami. Sifat penyayang Bapak, yang tahu akan nasib adiknya itu, mempelawa Pakcik Ya duduk bersama. Semasa di rumah sewa Kampung Baru Aulong tu, Pakcik Ya hanya tidur diruang tamu sahaja, tersorok dengan almari pinggan mangkuk emak, hahaha.

Bila Bapak dapat kuarters kerajaan di dalam Balai Polis Aulong itu, Pak cik duduk seketika dengan kami, rumah itu ada 4 bilik, jadi saya dan Rahman berkongsi bilik dengan Pakcik Ya, yang saya ingat sering pulang kerumahnya, lewat malam.

Pakcik Ya ini penyanyi Band Kilat dari Lembaga Letrik Negara. Jadi, malam malam dia perg jamming lah!

Ada satu ketika bila Bapak aktif bertabligh, Pakcik Ya mula 'slow' dengan aktiviti jamming beliau., sebab terikut sama ke masjid Hanafi tu.

Pakcik Ya bernikah ketika usia saya 10 atau 12 tahun, dan kemudiannya menetap di kuarters LLN .



Emak kata , suara Pakcik Ya mirip Sam Saimun

 Pernah satu malam tu, Bapak bawa kami bersiar siar dengan kereta Morris Minor keliling Bandar Taiping, terus menuju ke Taman Tasik Taiping. Bila pulang, kita kena lewati Pejabat Daerah dan Tanah Taiping, dan Bapak sengaja perlahankan kereta dan kami pun memanjangkan leher menoleh ke kiri jalan, bersebelahan Kwang Tung Association tu, untuk melihat Kelab Kilat, dan ternyata,
" Haa, itu Pakcik Ya, dia tengah menyanyi...", kata salah saorang dari kami.

Ya, baru saya pasti yang pakcik Ya ni betul betul menyanyi dengan Band Kilat. Selama ini saya hanya melihat foto beliau beraksi sahaja!

29 Mei 2014 sempena lawatan Pak Lang dari Sydney, merupakan hari terakhir saya memeluk kesemua pakcik makcik saya ini. Tiada dalam 'skrip' bahawa ini adalah hari ke 35 akhir untuk hidupnya.......

Al  Fatihah untuk pakcik Ya.

Terima kasih Pakcik Ya, kenangan sngkat , belum pun sempat usia saya mencecah 50.....Amin.

Untuk kisah selanjutnya, boleh share cerita RahmanHariri disini

Latiff Hariri
1808 12072014
Sungai Perani

Thursday, 10 July 2014

Abang Zainal Anwar Tetamu Dari Singapura - 23 June 2014

Banyak jugak kenalan saya melalui faceBook ini atas rekemen kawan/sanak saudara. Bila saya tengok ada yang minta di Add, saya tengok orangnya dahulu, siapa rakan rakan Facebook mereka, dah ok, baru saya terima.

Yang ini saya terima tanpa banyak periksa, kerana yang tukang perkenalkan saya tu kira orang kuat keluarga Janaton jugak. Bila saya cek, ternyata dari Singapura, dan saya beranggapan ini mesti dari salasilah Tok Yusuf Ishak, mantan Presiden Singapura yang pertama itu.

Ada sekali bebual melalui Facebook bertanyakan khabar samaada beliau berada di K Terengganu serentak dengan saya yang berada di Dungun. Ternyata status di 'update' untuk anak cucu yang pulang ke Terengganu pada cuti sekolah lalu.


Abang Zainal Anwar dari salasilah Janaton di Singapura.

Saya tidak mengenali beliau sebelum ini. Bila membaca status terkininya, yang menyatakan akan ke Pulau Pinang, saya masih buat selamba. Ini mesti urusan keluarga ni. Tak perlu di ganggu dengan soalan.

Jauh tu drive dr Singapura.

Ini waris dari Seberang Jaya, namanya saya dah lupa, isterinya waris Janaton.

Tetapi senja itu abang Zainal mengemaskini yang belia sudah lapurdiri di SP Lodge di Sungai Petani.

Wush! Ini sudah salah, masuk kawasan orang ni.

Saya pun menalipon dan memberi salam. Ternyata salaman saya disambut dan pertemuan pertama kami dari keluarga besar Janaton ini pun dizahirkan.

Makan makan di Food Court Sejati Indah sahaja.

Terima kasih abang Zainal kerana sudi bertemu muka. Terima Kasih juga atas nasihat dan tunjuk ajar bila bersama keluarga yang tersohor ini. 

Abang Zainal merupakan mantan Guru di Siglap Road, Singapura.

"Engkau tahu Siglap Five?"

"Ya, sudah pasti bang Zainal"

EP Band Siglap Five tersimpan sebagai sejarah keluarga Hariri yang semestinya meminati muzik dan lagu sejak dari dulu lagi.

Thank You abang Zainal Anwar and the group.

Latiff Hariri
1928 08072014
Sungai Petani

Sunday, 22 June 2014

Aziz Bokhari Bab

Nama ini terkenal sekitar tahun  70an hingga awal 80an.

Dia merupakan abang kepada Bapak , anak ketiga dari 9 beradik. Sedangkan Bapak adalah anak keempat. Beliau merupakan bekas Guru Besar SK Jalan Pasar era 60 dan 70an dahulu, serta pernah mengjadi GB di SK Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Saya cuba mengorek awal permulaan beliau sebagai guru, yang saya kenali dengan panggilan Pak Lang ini.

Katanya sebaik tamat Senior Cambridge beliai mula memohon kerja melalui Jabatan Pendidikan di Kuala Lumpur. Masa itu, saya bertanya, Pak Lang menetap dimana dan siapa yang saya kira biayai persekolahan Pak Lang ketika itu. Saya tahulah jugak serba sedikit perjalanan hidup anak anak Tok Bab ini, nak kata tepat sangat tu tidaklah.

Pak Lang menetap di rumah Pakciknya , di Jalan Sulatan Ismail itu, yang kini merupakan tapak Hotel Concorde Kuala Lumpur....

Ohhhh, ok. Saya faham .

Pak Lang terus menalipon Pegawai Pendidikan Kuala Lumpur, yang ketika itu disandang oleh warga Inggeris, dan jawapan dari Pegawai tersebut amat mudah.

"Sure, you can come to us personaly, and can start yout work straight away"

Laa, mudahnya.

Mungkin kelulusan SC Pak Lang masa tu hebat!? Saya rasa saya tahu, dan memang terbaik kalau nak dibandingkan dengan orang lain.

Pertama kali makan bersama selepas lebih 10 tahun kami tak berjumpa.

Pak Lang terus ditugas sebagai Guru disalah sebuah sekolah di Kuala Lumpur, dan setiap hujung minggu diwajibkan menghadiri kelas di Victoria Institution ..

"Orang lain selesai belajar dalam tempoh tiga tahun, tapi Pak Lang 5 tahun." Ketawa Pak Lang menceritakan kisah silam beliau. Maknanya Pak Lang bukan lulusan Maktab Perguruan.

" Ya, Pak Lang dilantik terus menjadi Guru dan sebaik tamat latihan Pak Lang terus menjadi Guru Besar".

Wah! Hebat!!

Zakaria Bab dan Izzuddin.

Zakaria Bab merupakan anak kelima dari 9 beradik, dibawah Bapak anak keempat.

Jadi, sebaik beliau dilantik menjadi GB, banyak guru guru Maktab yang mencemburui beliau, kata mereka, ini GB GB Penjajah, yang dilatih penjajah untuk merosakkan minda anak anak Melayu.

Tapi, kata Pak Lang, walau pun guru guru lulusan MPSI dan Durian Tunggal Melaka itu anti akan GB GB lulusan VI, ternyata anak anak guru guru tersebut tetap dihantar ke sekolah aliran Inggeris yang diterajui oleh GB GB dari VI ini.

Pertama kali Izzuddin bersua Pak Lang ...pada usia 18 beliau dan Pak Lang 82

Aziz Bokhari, Kamarul Zaman, Zakaria dan Salmiah.

Dulu, masa kami bersekolah rendah, pakcik pakcik ini dam makcik inilah yang memberi motivasi supaya kami cemerlang didalam pelajaran. Untuk rekod, Pakcik Kamarul Zaman, LCEnya 7A!!

Pertemuan terakhir?

Kenangan bersama anak cucu 

Pak Lang sudah nyatakan ini mungkin yang terakhir untuk beliau bertemu anak cucu. Beliau tidak menjangkakan akan ada lagi kepulangan beliau ke Malaysia selepas ini......(!)(?)

Saya faham akan kata kata beliau. Walaupun Pak lang pulang ke Malaysia setiap tahun, tetapi, sekejap sekejap tanpa memberitahu anak anak saudara beliau. Jadi dikesempatan ini, kami saling berpelukan dan memohon keampunan sekiranya ada, kepada Makcik Pakcik kami ini

Pak Lang merupakan Mantan Setiausaha Agong BAM yang berjaya melahirkan Punch Gunalan serta keluarga Sidek, yang saya kirakan, pengorbanan masa tenaga dan wang ringgi beliau tidak terbalas oleh Malaysia.

Dan sepertima Pakcik Pakcik beliau yang lain, beliau turut menolak apa jua gelaran darjah kebesaran yang layak beliau terima

Kini beliau pemastautin tetap Kota Sydney, bersama sama isteri Mak Lang Rohaya dan anak beliau Azri yang seusia saya, serta Azni yang kini menetap di Perth.

Terima kasih Pak Lang kerana memenuhi putaran hidup kami dengan perkisahan ini. Semoga Allah memberkati satu satunya abang arwah Bapak yang masih ada ini.


Keluarga Pak Lang di Sydney, Australia.

Keluarga Janaton ni, sesuai dengan semangat anak anak Minang, memang suka merantau dan berhijrah terus.

Selamat Panjang Usia Pak Lang dan Mak Lang sekeluarga

Latiff Hariri
1328 22062014
Sungai Petani

Thursday, 13 March 2014

Rumah Pusaka Semakin Usang

Sejenak di Kuala Kangsar mengenang kenangan lalu bersama Arwah Tok Bab, Wan Tak , makcik Miah dan Pak Cik Mat. 

Rumah Pusaka yang tak boleh dimiliki lagi.

Rumah ini semakin usang....Sudah melepasi usia 60 tahun. Kg Talang.

Latiff Hariri
1618 11032014
Sungai Petani

Thursday, 2 February 2012

Bersanding Seawal 1971



Bersama Khairul Abdul Latif disisi cikgu favourite saya, Cikgu Ainun . Ramadhan 2009.


Kalau ada yang menanya , tak kan kisah darjah 1 ni pun masih dalam ingatan saya, jawapan saya , ya.


Saya ingat sebahagian kisahnya. Dialognya mungkin berbeza dari yang asal , tapi ceritanya sama. 


Saya dimasukkan ke darjah 1A dibawah seliaan Cikgu Ainun. Ingat Cikgu Ainun? Salah saorang guru tercantik dan beliau masih 'single' waktu itu.


Entah betul atau tidak. Saya antara yang menjadi 'favourite' Cikgu Ainun. Tak tahu kenapa. Belajar main main aje. Nakal sudah pasti. Mungkin cikgu Ainun kenal bapak saya ketika itu, atau sudah tahu, 'budak' ni ada saorang abang dan kakak yang pernah diajar beliau ditahun tahun yang lalu. Jadi , bila saya dilantik menjadi 'monitor', saya jadi 'raja'lah dalam kelas. Habis bebudak perempuan kena buli dengan saya.(Lelaki saya tak buli, saya gunakan diplomasi, hahaha)


Faridah, kau boleh ceritakan sedikit tentang saya yang kerdil waktu itu kan?


Tak pun Zul Rahim atau Ramli/Asri?


Pada awalnya, saya duduk besebelahan dengan sesaorang. Saya dah tak ingat, mungkin rakan lelaki. Atau , boleh saya katakan , saya rapat dengan Noreha sebab ada ikatan kekeluargaan dengan beliau. Selain itu saya juga rapat dengan Zulkifli Rahim kerana Pakcik Rahim itu kenalan baik bapak saya semasa kami menginap di tapak rumah yang berhadapan dengan JKR Lenggong itu. 


Darjah 2 saya bersebelahan dengan Maznah, dan dibelakang saya Norhaniza yang bertemankan Shaiful, kalau tak silap. Waktu ini saya rapat juga dengan Azam. Selain itu, tak lupa yang agak rapat, Ramli . Saya ingat ramai rakan rakan lelaki yang rapat dengan saya, tapi, nama mereka sudah terpadam dari ingatan. Rakan perempuan jangan ceritalah. Boleh ingat semua!!


Jadi, bila Cikgu Ainun mengatur semula aturan duduk kami di kelas darjah 1 itu, Roziah yang berpasangan dengan Zulkifli Rahim itu telah ditukar duduknya bersebelahan dengan saya. Mungkin waktu itu Zul Rahim dan Roziah asyik bersembang, jadi diberinya kerusi sebelah saya. Jadi, bermulalah episod saya membuli sesiapa sahaja yang tak sealiran saya. Hahaha. Waktu itu, Cikgu Ainun tak pernah nak marah dengan kenakalan saya, sekadar, memanggil saya dengan sebutan yang panjang, 'Latiffffff.....", maka saya pun akan mem'baik'kan diri saya. Itu yang menjadi iri-hati kepada Roziah waktu itu, kerana Roziah menjadi mangsa sakatan terlampau saya ketika itu.


Antara kenakalan yang saya lakukan terhadap Roziah ialah dengan mengikat rambut tocang duanya ke kerusi kayu tempat duduk beliau. 


Penghujung tahun 1971 sebelum bermulanya cuti hujung tahun , sesi berfoto setiap kelas pun diadakan. Dan Cikgu Ainun tetap menyusun duduk kami bersebelahan  untuk dirakamkan.


"Ni, duk bersanding ni, nak kawin bila besar nanti...." , saya meletakkan tapak tangan saya diatas lutut sepertimana orang bersanding. Roziah 'menyampah' habis masa itu. Faridah siap beri amaran 'muka' setiap kali bertembung dengan saya. Kau ingatkan Faridah!?





Tengok , siapa yang bersanding seawal 1971 tu!!

Dan yang ini bersanding sungguh sungguh pada 1 Syawal 1406 Hijri bersamaan 08/06/86, 15 tahun kemudian......





Latiff Hariri
1358 28012012
 Sungai Petani

Sunday, 29 January 2012

Rumah atau Superbike?

Bohong kalau saya kata saya tak tahu bawa motor kapcai Lainlah Superbike, memang tak tahu nak bawa. Pernah cuba bawa motosila yang ber'clutch' masa Tingkatan 2 kat Kuarters Kerajaan di Aulong tu, guna motosikal Pak Cik Yus yang ditinggalkan . Tapi, satakat itu ajelah.


Masa mula bertugas di Kulim pada tahun 1986, saya miliki sebuah kapcai terpakai. Gunanya untuk saya berulang balik ke Taiping bilamana saya tidak pulang ke Shah Alam. Sekadar guna pergi balik Taiping sahaja, dan tanpa lesen. Seawal pukul 6 pagi sudah bergerak dari Taiping, dan tiba di Kulim sekitar pukul 740 pagi. Tiada halangan sekatan PDRM subuh subuh ni. Lebih dari itu, saya tak berani.


Bila pindah ke Shah Alam, motor itu saya titipkan dengan KTM sahaja.


Ya, bila Si Fadhil merengek rengek dengan emak dia seoalah olah emak dia 'cop' duit tu, bantahan dan tentangan hebat abang abang senior dia, dia terima. Sampai berperang perang jugak dengan emak ni. Hehehehe.


"Ada ka tengah belajar ITM nak pakei motor, ingat anak orang kaya ke?" Itu herdikan keras dari abang senior @ saya.


Dan bila adik yang bongsu ni pulak nak beli Superbike, walaupun sudah berkarier dan punya duit sendiri, abang ni jugak yang banyak 'songel' beri taklimat @ ceramah panjang.


Tapi, waktu ini , saya dah tak banyak hal. Nak pendapat , saya beri, nak sanggah, saya sanggah, tapi, nak beli, sendiri punya keputusanlah. Saya lebih nasihatkan Zali membeli kereta Myvi sahaja.


Bila Zali berfull-face sahaja, ramai yang menjeling , belum startkan enjin lagi, lagilah anak anak dara yang terteleng, hehehe.. Raya 2011 Teratai Inn-dah.

Pagi Ahad ni jugak, buat pertama kali saya membelinya majalah Roda Roda ini. Bukannya minat pun, tapi teruja bila ada muka adik adik saya ni  tersiar. Rajin jugak korang ni menulis ek?



Roda Roda Februari 2012

Pakai baju rugby King Edward tu, yang saya menahan 'bengkak'! Hahaha, ini satu satunya yang dapat School Colours dari King Edward VII. Semua sukan dia boleh pi....


Majalah boleh dibuat tilam untuk anak anak mewarisinya, hehehe


































Alah, lain kali sebut la nama sebenar abang abang senior tu sekali kat dalam penulisan, barulah gempak, dan tahu siapa yang dimaksudkan.


Kalau saya diberi pilihan, samaada beli rumah kos sederhana atau superbike, saya tetap pilih rumah. 


Sebab kalau saya pakai full-facepun , bebudak muda tetap gelak kat saya je, dah tua, perut boroi, masih nak kehulu hilir seperti orang muda. Naik kereta pun dah cukup semak, inikan naik Sperbike, hahaha.


Saya senang naik basikal aje.


Saya tunggu foto selanjutnya tersiar kat Metro je. Roda Roda tak main lah.

Latiff Hariri
1818 29012012
Sungai Petani

Sunday, 27 November 2011

Wira Yang DiLupakan..Mustapha Hussain

Saya memang menanti acara ini. Bahkan cuti pun telah saya aturkan supaya dapat bersama sama meraikan pameran buku ini di First Galleria Taiping.

Bila makcik saya ini, dari salasilah Janaton , mencari cari akan cucu cicitnya datuk Janaton, saya memberi reaksi positif kepada beliau. Bukannya saya tak kenal makcik pakcik lain , dari salasilah ini. Cuma yang ini agak istimewa, kerana dia pun asalnya dari Taiping , serta bersekolah yang sama seperti saya, iaitu King Edward VII.

Jujur saya katakan, saya tidak pernah bersua muka dengan beliau. Makcak(kakak Bapak) pernah berkisah tentang sepupu beliau dari Taiping ini, tetapi, kisahnya berakhir begitu sahaja.

Mencari serba sedikit tentang latar belakang makcik ini, baru saya sedar yang ayah beliau adalah sepupu kepada nenek saya Tam Rafeah.

Perjalanan pagi Jumaat ini saya lakukan sekitar pukul 1130 pagi, dan solat Jumaatnya saya lakukan di Sungai Bakap. Selesai makan tengahari sekitar pukul 2 , dan saya terus 'meluru' ke Taiping dengan menggunakan laluan Persekutuan. Cuba berhubung dangan Sallehuddin, rakan OE1981, untuk mendapatkan maklumat tentang lokasi First Galleria, tetapi tiada jawapan. Untung Cikgu Amin, guru SMKE-VII( ex SMDA1981)memberi tunjuk ajar kepada saya tentang hala tuju saya. Ish, orang Taiping pun tak tahu dimana lokasinya....





Rupanya bangunan ini adalah pejabat Majlis Perbandaran Taiping suatu ketika dahulu.

Terletak di hujung padang SR King Edward VII-1, sebaris dengan Pejabat Pos Taiping.

Datuk saya dari salasilah Janaton - Mustapha Hussain.

Tok Mustapha Hussain asalnya orang Matang. Rumahnya terletak berhampiran , dimana tergantungnya wira Melayu , Dato' Maharajalela.

Saya memakir kereta disisi galeri dan terus memasuki persekitarannya. Ternyata cikgu Amin sudah sedia menanti. Setia sungguh kawan saya ini. Saya memang kagum dengan kedua duanya, termasuk Sallehuddin. Mereka begitu menyayangi sejarah dan Bahasa Ibunda.

Saya agak jurukamera itu tersalah fokus, saya bukan VVIP yang di tunggu kehadirannya.

Bertanya tanya kepada Cukgu Amin, yang mana satu Auntie Insun ? Lalu beliau menunjukkan kepada saya sesaorang yang sedang berdiri ditengah anjung memasuki bangunan ini.

Sedangkan Izzuddin sudah memasuki kedalam , dan sudah disapa oleh Aunt Insun kepada beliau. Izzuddin menyatakan beliau dari sekolah King Edward. Tetapi , dari perbualan seterusnya bersama Aunt Insun, beliau sudah tahu Izzuddin anak saya kerana sudah melihat foto foto beliau di FB saya, hahaha. Tipu tak kena.

Bersalaman dan berkenalan dengan makcik saya ini buat pertama kali.


Berkenalan dengan suami Aunt Insun.

Memang hati saya teramat 'besar' bila Aunt Insun memperkenalkan saya kepada setiap tamu yang hadir, bahawa saya adalah anak buah beliau dari keluarga Janaton. Malu , segan, bangga.....semuanya ada.

Menanti kehadiran YDP Taiping.

YDP Taiping yang baru memulakan tugas di Taiping, tak sampai seminggu.

Acara sepatutnya bermula pukul 330 petang, tetapi terlewat hingga ke pukul 4. Ada dua acara petang ini, selain pameran buku Mustapha Hussain, terdapat 2 pertunjukan dan persembahan Fotografi dari dua anak Taiping.

Panjaga First Galleria Taiping, Pak Anuar(kiri) mengalu alu kan kedatangan YDP serta para tamu. Jurukamera itu merupakan anak Pak Anuar yang pertunjukan foto digaleri adalah milik beliau.

YDP memperkenalkan diri. Rupanya baru bertugas disini.(kiri)

Para tamu dijemput memasuki galeria sebaik kata kata aluan dari YDP tamat.

Cikgu Amin antara yang kehadapan mendengar penjelasan tentang First Galleria serta tujuan sebenar galari ini ditubuhkan.

Terungkainya siapa 'siapa' didalam Kesatuan Melayu Muda . Rupanya datuk saya!!!

Cikgu Amin - anak Lenggong ni!!

Di Lenggong dari tahun 1968-1972 saya tidak pernah bersekolah bersama beliau, tetapi mengenali beliau melalui rakan rakan SRJK Lenggong yang masih berhubung rapat dengan saya, sekitar tahun 2010 lalu.

Sebahagian dari keluarga besar Janaton, yang hadir petang ini.

Saya tak menjangkakan kehadiran rakan 'kembar' saya ini. Terima Kasih Badrul kerana sudi memeriahkan acara ini.


Tok Mustapha Hussain - Old Edwardian juga!!

Kedua duanya datuk saya, Tok Jed saya kenali dan sering bersua di akhir 60an hingga 74.

Selepas itu, sekiranya ada kesempatan, saya akan bertandang kerumah Tok jed setiap kali cuti persekolahan hujung tahun. Ketika itu Tok Jed menginap di Taman Tun Abdul Razak Ampang Jaya.

Bila kesihatan bapak tidak mengizinkan, serta peningkatan zuriat Bapak bertambah, kami semakin kurang bertemu, dan Tok Jed pun mula perlahankan aktiviti politik beliau ketika itu.

Mungkin sering diintip SB akan setiap gerak geri Tok Jed. Ya lah, Menteri yang diISAkan dek kerana tidak sehaluan dengan Tunku Abdul Rahman.

Badrul menandatngani Buku Pelawat. Ada gaya Pegawai Besar ni!

Saya berada disini selama dua jam lebih. Berfoto yang lebih.

Kisah benar yang dibukukan.

Kali ini saya bersenjata dan berpeluru untuk menangkis apa jua rintangan yang menyerang hendap saya , sekiranya ada 'puak puak' disana, yang masih bermain irama sumbang mereka yang kununnya merekalah pejuang kemerdekaan Tanah Melayu itu...

Tanda tangan dari Aunt Insun kepada saya dengan kata kata yang dalam maknanya....

Tengok , semangat Aunt Insun memperkenalkan saya kepada keluarga Fennerr. Ya, Aunt Insun bangga dengan salasilah kami yang hadir petang itu.

Terima Kasih Aunt Insun...... serta Tok Mustapha Hussain sekeluarga.


Saya boleh mengerti mengapa saya begitu beria ria mencari pusaranya Ibrahim Yaakub di Kota Jakarta bulan bulan yang lalu. Entah mengapa jua, hati saya melonjak lonjak mahu membuktikan bahawa UMNO bukanlah pejuang sebenar didalam kemerdekaan ini. Mereka tak lebih dari 'pengambil kesempatan' , mahupun, bahasa yang lebih kasar, tali-barut penjajah.

Dan secara sepontan, pada awalnya saya tidak tahu siapa orang orang kuat didalam Kesatuan Melayu Muda itu....., ternyata , rupanya orang kedua kuat adalah bapa kepada Aunt Insun, yang juga merupakan datuk kepada saya!! Allah Maha Besar.

Mengapa saya boleh begitu 'taksub' untuk mencari kebenaran merdekanya Tanah Melayu ini? Saya pun tak mngerti. Mungkin kerana didalam darah saya yang mengalirnya darah darah moyang moyang saya dari salasilah Janaton itu, yang merupakan pejuang pejuang yang berprinsip, membuatkan saya jadi begini, dan akhirnya saya ketemu satu lagi rahsia yang sengaja di'padam'kan dari minda rakyat.

Saya tahu dan kenal akan Tok Jed (Aziz Ishak-Menteri Pertanian Malaysia yang pertama), saya kenal juga, Tok Yusof Ishak, abang Tok Jed, yang merupakan Presiden Singapura yang pertama itu. Saya tahu mereka berjuang menyedarkan orang Melayu bersama Utusan Melayu yang dimiliki mereka ketika itu. Rupanya, ramai lagi datuk datuk saya yang berpangkat sepupu sesama mereka memainkan peranan masing masing menyedarkan anak bangsa.

Cuma, boleh dikatakan, kesemuanya berhaluan kiri dan menentang British dan bangsawan bangsawan Melayu yang berkepit dicelak ketiak Sultan Sultan kita itu.

Iitulah minda orang Melayu, terlalu 'tidak apa' dengan takdir dan 'kuasa' yang ada ditangan Sultan dan bangsawan, hingga sanggup di'lelong' demi mengkayakan diri sendiri dan tercapainya serakah mereka.

Tidak saya lupakan kepada kesemua wira wira yang sanggup dibunuh penjajah, di ISAkan penjajah dan pemerintah, difitnahkan, demi tertegaknya satu bangsa Malaysia yang berpegang teguh kepada keadilan manusia sejagat.

Ayuh, bangun. Bumi ini bukan milik mereka semata mata. Kita singkirkan yang zalim dan pengamal rasuah dari terus menerajui bumi pusaka ini.

Alfatihah untuk datuk Mustapha Hussian, serta keseluruhan pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri serta anak bangsa yang teriniaya oleh penjajah British dan dot dot dot.

Kisahnya ziarah zaya dipusara Ibrahim Yaakub boleh dibaca dengan meng'klik' nama beliau ini.

Teruskan perjuangan!! Selamat Tahun Baru 1433 Hijrah.

Latiff Hariri
1831 26112011
Sungai Petani