Ini sedikit catatan tentang sehari dua sebelum Reunion bersejarah tu.
Mungkin juga saperti dikata Rahman, sebahagian dr kebolehan anak anak Hariri ni,
menulis dan berfoto. Tapi saya lebih kepada hangat hangat dot dot aje. Malas yang paling tepat. Tetapi, beritahu aje bila, dimana, masa, insyaallah, kami akan tiba buat cerita dan ambil foto. So far, adik2 saya tak menghampakan, esp Zali dan Fadhil.
Fadhil tu naik 'kapcai' aje dr Penang ke KL semata mata nak dapatkan aksi sebenar yang dlm media kita ni 'takut' nak terbitkan. Tapi, mesti ada limitlah, dalam apa jua yang kita rakamkan.
Keluarga Blogger Hariri
Rasiyuddin Hariri, Rahman Hariri, Latiff Hariri
Fadhil Hariri dan Ghazali Hariri
Bersama waris-waris blogger Hariri.
Izzuddin Latiff, Ariff Kashani Rahman & Akmal Hariri Rahman
Petang tu semua sibuk dgn kerja masing masing, nak pastikan semua berjalan lancar, isteri isteri dan anak anak dikerah bekerja tanpa gaji.
Joe aka Atan, rehersal dgn anak tu, nyanyi lagu Cinta lagi, Sealed with a Kiss, hebat tu.
Apakah yang dibual dua sahabat lama ni, tak jumpa lebih dr 20 tahun.
Niza tiba2 muncul disebelah pagi sebelum reunion. Tanya apa dia boleh bantu? Bagus ada kawan kawan mcm ni
Mungkin masa ni Niza dah mula 'tangkap' yang dia berbual dgn suami Roziah, tak begitu Niza? Hahaha
Izzudin dgn Pakciknya, Ghazali, Jurufoto Rasmi malam Reunion Coolbatch 70-75. Adik No ke 11 penulis. Anak2 buah Jurufoto ni cukup admire pakcik mrk ni, sebab bermotor Superbike dan masih bujang. Tapi penulis tak minat part motosikal ni, basikal suka le.
Beraya di rumah nenek Shaiful. Mak Bie dan Kak Lin ditengah tengah.
Nenek Shaiful ni maintain sejak dr dulu lagi.
Tahun 70 -72 dulu, penulis , Rahman dan bapak, sering ke sini, melaungkan pendayung sampan dr seberang sana, untuk mengambil kami disini, dan upahnya hanya beberapa puloh sen sahaja. Basikal bapak disimpan diseberang sana, dan bapak akan berkayuh sekitar 5 km ke Pulau Chery. Mcm cerita Bujang lapuk tu, penulis duduk atas galang, Rahman dibelakang. Menakutkan sebab lorong denai dan melintasi titian kecil, memerlukan pertimbangan yg mantap dr bapak.
Sungai Perak dr atas Jambatan Kota Tampan. Saya menyimpan byk rahsia disini. Terutama dgn Bapak dan Rahman. Teringin nak rungkai semula kisah lalu dgn berbasikal dgn Izzudin dr sini menuju ke Pulau Chery , saterusnya ke pekan Lenggong, dan akan saya blogkan.
Ini gambar berhari Raya tahun 2009 di rumah Mak Ros, emak kepada Zairul Hisham, di Ipoh , Perak. Sabelum balik ke SP salepas Reunion di Lenggong tu.
Bersama dlm foto tu adik Zairul, Zahalia bersama suami Baco dan anak anak, Hidayat dan Qursyiah.
Letih berhari Raya, tapi puas dpt berjumpa lebih dr 70 org sepanjang Indul Fitri
2009/1430 Hijrah.
Latiff Hariri
1442 31/01/2010
Sungai Petani
I'LL DO WHAT IT TAKES TILL I TOUCH THE SKY TAKE RISKS, MAKE CHANGES,AND BREAKAWAY. (BIAR BUDI SETITIK, NAMUN DIDALAMNYA ADA LANGIT DAN BUMI.......)
Bee Gees
Sunday, 31 January 2010
Friday, 29 January 2010
A Story To Share During The Umrah
As we all know Allah S.W.T is the creator of this world...Di Masjid Nabawi keadaan tenang untuk memasuki raudah tapi ramai puak iran tau2 je lah dia tolak je klau dia nak cepat sampai kan orang yang nak sembahyang pun dia halau...sabiau je lah itu semua dugaan...pabila memasuki Masjid Al Haram buat pertama kali nya rasa menggeletar juga tapi alhmdllh dapt jumpa kaabah yg diwarisi dari Nabi Ibrahim ke Nabi Muhammad.Dengan pancaran panas terik yang panas dengan 40 degree celcius dan tekak yang mulay kering...cobaan...smementara tnggu nak start dok cari mana satu lampu hijau ingatkan lampu hijau yang dimaksudkan ialah lampu yang berada di simpang empat atau tiga yang berada di kebanyakkan negara rupa nya bukan...nasib baik jumpa...lepas tu mula lah tawaf 7 pusingan labaikallah humma labaik dan seterusnya...ingatkan dekat madinah je ada puak iran ramai rupanye puak iran di makkah lagi ramai...tokojuit den...berakhir lah tawaf 7 pusingan lepas solat masa untuk sa'i..ha ni yang den suko sangat nie selalu tengok dalam tv orang dok sa'i sekarang kita pulak hehehe...waktu nie dok cari mana la tau jumpa kamera tv 3 ke boleh lah muka den masuk tv tapi tak do..tak pa tu dunia sekarang kita buat untuk bekalan akhirat...mula lah dari bukit maruah ke safar dan safar ke maruah ulang dan ulang sampai tekak dah kering dalam sa'i yang ke 5 teringit juga minum air zam zam...pertama kali minum kat makkah air zam zam lega tekak den...mula lah semula dengan bawah pimpinan Ustadz Ibrahim alhamdulillah berakhir lah umrah yang pertama dan sekarang masa untuk bertahlul...nasib baik bawa gunting sendiri tak payah susah nak meminjam...sekarang waktu maghrib...jom kita solat sebelum solat gosok gigi dulu dengan kayu sugi..hehehe..macam iklan colgate pula..masa untuk balik...dan makan sangat penting makan dulu baru tido selapas isyak...
Esok pula terlintas jugak kat hati nak baca yaasin kat depan kaabah...dengan ditemani Abah dan Ustadz Ibrahim maka bermula lah bacaan yaasin dihadapan kaabah...while ibu,qila,eqa and nenek at the womans saf Ustadz Ibrahim said why don't we do tawaf sunat...why not...ustadz ibrahim,abah dan saya melakukan tawaf sunat almost sehari sekali...tiba lah hari 16 may hari lahir saya...hari itu mula nak memberanikan diri pergi amik air zam zam sorang2 dan air sembahyang menggunakan air zam zam...tak percaya juga sebab saya berjaya memberanikan diri berjalan sorang2 tanpa ditemani atau diawasi sesiapapun...lepas zohor buat tawaf sunat lagi dan baca al-quran..selepas itu kita mesti mengingati cikgu...jadi hantar lah mesej kepada guru2 mengucapkan selamat hari guru pada hari yang sama...alhamdulillah semua cikgu respon...jom balik makan...kemudian pergilah ambil kasut di rak kasut berdekatan pintu keluar tiba-tiba satu kejadian yang tak diingini berlaku KASUT HILANG!!!...Terpaksa balik berkaki ayam sementara menunggu detektif conan,batman dan superman mengesan kasut yang hilang
jadi itu saja untuk hari ini
1118 29/1/2010
Sungai Petani Kedah

Saturday, 23 January 2010
Best Memories During The Umrah(2)
Sesungguhnya, dunia ini kecil, dan dugaan Allah ada dimana mana, terutamanya kepada mereka yang beriman dan kuat ibadatnya. Pertama kali bersama beliau, was-was jugak, sebab orangnya terlalu muda, dan merendah diri bila beliau dapati "Tok Guru' turut serta dlm rombongan.
Bila isu 'bersumpah' di Masjid Wilayah, beliau di mangsakan, saya terpanggil menjelaskan kepada abang dan adik2, rakan2 saperjuangan terutamanya Sdr Marzuki Ibrahim, adik Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang beliau berada di landasan sama....
Ok, Izzuddin, take over.
Ustad Ramlang Porigi, Ustad Ibrahim Ahmad, Abah, Me and Nenek.
We were blessed to have nenek and both the Ustads, as Ustad Ramlang is an ex student of Tahfiz Al-Amin. Ustad Ibrahim is his Tok Guru. Ustad Ibrahim commented that Ustad Ramlang was among the best student ever produced by the 'persantren' Al Amin and Penanti.
Di Bukit Uhud. Uztad Ibrahim Ahmad, me, Ibu dan Eka
anna naik unta
Me, abah and ustad Hj Ibrahim Ahmad, di Jabbar Rahmah.
Di tingkat 2 Masjidil Haram
Izzuddin & Latiff Hariri
Sungai Petani 2150mlm
23/01/10

Tuesday, 19 January 2010
Tembang Kenangan
Masa remaja, pada saya, memang indah. Tapi bukan bercinta ekk.
Lebih kepada kenangan bersama kawan kawan sekolah dan lagu lagu hit yang mengiringi alam menuju dewasa. Saya boleh hafal lagu lagu J Mizan, Mercy, Favourite Group, Dlloyd, Edy Silitonga, Andre Goh,Mus Mulyadi, Frankie Cheah . P Ramlee jgn cakaplah, dialog lakunan pun boleh hafal. Hehe, tak termasuk penyanyi wanita spt K Pah, Sanisah Huri, Rafeah Buang , Emilia Contessa,dsbnya.
Tahun 2009 yang lalu, saya berkesempatan menyambut kedatangan Penyanyi2 spt Datuk Malek Ridzuan, Ernie Djohan, Tety Kadi, Ria Resty Fauzi, Endang S Taurina, Zaleha Hamid, Tommy J Pisa dan Halil Chik. Memang terhibur dan bernastolgia. Ternyata suara mrk evergreen dan power. Terutamnya Endang, Tety Kadi, Ernie Djohan dan Pak Tommy.
Umur dah 59 , tapi.....
Anak anak saya angkatan 2000 ni, walapun lebih minat pd angkatan Penyanyi terkini, sekarang mula kagum kepada penyanyi2 lama yang mrk tak berapa kenal.
Kalau dah minat, kena ambil front row, puas dapat tatap , bernyanyi n berdansa bersama Penyanyi
1) Eka, Penulis dan blogger Rahman
2) Qilah dan Ibu
3) Othman Hamzah
Tommy J Pissa dgn 'Suratan'
Tety Kadi dgn Tarikan Nafasku Yang Terakhir.
Penulis ingat lagu ni tahun 1969-1970 , menginap di Kg Sira, sebab lagu ni hit masa tu. Masa umur 6thn tu, terbayang yang penyanyi ni memang betul betul dah nak mati dan betapa kejamnya lelaki yang tak nak;-
Peluklah belai lah daku, oooo
itu tak pernah terjadi
semua harapan belaka
nafasku yang terakhir ini
hanyalah kutujukan pada mu.....
1)Ernie Djohan dgn Teluk Bayurnya. Teluk Bayur terletak di Padang. Tahun 60 , kira Pelabuhan Teluk Bayur ni tempat perpisahan kpd mrk yang berhijrah kerana kerja atau belajar
2)Aqilah depan poster aje.
1) Mohd dan Ibu.
2) Barisan Penyanyi
3) Zaleha Hamid, Tommy J Pisa danOthman Hamzah
1) Barisan Penyanyi malam itu,.....
2) Ibu pun nak cuba berduet dgn Endang dlm lagu Apa Yang Ku Cari.
1)Qilah nak ambil foto Endang, atau nak fokus kat rambut Blogger Rahman dan abah dia ni?
Bila masa pulak rambut saya dah pupus ni, tgk dpn cermin, ok aje.
2)Eka malu malu dgn Endang.
Tommy J Pissa dgn Izzuddin.
Abah , peminat No 1 Tommy J Pissa.Senyum sampai ke telinga. Siapa nak dengar suara Tommy J Pissa dgn lagu Biarkan Aku Menangis, sila silakan ke Sungai Petani.
Lagu ni berhantu masa umur belasan tahun dulu, almaklumlah, cinta remaja yang entah apa apanya, hahahha
1)Endang S Taurina kena 'himpit' oleh Anak Bapak, Izzudin & Latiff.
2)Aishah lagi sakan, tak kasi can, terus peluk. (Aishah adik bongsu Penulis)
Terima kasih Endang. Nak tengok lagi kalau Istana Budaya pulak jemput nama nama besar ni.
Apa yang lucu sangat tu? Roziah, Abby & Emak
Izzudin menari dgn Zaleha Hamid? Sakan!!
Izzuddin & Othman Hamzah .
Emak dgn Tety Kadi. Tety Kadi adalah Adun dalam Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia.
Rata rata malam tu memang terhibur . Puas dpt 'live' dgn penyanyi Tanah Seberang.
Ternyata PR mereka tinggi, sentiasa senyum dan ramah dgn peminat. Bila sesi otograf dan berfoto, penyanyi yang sapa saya ajak berfoto bersama, siap minta dua tiga posing dgn saya, dah terbalik pulak, esp kepada Ria Resty Fauzy yang terkenal dgn lagu Sepatu dr Kulit Rusa dasn Cinta Ku Sedalam Lautan Atlantik tu, harus luruh jantung saya.
Mengharap Istana Budaya lakukan sesuatu lepas ni.
Selamat Malam
2240mlm 21/01/10

Sunday, 17 January 2010
perak man
Yang Ini, mungkin gambar tahun 1975, tak pun 1976, Pasukan Bolasepak .
Saya memang tak cam langsung semua rakan rakan ni, kecuali yang saorang dibelakang tu, Ramlee Yahya.
Yang ini, Juara Bola Jaring 1975 Rumah Bendahara. Saperti foto diatas, saya lagilah tak cam semua kecuali yang saorang tu........
Yang menariknya Petunjuk Arah Jalan ni, Bermacam Gua yang ada di Lenggong, paling saya suka Gua Tarzan 1km. Patutpun Manusia terawal ada di Perak, bukan saja terawal, Tarzan pun ada disini. Sebaiknya kita buat filem Tarzan ganti filem barat tu.
Ok lah , cukup setakat ni untuk malam ni .
Latiff Hariri
2200, 18 Januari 2010
Sungai Petani
Sesudah 23 Tahun - (HotBatch 77-81) SMK King Edward VII Taiping 1 Mei 2004
1 May 2004
Ini pertemuan besar yang pertama berlaku pada batch kami , selain dr perjumpaan tahunan bekas pelajar asrama pada setiap 1 May . Seingatan saya, Bekas Pelajar Asrama angkatan saya, tak lebih dr 10 orang yang hadir setiap tahun, tapi yang ini, melebihi 70 orang .
Siapa punya idea dan mengapa perlu diadakan perjumpaan pertama ini? Semuanya kerana perginya saorang demi saorang , terutamanya salepas perginya rakan seangkatan kami, Arwah Azhar Aziz. Di hari pengkebumian beliau di Ipoh, berkumpullah kami di pusara, antaranya, Ibrahim, Badrul Hisham, Din Selamat,Wizan, Raja Anuar,Nazir, Penulis dan a few others yang mungkin saya tak sengaja terlupa, maafkan saya.
Ini bukan yang pertama, sebelum ini, saingatan saya, Arwah Zainal Azmi Ahmad Diyar,
Aziz, dan saorang mendiang yang akan saya ingatkan nama beliau kemudian. Mereka bertiga pergi dalam status Bujang. Maka terbentuklah satu jawatan kuasa bertindak untuk menyatukan
semua Angkatan 77-81 . Perjumpaan pertama pun dicanangkan pada satu tarikh yg sesuai, di bandar Taiping. 2 minggu sebelum tibanya tarikh tersebut, saorang AJK pulak 'pergi' buat selamanya, Sdr Yusri Yusuf, yang juga orang Sungai Petani. Terasa masa semakin singkat untuk kami segerakan perjumpaan ini. Dan tak diduga Anis, Tigress pun ada, orang kuat MPT masa tu, lagi memudahkan kerja kami.
Semua diberikan tugas, dan paling mencabar, tugas mencari dana. Pada saya Penggerak Utama misi ini adalah Saudara Din Selamat, Anis dan Raja Anuar. Kami dibelakang , saperti Badrul Hisham, Badli, Ibrahim, Wizan, Nazir, Malek,Og Ah Sun dan dua rakan angkatan 76-80 sdr Ulul Azmi,yang bermastautin di Taiping, menjadi tentera kerahan melaksanakan tugasan yang terbaik.
Tapi, kalau dah memang ada bakat menjadi Penggerak, Dana dan apa jua halangan,bukan perkara besar, masing2 faham, dan tak pernah kedekut RM dan peluh dan akhirnya dalam masa 3 bulan atau kira-kira 2 minggu sebelum majlis, sudah terpampang banner di tepi Tol PLUS Kamunting dan di Simpang 4 Taiping, di SRK dan SMK King Edward. Peranan media di gunakan sebaik mungkin, dan tak henti talian talipon dr rakan rakan , sasenior MCE 60an hingga sajunior SPM88 pun bertanya, boleh tak kami turut serta?
Pengalaman penulis masa tu, teruja dan teruji kesabaran. Teruja kerana kata kata positif dari rakan rakan seangkatan, mantan guru2, Pengetua, senior senior jua junior junior. Teruji dari segi kesabaran kerana ada yang berpura pura tidak ingat atau, tidak mengenali penulis. Mungkin penulis kurang popular sebab bukan ulat buku dan kaki sukan agaknya. Tapi, itulah yang saya alami.
Dan debaran disubuh 1 Mei 2004 hingga melepasi Asar berterusan,hingga tamat acara. Terasa berbaloi segala penat lelah , masa dan Ringgit yang dibuang. Hendak saya sebutkan nama rakan rakan secara sepontan yang hadir pd hari tersebut satu persatu.
Azman, Nazran, Kamal, Suhaimi, Fadhil, Hashim, Daud, Bee Sing, Shubli, Suhaimi Goal Keeper SRK, Rozaiedy, Zainal, Hatta, Azlin, Arifuddin, Razak,Mustafa Ahmad, yang lain lain tunggu ekk, saya kena recall tgk foto2 dulu, hahaha.
Semasa pertunjukkan Slide, ternyata ada yang mengalir air mata termasuk mantan Guru2 bila foto2 Allahyarham Azhar, Yusree, Aziz, dan mendiang,yang telah pergi diiringi lagu Sudirman, pandai pulak budak Din ni mainkan perasaan kita, hhehe.
Menjadi gamat bila foto slide hari pertunjukan pentas persembahan penulis bersama Wizan, Zairul & Meor dgn pakaian sexy Wizan. Ternyata umur 14 tahun bermulanya awal umur dewasa bagi kita waktu itu.
Acara makan makan, tidak merugikan, dengan hidangan Cendol Taiping pencuci mulut serta kuih dan mihun grg, cukup untuk di bawa balik kerana berlebihan, sedangkan yang hadir termasuk anak isteri, guru2 melebihi 100 orang, sedangkan kutipan hanya
RM25 per family dikutip pada hari itu serta sumbangan ikhlas dr sebahagian besar rakan rakan. Dan disediakan sumbangan kepada balu rakan rakan yang telah pergi, dan amat terharu kerana balu kepada Azhar turut hadir bersama anak anak beliau
Walaupun sudah hampir mencecah 6 tahun sejak kisah Sesudah 23 tahun berlalu, dan tiada rakan2 yang 'pergi' sepanjang tempoh ini, faktor usia menyebabkan saya agak penat untuk mengulangi sekali lagi Sesudah 23 Tahun.
Terima Kasih semua
Klik untuk besarkan foto.
Satu satunya foto kelas 5Sains1 1981 yang saya simpan. Penulis nampak lainlah, komen pemilik Blog , Izzuddin. Hasnan, Nazri, Khairul, Raja Anuar, Suhaimi,Jamal, Hatta Harun,Hashim, Zaiedy,Megat, Baharulfuadi, Roslan Wahab, Roslan lagi lagi lagi, nanti saya update.
Didalam Dewan yang kini terasa amat kecil oleh Penulis dan rakan rakan. Semua Berdiri menyanyikan lagu Magni Nominis Umbra. Dulu, tukan 'lead' nyanyian isesi petang ialah Mr Joseph Lim, dan pagi guru Muzik dan Pancaragam Sekolah, Mr....., tolong update sat memory saya.
Perarakan Bunga Mangggar untuk Mantan guru guru oleh Pelajar SMK KIng Edward, dr Pejabat Pengetua hingga kedalam dewan Sekolah,siap berkompang lagi. Didalam dewan barisan hadapan guru guru, kelihatan dihujung barisan kedua, balu kepada Azhar turut serta, penulis tak perasan langsung sbb terlalu 'repot' di atas dan bawah pentas.
Presiden Batch 77-81, Sdr Raja Anuar Zalehan Shah menyampaikan Cenderahati kepada Pengetua, dan diperhatikan PK . Jam "Datuk' yang diimpot sendiri dari Jepara, Jawa Tengah serta Cermin Anggur untuk tatapan guru2 bersolek
Cikgu Ahmad Taridi and Ustazah Zaharah, emak kepada Tigress Anis
Bersama Mantan mantan guru, guru guru semasa, serta yang akhir, guru2 SRK King Edward VII-1, Cikgu Ahmad Taridi, bapa kepada Azwan yang kini sudah menetap di US, dan Cikgu Suhaimi, guru masa saya darjah 6. Adik kepada Cikgu Suhaimi, pernah menjadi boss ditempat saya bekerja di KL dulu. Hebat2 keluarga cikgu ni!!
Cikgu Fadzil dan Pak Razak. Mrk tak perlu diperkenalkan lagi, memang lbh King Edward dari kami , anak anak murid mereka
Urutan Jam, dari atas kiri
Mike Chin dgn Pak Thong, serta Mike Junior . Michael Chin sekelas dgn saya dan juga jiran sebelah Taman Perumahan Saya di Sungai Petani. Muga beliau semakin sehat
Latar belakang foro ni Cikgu Rosli, ingat tak?
Jawaed, MR Foo, Mr Liew dan Penulis, serta sekerat muka Ong Ah Sun(Maaf Ah Sun, tersilap edit)
Saya tak berkesempatan belajar dibawah didikan Mr Foo, tapi, Mr Liew, guru BI yang jugak guru favourite saya, sebab dia suka melawak dan buat bahasa Inggeris 'Jenaka' untuk belajar.Kali terakhir jumpa Mr Liew di LCCT tahun 2007 , Cikgu ke GuangZhou berniaga, saya dan Raja Anuar ke Makkasar bercuti. Kami dipindah kelas setiap kali jadual bahasa Inggeris serentak, untuk 4 kelas aliran sains. Selalunya ikut kemampuan kami. Memang seronok bertukar kelas sebab dapat ber'nakal' dgn rakan2 kelas lain.
Mustafa Ahmad, Cikgu Fadhil, Cikgu Mustafa, Pak Razak, Hadi dan Cikgu Maniam
Cikgu Basariah, jiran di Seri Kota Taiping, mengajar BM. Cikgu Zariah pun sama jugak.
Penulis teringat masa Tingkatan 4, kami menyakat Cikgu Zariah hinggah dia menangis, mengadu kepada Guru Tingkatan Mrs Ng. Mrs Ng punya berleter mcm emak kita jugak, pot pot pot pet, Shame on u, katanya, students from an A class, with a D attitude. Masa tu, sume tengok lantai, sunyi sepi.
Yang ke 5, foto Pengetua sampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Azhar.Kalau menanya saya , mengapa ada girls dilatar belakang foto, jawapannya, mrk rakan rakan Tkt 6 yang juga Tigress, asalnya TMGS dan Convent. Alah, buat buat tak kenal pulak!
Yang keenam, Isteri Rozaiedy, Mohd Izzuddin , Noor Faiqah, Roziah dan Roslina isteri Hatta.
Pakar Penyatuan Reunion Utama Din Selamat, Pakar PR Raja Anuar Zalehan Shah, Anis yang manis bekerja sebagai setiausaha , dan Tarmizi. Ini tulang belakang utama yang sempat berfoto. Tak dilupakan Wizan, Badrul Hisham, Badli, Ibrahim, dan nama nama yang saya agak kurang ingat, akan saya update kemudian. Maafkan kelemahan memory saya
Gambar KE-nangan sebelum berpisah, bersama Pengetua, Guru-guru, Mantan Guru-guru, Anak2 Isteri waris yang telah pergi, Saya kira , adalah lebih dr 70 orang yang hadir, tak termasuk yang datang sekejap, yang bukan batch kami yang datang jugak, walaupun tahu yang tiada rakan rakan mrk pd hari tersebut
Terima Kasih Semua!!!!
Foto Diedit dan dimuaturun oleh Muhammad Izzuddin
Sebarang komen peribadi, email kepada saya di lamay4747@yahoo.com
Latiff Hariri
220 ptg 17 Januari 2010
Sungai Petani, Kedah

Daulat Tuanku-Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Hari ini hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Abdul Halim Mua'adzam
Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah, yang ke 82.
Daulat Tuanku. Moga dirahmati dan diberkati sepanjang Usia Baginda.
Tiada berdecek langsung sepanjang Kedah Sejahtera ini, cuba cuba juga cari kelemahan pentadbiran kerajaan Negeri melalui golongan Dulu Kini dan Selamanya, tapi yang didengar hanya, mereka rasa lebih selesa dgn apa yang dibawa oleh Datuk Azizan. Kalau ada yang tak setuju dgn apa yang saya katakan ini, sila silalah kemaskini cerita sebenar sepanjang pentadbiran Kedah Sejahtera ini, kepada saya. Kalau ada pun, isu sampah di taman taman perumhan Sungai Petani ni, yang agak sedikit penambahbaikan kualiti kerjanya.
Yang menjadi topik saya sepanjang 15 hari 2010 ni, tak lain tak bukan , hadiah dr kerajaan Persekutuan sempena sambutan tahun baru ini. Kenaikan Harga Gula . Maka Kementerian Kesihatan pun mencanangkan peratusan pengidap penyakit yang berkaitan dgn gula. Maka rakyat pun terima ajelah apa jua momokkan kerajaan.
Berita The Star hari ini - Fuel Cap .Mcm berjangkit dari gula, maka kajian pun dibuat, setakat mana kemampuan rakyat berbelanja untuk pembelian minyak petrol.Ini tanda tandalah ni, dalam masa terdekat ini 'tak akan' ada kenaikan harga petrol.
Sememang dah terdengar sepanjang setengah bulan pertama ini, harga petrol akan dinaikkan lagi pada Mac 2010 . Hmm, dulu masa gula berkurangan, mati matian kerajaan nafikan yang harga gula akan dinaikkan dlm masa terdekat, rupanya dekat 2010 baru dinaikkan.Mengapa harus bandingkan harga petrol kita dgn Indonesia, Singapura dan Thailand. Kita ada lah pengeluar minyak sendiri, kita sepatutnya menikmati hasil dari bumi kita.
Dan yang dikongsikan untuk hari ini, adalah isu rakan rakan sekolah, yang dizaman persekolahan mereka sudah terserlah 'kepimpinan' mereka untuk menjadi pemimpin.
Tiada yang dibangga oleh saorang guru, apabila anak muridnya berada di pentas hadapaan pentadbiran kerajaan mahupun swasta, pasti dia akan memberitahu rakan rakan di keliling, yang pemimpin tersebut adalah anak didik beliau. Dan tak kurang juga yang zaman persekolahan terkenal dgn keahlian bersukan, terus kearah itu dan menjadi tokoh sukan negara.
Tetapi, apa yang hendak saya ketengahkan disini, adalah rakan rakan yang masa sekolahnya sudah terkenal sifat membuli atau suka mencari kesalahan rakan rakan lain, terutama yang lebih 'junior' dari mereka
Saorang rakan yang memang suka membuli pelajar, bila berjaya dlm kariernya , terus mambuli rakyat disebabkan berjawatan Penguasa. Masa di sekolah, murid murid junior akan membelok kearah lain jika bertembung dgn beliau disebabkan jawatan Pengawas beliau. Tak kurang yang kena penampar percuma, gara gara melawan beliau. Akhirnya beliau berjaya menjadi Penguasa yang berkuasa terhadap orang awam. Maka sikapnya terbawa ke alam dewasa beliau, dan terjadilah kes rakyat didera hingga membawa maut.
Hmmm, dengar cerita kes ini diselesaikan diluar, dan dia serta anak anak buah yang terbabit di minta berundur secara baik. Kiranya kena buang kerjalah. Tetapi sepanjang
tempoh rehat beliau, masih mampu berkeretakan BMW dan Superbikie kesana sini, serta tak pernah miss bayar ansuran bulanan kenderaan mewah beliau.
Satelah kes tersebut agak reda, beliau kembali menyandang jawatan yang tak kurang juga kuasanya , dalam sebuah jabatan kerajaan. Moga beliau insaf.
Dan yang terkini, bila mereka yang berkenaan dengan Undang Undang, dengan sewenang wenangnya menghina golongan Orang Kurang Upaya, disebabkan dia bertaraf Pegawai Undang Undang Kanan , dengan sewenangnya menggunakan Kuasa serta telunjuk Pemerintah yang kejam, gara gara sudah berstatus dan berkuasa.Amat memalukan . Apakah Guru2 beliau sekarang ini, masih mencanang, itulah anak didik saya!!
Hmmm, saya agak sentimental dgn alam persekolahan saya, tak kira zaman kanak kanak, mahupun zaman remaja. Sekarang baru terasa, mengapa ada rakan rakan sekolah yang tidak mahu hadir disetiap perjumpaan tahunan bekas pelajar sekolah.Jenuh saya pujuk dan umpan dgn nama nama mereka yang rapat akan turut hadir, taubat, tak pernah dia datang.
Dengan ini juga saya memutuskan untuk tidak lagi menjadi ahli kepada Presiden Bekas Pelajar Asrama King Edward VII, kerana malu dipimpin beliau.
Dan yang saya masih kagum , pada rakan rakan yang berjawatan guru, pegawai2 pentadbir , mahupun kerajaan atau swasta, walau pun berkelulusan tinggi, masih merendah diri dan tiada keangkuhan sepanjang saya bersama dengan mereka . Tabik dan salam hormat yang tidak terhingga dari saya.
Mungkin kenyataan ini agak emosi, tapi, berubahlah demi kebaikan agama dan bangsa.
Tunggu kehadiran foto foto Reunion Sesudah 23 Tahun, batch 77-81, SM King Edward VII Taiping nanti. Kita kritik rakan rakan dan pemimpin sebab kita sayang, kalau kita buat hal sendiri dan tak mahu bersuara, makna, kita dah meluat, agaknya begitulah yang dirasa oleh rakan rakan saya yang tak pernah hadir setiap kali diadakan perjumpaan tahunan.
Latiff Hariri
1025 pagi,17 Januari 2010
Sungai Petani, Kedah.

Tuesday, 12 January 2010
Best Memories During The Umrah
Di KLIA Sebelum berlepas ke Tanah Suci Makkah.Dr kiri, Ustaz Hj Ibrahim Ahmad, Imam Masjid Al-Amin dan Pengetua Sekolah Tahfiz Al-Amin, Sungai Layar, SP.
Muhammad Izzuddin, Latiff Hariri, Noor Faiqah, Roziah , Noor Aqilah, dan nenek, Fatimah Zaiton Adam, emak kepada Latiff Hariri. Ber7 dari Sungai Petani.
Qatar Airways.Di Lapangan Terbang Doha.
At Masjid Nabawi Madinah on the second day. Me, in the middle, marching with mum, sisters and nenek, while abah the unauthorised cameraman with Ustaz Ibrahim.(Not in this foto)
Muka ana bulat tak hensem lagi waktu nih
Thursday, 7 January 2010
PADANG-40HARI SALEPAS GEMPA 30 SEPTEMBER 2009
Satelah 40hari gempa, kira kira awal November 2009, saya bersama rakan saya, Wan dan Hafiz berkesempatan menziarahi mangsa gempa dan juga rakan taulan dan sanak saudara. Cerita lawatan kami terpapar dalam Rahmanhariri.blogspot.com, dan tak perlu diulang lagi, cuma mahu direkodkan serba sedikit foto peribadi didalam blog ini.
Ada yang belum pernah makan telur penyu atau tuntung? Telur ini mudah didapati dipasaran gelap di Sabah pada harga 80sen sebiji, 4 tahun lepaslah, sekarang tak tau pulak, sebab dah lama tak ke Sabah. Telur ini dijual secara terbuka disepanjang pantai padang. Harganya mengikut size, yang kecil RP5000, yang besar Rp7000, atau
RM1.80 ke rm2.50 . Wan dan Hafiz gagal menelan bola pingpong ini
Zul, bersama anak sulong kesayangannya. Zul adalah anak kpd Cikgu Yus, kenalan saya sejak dr 1997.
Bersama Kak Yus di Puncak Lawang. Dibawah adalah Danau Maninjau. Kak Yus bekas Guru Besar SD No1, Ambacang, Padang. Mula kenal gara gara menjejak Siti Nurbaya , kisah Novel percintaan Remaja sekitar tahun 30an kalau tak silap, karya Marah Rusli.
Di abad ini, Bila Cinta Bertasbih jadi kegilaan anak anak remaja saya pulak.
Berfoto di lereng gunuang, tempat gempa bumi dimana seluruh kampung serta anak anak yang sedang mengaji Quran berkubur. Alfatihah untuk mereka , moga ditempatkan di Jannah
Pantai Air Maneh , atau Pantai Air Manis, dimana terletaknya batu Kapal milik Malin Kundang aka SiTenggang, yang bulat tu separuh dr kapal yang pecah, dimana si Malin Kundang sujud momohon ampun dr ibunya.
Ini lah akibatnya, bila anak derhaka kepada ibu. Ada yang tak percaya pada kisah dongeng ini, tapi, kalau kita fikirkan, kalaulah kita berada di zaman Si Tenggang, dan kita bercerita pd dia ttg abad ke 21, dimana kita boleh beli kapal selam dr Perancis tu, apakah SI Tenggang akan percaya? Sebab masa tu, kapal dia yang paling gah, tak masuk akal nak beli kapal selam ni.Hehehe, maaf ya, bapak bapak, ibu ibu.
Padang 9/1/2010
Sekarang ni dilobi Hotel Bonda, kira2 200 m dr Hotel Ambacang. Hotel tu dah jadi sejarah, tapaknya dah diratakan. Ada dua cerita menarik nak dicatatkan disini:-
Bertemu dgn Boss VVIP tempat saya bekerja, bersama isteri, mertua , ayah dan ibu beliau
di Hotel Royal Denai. Walaupun dia tak kenal staff yang beribu, tapi sekurangnya saya kenal dan bersapa jugak dgn Bigboss ini. TQ Boss.
Kedua, lapuran berita di TVOne Indonesia ttg tunjuk perasaan di Malaysia.
Begini lebih kurang apa yang dikata pembaca berita jam 6 pagi tu.
'Di Kuala Lumpur terjadinya unjuk rasa oleh umat Islam kerana membantah penggunaan Allah oleh penganut Kristian. Pada awalnya pihak Polisi Malaysia memberi amaran keras kpd Penunjuk Rasa supaya tidak berkumpul, tetapi tiada penangkapan dibuat pada akhirnya unjuk rasa. Menurut Penganalisi Politik Ibu......, (dan ibu itu memberi komen dlm TVOne, lebih kurang begini, " Ramai percaya ini adalah permainan Politik Umno yang mahu meraih simpati dr orang2 Melayu....., berbeza dgn PAS yang lebih terbuka dalam penggunaan perkataan Allah.....)
Penganalisa Politik Wanita ni, walaupun terkenal, tak pernah 'On Air' kat RTM dan TV pun, tapi, kagum dgn keterbukaan media Indonesia
Latiff Hariri
Padang, Sumatera Barat
1740wib,9/1/2010

Subscribe to:
Posts (Atom)